networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 29, 2017

KANTOI!!!BN BAGI RAKYAT DUIT RAYA...

1 comments

Duit Raya Kerajaan BN Kepada Rakyat Sempena Sambutan Aidilfitri

Dalam situasi pembangkang membuat cerita Malaysia negara yang hendak bankrap, muflis dan gagal, pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang menerajui Putrajaya tetap memberikan duit raya kepada rakyat. 

2 Jun 2017, Kerajaan BN beri bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam. RM250 kepada hampir 775,000 pesara kerajaan. Membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

3 Jun 2017,  Datuk Seri Najib umumkan   pengagihan dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjumlah RM106.81 juta. Seramai 33,864 pekebun kecil di seluruh negara dapat  'duit raya'. 

5 Jun 2017, pembayaran BR1M peringkat kedua sempena hari raya dikreditkan terus ke dalam akaun 7 juta penerima BR1M. Setiap orang dianggar mendapat RM300. Melibatkan perbelanjaan sejumlah RM2.1 billion.

10 Jun 2017, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RM500 sebagai Insentif Raya Felda dan RM280 Dividen FGV bagi semua peneroka tanah rancangan Felda. Nilai keseluruhan jumlah yang diluluskan adalah RM73.75 juta. 

12 Jun 2017, sejumlah 59,951 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima 'duit raya' antara RM2,000 hingga RM8,000 seorang bila diumumkan agihan dividen sejumlah RM84.18 juta.

Semua perbelanjaan ini melibatkan kos sejumlah RM3,364,740 billion dan manfaatkan sejumlah 9.6 juta orang. Ini baru hanya lima duit raya yang dinyatakan. Ada lagi duit raya yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional di negeri dan pusat. 

Jalan raya penuh, sesak dengan berjuta orang yang pulang beraya. Pasaraya penuh bila rakyat membeli baju raya. Duit RM3.3 billion ini dijana kembali dalam pasaran ekonomi negara. 

Penjual air tebu bazar Ramadhan dapat rezekinya. Penjual baju raya dapat rezekinya. Pembuat kueh raya dapat duit rayanya. Semua orang dapat manfaat, sehinggalah ke sampul anak anak kecil di pagi raya. Ada yang dapat RM5, RM10 dan RM20. 

Duit raya yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu rakyat. Tidak semua rakyat mampu beraya di London. Mereka berterima kasih kembali kepada kerajaan di Putrajaya yang membantu mereka menyambut Aidilfitri. 

Seri Perdana memang meriah sejak bulan Ramadhan lagi. Pelbagai lapisan rakyat datang beriftar bersama Perdana Menteri dan berterawih bersama sama selepas itu. Ribuan yang datang setiap hari. Oleh itu, tidak perlulah hairan kenapa ada puluhan ribu orang pengunjung pada hari raya pertama di Seri Perdana. 

Mereka datang untuk berterima kasih pada Perdana Menteri. Duit raya sejumlah RM3.3 billion ini bukti negara Malaysia masih makmur dan berada pada landasan ekonomi yang betul. 

Mereka yang menuduh bankrap itu pun tidak beri sampul raya kepada ahli ahli parti bunga. Hanya dikerah memfitnah, menghasut dan mencerca pemimpin di Aidilfitri. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di Syawal ini. 

Semua ini menyenangkan kerja DAP untuk memecah belahkan orang Melayu ketika Aidilfitri. PPBM, PAN dan PKR hanyalah alat DAP sahaja. Duit raya tidak dapat, hanya jadi pemecah belah masyarakat. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB482, Khamis
29 Jun 2017

Wednesday, June 28, 2017

Miranda Kerr Pulang Barang Kemas Berlian..Isteri MO1 Kena Buat Juga Ke?

0 comments


1. Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulang'kan set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma kenapa perlu 'memulangkan'  atau menyerahkannya kepada DOJ? 

2. Pertama, belum terbukti barang kemas tersebut dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB atau hasil dari kegiatan jenayah atau penggubahan wang haram. DOJ perlu membuktikan kes mereka dan memenangi perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengambil alih sebarang aset yang disenaraikan dalam saman sivil ke atas Kumpulan Hotel Viceroy. Kes belum berjalan lagi dan saman ini baru sahaja difailkan.

3. Kedua, apa yang akan dilakukan oleh DOJ dengan barangan kemas tersebut? DOJ belum mendapat hak untuk mengambil alih aset ini. Jika mengikut proses perundangan, lebih wajar Kerr menyimpan dahulu barangan kemas tersebut atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah dan mendapat hak untuk menyimpan dan mengambil alih barangan kemas ini. 

4. Wajarkah desakan agar isteri MO1 memulangkan set barangan kemas yang didakwa diterimanya?

5. Pertama, tiada sebarang bukti isteri MO1 menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa oleh DOJ. Berbeza dengan Kerr yang memang terbukti menerima pemberian Jho Low tersebut dan dinamakan secara jelas dalam saman sivil DOJ. 

6. Kedua, barangan kemas yang didakwa diterima oleh isteri MO1 hanya sekadar cerita dalam aduan pengadu, tiada bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa dicuri, tiada bukti ia diserahkan kepada isteri MO1 dan tiada bukti kesemua set barangan kemas ini disimpan oleh isteri MO1. Ia juga tidak disenaraikan sebagai aset yang hendak diambil alih oleh DOJ. Segala ini membuktikan DOJ sendiri tidak pasti mengenai kebenaran cerita pengadu berkenaan barangan kemas ini dan dakwaan terhadap isteri MO1. 

7. Seperti yang dinyatakan oleh DOJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat."

8. Sebenarnya selain kewajaran memulangkan barangan kemas ini kepada DOJ yang bukan 'pemilik yang berhak' atau 'penjaga yang telah diberi hak oleh mahkamah AS' untuk menyimpan barangan kemas ini, terdapat juga polemik tentang kewajaran menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ berdasarkan konteks saman sivil ini. 

9. Apabila Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, adakah Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri? 

10. Lagipun jika bersandarkan dokumen saman sivil yang difailkan oleh DOJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy ini, dana yang didakwa diselewengkan untuk membeli barangan kemas tersebut secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.

Tun Faisal Ismail Aziz

Pesawat AirAsiaX Berpatah Balik - Pemimpin BN @LiowTiongLai Puji Profesionalisma Krew..Pemimpin DAP Persoalkan Doa @ZaidIbrahim

0 comments

Kelmarin sebuah pesawai milik AirAsiaX yang dalam perjalanan dari Perth menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila keadaan pesawat yang bergegar dan tidak mengizinkan perjalanan diteruskan.

Pilot pesawat berkenaan telah membuat keputusan untuk berpatah balik dan meminta bahawa semua penumpang Airbus A330 seramai 359 orang itu bertenang dan berdoa..dengan kuasa tuhan pesawat yang mengalami masalah teknikal itu berjaya mendarat dengan selamat di  Lapangan Terbang Perth jam 10 pagi 25 Jun lalu..

Kemudian semua penumpang menaiki pesawat gantian pada jam 11.40 malam pada hari yang sama..

Sikap profesional semua krew pesawat berkenaan mendapat pujian banyak pihak..Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai turut merakamkan penghargaan kepada semua krew berkenaan atas profesionalisme dan keberanian mereka..

Dalam satu kenyataan media, Liow memuji sikap profesionalisme yang tinggi semua krew dalam mengendalikan penumpang dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang..

"Saya yakin bahawa warga Air Asia akan terus meletakkan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka ditahap tertinggi memandangkan syarikat itu mempunyai rekod keselamatan yang baik sebelum ini..saya yakin faktor keselamatan akan menjadikan kekuatan untuk kemajuan syarikat itu" jelas Liow lagi..

Dalam pada itu, Liow turut meminta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan terhadap pubca insiden teknikal tersebut..

Seharusnya dalam hal sebegini kita perlu merakamkan pujian kepada pengendali yang cekap dan siasatan perlu dijalankan untuk mengetahui punca berlakunya masalah teknikal..


Pemimpin DAP, Zaid Ibrahim perlu melihat bagaimana Liow bertindak..bukannya mahu menyelesaikan masalah Zaid sendiri yang banyak mendatangkan masalah..


Dalam satu postingnya di Twitter, Zaid dicemuh pemain media sosial kerana bertindak seperti orang cetek akal..adakah patut dia mempersoalkan tindakan pilot menyuruh semua penumpang berdoa..memang lumrah umat manusia berdoa dalam apa jua keadaan lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas..


Tindakan Zaid ini telah memberi tamparan buruk buat dirinya dan DAP yang seolah-olah tiada agama...nak mati pun kena doa zaid oi!!!

Syabas Liow Tiong Lai...bertaubatlah Zaid dan DAP..anda sedang diperhatikan!!!tunggu PRU14...

Tuesday, June 27, 2017

@ZaidIbrahim Dicemuh @VellPaari Gara-Gara Kritik Pilot Penerbangan PERTH > KL..

0 comments

*Press Statement*
*Datuk Seri S. Vell Paari*

*_27 June 2017_*

@VellPaari : What is wrong in saying a prayer @ZaidIbrahim?

1. I refer to a recent statement made by DAP member Zaid Ibrahim who had criticized an AirAsia pilot's purported call for prayers on a Perth-Kuala Lumpur flight that suffered engine problems. *The criticism by Zaid Ibrahim is irresponsible and unbecoming* of a former Law Minister.

2. I find it amusing that Zaid Ibrahim, has made an issue out of this incident when the focus shall be on congratulating the AirAsia X pilot and his crew member for bringing home safely all the passengers of flight D7237. 

3. As a person who fly frequently to Perth once a month, during winter it is very challenging to land a plane due to low visibility and crosswinds. What the AirAsia X pilot did with only one engine and the aircraft was vibrating like a "washing machine" was nothing short of a miracle and they did an excellent job. 

4. In my opinion, Zaid Ibrahim is a lonely man and is no more relevant in the current political landscape. This is a man who have jumped parties more time than any other politician and even he was disposed of as the party president by his own party members.

5. My advice to Zaid Ibrahim, if you have nothing good to say about the Air Asia X pilot for his excellent job then just keep quiet and stop acting like an atheist. On my part I would like to congratulate the Pilot and crew for an excellent job. God bless all of you. I am sure tomorrow Zaid will criticise me for asking God to bless all of you.  

Thank You

Monday, June 26, 2017

DAP Bakal Kehilangan Melaka..Tersebar Wasap Fitnah Pemimpin MCA Bukti Mereka Kian Terdesak!!!

0 comments

Baru-baru ini tersebar cerita di aplikasi wasap tentang satu entry berunsur fitnah terhadap seorang Exco negeri Melaka..

Kandungan wasap tersebut telah memberi gambaran tidak elok kepada Exco Melaka, YB Datuk Lim Ban Hong kononnya beliau berucap di dalam masjid dan dilabelkan sebagai seorang kafir..

Sejurus tersebarnya berita tersebut,  Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah menafikan dakwaan tersebut..situasi sebenar yang berlaku ialah YB Lim memberikan sumbangan Hari Raya di dewan serbaguna di tepi masjid..bukannya di dalam masjid seperti didakwa..

Kandungan wasap tersebut telah secara tidak langsung mendedahkan betapa amalan memberi sumbangan dan berucap di dalam masjid tidak harus dilakukan..barangkali ia juga seolah-olah telah menyindir pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang bukan Islam mengguna masjid dalam apa jua bentuk..

Sebelum ini Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa telah mencetuskan polemik apabila tindakannya memberi ucapan dalam masjid telah membuatkan Sultan Selangor murka..

Biasalah sudah sememangnya sikap pembangkang..sengaja membuat propaganda semata-mata mahu meraih perhatian..jika tidak satu negara xtahu pemimpin pembangkang buat kerja..

Cukup-cukuplah amalkan politik tidak sihat..pengguna telefon pintar seharusnya lebih adil menyampaikan idea..bukannya memfitnah semata-mata mahu meraih simpati murahan!!!ternyata DAP telah gagal sekali lagi untuk menembusi Melaka...

Kami yakin DAP kini bimbang akan Melaka dan khuatir mereka akan hilang banyak kerusi di Melaka..sebelum ini ramai pemimpin dan akar umbi bertindak keluar parti..

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Oleh Presiden MCA..

0 comments


Perutusan Hari Raya Aidilfitri
Oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia

Liow: Kekalkan Keamanan dan Kesefahaman

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Musim perayaan ini melambangkan keharmonian, kebahagiaan dan kesucian. Setiap tahun, rakyat Malaysia dari berbilang kaum bersatu atas talian persaudaraan utuh yang menyatukan semua tidak kira bangsa dan agama. Ternyata inilah antara keistimewaan negara kita.

Senyuman yang terukir pada wajah keluarga tercinta dan rakan-rakan tersayang pada bulan ini adalah penyeri kepada sambutan Hari Raya. Marilah kita sama-sama merapatkan hubungan dan kemesraan sesama insan agar nikmat keamanan, kesefahaman dan kemuafakatan antara semua yang dapat dilihat di negara ini akan sentiasa dirasai hingga ke generasi akan datang.

Sebagai sebuah anggota parti komponen utama, MCA nyata komited dalam menyokong usaha progresif dan kesederhanaan yang diterajui oleh Barisan Nasional demi mencipta sebuah Malaysia yang cemerlang untuk Rakyat. Sememangnya, BN mempunyai rekod yang terbukti dalam pentadbiran yang aman dan progresif serta membangkang segala jenis pecah belah antara masyarakat.

Moga bulan Syawal tahun ini membawa berkat kepada semua. Berhati-hatilah di jalan raya dan berehat seketika jika perlu. Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Maaf Zahir Batin.

Saturday, June 24, 2017

PEMBANGKANG SUNGGUH BODOH!!SAMAKAN IPIC DAN 1MDB!!!

0 comments


DENDA KE ATAS BANK ROTHSCHILD LEBIH TEPAT DIKAITKAN DENGAN IPIC, BUKAN 1MDB
Tun Faisal Ismail Aziz

1. Sumber paling awal melaporkan mengenai Bank Edmond de Rothschild Luxembourg didenda oleh pihak berkuasa negara itu adalah Reuters. Sumber-sumber lain hanyalah versi 'copy and paste' secara penuh ataupun dengan sedikit olahan. 

2. Menggunakan tajuk "Private bank Rothschild fined", Reuters melaporkan "Luxembourg watchdogs have fined the local arm of Swiss private bank Edmond de Rothschild for its handling of funds linked to scandal-hit Malaysian investment fund 1MDB, a source familiar with the matter said on Thursday."

3. Reuters juga menyebut, "the authorities and the bank confirmed Edmond de Rothschild had been fined nearly 9 million euros ($10.1 million) for failing to take proper safeguards against money laundering. They did not comment on news reports that the case concerned 1MDB."

4. Walaupun kenyataan ini hanya mengaitkan denda tersebut kepada kegagalan menghalang kegiatan penggubahan wang haram dan tidak mengaitkan denda ini dengan 1MDB, namun agensi berita tetap mahu mengaitkannya dengan 1MDB dengan merujuk sumber yang tidak dinamakan.

5. Satu lagi sumber yang melaporkan mengenai ini adalah Finews Asia. Dalam laporan bertajuk "Rothschild bleeds for 1MDB", Finews Asia menamakan Marc Ambroisien bekas pengarah bank Rothschild di Luxembourg sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan bank Swiss ini terbabit dalam apa yang didakwanya sebagai 'skandal 1MDB'.

6. Dalam laporan yang sama Finews menyebut "he allegedly accepted Khadem Al Qubaisi, former boss of Abu Dhabi state fund IPIC, as a client and carried out transfers of funds from 1MDB, originally set up as a Malaysian development fund, for him. Al Qubaisi is alleged to have even gifted Ambroisien with an Aston Martin for his services."

7. Jika kita benar-benar menganalisis berita ini, kita akan dapati, pertama, cubaan untuk mengaitkan denda ke atas Bank Edmond de Rothschild dengan 1MDB dibuat oleh Reuters tanpa sebarang sumber rasmi yang dinamakan. Malangnya ia telah dipetik oleh semua agensi berita lain secara tidak bertanggungjawab.

8. Kedua, jika kita membaca laporan Finews Asia, individu yang dikatakan mengakibatkan Rothschild terbabit dalam 'skandal' ini adalah Ambroisien dan Ambroisien TIDAK dikaitkan dengan Arul Kanda, Shahrul Azral Ibrahim Halmi atau 1MDB sebaliknya dengan Al Qubaisi, dan seharusnya kaitan itu berterusan, iaitu kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS, Falcon Private Bank dan Abu Dhabi.

9. Adalah lebih tepat jika Reuters dan Finews Asia mengaitkan denda ini kepada IPIC kerana 1MDB tidak mempunyai akaun dengan Rothschild. Pelanggan kepada Rothschild adalah Qubaisi dan dia, ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC, iaitu dana kekayaan  yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Abu Dhabi, Pengerusi Aabar Investment PJS, iaitu anak syarikat IPIC dan bekas Pengerusi Falcon Private Bank, iaitu bank Swiss yang dimiliki oleh Abu Dhabi melalui Aabar Investment PJS.

10. Menurut laporan Finews Asia, Qubaisi adalah antara individu yang bertanggung jawab menguruskan pelaburan keluarga pemerintah Abu Dhabi bernilai berbilion dollar termasuk saham-saham di dalam Barclays, Daimler and Glencore. 

11. Menurut laporan Finews Asia juga, Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, iaitu bekas CEO Aabar Investment PJS dan bekas pengarah Falcon Private Bank sedang dipenjarakan di Abu Dhabi, bagaimanapun pihak berkuasa UAE masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil ke atas mereka selain dari melucutkan jawatan mereka dari syarikat IPIC dan Aabar tanpa sebarang penjelasan.

12. Seperti yang dinyatakan berulang kali, pihak yang kehilangan wang atau dana adalah IPIC dan bukan 1MDB. Seharusnya agensi berita melaporkan skandal ini sebagai skandal IPIC dan menyebut dana dan akaun yang terlibat sebagai "IPIC linked fund" atau "IPIC linked account" dan bukannya sebagai "skandal 1MDB" atau "1MDB linked fund" dan "1MDB linked account".

13. Pemberitaan menggunakan label ini lebih tepat dan bertanggungjawab.

Thursday, June 22, 2017

Terima Kasih Tan Sri Syed Hamid Albar Atas Sumbangan Dalam @SPADChannel!!

0 comments

Tanggal 3 Jun 2017, Industri Pengangkutan Awam Darat terasa kehilangan apabila seorang general yang mengepalai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  sejak ditubuhkan lagi mengumumkan untuk bersara...individu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Hamid Albar..

Bercakap mengenai Tan Sri..kami menggelarkan beliau sebagai seorang ketua yang mesra dan kuat bekerja..beliau memulakan kerjaya seawal usia 26 tahun sehingga 73 tahun..

Berbakti kepada kerajaan selama 47 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk mana-mana penjawat awam..

Dalam pentadbiran kerajaan, Tan Sri memang berpengalaman luas..beliau memegang banyak portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan.pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Luar Negeri, Serta Menteri Pertahanan..

Peringkat negeri beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013..

Selepas itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengendali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010..sebuah Agensi yang mengendali urusan pengangkutan awam darat amat mencabar apatah lagi ia baru ditubuhkan..

Jadi Perdana Menteri ketika itu perlu mencari seseorang yang mampu menjadi mastermind dan orang itu perlu mampu mendengar dan mempengaruhi pihak lain yang pelbagai latar belakang..

Jadi Tan Sri Syed Hamid Albar menjadi pilihan yang terbaik..bermula dari situ..industri pengangkutan awam darat mula berkembang pesat..

Banyak perubahan telah berlaku..Antaranya Pembinaan Terminal Bersepadu Selatan yang mana menjadi medan rangkaian utama pelbagai pengangkutan awam..

Melalui SPAD, Rangkaian Bas henti-henti (BNR) disusun semula bagi memastikan setiap rangkaian dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam lain dan yang paling penting keselesaan dan ketepatan waktu pengguna perlu dititik berat..Selain itu, melalui SPAD juga ada menperkenalkan Lalyan Bas Pengantara MRR, GoKL, Bas Rapid Transit (BRT), Bas Sekolah, Skim Insuran Bas sekolah, MyBas (SBST), Bas ekspres, Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF), ICOPSHE, Sistem Prestasi Bas Berhenti-henti (PMHS)..

Selain perkara berkaitan kemajuan insfrastruktur..Tan Sri juga pernah dicemuh berbagai-bagai tuduhan buruk..umpamanya ketika pemandu teksi dan bas ekspress mahu menuntut kenaikan tambang..ketika itu Tan Sri didesak oleh pengendali dan rakyat yang tidak mahu kenaikan..akhirnya strategi menang-menang dicapa..selain itu, isu pemandu teksi membantah Uber dan GrabCar..ketika itupun bermacam-macam tohmahan diutarakan pihak pemandu teksi...

Semua itu adalah asam garam dunia pengangkutan awam darat..dikesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Syed Hamid Albar!!!

Hati-Hati Propaganda Pembangkang Guna DOJ Untuk Campur Tangan Urusan Negara...

0 comments

Saat ini negara sedang menerima tekanan dari Amerika melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang menuduh bermacam-macam tohmahan mengenai 1MDB..

Tekanan tersebut ditambah lagi dengan sokongan daripada parti politik pembangkang seolah-olah mahu Amerika Syarikat mencampuri urusan dalam negara kita...biasalah pembangkang apa sahaja cara yang boleh menjatuhkan kerajaan mereka akan sokong walaupun terpaksa menggadaikan keamanan negara kita dengan menghalalkan campur tangan Amerika..

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan muslihat jahat DOJ dan pembangkang!!

Tan Sri berkata dalam satu kenyataan media "Rakyat terutama umat Islam, sudah tahu apa itu "Keadlian ala Amerika", "Demokrasi ala Amerika" dan "Diplomasi ala Amerika".

Rakyat timur tengah seperti Iraq, Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telah rasa bagaiman urusan negara dicampur tangan negara asing..Musnah!!!hanya rakyat negara sahaja yang harus mempertahankan kedaulatan Malaysia..

Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya bersetuju dengan dakwaan DOJ kerana ia bermatlamat dapat menyerang DS Najib dan negara Malaysia..perjuangan Tun tidak pernah ikhlas..

Kita pun tidak tahu apa niat Tun sebenarnya..adakah mahu mengkaburi mata rakyat dengan skandal Forexnya..

Pesanan Tan Sri Anuar agar rakyat negara kita bersolidariti dan mempertahankan pemimpin akan mampu menghalang kejahatan...

Sebagai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli UMNO yang selama ini menjadi tunjang dan benteng utama negara semenjak penentangan terhadap Malayan Union harus melipat gandakan iltizam dam bersolidariti serta wala' bersama saf pimpinan....

Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pads tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama..

Tidak perlulah kita hairan dengan sikap jijik Tun ketika ini yang sanggup bersekongkol dengan laporan pro zionis demi mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri semula...

Pembangkang sudah berada di tahap gamble..apa sahaja cara untuk tumbangkan BN maka semuanya dihalalkan walaupun terpaksa mempertaruhkan kedaulatan negara..

Beringatlah sebelum menyesal!!!

Wednesday, June 21, 2017

300 Pemandu Teksi Diberi Lesen Individu Di Bawah TITP..Terima Kasih @NajibRazak @SPADChannel!!

0 comments

Sebentar tadi, Suruhanjaya Pengangkutan awam Darat (SPAD) telah menyampaikan Surat Tawaran Kelulusan Bagi Permit Teksi Individu kepada 300 orang pemandu teksi..program ini merupakan langkah kerajaan melalui SPAD untuk menaiktarafkan industri ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP)...

Untuk makluman pembaca 300 orang ini merupakan penerima kedua daripada program TITP yang telah diadakan pada awal tahun ini...boleh rujuk entry kami yang lalu di sini SINI...

TITP ini bertujuan memberikan peluang kepada pemandu teksi bebas daripada sistem pajak yang selama ini membebankan mereka..

Daripada jumlah 300 orang tadi, sebanyak 43 orang pemandu menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM 5,000....

Berbanding kumpulan pertama, kumpulan 2 yang menerima geran individu telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama pihak polis dan JPJ dan menepati syarat kelayakan pelesenan SPAD..

Daripada jumlah 300 pemandu teksi yang menerima lesen individu, sebanyak 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa..penerima lesen individu ini berasal daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan (59%), Pulau Pinang dan Langkawi (24%) dan Melaka dan Johor Bahru (17%)..

43 orang yang menerima geran tunai RM 5,000 merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu pemandu teksi membeli kenderaan baru..ia melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta sebagaimana yang telah dijanjikan olah YAB Perdana Menteri ketika pembentangan bajet 2017..


Menurut YB Dato' Sri Hajah Nancy, "pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan dan menyelesaikan isu serta rungutan prmandu"

"Pemberian lesen individu ini diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menjaga kebajikan pemandu teksi sekaligus newujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini"jelas DS Nancy lagi..

Bagi kami usaha kerajaan untuk membela nasib pemandu teksi harus dipuji..kerajaan mendengar keluh resah rakyat dan menyelesaikan segala kesulitan..diharapkan dengan pemberian lesen ini tidaklah wujud lagi suara mengatakan pemandu teksi ditindas...

Harapan kami, pemandu teksi tidak mengambil kesempatan dengan lesen individu ini yang mana menyewakan pula kenderaan mereka kepada pihak ketiga..

Terima kasih kerajaan dan SPAD!!!

Berikut kami kongsikan gambar sepanjang majlis Penyerahan Lesen Individu TITP..





Aziz Kaprawi Tempelak Pembangkang Komplot DOJ Jatuhkan Kerajaan!!!

0 comments

*KENYATAAN MEDIA*

*Ab Aziz Kaprawi*
_MT UMNO_
_Ketua UMNO Bahagian Sri Gading_

*KENYATAAN DOJ MUSLIHAT PEMBANGKANG*

1. Kenyataan Jabatan Kehakiman US (DoJ) baru-baru ini mengenai isu kleptokrasi 1MDB merupakan muslihat pihak tertentu untuk dijadikan buah mulut rakyat semasa sambutan Aidilfitri.

2. Cubaan DoJ untuk memfailkan saman sivil hanya berdasarkan laporan daripada pihak yang tidak dikenali amat mencurigakan.

3. Lebih mencurigakan apabila syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB yang dikatakan wangnya dicuri tidak pernah dipanggil oleh pihak DoJ untuk memberi sebarang kenyataan.

4. Usaha untuk mengaitkan aktiviti kleptokrasi terhadap YAB Perdana Menteri juga dilihat sengaja diada-adakan.

5. Pihak DoJ sekali lagi gagal untuk menyebut secara jelas nama YAB Perdana Menteri dan isteri sebagai defendan.

6. Kita seharusnya berpegang kepada siasatan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa dalam negara seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

7. Kesemua agensi penguatkuasa ini telah merumuskan bahawa YAB Perdana Menteri bebas daripada sebarang salah laku transaksi kewangan 1MDB.

8. Pembangkang dilihat semakin terdesak apabila mereka semakin ketandusan isu untuk dimainkan menjelang PRU 14.

9. Malahan, indikator-indikator perkembangan ekonomi dan kewangan negara semakin menggalakkan mejadi bukti kepada kejayaan YAB Perdana Menteri mengurus ekonomi negara dengan baik serta mengurus keperluan rakyat sehingga ke akar umbi.

10. Pihak berkuasa juga harus mengadakan siasatan segera terhadap laporan Exco Armada Bersatu yang mengatakan terdapat usaha melobi DoJ untuk membawa kes ini ke hadapan.

11.  Ini adalah usaha daripada pihak tertentu yang cuba menghidupkan kembali isu ini supaya ia berpanjangan sehingga PRU-14.


----TAMAT----

Tuesday, June 20, 2017

MALAYSIAKINI TERPERANGKAP!!!BUKTIKAN ROSMAH TERIMA BERLIAN RM116 JUTA!!!

0 comments

Portal pro pembangkang Malaysiakini dilihat cuba memberi gambaran persepsi jahat bahawa  Datin Seri Rosmah Mansor kononnya menerima hadiah sebentuk berlian 22-karat yang dikatakan berharga AS$27.3 juta (RM116 juta) sebagai hadiah dari Low Taek Jho. 

18 Jun 2017, jam 6.02 petang, Malaysiakini membuat tuduhan itu dengan mendakwa Jho Low membeli berlian itu dari dana 1MDB yang kononnya dicuri. Malaysiakini masih belum dapat membuktikan tuduhan ini. Dakwaan tidak berasas ini akan jadi seperti cerita fitnah cincin RM24 juta.

9 Disember 2014, Rafizi menuduh Rosmah membeli cincin RM24 juta dalam Keadilan Daily. "Saya akan pertahankan kenyataan saya itu" kata Rafizi. Namun pada 5 Jun 2015, bila diminta pertahankan diri dalam mahkamah, Rafizi kata "saya hanya buat lawak sahaja pasal cincin itu". 

Lepas buat fitnah, kemudian cakap sengaja buat lawak sahaja. Tindakan Rafizi dan pembangkang ini jelas sekali tidak bertanggungjawab dan jahat. 

Dalam sebuah wawancara pada 5 April 2013, Pengarah Barangan Kemas Jacob & Co, Philip Nassimi berkata, cincin 30.11 karat itu sebenarnya dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

Video turut dimuat naik di youtube bagi menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Rosmah membeli cincin bernilai RM24 juta. Barangan yang dinilaikan pada harga US$8 juta itu dihantar pada 15 April 2011 ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan tujuan untuk pemeriksaan sahaja dan barangan yang sama kemudiannya dibawa semula ke Amerika Syarikat pada 16 Mei 2011.

Dokumen dari pihak Kastam Amerika dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membuktikan bahawa barangan itu dibawa masuk semula ke Amerika dan tidak dijual. 

Mahathir pun cakap dalam Malaysiakini pada 19 Jun 2017 mengenai cincin ini, katanya ; 

"Di Malaysia dari dulu kita dengar cerita berlian RM25 juta itu. Sampai sekarang ini semua orang percaya" kata Mahathir. Sebenarnya, Mahathir sudah kena tipu dengan Rafizi pasal cincin RM25 juta ini. 

Hal cincin ini sudah dibawa ke mahkamah dan Rafizi sudah akui hanya "buat lawak". Oleh itu, Mahathir hendak bukti apa lagi? Sejak masuk pembangkang ini, dengan Rafizi pun Mahathir boleh kena tipu. Lekeh sungguh Mahathir. 

Kini Malaysiakini bersama pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berganding bahu memainkan fitnah jahat terhadap Datin Seri Rosmah ini dengan bantuan  kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Dalam kenyataan DoJ setebal 251 halaman itu, tidak ada satu perkataan pun menyebut nama Rosmah ataupun Najib. Namun Malaysiakini bertungkus lumus berusaha sedaya upaya memandu cerita agar ianya memberi gambaran bahawa Rosmah terlibat dalam isu tersebut.

Gambar berlian yang disiar dalam artikel fitnah Malaysiakini itu pun adalah gambar berlian yang diambil dalam carian Google, bukannya gambar sebenar. 

Jika ada resit, transaksi dan gambar berlian sebenar bawalah sebagai bukti. DoJ hanya keluar kenyataan media sahaja, sudah setahun berlalu apa yang didakwa DoJ itu tidak bawa pun untuk pengadilan di mahkamah. Hanya tinggal sebagai tuduhan dan belum dibuktikan dengan saksi dan bukti yang cukup.

DoJ hanya mengaitkan secara tidak langsung istilah MO1 dengan individu-individu yang berurusniaga dengan syarikat 1MDB. DoJ tidak berani menyaman Najib atau Rosmah kerana mereka sendiri tahu kedua-duanya tidak terlibat. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan selamat dengan mencipta istilah MO1. Presiden Trump sendiri banyak bertentangan dengan DoJ seperti dalam isu hubungan sulit dengan Rusia dan isu kempen Presiden 2016 .

Tiada wang dari 1MDB yang diselewengkan. Ahli Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang turut berada dalam PAC mempersoalkan mengapa media pembangkang membuat provokasi agar Perdana Menteri disiasat sedangkan tidak ada bukti-bukti yang Perdana Menteri terlibat. 

Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri. Dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut. 

Kenapa masa itu Tony Pua tidak berikan bukti mengenai berlian RM116 juta ini untuk disiasat? Sekarang bila pembangkang kering isu menyerang Dato Seri Najib, datanglah pula cerita baru tentang berlian RM116 juta.

Jika ada bukti, maka DoJ patut hubungi pihak Peguam Negara, PDRM, SPRM dan PAC untuk melakukan siasatan terperinci secara adil dan saksama. Jika tidak, apa yang Malaysiakini tulis mengenai berlian ini hanyalah persepsi jahat semata mata, tanpa ada sebarang bukti kukuh. Hanya mereka cipta carta alir dan grafik rekaan sahaja. 

Sudah setahun, cerita DoJ diulang semula oleh pembangkang. Kalau benarlah Jho Low itu sudah bersalah, dah lama FBI dan CIA tangkap dia di Amerika Syarikat. Sudah lama kena dakwa di mahkamah Amerika Syarikat. Namun kenapa Jho Low bebas keluar masuk Amerika Syarikat sekarang? 

Kerana apa yang DoJ dakwa itu hanya kenyataan sahaja, bukannya saman dan belum pun dibawa ke mahkamah. Oleh itu, yang sibuk sangat Mahathir dan Malaysiakini hendak menghukum kenapa? 

Guan Eng yang sudah masuk mahkamah kerana kes rasuah tidak pula dihukum sebagai pesalah selagi kes belum habis dibicarakan. Malaysiakini kena buktikan berlian RM116 juta itu adalah hadiah terlebih dahulu. Jika tidak apa yang Malaysikini tuduh itu hanyalah sekadar "satu lawak" Rafizi sahaja.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB475, Selasa
20 Jun 2017

SENSASI!!!PEMANDU UBER HANTAR REMAJA SUSAH SHOPPING DENGAN PERCUMA TULAR DIMEDIA SOSIAL!!!

0 comments

Sebelum ini kami ada buat satu entry berkenaan pemandu Uber dan Grabcar yang tidak bermoral yang mana telah mengkhianati penumpang sendiri..ada yang merompak,mencabul dan merogol..boleh rujuk entry kami di SINI..

Agak tidak adil jika kami hanya memaparkan perkara negatif yang dilakukan oleh pemandu sistem e hailing sahaja..mereka juga ada yang baik hati...

Contohnya kisah di bawah yang dikongsikan oleh En. Kuan Chee Heng...untuk yang belum mengenalinya..En Kuan ini merupakan aktivis rakyat yang mencari dan membantu orang susah..dia juga ada menawarkan perkhidmatan teksi dengan harga serendah 10 sen..

En. Kuan menceritakan kebaikan seorang pemandu Uber berbangsa India bernama Nesh yang sanggup menghantar ramaja Melayu membeli belah dan menunggu selama 3 jam..Pemuda India itu juga tidak mahu mengambil sebarang bayaran atas perkhidmatannya menghantar remaja Melayu membeli belah dari Bukit Jalil...

Kami membaca cerita ini pun terharu..jika anda berada di tempat Nesh pun belum tentu boleh melakukan perkara yang sama..kami berbangga dengan anda Brother Nesh!!

Teruskan berkhidmat demi menjaga mutu pengangkutan awam darat!!!jika semua pemandu UBER dan GRABCAR seperti ini kami yakin masyarakat tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana membenarkan perkhidmatan e hailing ini mendarat ke tanah air..

Malah ketika ini juga SPAD sedang memantau data base setiap pemandu UBER dan GrabCar untuk melihat latar belakang dan memperkenalkan butang S.O.S sekiranya penumpang berada dalam keadaan kecemasan!!!

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh En. Kuan..


INDIA UBER GILA. 

Ini dia lelaki India yang sungguh baik baik baik hati. Dia drive Uber dan semalam terbaca post saya minta driver uber hantar yang susah pergi shopping. Saya tawarkan RM 50 untuk memberi tambang. INI INDIA GILA punya baik hati. Dia bukan sahaja hantar mereka dari Bukit Jalil  FREE. Dan dia tunggu selama 3 jam untuk ambil dan hantar mereka pulang. NESH. i AM LOST FOR WORDS OF YOUR KINDNESS. Only God knows and bless you. SEMUA DIA BUAT DENGAN SENYUMAN DAN FREE........ Tabik hormat UBER DAN GRAB DRIVERS. You all are angels too. Please kasi dia banyak like. Orang seperti beliau lah yang membuat Malaysia BEST. Jom, kita GILA...-SUMBER

Monday, June 19, 2017

@SPADChannel Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pengendali Yang Langgar Peraturan!!!

0 comments

Seperti tahun-tahun sudah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang kepada semua pengendali pengangkutan awam darat menjelang Hari Raya Aidilfitri..

Operasi sempena hari raya ini dilaksanakan bagi memastikan semua pengguna pengangkutan awam darat dalam keadaan selamat dan menggurangkan kebimbangan pengguna daripada ditipu oleh pengendali yang mengambil kesempatan...

Dalam operasi ini, SPAD akan bekerjasama dengan PDRM, JPJ, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya bermula 12 Jun - 2 Julai 2017..SPAD juga akan melaksanakan operasi 24 jam daripada 22 Jun - 27 Jun dan 30 Jun - 2 Julai dimana ketika ini mood pergerakaan pengangkutan awam berada di tahap tertinggi..

Antara operasi yang diberi tumpuan ialah :

1) Pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan meliputi audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran,  rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap laju serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya..

2) Pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen di terminal-teeminal bas yang mana aspek tumpuan ialah keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan

Operasi ini dilaksanakan bertujuan supaya semua pemandu dan pengendali mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) pada setiap masa..

Jikalau ada sebarang kesalahan dikesan tindakan tegas akan diambil dengan menggantung lesen syarikat bas dan jika serius tindakan boleh dibatalkan..dalam proses pengantungan pihak pengusaha bas akan digantung perkhidmatan bagi memberi laluan kepada siasatan audit keselamatan dijalankan...

Apa yang dilakukan SPAD ini adalah bagi menjamin keselamatan penumpang..pegawai penguatkuasa terpaksa berkerja dihari raya bagi memastikan pengguna pulang berhari raya dengan selamat..

Bagi kami apa yang dilakukan SPAD ini adalah amaran keras kepada semua pengendali supaya meningkatkan keselamatan dan yang paling penting sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku...

Jika ada sebarang aduan yang anda lihat depan mata, SPAD telah mengumumkan talian hotline yang beroperasi 24 jam di talian 1-800-88-7723 (SPAD) atau email kepada aduan@spad.gov.my atau twitter @aduanSPAD..Kami yakin jika ada aduan unit komunikasi akan bertindak pantas...

Syabas SPAD!!sama-sama kita doakan semoga perjalanan balik kampung pengguna jalan raya selamat pergi dan balik..amin..

Sunday, June 18, 2017

Tuduhan Terkini DOJ Terhadap 1MDB Tidak Ubah Seperti "Kisah Dongeng Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri pada 16 September"!!

1 comments

Nampaknya kemelut dalam Pakatan Harapan sudah tidak mampu dibendung lagi..perebutan jawatan Perdana Menteri antara pemimpin dalaman Pakatan dan ahli hilang keyakinan terhadap parti terus memerangkap diri mereka...

Jadi untuk mengkaburi kelemahan diri sendiri..mereka terpaksa jadi bengong mengikut DOJ mengulangi skrip setahun lepas dengan memainkan semula saman sivil yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)..

Mahkamah Amerika Syarikat beberapa hari lepas telah memfailkan satu petisyen untuk membekukan hasil lukisan Picasso, Kondominium Mewah di Manhattan dan hakcipta filem 'Dumb and Dumber To' sebagai salah satu hasil siasatan mereka atas penggubahan wang haram..

Macam biasa BBC News, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah mendakwa lebih USD 4.5 billion telag dicuri dari 1MDB oleh mereka yang berkaitan dengan Perdana Mebteri Malaysia dan sekutu-sekutunya..

Hairannya situa kutuk Mahathir boleh pula percaya walhal sebelum ini Mahathir kita lihat amat mementingkan dasar pandang ke timur dan tidak berkenan dengan USA dalam banyak isu..tetapi tidak urusan DOJ dan 1MDB ni..

Mengulas tindakan terbaru DOJ, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa pihaknya mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaru oleh Jabatan Kehakiman  Amerika Syarikat (DOJ)..

Apandi amat kesal dengan tindakan DOJ kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) langsung tidak dimaklumkan oleh DOJ dan beliau menganggap ia sebagai tindakan recycle sempena ulang tahun pertama tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016 lalu..

Bagi yang tidak mengetahui, kami kongsikan info yang tidak dilaporkan DOJ yang mana Skandal 1MDB telah menjalankan siasatan sekurang-kurangnya lima negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Switzerland tetapi tiada mana-mana individu sema ada pengurus tertinggi atau kakitangan 1MDB yang telah dihadapkan ke mahkamah...jangankan dihadapkan ke mahkamah, didapati bersalah pun tiada...

DOJ kita kenal mereka hanya bermain sandiwara kononnya MO1 terlibat tetapi tidak pula berani menuduh secara terang-terangan individu yang terlibat...

Tidak usahlah menyanjung tinggi DOJ ini..mereka bukanlah insititusi yang wajar dicontohi..Kita imbas kembali awal tahun ini, Presiden Amerika Donald Trump telah memecat pemangku Peguam Negara selepas beliau mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman supaya tidak mempertahankan perintah eksekutif kontroversinya berkaitan pelarian...

Pemimpin mereka sendiri pecat indovidu dalam DOJ kerana tidak menjaga kredibiliti inikan kita pula mahu mengguna pakai info dari mereka..

Isu melibatkan DOJ dan 1MDB ini bagi kami hanyalah mainan spekulasi..selain 5 negara telah membuktikan tiada sebarang kesalahan jenayah dalam tuduhan ini..Malaysia juga ada menjalankan siasatan peringkat negara..Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara (JAN) juga pernah menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan hasilnya tiada yang dianggap bersalah...

Peguam Negara berkata "kami dapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pembagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgynakan daripada 1MDB dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewrngan dana daripada 1MDB"..

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan DOJ dan hasil siasatan telah membuktikan bahawa PM kita memang tidak bersalah...

Bagi kami segala tuduhan DOJ ini hanyalah seperti "Kisah dongeng Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September"..Dakwaan DOJ tidak perlu diambil serius sangat..ini kerana segala tuduhan mereka langsung tiada bukti...Kerajaan Melaysia akan memberi segala kerjasama dalam apa jua siasatan mengikut undang-undang dalam isu 1MDB..

Ini menunjukkan betapa gentlemannya kerajaan kita bukan seperti DOJ dan pakatan pembangkang..membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang jelas..hanya bersifat gosip semata-mata...

Nasihat kami usah dilayan gosip DOJ ini..rakyat Malaysia seharusnya menumpukan kes-kes mahkamah yang menanti Lim Guan Eng..siapa calon PM Pembangkang..dan parti pembangkang sedang hadapi krisis ahli hilang keyakinan terhadap parti..ini lebih penting dari gosip liar DOJ!!!

Imam Bazar Kluang Memang Sah Imam..Pakatan Pembangkang Berdosa Fitnah Melulu!!!

2 comments

Takdir Allah SWT di bulan mulia bulan ramadan Allah menunjukkan kebenaran orang yang teraniaya..pasti anda masih ingat bagaimana pemimpin dan penyokong taksub DAP menghina Imam bazar Kluang yang menghalang umat DAP mengedar kurma dengan cara yang tidak beradab...

Sejurus itu..imam bazar tersebut telah diviral dan dihina dengan bermacam-maca tuduhan songsang...

Di bulan yang elok ini akhirnya kebenaran muncul juga...Allah angkat pemimpin agama Islam dan tunjukkan kebenaran siapa sebenarnya imam itu..ya..memang benar dia imam..?

Tak cukup RUU355...DAP juga perlekehkan Imam Bazar...dasar parti sekular tak guna!!!itu pun umat Islam masih menjilat DAP..

Ikuti kisah benar siapa imam bazar di bawah!!!





Sumber wasap

*Sikap Ahli Parlimen DAP Kluang memalukan*

Apa yang anda nampak masa insiden di bazar Ramadan Kluang baru-baru ini. Insiden yang sengaja dicetuskan oleh Ahli parlimen DAP untuk dapat populariti dengan cara kotor. 

Tuduhan yang dilemparkan oleh ahli parlimen DAP terhadap seorang anak muda yang memang seorang Imam sebagai samseng sama macam mana Amerika melemparkan tuduhan pengganas kepada umat Islam selepas kejadian 9/11. 

DAP gunakan atas alasan bazar Ramadan sebagai tempat awam maka mereka boleh merempuh masuk mana-mana tempat yang mereka suka. Namun mereka lupa, mmg bazar ini tempat awam untuk orang ramai membeli belah, namun tujuan DAP Kluang adalah membuat program di kawasan ini atau lebih tepat lagi membuat kacau. Sebab itu, urusetia bazar meminta mereka keluar, sebab mereka tidak meminta izin bahkan lebih teruk mereka merempuh dan mem'provok' urusetia di sana. 

Kita lihat bagaimana juak-juak DAP sengaja merapatkan diri kepada Imam untuk harapan terdapat kejadian yang tidak diingini seperti ditumbuk atau sebagainya. Ianya adalah tindakan terancang Dap untuk menyerang Bazar Ramadan Kluang. 

Orang Kluang tidak lupa peristiwa Dap adalah dalang di sebalik tuntutan peniaga Cina di Kluang yang minta bazar Ramadan Kluang di pindahkan. Pada waktu tersebut. Hampir berlalu lebih sepuluh hari selepas Ramadan peniaga bazar Ramadan masih tidak dapat berniaga kerana bantahan tersebut. DAP adalah dalang sebenarnya dalam kejadian tersebut. Mereka menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan bekas ADUN MCA mengkibol yang akhirnya DAP menang di Mengkibol pada 2008. 

Orang Kluang juga tidak lupa pada ketika itu Ketua Pemuda UMNO Kluang pada ketika Md Jais Sarday lah yang buat benteng untuk pertahankan bazar tersebut. Atas tindakan tersebut maka bazar Ramadan Kluang kekal sehingga hari ini. 

Orang Kluang perlu ramai pemimpin berani macam ni bukan macam Melayu pak turut kepada DAP. Kerana mereka akan gagal pertahankan hak Melayu jika ada sesuatu yang berlaku. Ini yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang bila gerai peniaga Melayu byk dirobohkan. Apatah lg apa yang berlaku kepada Melayu di Singapura. 

Orang Kluang tidak pernah lupa peristiwa bazar Ramadan ini adalah cara KOTOR Ahli Parlimen Dap yang bukan anak jati Kluang pun untuk dapatkan populariti secara terdesak dengan sengaja menjadikan seorang budak anak jati Kluang sebagai kambing hitam. Inikah sikap yang sepatutnya ditunjukkan sebagai seorang ahli Parlimen dan pembantunya.. Ianya sangat memalukan. 

*#Anak Jati Kluang*

Saturday, June 17, 2017

MCA Lebih Beradap Menyantuni Umat Islam di Bulan Ramadan..DAP Perlu Tahu Untuk Menjaga Sensitiviti Umat Islam..

0 comments

DAP memainkan sentimen perkauman Melayu anti kepada kafir ketika insiden melihat bagaimana pemimpin DAP Kluang telah dihalau ketika memberi kurma di sebuah bazar baru-baru ini..bukan kita tidak tahu niat mereka hanya mahu cetuskan kontroversi dengan menyalahkan UMNO yang mana akhirnya akan menguntungkan DAP dari segi simpati politik..

Ketika seorang lelaki Islam menghalau pemimpin DAP..puak pembangkang memperlekehkan pemuda tersebut yang menyatakan dia juga IMAM..buat pencacai pembangkang setiap lelaki ialah imam bagi keluarga mereka..jangan kerana terlalu taksub sanggup menghina pemuda yang mengaku imam..

Sebenarnya insiden tersebut tidak akan terjadi jikalau DAP akur dengan kehendak rakyat kawasan tersebut yang mana menolak DAP..

DAP memainkan sentimen seolah-olah bangsa Melayu bencikan orang Cina..sebenarnya orang Melayu bukan bencikan cina tetapi kami bencikan DAP..tak kiralah orang Melayu dalam DAP sekalipun..kami tetapi anti DAP sampai bila-bila...

Cukuplah bagaimana Kit Siang mengguriskan hati umat Islam yang mana telah mengacau pembentangan Rang Undang-Undang Islam 355 ketika Tn Guru Haji Hadi membentangkannya di Parlimen..sekarang mereka nak kata mahu menunjukkan rasa hormat kepada umat Islam dengan hanya 5 biji kurma?

Di sini kami tunjukkan bagaimana Umat Islam melayan pemimpin bukan beragama Islam yang turut memberi kurma di masjid-masjid..

Saudara Chua Hock Kuan anak jati Wakaf Bahru,Tumpat Kelantan..Chua bukan sahaja petah berbahasa Melayu tetapi turut pandai berkomunikasi menggunakan dialek Kelantan..

Chua mewakil MCA menunjukkan bagaimana orang bukan Islam menyantuni umat Islam...imej DAP sudah tercalar dengan tindakan mereka membantah RUU355...

Chua dalam satu video meminta izin terlebih dahulu sebelum mengedarkan kurma..yang penting kurma yang diberi tidak dipecah-pecahkan dalam unit kecil bagi menjaga sensitivi umat Islam..beliau memberi dalam kotak siap-siap..tidak perlu untuk memecahkan kecil-kecil dan yang paling penting meminta IZIN!!!

DAP berbeza..entah minta izin atau tidak..bula orang kata cari tempat lain..mereka berkeras untuk memberi juga..tidakkah itu dinamakan tiada adab di tempat orang???jangan fikirkan anda ahli parlimen..anda boleh lakukan sesuka hati...hendak masuk rumah orang kena beri salam..jika tuan rumah tidak izinkan masuk..kita janganlah mendesak untuk masuk..bila ditolak terus report polis..nampakkan bagaimana sikap mereka..ini adalah analogi mudah bagi kes yang berlaku di Kluang..

MCA lebih beradab dan pandai menyantuni orang lain..DAP??mereka hanya mileage politik menunjukkan kepada umum bahawa mereka teraniaya!!!

DAP perlu belajar daripada MCA bagaimana cara menjaga tatasusila..berbeza kalau kita hendak bandingkan pemimpin MCA dan DAP...umpamanya DS Liow Tiong Lai dan DS Wee Ka Siong..rata-rata masyarakat setempat berpuas hati dan suka cara dua pemimpin utama MCA ini bekerja membela rakyat..

Tidak seperti pemimpin DAP..umpamanya Kit Siang..jarang balik kawasan Gelang Patah...boleh dibilang dengan jari kalau kita nak tengok batang hidung Kit Siang..malah banyak pemimpin DAP jarang turun ke padang..yang mereka tahu hanya daftar pengundi..

Jangan jadi bodoh untuk mengundi..fikir masak-masak sebelum membuang undi pada PRU14..tengok track record pemimpin sebelum PANGKAH...jangan kerana taksub kepada sesuatu bangsa anda mengundi DAP yang kita sudah tahu kualiti pemimpin mereka!!!

Boleh tonton contoh bagaimana Pemimpin MCA menyantuni rakyat di SINI

Friday, June 16, 2017

@SPADChannel Bertindak Pantas Atasi Masalah Pemandu E-Hailing Tidak Bermoral!!!!

0 comments

Sejak perkhidmatan berasaskan e-hailing UBER dan GRAB mendarat di  Malaysia..ia mencetuskan satu fenomena baru bagi industri pengangkutan awam darat di negara kita..

Perkhidmatan ini telah diamalkan di megara maju lain dan pengenalan perkhidmatan ini di Malaysia telah memberi satu lagi alternatif pilihan kepada pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam..

Namun sejak kebelakangan ini..beberapa kes yang tidak diingini telah berlaku dan ini amat membimbangkan kita..penumpang perkhidmatan e-hailing telah dirompak, dicabul dan dirogol oleh pemandu perkhidmatan ini...

Kes yang dikesan setakat ini :

1) Seorang wanita yang sarat mengandung menaiki perkhidmatan UBER dari Mid Valley ke Puchong telah dirompak sehingga menyebabkan kandungannya gugur.

2) Seorang wanita di Pulau Pinang dicabul oleh pemandu UBER..Ini berlaku ketika wanita tersebut baru sahaja masuk kenderaan lantas pemandu itu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluan. Kemudian pemandu itu dengan pantas mengambil tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya. Pemandu UBER terbabit telah ditahan dan kes disiasat dibawah seksyen 364 Kenun Kesiksaan..

3) Beberapa hari lalu seorang wanita wanita telah dirogol berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang..Pemandu GRAB terbabit telah ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes rogol..kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merogol.

Ketiga-tiga kes ini amat serius dan perlu ditangani segera..Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi mencari solusi terhadap kes ini..

Apa yang telah dilakukan SPAD ialah  :

1) Bermula 16 Jun, pengebdali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod pemandu kepada SPAD untuk saringan dan tapisan keselamatan ketat dengan bantuan JPJ dan PDRM..

2) SPAD telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S pada aplikasi mereka dalam jangka masa terdekat. Sistem S.O.S ini akan memberi jaminan buat penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan..

3) SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk mengguna proses yang lebih menyeluruh seupaya data pemandu ada dalam sistem meluputi rekod peribadi,sejarah lampau, dan kes perlanggaran undang-undang jalan raya jika ada..

Apa yang dilakukan oleh SPAD adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan e-hailing akan dapat ditingkatkan seterusnya mengembalikan semula keyakinan penumpang untuk menggunakan perkhidmatan ini..

