Sunday, September 10, 2017

Mahathir Tolak Surat Anwar Dari Penjara Kerana Punca Perpecahan Dalam Pakatan!!!


Nampaknya hubungan Anwar dan Mahathir masih lagi tidak baik..cadangan Anwar melalui surat dari penjara baru-baru ini agar PKR merisik kembali PAS untuk bersama dalam PRU-14 ditolak mentah-mentah oleh Mahathir...

Setakat mahu berjumpa di mahkamah kami merasakan itu bukan masalah besar untuk Mahathir..setakat jenguk muka..tak bererti Mahathir terbuka untuk menerima Anwar luar dan dalam..

Anwar baru-baru ini menulis surat supaya PKR menjalinkan kerjasama dengan PAS untuk memastikan UMNO dapat ditumbangkan..Rafizi pula memaki hamun PAN yang menjadi barua DAP..

PKR sekarang ini dalam kekeliruan..kesipuan..nak bersama DAP atau PAS...Mahathir pula dengan gaya kuku besi menolak sebarang kerjasama dengan PAS kerana sudah mendapat mandat DAP dan HARAPAN..

Sebagai top dog..dia kena akur...Anwar pula merasakan kehadiran Mahathir belum cukup kuat untuk menumbangkan UMNO...mereka memerlukan PAS..sedangkan PAS awal-awal lagi sudah bercerai dengan DAP..

Hairannya kami PAS Selangor tak pula ikut apa keputusan mukhtamar..keputusan musyawarah dipersetankan demi kerjasama dengan PKR dan DAP..

PAS kesipuan..di Selangor menerima kerjasama DAP dan PKR..di pusat menolak DAP dan Pakatan..

PKR celaru..Anwar hantar surat suruh bersepakat dengan PAS..Mahathir pula herdik PKR jangan memandai-mandai kerana bakal menganggu ketenteraman Harapan..

Bunga dan PAN terus setia jadi kuda tunggangan DAP..

Mahathir seperti kita kenal..dia nak semua ikut arahannya..maklum sajalah top dog..menurut Mahathir kerjasama dengan PAS bakal melingkupkan parti bunga dan Harapan..

Jika PAS bertanding takkan Bunga nak follow saja..mereka pun nak bertanding banyak kerusi juga..sebenarnya inilah alasan utama Mahathir..takut tak dapat kerusi..takut xde autoriti..

Penat sahaja Anwar menulis dari dalam penjara..sampai pengetahuan Mahathir..dia batalkan hasrat itu..semuanya kerana bimbang Bunga tak dapat bertanding kerana sudah tentu PAS akan sapu 60 kerusi yang diidam-idamkan...

Mana mungkin Mahathir nak ikut telunjuk Anwar!!kesian Mahathir daripada seorang legend terpaksa melukut ditepi gantang untuk memastikan BUNGA terus relevan..boboi pula masih tak berubah..tak malu dah besar panjang masih lagi harapkan bapak!

1 comment:

  1. Mana mat sabu, barua dap ni dah lama tak dengar berita... tenggelam dlm arus perdana!!!

    ReplyDelete

komenlah ikut suka hati anda...tapi anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis...komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadam...sekian...