Monday, July 17, 2017

PM @NajibRazak Lancarkan MRT SBK Bukti Kerajaan Tunaikan Janji!!#JomNaikMRT


Sebentar tadi YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak telah melancarkan MRT Fasa 2 dengan gilang gemilangnya..Di sini kami ingin kongsikan perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang SBK..MRT Sg Buloh (51 km) - Kajang ini mempunyai dua jajaran iaitu Sg Buloh - Semantan (20 km) dan jajaran kedua ialah Semantan Kajang (31 km)..


Jajaran pertama Sg Buloh - Semantan telah dirasmikan oleh YAB PM sendiri pada 15 Disember 2016..terdapat sebanyak 12 buah stesen dalam jajaran ini dan sepanjang jalan ini hanyalah laluan bertingkat..

Bagi memberi keselesaan kepada pengguna, sebanyak 3,000 petak parkir telah disediakan di 7 buah stesen..

Jajaran kedua iaitu fasa 2 Semantan - Kajang yang baru dirasmikan tadi oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak..terdapat sebanyak 19 buah stesen sepanjang jajaran ini..


Tempoh perjalanan dari Muzium negara ke Kajang hanya mengambil masa 40 minit..

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana terdapat lebih 4,000 buah petak parkir bertingkat disediakan di 8 buah stesen MRT dilaluan ni (Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung, Sg. Jernih dan Kajang..

Bercakap mengenai MRT ini..semuanya bermula pada 8 Julai 2011 yang mana projek ini menelan belanja sebanyak RM 22 billion..sepanjang laluan Sg Buloh - Kajang ini terdapat 31 buah stesen disepanjang 51km..

Terdapat y buah stesen bawah tanah sejauh 9.5KM iaitu Pasar Seni, Muzium Negara, Bukit Bintang, Cochrane, Merdeja, Tun Razak Exchange dan Maluri..

Laluan bertingkat pula sejauh 41.5km..MRT ini mengandungi 4 gerabah dengan kapasiti maksima sebanyak 1,200 orang dalam satu-satu masa..

Jangkaan seramai 400,000 orang akan menggunakan perkhidmatan ini sehari..yang paling penting ialah kekerapan setiap tren ialah 3.5 minit...

MRT juga mesra OKU yang mana terdapat 80 tempat parkir khas untuk OKU..selain itu, terdalat 8 buah parkir "Park & Ride" untuk kemudahan pengguna..

Salah satu yang menariknya tentang MRT ini ialah eskelator bergerak tertinggi di Asia Tenggara iaitu sejauh 33 meter..

Pastinya anda tertanya-tanya jumlah tambang dan kadar MRT ini..terdapat 2 jenis cas tambang yang dikenakan kepada penumpang iaitu :
1) Tunai RM 1.10 hingga RM 6.40
2) Tanpa Tunai (TouchnGo) RM 1.00 hingga RM 5.50


Inilah dia kemudahan yang penuh sensasi untuk masyarakat ibu kota dari Sg Buloh ke Kajang!!Tahniah Kerajaan BN!!

Berikut kami kongsikan kenyataan media oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD):





No comments:

Post a Comment

komenlah ikut suka hati anda...tapi anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis...komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadam...sekian...