networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, July 4, 2017

Pembangkang Panik Terpaksa Recycle DoJ Untuk Alih Perhatian Terhadap Isu RCI Skandal Forex!!!


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan pembangkang yang cuba membangkit isu DoJ yang telah selesai bagi mengalihkan rakyat menumpukan perhatian terhadap RSI Skandal Forex..

Annuar dalam satu kenyataan medianya membangkitkan keputusan  kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara yang mana membabitkan wang rakyat bernilai sehingga RM 100 bilion..

Ini pasti membimbangkan pembangkang..nampaknya senjata makan tuan..dahulu sebelum Kit Siang bersama Tun M..dialah yang paling lantang supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex tetapi dalam keadaan sekarang ini mereka terpaksa mengalihkan perhatian rakyat dari terus menumpukan terhadap kes Forex..

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan media memaklumkan bahawa dalang yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian besar dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir dalam PRU 14..

Disebabkan itu, Annuar Musa mengutuk tindakan pembangkang yang sengaja memainkan semula isu DoJ bagi mengaitkan kononnya Najib terlibat dalam hal ini..

Pembangkang sudah habis daya usaha apabila terpaksa mempercayai dakwaan  media barat yang kita tahu akan memutar belitkan fakta sebenar..Annuar mengutuk tindakan pembangkang yang memberi maklumat kepada DoJ yang tidak ubah hanyalah bermotifkan menjaga kepentingan politik..

Pembangkang sekarang seperti dilanda tornado yang tidak mampu disembunyikan lagi..Parti Bunga menghadapi krisis kepercayaan ahli mereka yang mendesak Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan..

DAP pun sama apabila beberapa pemimpin dan ahli dari Melaka mengumumkan keluar parti...ditambah pula kes CEC DAP yang tidak sah dan sekarang ini kita sedang menanti tindakan daripada ROS...PKR pula dengan kes mamat Adam yang masih disiasat kes rasuah yang mana membuatkan empire Azmin di Selangor sedikit kucar kacir..

Jadi bagi menutup pekung mereka..pembangkang terpaksa bersandarkan maklumat tidak sahih dari DoJ..menghebohkan cerita sensasi Perdana Menteri bercuti di London..memainkan isu kehilangan radar bagi mengalahkan isu forex..tetapu ia tetap gagal..

Bukan kita tidak tahu..Mahathir agak panik bila skandal forex dibangkitkan..mendiang Karpal Singh juga pernah membangkitkan kekayaan luar biasa anak Mahathir dan skandal Forex..

Mahathir sebenarnya sekarang ini tersepit..dia amat bimbang jika DAP berpatah arah..kita kenal DAP bahawa mereka ada pendirian dan akan melonpat jika rakan seperjuangan mereka gagal untuk di Skrew...

Ada pemimpin DAP yang tidak senang dengan ikatan mesra Tun dan DAP..malah mereka bukannya setuju cadangan Tun mahu jadi PM semula biarpun hanya sementara..dalam kem PKR sendiri bukannya semua sayangkan Tun..umpamnya geng reformasi yang tetap ingat apa yang pernah dilakukan sehingga wujudnya reformasi..

DAP pula terus menerus diserang PAS ekoran dakwaan Kit Siang mahukan Husam Musa sebagai calon MB yang layak untum Kelantan..

Pembangkang sekarang ini tidak fokus dan hilang arah..jika tidak masakan Rafizi terpaksa mencari nyawa daripada pemandu teksi..hairannya dia sendiri tidak layan cerita DoJ..

Nampaknya skandal Forex ini merupakan isu paling besar pakatan yang harus disetle down secepat mungkin..jadi langkah yang mereka lakukan ialah strategi lencongan isu lain sebagaimana yang dikatakan Tan Sri Annuar Musa..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA