networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, July 16, 2017

#MRT2 - Satu Lagi Projek Mega Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam Darat Di Malaysia.. #JomNaikMRT


Esok 17 Julai 2017 industri pengangkutan awam darat bakal mencetak satu lagi lembaran sejarah apabila YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak bakal merasmikan MRT2 untuk perjalanan Sg Buloh - Kajang...

Laluan MRT 2 ini melibatkan laluan sepanjang 30 KM yang mempunyai 19 stesen termasuk 7 daripadanya stesen bawah tanah...

MRT 2 ini merupakan kesinambungan daripada MRT 1 yang menghubungkan Sungai Buloh - Semantan yang mempunyai 12 stesen..MRT 1 telah pun disempurnakan oleh YAB PM pada 15 Disember 2016 yang lalu..esok pula pelancaran MRT 2..ini bermakna MRT 1 dan 2 adalah sejauh 51 KM yang mana mempunyai 31 buah stesen..

Dalam pada itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Hajah Nancy Bt Shukri turut memuji projek mega ini dan mentakrifkannya sebagai sebuah projek yang mempunyai kesinambungan yang belum pernah dinikmati sebelum ini..

Menurut DS Nancy, ramai pelajar sekolah akan menggunakan perkhidmatan ini memandangkan sebanyak 40 buah sekolah berkedudukan disekitar koridor laluan MRT 1 dan 2..

Ini menaikkan satu lagi tahap dimana kemajuan industri penganfkutan awam berada dalam keadaan yang amat baik dan selesa..

YB Nancy turut menyatakan bahawa usaha kerajaan selama ini merancang untuk menaikkan tahap pengangkutan awam darat di landasan yang tepat...

Sistem ini amat baik dimana menjadinlebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan seperti Orang kelainan upaya, keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas..

Menurut YB DS Hajah Nancy lagi, Projek MRT uni merupakan satu bukti komitmen ke arah aspirasi mentransformasikan pengangkutan awam darat di negara kita...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA