networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, July 9, 2017

Mahathir Terlalu Banyak U-Turn Akhirnya Menghancurkan Maruah Pakatan Pembangkang...


Sepanjang penglibatan Mahathir dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dia menanamkan fahaman ideologi bahawa pakatan prmbangkang merupakan anasir subversif yang merosakkan kemakmuran negara...

Semasa menjadi Perdana Menteri..dia mengawal semua aspek termasuk media dan menggunakan undang-undang bagi memastikan kuasanya tidak boleh digugat oleh pembangkang...

Dalam UMNO sendiri dia pernah berkelahi sehingga tertubuhnya UMNO baru dan lahirlah Parti Semangat 46..UMNO menjadi mangsa kerana kegilaan kuasa Mahathir..Dia dari dulu sentiasa teguh dengan pendirian bahawa DAP parti rasis dan tidak sihat..era 98 menyaksikan dia memecat Anwar Ibrahim..ketika itu muncul cerita yang keputusan yang diambil amat berat dan dia sendiri pernah berkata memecat Anwar bukan satu kesilapan...

Itu dahulu..jika anda masih ingat Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur agar dapat melihat kerosakan yang pernah dilakukan tanggannya...mungkin doa itu telah dimakbulkan Allah SWT...

Amin..

Satu persatu kenyataan dan perangai buruk Mahathir dipecahkan dirinya sendiri..kini Mahathir dan U Turn berpisah tidak..

Apa sahaja yang dituduhnya dahulu kepada pembangkang semuanya dijilat semula..DAP dahulu Rasis..sekarang ini dikatakan lebih Patriotik daripada MCA dan Barisan Nasional..

Dahulu kata Kit Siang rasis..tetapi kini sebaliknya..Kit Siang dulu pun sama pernah membangkitkan agar skandal forex dibicarakan semula..nampaknya apa yang diimpikan Kit Siang selama ini hampir menjadi kenyataan apabila Kabinet bersetuju membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari kebenaran dakwaan mengenai Forex yang menyebabkan kerugian Bank Negara sebanyak RM 30 billion..

Sekembalinya dia dari London baru-baru ini..dia telah setuju untuk menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi belum sempat PKR membuat kenduri kesyukuran kenyataan tersebut telah dipusing 180 darjah..kami memang dari awal tidak percaya..masakan Mahathir mahukan Anwar jadi PM..sia-sia sahaja dia memerangi Reformasi...dipihak Anwar pula masakan penyokongnya mahu menyembah Mahathir..sedangkan kerana orang itulah wujudnya Reformasi dan Parti Keadilan..sejarah tidak akan melupakan kita..hanya Mahathir sahaja Uturn lupakan sejarah silam...

Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan muslihat Mahathir..

Apa yang dibuat Mahathir semunya ada kepentingan peribadi..cubaan menyokong Anwar disebabkan Anwar ada kepentingan dalam kes RCInya..berbaik dengan Kit Siang kerana mempunyai pengaruh kuat dalam pakatan...


Kit Siang mungkin memerlukan khidmat Mahathir apabila DAP diminta menjalankan semula pemilihan CEC...Kit Siang pasti tidak mahu dia dan anaknya disisihkan dari DAP..tak semua ahli DAP menyokongnya..jika tidak masakan mahu dimanipulasi keputusan CEC...


Mahathir,Kit Siang dan Anwar masing-masing mempunyai percaturan sendiri..masalah sendiri dan memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai kepentingan sendiri...yang menjadi modus operandi menghalalkan segala impian mereka ialah Najib dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan terlebih dahulu..

Sehingga kini Najib tidak juga berjaya dikalahkan..mereka pula ibarat retak menunggu belah..betapa hebatnya YAB PM kita..dulu musuh Mahathir hanya Anwar..Anwar pula hanya Mahathir..ketika itu Kit Siang hanya pemimpin suruhan sahaja ketika Anwar mengetuai pembangkang..kini ketiga-tiga mangkuk ini bergabung untuk menjatuhkan Najib..malangnya sedikit pun tidak terjejas..yang belaku masing-masing mempunyai masalah sendiri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..Mahathir dengan Skandal Forex..Kit siang CEC DAP..Anwar pula masih merengkok dalam penjara dek kerana masalah moral sendiri..


Mahathir kita kenal..semua yang dia hendak perlu ditunaikan..siapa yang ingkar ibarat berdosa..menuntut Pak Lah meletak jawatan dan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri..sekarang mahu pecat Najib pula..

U-turnlah Mahathir selagi hidup..orang gila dalam parti bunga sahaja yang percaya...jika tidak masakan dapat gelaran Wali Melayu..

Bawah ini kami kongsikan kenyataan Media YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Bin Tun Abd Razak..In Najib We Trust!!!

PUSINGAN U TERKINI MAHATHIR MENUNJUKKAN BELIAU PANIK DENGAN RCI

Kenyataan oleh Perdana Menteri Najib Razak

7 Julai 2017

1. Pusingan U terkini Dr Mahathir Mohamad dan sokongannya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah seperti yang kita nampak. Ia datang selepas 20 tahun Mahathir mencacinya dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar dari politik, termasuklah menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya dan kempen yang berterusan untuk menyerang perwatakan moralnya.

2. Bagaimanapun, seperti yang Mahathir ketahui, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi pusingan U ini bukanlah mengenai pilihan raya umum yang akan datang. Realitinya, tindakan baru Mahathir terhadap Anwar didorong oleh kebimbangannya yang mendalam mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kebenaran di sebalik kerugian forex Bank Negara berjumlah RM30 bilion, seperti yang diperincikan dalam laporan Pasukan Petugas Khas.

3. Mahathir tahu bahawa penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi beliau tidak boleh mempunyai individu yang sangat relevan dengan kes itu seperti Anwar memberi keterangan menentangnya. Ironinya, Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakan beliau. Sama seperti beliau kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang beliau penjarakan. Realitinya, Kit Siang kini mengawal pembangkang kerana DAP mempunyai majoriti kerusi parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja.

4. Perjuangan Mahathir didorong bukan oleh kepentingan nasional, tetapi oleh kepentingan peribadi yang mementingkan dirinya sendiri. Mahathir begitu obses  menyelamatkan legasi keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri sahaja.

5. Beliau tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa sahaja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang beliau penjarakan, memanggil campur tangan asing ke atas negara demokratik yang berdaulat kita, mensabotaj ekonomi kita, dan membuat 100 pusingan U jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran rakyat – hanya sebagai cara untuk mencapai matlamat yang diingininya. Anwar mungkin percaya dengan ini, tetapi saya percaya negara tidak akan. Kerana dengan hanya satu kerusi Parlimen, Pengerusi PPBM tidak akan dapat memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik.

6. Mahathir menuntut Tun Abdullah Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan jawatan sehingga anaknya menjadi Perdana Menteri – tidak kira apa pun kesannya ke atas Malaysia. Kali ini kita tidak akan membiarkan beliau berjaya, kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti didahulukan sebelum keluarga Mahathir.

7. Tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat. Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan saya akan terus menumpukan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia. Kepentingan mereka sentiasa didahulukan, dan kami akan memenuhi janji-janji kami.

DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA