Wednesday, July 26, 2017

MCA Bidas DAP Pulau Pinang Bina Lebuh Raya Termahal!!!


Kerajaan DAP Pulau Pinang terus mencetuskan kontroversi dengan Projek Pan Island Link (PIL 1) yang dikatakan terlalu mahal di negara kita..

Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Micheal Lee Beng Seng meluahkan rasa bimbang dengan projek terkini Kerajaan DAP itu yang menelan belanja sebanyak RM 7.5 billion yang mana kos untuk 1KM ialah RM 385 juta...

DAP sebelum ini mempertikaikan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang menurutnya termahal di Malaysia dengan kos RM 161 juta setiap 1 kilometer..

Sekarang ini mereka pula yang membina projek lebih mahal daripada nilai yang pernah dipertikaikan untuk projek lebuh raya KIDEX...

"Kos ini adalah 140% lebih dari RM 161 juta setiap kilometer bagi lebuh raya Kinrara - Damansara Expressway (KIDEX) di Selangor" jelas Datuk Michael Lee Beng Seng lagi..

Perbelanjaan projek kerajaan Penang ketika ini terlalu tinggi..belum pun reda dengan kos melampau terowong dasar yang disifatkan terlalu mahal..portal Malaysian Digest mendakwa kos rundingan sahaja telah menelan belanja bernilai RM 209 juta..

DAP kita tahu mereka hanya pandai mencari salah orang demi meraih sokongan politik murahan..apa yang dikritik tu sebenarnya lebih teruk dilakukan oleh mereka..mengutuk projek MRT2 katanya bukan projek BN tetapi duit cukai rakyat...selang beberapa minggu mereka lancarkan parkir bertingkat dengan megah mengatakan projek Pakatan untuk rakyat jelata..bukankah itu juga duit cukai rakyat?

Sebelum DAP mencerca Barisan Nasional eloklah mereka cermin diri sendiri..


Lim Guan Eng sepatutnya cermin muka dahulu sebelum mengesa bekas Pengerusi FGV yang kini Pengerusi SPAD meletak jawatan..sedangkan dia sendiri yang sedang disiasat SPRM...

Banyak sebenarnya permainan politik murahan DAP yang telah didedahkan kepada umum..rakyat perlu menilai prestasi semasa DAP dan perlu membuat perubahan besar menolak kepimpinan DAP pada PRU 14 nanti...benar kata Rafizi ramai pemimpin pakatan tak buat kerja..

Tidak perlu menyuruh orang lain letak jawatan jika anda sendiri tidak mahu lepas jawatan..

Tidak perlu megutuk BN membazir duit rakyat sedangkan anda lebih teruk dari itu!!!

No comments:

Post a Comment

komenlah ikut suka hati anda...tapi anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis...komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadam...sekian...