Thursday, June 15, 2017

KURMA, #RUU355 & TALAM KISAH BERMUKA-MUKA PEMIMPIN DAP!!!

2 comments
RUU355


DAP parti yang banyak wataknya..bila bergaul dengan rakan-rakan non muslim..pemimpin mereka memegang cawan arak dan khinzir..tetapi ketika mereka bersama dengan umat Islam lain pula watak mereka...

Ada ketika DAP bersifat sebagai sebuah parti yang anti Islam..menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan Rang Undang-undang Islam 355..Kit Siang dan beberapa pemimpin lain bingkas bangkit dari kerusi mengacau pembentangan RUU yang disampaikan oleh tn Guru Hj Hadi...

Ketika itu umat Islam betul-betul tidak boleh terima dengan tindakan DAP..bagi DAP apa mereka peduli..walaupun RUU355 tidak langsung melibatkan kaum kafir seperti DAP..

Tindakan tersebut benar-benar mencerminkan betapa DAP sanggup mengguriskan hati umat Islam yang mahu meningkatkan kualiti undang-undang syariah..

Kurma


Selepas penentangan bermati-matian DAP terhadap RUU355..di bulan Ramadan lain pula wataknya..Pemimpin DAP berlumba-lumba cuba berbuat baik dengan umat Islam dengan bermodalkan kurma..

Tindakan ini menunjukkan kononnya DAP sebuah parti menghormati Islam..itu silap..umat Islam masih ingat apa yang Kit Siang lakukan kepada agama kami semasa pembentangan ruu355 Yang lalu...

Mereka sengaja menimbulkan kontroversi seolah-olah mereka dianiaya ketika mahu memberi kurma..propaganda yang diinginkan berjaya direncanakan..lokasinya di Kluang..

Mereka tahu yang kawasan bazar Ramadan itu memang anti kepada DAP..tahun sudah mereka pernah cuba masuk untuk mengedar kurma..tetapi dihalang kerana tiada surat..

Dipihak UMNO pula mengatakan segala-galanya berpunca daripada DAP yang mahukan bazar ramadan itu dipindahkan tetapi dipihak DAP menafikan..kedua-dua dakwaan tiada bukti..siapa yang betul dan tidak kita tidak tahu..

Itu bukan soalnya..yang penting orang Melayu Kluang memang tidak suka akan DAP..cara baik sudah dicakap supaya mengedarkan kurma ditempat lain..tetapi mereka sengaja menimbulkan kekacauan sehingga mencetuskan berbalahan...

Macai-macai DAP sudah siap sedia dengan sebarang tindakan yang akan berlaku..sebab itu mereka yang mula-mula mengeluarkan dan memviralkan video tersebut..

Makan atas talam


Sudah kita tahu pemimpin mereka pandai bermuka-muka..yang sebelum ini memakai skirt atas paras peha tiba-tiba mengenakan busana baju kurung Melayu..

Kit siang pula..kita kenal siapa Kit Siang..dia boleh bersongkok untuk menambat hati Melayu..tidak hairanlah dibulan puasa ni dia rela makan atas talam bersama orang Melayu..percayalah kata kami..lepas sahaja bulan ramadan tiada lagi aksi lakonan makan atas talam!


Biar apapun lakonan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ia tidak akan mengubah persepsi masyarakat Melayu terhadap DAP...hati-hati dengan sikap pemimpin DAP..mereka banyak wajah..banyak watak..banyak akal untuk mencetuskan kemarahan umat Melayu...hati-hati dengan sebarang tindakan mereka..ia tidak lebih hanya sekadar mahu menambat hati Melayu untuk mendapat sokong menjelang PRU 14 nanti..

Wednesday, June 14, 2017

Perbandingan Bonus Raya Johor, Selangor & Penang Yang Perlu Anda Tahu!!!

0 comments


TAK GUNA BONUS BERBULAN-BULAN TAPI RAKYAT TAK MAMPU NAK BELI RUMAH SENDIRI !!!

Selain pemberian wang zakat kepada asnaf, perkara yang paling dinanti oleh penjawat awam ialah pemberian duit raya atau bonus daripada kerajaan.

Terdahulu Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bonus raya sebanyak RM500 seorang kepada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Manakala Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin minggu lalu mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 seorang kepada lebih 19,000 kakitangan awam negeri Johor. Pemberian bonus sama rata ini amat menggembirakan tatkala semua umat Islam akan menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.    

Bagi negeri lain seperti Pulau Pinang, walaupun kelihatan jumlah yang sama (RM1,000) diperuntukkan kepada kakitangan awamnya, namun sebenarnya tidak semua mendapat jumlah itu!

Pengagihan bantuan adalah berdasarkan prestasi kerja masing-masing iaitu setengah bulan gaji bagi yang tiada masalah disiplin dan satu perempat bagi mereka yang mempunyai rekod disiplin kurang baik.

Ketika ini Pulau Pinang mempunyai seramai 3,741 penjawat awam negeri, bermakna negeri itu hanya perlu membelanjakan sebanyak RM7.55 juta sahaja. 

Cuba bayangkan nasib kakitangan awam negeri-negeri di bawah pentadbiran UMNO/BN, jika PAKATAN HARAPAN yang dibawah telunjuk DAP dapat memerintah negeri-negeri ini selepas PRU 14? 

Yang pasti ramai akan diberhentikan kerja dan menganggur. Kerana dasar DAP mahu mengecilkan jumlah kakitangan awam di negara ini jika PAKATAN HARAPAN berjaya menguasai Putrajaya! 

Contoh paling nyata adalah sebagaimana yang berlaku di Selangor.

Setelah memberhentikan lebih 4,000 penjawat awam negeri itu, semalam Azmin Ali mengumumkan pula bonus dua bulan gaji kepada kakitangan yang masih tinggal.

Pemberian bonus dua bulan gaji dan pengurangan jumlah penjawat awam daripada 21,776 orang kepada 17,703 orang di negeri kaya ketika di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan ‘mahligai airmata’ bagi mereka yang diberhentikan.

“Azmin boleh bagi berapa saja yang dia nak bagi, sebab dia dah berhentikan ramai pekerja sebelum ni, terutama yang tidak menyokong dia dulu.  Duit gaji yang dia dah berhentikan tu, dia buat modal pusingan,” kata seorang teman ketika kami bersembang tentang beruntungnya jadi kakitangan kerajaan Selangor.

Jika dikira secara purata jumlah emolumen yang termasuk gaji, elaun, imbuhan, bonus, kerajaan Johor telah membelanjakan lebih banyak untuk tujuan emolumen untuk kakitangan awam berbanding kerajaan Selangor. 

Ini tidak termasuk skim pinjaman tanpa faedah perumahan kakitangan awam Johor. 

Jelas di sini kerajaan Johor lebih pro-rakyat jika dibanding dengan Selangor. 

Apa guna rizab berbillion ringgit dan bonus berbulan-bulan diberikan kepada kakitangan awam negeri tetapi rakyat negeri masih tidak mampu memiliki rumah sendiri? 

Secara sedar atau tidak, kerajaan khususnya di Johor yang sentiasa mendengar suara hati rakyatnya telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk kakitangan awam negeri ini. 

Malah Malaysia merupakan antara negara yang prihatin terhadap penjawat awam. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun lagi. 

Setiap tahun bukan sahaja bonus raya malah bonus awal tahun juga diberikan kepada penjawat awam bagi meringankan bebanan persekolahan anak-anak. 

Kerajaan amat berterima kasih kepada penjawat awam di atas kesungguhan mereka bekerja dalam menjayakan segala wawasan negara mahupun negeri.

Sudah tentunya kerajaan mendambakan penjawat awam yang cekap,amanah dan paling penting bertanggungjawab dalam setiap tugasan mereka. 

Sekian salam muafakat raya untuk semua. 

Maaf Zahir Batin. 

Kredit : TUN MUTAHIR

#teamjohor 
#muafakatjohor

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA