networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 2, 2017

Industri Teksi & Perkhidmatan E-Hailing Diberi Nafas Baru..Janji Perkhidmatan Lebih Dinamis!!!



Industri teksi dan pemandu uber / Grabcar di bawah aplikasi sistem E-Hailing di negara kita sedang meniti ke arah kemajuan dan mampu menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu industri teksi selama ini..

Semalam Ketua Pengawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah mengumumkan pembaharuan terhadap industri ini dalam satu sidang media..

Pada 27 Julai lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan A7PAD 2010 yang mana akan menambahbaik sistem sedia ada secara menyeluruh demi manfaat industri teksi dan e-hailing..penambahbaikkan ini merupakan salah satu perancangan Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diperkenalkan sebelum ini..

Sebelum ini pemandu teksi merungut kerana mereka tidak mampu bersaing dengan pemandu uber dan grabcar kerana mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing..SPAD memandang serius setiap aduan dan cuba melakukan penambahbaikkan bagi menyenangkan semua pihak..apa yang dilakukan ialah pemandu teksi kini boleh menggunalan aplikasi e-hailing..ini bermakna..mereka boleh menjalankan operasi melalui atas talian dan luar talian (kaedah ambil penumpang)..

Jika guna e-hailing kadarnya ikut sistem..jika offline kadar ikut meter..ia lebih adil buat pemandu teksi..

Kehadiran UBER dan GRABCAR pada mulanya memang tidak disenangi pemandu teksi..menurut pemandu teksi grab dan uber mempunyai banyak keistimewaan..mereka tidak perlu sistem pajakan..tidak perlu ke puspakom dan sebagainya..selepas perancangan ini diluluskan..pemandu uber dan grab akan melalui SOP yang serupa dengan pemandu teksi..


Pemandu teksi yang berminat dengan aplikasi e-hailling mereka boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat e-hailing..dengan keputusan yang telah diluluskan kabinet baru-baru ini...bermakna SPAD mempunyai kuasa untuk merangka, melaksana, menyelia dan memantau pengeluaran lesen e-hailing kepada syarikat seperti Grab, UBER, Easy Cab dan lain-lain..

Semua lesen e-hailing perlu melalui SPAD dan syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana syaratnya perlu ada sekurang-kurangnya seorang pengarah warganegara Malaysia..

Setiap aplikasi e-hailing perlu mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleg Suruhanjaya seperti GPS, kebolehupayaan, sistem rating dan butang S.O.S..

Menurut Azharuddin lagi, pemandu e-hailing mesti mempunyai Kad Pemandu Digital, menghadiri kursus perkhidmatan pelanggan, lulus ujian kesihatan di mana-mana klinik yang diiktiraf kerajaan, serta tidak mempunyai rekod jenayah saman atau kompaun..

Selepas ini, semua pemandu e-hailing perlu lulus tapisan keselamatan oleh PDRM, JPJ dan perlu menghantar ke PUSPAKOM sekurang-kurangnya setahun sekali bagi kenderaan yang lebih 3 tahun..

Melalui TTIP syarikat teksi perlu memulangkan duit deposit setelah tamat kontrak, mendapatkan insurans peribadi untuk pemandu, dan dikenakan penalti jika menamatkan kontrak awal..

Bagi kenderaan yang dihantar ke Puspakom, syarikat pajak tidak boleh mengenakan sewa dalam tempoh tersebut..

Apa yang menariknya, pemandu teksi bakal diberi cuti tahunan dan cuti sakit serta berkongsi keuntungan daripada iklan dengan pemandu dan setiap pemandu diwajibkan dapat bekalan uniform..

Banyak sebenarnya perubahan telah berlaku dalam industri teksi..bagi pemandu teksi yang telah tamat kontrak pajak..mereka boleh memohon lesen individu..

Syabas kami ucapkan kepada SPAD yang telah mencetuskan perubahan dinamis dalam dunia pengangkutan awam teksi negara kita..diharapkan Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) akan berjaya!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA