networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, May 31, 2017

AKHIRNYA APEK TUA KIT SIANG BALIK GELANG PATAH..GAMBARNYA DITAMPAL DI KOTAK KURMA...KAHKAHKAH!!!

1 comments
Masihkah anda ingat kes kehilangan Lim Kit Siang yang tidak balik ke parlimen Gelang Patah...kami kongsikan cerita itu di SINI...

Hari ini di bulan mulia bulan Ramadan dikhabarkan Apek Kit Siang telah balik ke kawasan Gelang Patah...hasil maklumat yang kami terima memang benar Apek Kit Siang telah pulang...

Gambar si apek tua Kit Siang ditampal kemas di kotak kurma yang diedar di sekitar Gelang Patang...haha!!

Pengundi Gelang Patah kena main sahaja dengan situa kutuk ni..lepas menang PRU 13 yang lalu jarang ada di kawasan..bila nak raya bagi kurma..apa dia ingat dengan kurma boleh jadi syarat sah seorang ahli parlimen ka??

Ini realiti pemimpin DAP..mereka bukannya buat kerja membantu rakyat..yang mereka tahu berpolitik supaya membenci MELAYU UMNO!!


Monday, May 29, 2017

Keputusan EGTukar Guru..Pandangan Guru Tentang Sistem Baru..Tak Banyak Perubahan Kalau Dilihat Secara Holistik..

0 comments

Kami mendapat tahu semalam keputusan G Tukar Guru telah diumumkan diaplikasi online..hasil tinjauan kami, banyak perlu dibaiki dalam sistem ini..banyak perkara yang diungkapkan menteri tidak diterjemahkan..

Kami kongsikan pandangan seorang guru yang diambil dari sumber facebook seorang guru yang mengajar di Sarawak..sama-sama kita baca...

1. Permohonan perpindahan boleh dibuat 4x setahun

Kenyataan ini dibuat oleh seorang timbalan menteri pendidikan pada tahun lalu. Kami tak kisah 10 kali permohonan pun, yang kami nak tahu berapa kali penempatan pindah? Tiba-tiba tahun ni mohon sekali saja untuk sepanjang tahun.

Kalau sebelum ini, bulan empat baru boleh isi. Keputusan bulan enam dan lapor diri sekolah baru pada bulan tujuh. Tahun ni awal betul. Advance. Bulan dua dah buka sistem untuk isi. Ramai ingat ada tukar bulan empat, rupanya tetap bulan enam. Jadi, apa rasional dan relevannya buka sistem dari bulan dua? Betul-betul memberi harapan palsu.

2. Pertukaran bulan Jun mengambil kira subjek peperiksaan yang diajar

Aku sebenarnya boleh terima dengan alasan ini pada mulanya. Tapi kenyataan tak pernah selari dengan tindakan. Itu yang buat orang tak puas hati. Aku sendiri ajar subjek tingkatan 5. SPM. 

Kalau nak diikutkan, memang tak kan dapat pindahlah aku ni. Katanya risiko tukar cikgu yang ajar subjek periksa, beri kesan pada pdpc di sekolah. Aku nak tanya. Kenapa bila ada guru cuti bersalin, ada sekolah yang tak dapat pun guru ganti? Malah, terpulang pada sekolah untuk ambil guru ganti sendiri mengikut peruntukan sendiri. Akhirnya cikgu yang ada sama-sama bahagi waktu kelas yang cuti tersebut sehingga terabai kelas sendiri. Yang ni tak ganggu pdpc ke?

3. Keputusan posting baru sebelum keputusan egtukar

Seingat aku, perkara ini berlaku sejak aku mula di Sarawak. Mungkin juga sebelum aku posting sana lagi. Aku tak salahkan cikgu-cikgu baru. Memang rezeki mereka tapi kenapa setiap kali penempatan baru, waktunya adalah sebelum keputusan egtukar keluar? Bila ini berlaku, secara automatik peluang guru yang tunggu dengan penuh harapan turun ke 50 peratus.

4. Dasar 90 : 10 diperkenalkan

Dalam tiga tahun, guru tempatan menerusi pengambilan guru interim diharap mampu mengisi kekosongan secara berperingkat. Inisiatif yang baik tapi sekali lagi tindakannya tidak selari. Ada antara guru interim yang digagalkan. Malah ada yang masih belum dipanggil temuduga untuk penjawatan tetap sehingga hari ini walaupun sudah lama di sekolah.

Hal ini menyebabkan kurangnya posting baru dari semenanjung dan apabila guru interim sendiri belum mampu mengisi kekosongan yang ada, tidak mahu tidak yang mana ada akan terus kekal sehingga satu masa yang tidak diketahui.

5. Kementerian perlu lebih tegas

Dulu orang cakap yang cukup tempoh iaitu lima tahun, mudah untuk pindah. Sekarang tak lagi. Ada yang berbelas tahun di sekolah yang sama tapi tetap tak dapat. Yang ni kira ok lagi. Yang hairan bagaimana yang baru setahun, bujang dan tanpa alasan konkrit boleh pula dapat. Seolah-olah mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan. Aku fikir sangat perlu penyelarasan dibuat. Tetapkan terus sekian-sekian tahun. Kes-kes kronik dikecualikan.

6. Hang bujang, hang mesti ok kan?

Selalu yang dukalara (berkahwin) saja yang diberi perhatian. Bagaimana dengan yang bujang tapi dah lebih tempoh di negeri orang. Kita kena tengok juga depa ni. Depa tak ada isteri/suami tapi depa tetap ada mak ayah.

Aku tahu yang tulisan aku ini tak kemana pun. Anggaplah ianya sbagai jawapan terus sebelum makin ramai yang bertanya dan buat spekulasi sendiri. Apapun, jujur yang aku sangat suka mengajar di Sarawak. Aku jumpa kawan dan suasana yang menyenangkan di sana.

UPDATE : Kalau sebelum ini, keputusan gagal adalah 'Maaf, Anda Tidak Berjaya.' Kali ni dah lain. 'Keputusan Anda Akan Dipertimbangkan Bulan Oktober.' Dalam erti kata lain, dua-dua sebenarnya gagal. Haha..

Friday, May 26, 2017

"Judi Tabiat Buruk & Bukan Budaya Orang Cina" @WeeKaSiong

0 comments

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan kepada umum bahawa judi bukan budaya orang Cina..

Sejak berdekat lagi kita berperang dengan perilaku buruk masyarakat yang bermain judi..ia jelas tidak menguntungkan dan hanya merosakkan institusi kekeluargaan...

Ada kes dicatatkan ramai pemain judi mesin ini telah terpengaruh sejak zaman persekolahan lagi..jelas ianya merugikan dan menjejaskan masa depan pelajar itu sendiri..


Rata-rata pusat judi mesin ini didirikan secara haram..ada kes pusat judi didirikan di sebalik nama pusat hiburan keluarga...

Disebabkan hal ini..Datuk Wee amat berharap supaya sindiket judi mesin tidak diletakkan di bawah lesen pusat hiburan keluarga..Datuk Wee turut mengesa kerajaan agar kerajaan mengetatkan pengimportan mesin judi slot bagi mencegah masalah judi di peringkat bawah umur..

Kami memuji pihak SPRM yang bertindak tegas menahan anggota polis yang berpangkat sehingga ahli biasa yang terlibat dalam melindungi sindiket judi haram ini di Melaka..

Harapan kami, SPRM perlu serbu pusat-pusat judi haram di negeri-negeri lain..di Johor umpamanya banyak pusat judi haram didirikan dan pelanggan tetapnya pelajar di bawah umur..kalau rakyat boleh tahu agak mustahil langsung tiada tindakan..

Kami khuatir ada pihak berkuasa juga terlibat melindungi kegiatan haram ini sebagaimana yang berlaku di Melaka..

Apa yang diharapkan oleh Datuk We..masyarakat tidak memandang serong kepada bangsa Cina dan menegaskan bahawa ia bukan amalan bangsa Cina dan ia patut di hentikan..

Berkenaan Judi ini..kami teringat kisah seorang pemimpin DAP yang mana rakamannya sedang berjudi tersebar..pemimpin begini hendak kita jadikan pemerintah negara....hairannya ADUN DAP dari Selangor itu tidak berani mengulas tentang hal ini..

Pucuk pangkalnya pihak berkuasa sahaja...kalau Pihak berkuasa tak makan rasuah judi haram sure tiada...percayalah!!!

Kalau tanya MAHAcai..jawapan mereka Judi ni berpunca daripada Najib..anak kaki judi Najib yang salah..haha..

SENSASI!!!GIMIK PENGUNDI HANTU OLEH JAMAL DEDAHKAN KOMPLOT DAP SELANGOR BAWA PENGUNDI HANTU!!!!

0 comments

Dato Jamal terus memeningkan kepala Kerajaan Tadbiran Azmin di Selangor dengan pendedahan isu pengundi hantu bagi memastikan penguasaan pakatan terus kekal di Selangor...

Terbaru Dato Jamal membawa pengundi hantu sebagai gimik ke bangunan SPR sebagai tanda protes kemasukan ramai pengundi baru di DUN SEKINCHAN...

Tindakan DAP akhirnya didedah Jamal..hasil semakan kami mendapati memang DAP terpaksa memindahkan pengundi ke Dun SEKINCHAN bagi menyelamatkan YB Ng Suee Lim...ini kerana Dun Sekinchan hanya menang majoriti 2,239 sahaja...

Inilah contoh salah satu politik bangsat DAP..mereka akan memindahkan pengundi daripada kawasan yang majoriti besar kepada kawasan yang majoriti tipis..bukan di Selangor sahaja..di Johor pun sama...

Bukan itu sahaja..DAP turut bermain taktik kotor apabila calon mereka sendiri mempunyai kerakyatan luar negara..

DAP sewajarnya rasa bimbang kerana ramai rakyat telah menolak politik nepotisme dan politik bangsat mereka!!!

Melaka dan Saraeak sudah menunjukkan penolakan besar-besaran kepada DAP...Daripada pengundian CEC dalam parti sampai Pilihan Raya mereka nak menipu...



Wednesday, May 24, 2017

Bonus 2 Bulan Setengah..Angkuh Sungguh Azmin!!!Rakyat Perlu Buka Mata..

5 comments

Kami tahu ramai kakitangan negeri Selangor gembira..maklumlah dapat bonus 2 bulan setengah..gembiranya rakyat Selangor..gembira lagi Azmin..gajinya RM 29K Lebih kurang..bonus sahaja dekat RM 73K..TAMBAHKAN RM 102K lebih kurang...

Kakitangan pusat..memang kecil RM 500..dari bawah sampai ke atas semua RM 500...yang bawah layak dpt BR1M...

KALAU AKU MB PUN AKU MCM AZMIN..BAGI 3 BULAN GAJI..MAKIN BANYAK BONUS..MAKIN BANYAKLAH BONUS AKU DAPAT...

Tapi Najib..yang kita kenali..dia memang banyak ambil keputusan yang tidak popular tetapi dia banyak membela orang bawahan...yang tak kerja kerajaan pn dapat BR1M...tapi Azmin..mak cik jual nasi lemak xdapat bonus...

Licik permainan Azmin..kan?

SENSASI!!! ORANG CINA PEMBANGKANG MAHU RAFIZI JADI PM JIKA BUKAN ANWAR..KATA KAJIAN INVOKE..

0 comments

Satu hasil kajian daripada INVOKE Rafizi telah terdedah mendapati orang cina pembangkang menyokong Rafizi sebagai Perdana Menteri jikalau Bukan Anwar Ibrahim..

Menurut hasil kajian tersebut..Anwar mencatatkan sokongan tertinggi dan keduanya ialah Rafizi..

Kalau ikutkan kajian ini kita dapati populariti Rafizi telah mengalahkan Wan Azizah dan pemimpin pembangkang yang lain...

Kami yakin jika skala ini terjadi..Rafizi bukan sahaj di serang daripada parti musuh tetapi turut bakal diganyang oleh parti pembangkang sendiri...

Zaid Ibrahim pasti antara yang lantang menyuarakan penentangan terhadap Rafizi..tak tahulah kalau Invoke sengaja buat hasil dapatan sendiri semata-mata nak bodek Rafizi..

Ingatkan anwar jer..Sotong pun bole...

MCA Persoal Guan Eng Tidak Buka Tender Jualan Tanah Peel Avenue...

0 comments

Lim Guan Eng dibidas teruk apabila tidak mengadakan sistem tender terbuka terhadap penjualan sebidang tanah kerajaan di sebuah hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue..tindakan Guan Eng ini telah mandapat pertikaian ramai..antaranya daripada MCA, Dr Tan Chuang Hong yang mempersoalkan sikap tidak telus Guan Eng dalam penjualan tanah seluas 6.4 ekar..

Soalnya mengapa tiada tender terbuka jika ia benar-benar mendatangkan pulangan lumayan..Tanah tersebut dipajakan kepada Hospital Islan Pulau Pinang yang mana pemegang sahamnya ialah rakyat Singapura..

Guan Eng yang mencanangkan slogan Cekap, Akaunabiliti dan Ketelusan tetapi dalam soal ini banyak perkara menimbulkan pertikaian..Dr Tan mendakwa, perjanjian tersebut sebagai bermasalah kerana kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi..

Tetapi dalam soal tanah Plot Aveneu ini hargnya hanyalah RM 560 sekaki persegi..Ternyata ia dijual pada harga bawah harga pasaran menurut Dr Tan...

Di pihak Guan Eng pula, dia mempertahankan tindakannya tidak menggunakan tender terbuka bagi menjual tanah kerajaan di Peel Avenue..bila sudah gelabah ditambah satu lagi dakwaan menjual di bawah harga pasaran, Guan Eng menafikan dan menyalahkan kerjaan Pusat dan meminta orang ramai menyalahkan kerajaan pusat..

Dalam hal ini, Guan Eng menyalahkan kerajaan pusat kerana terpaksa menjual pada harga bawah pasaran..ok..kita buka balik kisah silamnya apabila dia dengan bangga ketika itu menjual tanah di Bayan Mutiara melebihi harga pasaran dan mengakui kebijaksanaannya mencuba.tetapi dalam kes ini bila kita pertikaikan harga dijual di bawah pasaran dia menempelak dan menyalahkan kerajaan Pusat pula..

Di mana kematangannya sebagai Ketua Menteri?Guan Eng perlu menjawab kritikan MCA, Dr Tan Chuang Hong yang mempersoalkan dia tidak membuat jualan tender terbuka dan harga jualan di bawah harga pasaran?Dr Tan juga mempersoalkan Guan Eng bagaimana dia tahu tanah tersebut tidak ada pembeli jika dibuat secara tender terbuka?

Apa yang hendak dibuktikan Guan Eng daripada jualan harga bawah pasaran?adakah ia hendak kita buka mata bahawa dia bukan sahaja mampu membeli rumah bawah harga pasaran tetapi juga menjual atau pajakan kurang di bawah harga pasaran??

Tuesday, May 23, 2017

Anwar PM Ke-7 - Baru Calonkan Nama Kem Pakatan Porak Peranda!!!

0 comments

Semuanya bermula daripada gimik di akhir kongres PKR yang mana pemimpin-pemimpin PKR mengangkat sepanduk "Anwar PM Ke-7"..Apa yang dapat dilihat ketika simbolik tersebut, Tun M dan Muhyiddin tidak mengangkat sepanduk berkenaan telah menimbulkan beribu persoalan..



Kit Siang pemimpin veteran DAP tanpa segan silu menterjemahkan hasratnya untuk menyokong Anwar sebagai PM ke-7..ketika ramai mempersoalkan tindakan Tun dan Din Pagoh yang tidak mengangkat sepanduk "Anwar PM Ke-7" muncul pula hero lompat parti Zaid Ibrahim yang mempertikaikan keputusan PKR menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri..

Zaid Ibrahim kita cukup kenal, dia seorang yang tidak tetap pendirian..pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut pernah menjadi calon bagi PKR dan kemudian menubuhkan parti KITA dan kini menjadi ahli DAP..4 Parti dalam masa kurang 10 tahun sudah menunjukkan betapa Zaid hero lompat parti..

Zaid ternyata tidak senang dengan keputusan PKR menamakan Anwar...bagi kami tindakan Zaid ini merupakan tindakan derhaka kepada parti DAP..apa tidaknya, Kit Siang secara terang-terangan menyokong Anwar tetapi Zaid sebaliknya..jika penentangan ini dilakukan secara berterusan kami yakin Zaid tidak akan lama dalam DAP..

Tak cukup dengan mempertikaikan keputusan PKR itu, Zaid sekali lagi cuba mengajak Rafizi siraja sotong Gurau bermain dalam pentasnya..Zaid mengkritik kredibiliti Rafizi yang sentiasa mengkritik siapa sahaja tanpa menghormati institusi pembangkang..

Sama sahaja 2 x 5..Zaid pun begitu, mengkritik siapa sahaja cuba mencari jalan untuk jadi popular..Rafizi cuba menjadi seorang yang matang dengan tidak melayan kutukan Zaid dengan mendakwa tindakan Zaid menyerang rakan Pakatan Pembangkang tidak elok..

Apa yang kita dapat lihat, Pakatan baru sahaja namakan calon PM Anwar Ibrahim, bermacam-macam krisis berlaku..Dengan Bunga tidak menyokong..DAP pula Zaid tidak setuju Anwar walaupun Kit Siang setuju..PKR pula tidak mungkin bersetuju calon lain melainkan Anwar..PAN sudah tentu akan tunduk kepada Anwar..

Bukan mudah hendak bawa Anwar menjadi PM..Wan Azizah mungkin boleh jadi kambing hitam sebagaimana yang pernah dilakukan di Permatang Pauh..Anwar pula perlu pengampunan diRaja..

Belum pun gendang PRU dipalu..Pakatan sudah haru biru cari calon Perdana Menteri..baru letak nama mereka sudah berkelahi..jangan buang masa anda..buatlah pilihan tepat..kita mahukan kerajaan yang stabil..

Monday, May 22, 2017

Buku 'Becoming Hannah" Perlu Disemak Semula Demi Menjaga Sensitiviti Umat Islam...

0 comments

Kami ada terbaca di media-media sosial bahawa Hannah Yeoh ahli politik DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Selangor ada menulis buku bertajuk "Becoming Hannah"..

Hasil semakan kami dari komen-komen pembaca mendapati Hannah Yeoh bukanlah pemimpin yang mengamalkan demokrasi yang subur..dia cepat melatah apabila orang mengkritik tulisannya..ini kerana DAP telah menyerang Dr Kamarul Zaman Yusoff yang telah mendedahkan terdapat dakwah secara halus agenda Kristianiti yang terkandung dalam buku tersebut...

Hannah Yeoh sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan perkataan bangsa di dalam kad pengenalan..tindakan ini adalah cubaan mencetuskan pergeseran kaum memandangkan kita di negara Malaysia hidup berbilang bangsa..pada hemah kami tindakan tersebut sengaja untuk mencuit orang Melayu yang mengikut sejarahya tuan tanah kepada tanah Melayu..

Menurut Dr Kamarul dia cuba menyelitkan fahaman kristianiti di dalam bukunya..di dalam bukunya "Becoming Hannah" banyak kisah dan petikan daripada kita Bible, yang menjadi pegangan agama Kristian.."

Jika dia mahu hapuskan perkataan bangsa pada Kad pengenalan dengan alasan mahu mewujudkan suasana harmoni tanpa perkauman mengapa tidak dia memetik juga kandungan dari kitab-kitab agama lain atau pada kami tidak perlu pun hendak letakkan petikan-petikan dari Bible..

Dia seharusnya tahu pembaca buku tersebut berbilang agama..ini penting bagi menjaga sensitiviti umat Islam dan agama lain..kami faham dia cuba sampaikan perjalanan hidupnya tetapi dengan memasukkan unsur agama Kristian secara tidak langsung telah berlaku dakwah secara halus..ini membimbangkan umat Islam takut terpengaruh dengan cerita-ceritanya bersandarkan agama anutan dia..

Dalam entri Dr Kamarul, Hannah mengambarkan "elemen betapa beruntungnya menjadi penganut kristian kerana mempunyai tuhan yang kasih, baik dan adil..Hannah cuba memberi dakwah secara halus apabila beliau sering menerima "prophecy" pengetahuan mengenai masa depan selarasnya dari tuhannya.."

"Hannah memetik dia sering memberikan keajaiban dengan memberi bantuan yang tidak disangka-sangka ketika beliau juga memerlukan dengan memberi analogi ketika kempen pilihan raya..ia ibarat memenuhi hati nuraninya "the desires of my heart" dan "the material desires I had".." kata Dr Kamarul dalam tulisannya bertajuk Laporan Polis Saya Terhadap hannah Yeoh

Dalam kandungan buku tersebut ia menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia..

Daripada apa yang ingin disampaikan Hannah dalam bukunya secara tidak langsung dia mahu membawa fahaman Kristian yang dianutinya untuk menjadikan panduan hidupnya dan dikongsi kepada masyarakat..menurut salah seorang pengkaji, dikatakan DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian dan dia menganggap ia satu contoh yang baik..ia turut di kukuhkan lagi dengan jumlah gereja di kawasannya mempunyai bilangan perkapita yang banyak di negara kita...

Pada pandangan kami tindakan Hannah ini cuba mendedahkan kepada umum bahawa agama Kristian mempunyai banyak nilai-nilai murni dalam membantunya sebagai ahli politik mentadbir..tidak salah untuk menceritakan agamanya disebalik kejayaan tetapi untuk bacaan umum umat Islam sendiri perlu berhati-hati dikhuatiri aqidah akan terpesong..

Kami menolak sekeras-kerasnya buku ini dijual secara terang-terangan atau nasihat kami masukkan perkataan "bacaan bukan untuk umat Islam"..kita lihat DAP masih kekal dengan pegangan agama mereka walaupun pernah bersama PAS...

Dahulu ada pemimpin-pemimpin DAP cuba menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka..ketika itu PAS berteriak kegirangan mendakwa mereka berjaya mentarbiahkan orang kafir dalam DAP...

PAS ketika itu ibarat mabuk berasmara..sehinggakan melabelkan pemimpin-pemimpin DAP dengan gelaran Khalifah..sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP berjaya di Islamkan PAS...

Malah PAS pula berikrar bahawa musuh utama mereka ialah DAP dan sekutu...kami berharap buku "Becoming Hannah" ini disemak dan diteliti kandungannnya bagi menjaga sensitiviti umat Islam...

Jika Hannah berkata tidak perlu nama bangsa pada kad pengenalan kerana mahu mewujudkan suasana harmoni..kami pula kata tidak perlu meletakkan petikan-petikan daripada Bible bagi menjaga ketenteraman agama lain dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia..."you tulis perjalanan hiduo you sahaja.."

Wallahualam...

Saturday, May 20, 2017

#PRU14 - MCA Akan Tampil Dengan Calon Muda!!DAP Tetap Dengan Calon Tua Lanjut Usia!!

0 comments

Menjelang PRU 14 sebelum Mac 2018 nanti parti-parti politik dalam Barisan Nasional sedang merangka strategi yang efektif bagi menawan hati rakyat terutamanya bagi kawasan-kawasan pembangkang..

Bagi parti MCA, Ketua Pemudanya, Datuk Chong Sin Woon mengesahkan yang parti itu akan menampilkan ramai calon-calon muda..ini penting bagi membuktikan yang Barisan Nasional akan merealisasikan hasrat parti iaitu meremajakan parti...

Ia memang keistimewaan BN, parti musuh pakatan harapan masih lagi mengharapkan wakil-wakil rakyat yang sudah tua tidak mampu berfikir cerdik pandai..umpamanya DAP, Kit Siang masih menjadi sandaran parti rasis DAP bagi memastikan survival DAP terus bertahan..

Strategi DAP kita sudah dapat agak...menampilkan muka-muka yang sama yang tidak tahu malu..sejak menang di kawasan pada PRU13 tidak banyak sumbangan dan kesan kepada rakyat tetapi masih lagi mahu bertanding di kawasan yang sama..

Umpamanya Kit Siang..dia masih lagi mahu pertahankan Gelang Patah walaupun jasa dan batang hidung jarang ada di kawasan..apa yang DAP buat hanyalah mahu memastikan kemenangan dengan memainkan elemen hasutan supaya rakyat membenci BN..

Tiada apa yang dapat dijanjikan melainkan hasutan..buktinya jelas..di Pulau Pinang dan Selangor..kerajaan Pakatan masih lagi melaksanakan tol dan menaikkan cukai pintu..bagi kerajaan pakatan kenaikan cukai dan segala keperluan rakyat amatlah patut...gerai-gerai dan kampung Melayu habis disodok tanpa perikemanusiaan..

Rakyat seperti diberi pil hayal candu yang percaya akan janji-janji didusta mereka..beg plastik di Selangor pun dicas 20 sen..

Kerajan pembangkang kita tahu..apabila ditekan kerana tiada kerja..mereka akan cepat salahkan BN..walhal kelemahan datang daripada mereka sendiri yang gagal mentadbir urus dengan profesional..umpamanya rumah mampu milik di Pulau Pinang..kerajaan Guan Eng ternyata gagal dalam menyediakan rumah mampu milik tetaoi bagi menutup kesalahan macai-macainya menyalahkan BN kerana kurang menyediakan rumah mampu milik di Pulau Pianang...


Sudah semestinya BN akan memastikan kehendak orang muda yang mahu melihat pemimpin kerajaan terdiri daripada golongan muda..kepimpinan lebih segar dan tidak nampak budaya diktator dan nepotisme dalam BN..

Di Pakatan budaya nepotisme masih laginm diamalkan dengan Tun M dan boboy..Kit Siang dan Guan Eng..Anwar ibrahim, Isteri dan anak beranak...pi mai pi mai tang tu juga..

Jika rakyat mahukan pemimpin muda yang segar dan kuat bekerja Barisan Nasional piluhan terbaik...buktikan pada PRU 14 nanti..jangan beri ruang dan peluang kepada pakatan merintah..idea lapok kerana pemimpin tua..

Anak Johor Cemerlang SPM Perlu Bantuan Kewangan Lanjutkan Pelajaran!!!Sebarkan!!!

0 comments

Hari ini kami mendapat satu kiriman text watsap menyatakan bahawa adik Amirah Aqilah yang berasal daripada Rengit Johor amat memerlukan batuan kewangan bagi melanjutkan pengajiannya ke Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM)

Adik Amirah mendapat kejayaan cemerlang pada peperiksaan SPM 2016 yang mana telah mendapat keputusan cemerlang 9A..anak Johor ini amat memerlukan bantuan semua pihak bagi melanjutkan pelajaran ekoran keadaan keluarganya yang hidup susah..

Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada kami pihak sekolah melalui kaunselor sedang mengumpulkan dana dan ADUN Rengit ada memberi sumbangan peribadi..
Kisah ini mula ditular di app. Whatsap pada 17 mei 2017. 
Atas keprihatinan YB Exco, beliau telah mengarahkan ypj membuat siasatan dan hasilnya
1. Pihak ypj telah membuat siasatan segera dan segala maklumat lengkap adik amirah telah di perolehi pada 19 mei 2017.
 
2. Atas kecemerlangan beliau di dalam keputusan spm dan mendapat tawaran di uthm, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan rm3k tunai bagi pembayaran yuran pengajian, urusan pendaftaran dan penempatan di uthm, dan wang saku kepada beliau. 
Penyerahan bantuan segera akan dibuat pada 22hb jam 11.30 pgi d smk permata jaya rengit
Adik amirah juga jika memohon pinjaman boleh ubah ypj, akan di beri keutamaan kerana kecemerlangan dalam spm
Ayuh membantu anak Johor ini mencapai impiannya ke menara gading!!!sebarkan!!!



Thursday, May 18, 2017

MCA Atau Mat Sabu Yang Sebenarnya Mengangkat Komunis???

1 comments

Kecoh dimedia sosial yang mana menuduh MCA sebuah parti yang cuba membawa fahaman Komunis ke negara ini..sekali dengan macam betul bila diteliti semula ianya bukanlah seperti apa yang disangka..

Mustahil MCA hendak membawa fahaman komunis ke negara kita..Mahathir dan Ibrahim Ali ternyata gagal untuk mengaitkan isu MCA membawa masuk fahaman komunis di negara kita..

Dalam kes ini DAP juga tahu rasionalnya..biasalah parti pembangkang bila ada kepentingan kepada mereka maka mereka akan diam..bila tidak sebaliknya berlaku..

Di sini kami hendak cerita situasi sebenar ialah MCA menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC)..perkara sebenarnya berlaku ialah perjanjian ini MCA dan CPC adalah untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain..

MCA dihantar ke China untuk menerima latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC) hanyalah dari sudut teknikal..ia tidak melibatkan perkongsian idea politik dan peperangan sebagaimana pembangkang kenal komunis..

Jika MCA berpakat mahu bawa idealogi fahaman komunis..kami juga akan tentang tetapi kita kena faham keadaan sekarang bukan seperti dahulu..kerjasama Malaysia China telah wujud sejak kepimpinan Almarhum Tun Abd Razak lagi..

Banyak kerjasama pelbagai bidang telah dimeterai..Malaysia memang ada kerjasama dengan negara komunis..umpamanya Korea Utara untuk membawa rakyat Malaysia balik ke negara..

Pembangkang sebenarnya tersilap langkah untuk menyerang MCA membawa fahaman Komunis..tuduhan ini hanyalah berniat jahat..

Nasihat kami kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya..sebelum mempertikaikan MCA jalinkan kerjasama dengan Akademi Kepimpinan Eksekutif China (CELAP) adalah lebih elok pembangkang bertanya kembali kepada Mt Sabu tentang pandangan dia terhadap komunis dan peristiwa Bukit Kepong..

Mt Sabu dulu pernah mengangkat Komunis sebagai pejuang yang menuntut kemerdekaan..ketika itu semua pembangkang setuju dengan idea Mt Sabu..kenapa ketika itu pembangkang tidak menegur Mt Sabu??

Owh!!kami lupa..dulu Mahathir dalam BN..jadi semuanya idea pembangkang salah..

Apakah kita akan saksikan satu lagi babak u turn Mahathir tentang komunis apabila dia bertanya kepada Mt Sabu tentang PARTI KOMUNIS MALAYA..sama-sama kita nantikan!!!

David Teo Bertindak Luar Kawalan Cuba Mengganggu Majlis #TN50Seni..Tindakan Pantas @PDRMSia Harus Dipuji..@NajibRazak

1 comments

Pertemuan Perdana Menteri,DS Najib Razak bersama kumpulan TN50 Seni kecoh apabila David Teo bertindak biadap cuba mahu mengganggu majlis yang sedang berlangsung..

Moderator Rosyam Nor cuba menenangkan David Teo dari terus bertindak biadap di hadapan Najib tetapi David Teo terus dengan lagaknya cuba mencetuskan provokasi dengan mempertikaikan stage bulat tanpa memberi tumpuan kepadanya..dan beberapa lagi soalan yang cuba dipertikaikan..

Hairan juga..sudah banyak kali dan banyak tempat siri jelajah TN50 ini dilangsunglan tidak pula kedengaran kecoh..apabila bersama golongan seni sahaja kecoh..

Tidak tahu apa sebenarnya yang dimahukan David Teo sampai terus menerus melakukan provokasi tanpa menghiraukan nasihat daripada Rosyam Nor supaya berhenti.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal..pelakon yang popular dengan nama Mat Over terus menolak David Teo supaya menghentikan provokasi..

Dari video yang kami lihat, David Teo seakan ditolak..mungkin juga ditumbuk..mujul anggota keselamatan Polis pantas meleraikan keadaan..

Insiden ini berakhir apabila Najib menyuruh kedua-dua pihak berdamai dan berjabat tangan..David Teo dan Mat Over memohon maaf dan mendakap Perdana Menteri..

Kami memuji kawalan keselamatan kerana segera menyelesaikan insiden tersebut..syabas Polis!!!jika tiada Polis pasti keadaan lebih teruk..

Apa yang kita nampak tadi betapa cool jer Najib menangani keadan tidak terkawal ini..tak sampai seminit semua isu selesai...


Wednesday, May 17, 2017

Pakatan Harapan Tiada Calon Perdana Menteri..Ini Fakta Bukan Lagi Rahsia!!!

0 comments

Pakatan Harapan sekarang ini dalam keadaan berkecamuk tatkala musuh utama mereka Barisan Nasional semakin mengukuhkan cengkaman mereka sebagai parti yang konsisten dan membela rakyat Malaysia..

Barisan Nasional sekarang ini sudah difasa gear 5 apabila segala manifesto mereka hampir lengkap dilaksanakan..negara-negara luar pula berlumba-lumba mahu bekerjasama dengan Malaysia kerana lebih selesa menjalinkan kerjasama pelbagai bidang dengan Malaysia yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..

Ketika Tun M, Mukhriz dan Muhyiddin keluar UMNO, kem pembangkang berasa sangat gembira dan yakin menghadapi PRU pada bila-bila masa..perumpamaan Melayu, "kuharapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari".

Dengan takdir Allah SWT, pembangkang menghadapi pelbagai krisis dan mereka agak panik..segala masalah perlu ditangani segera kerana sekarang ini bila-bila masa sahaja PRU 14 Najib akan mebubarkan parlimen..jangkaan kami selepas bulan September ini di mana telah berakhirnya Sukan SEA..apa pun terpulang kepada our boss untuk membuat keputusan..

Calon Perdana Menteri, Barisan Nasional sudah yakin dan pasti akan menamakan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri akan datang selepas PRU 14..di pihak Pakatan Harapan..mereka belum ada calon yang benar-benar layak mampu menjadi general perang mereka..

Bukan tiada calon PM tetapi terlalu banyak calon PM yang akan dinamakan...akhirnya nanti Perdana Menteri tiada mereka pula bergaduh sesama sendiri..dari DAP, Anthony Loke mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mahukan Tun M..

Parti Bunga Raya pula keliru nak pilih Mukhriz ke atau Muhiddin..DAP tidak boleh kerana mereka Cina..jadi mereka mahukan Perdana Menteri yang boleh dengar cakap mereka..senang nak Skrew kepala PM nanti..

Bunga Raya mempunyai cita-cita besar tetapi hanya memliki perahu kecil..yang hendak diharungi mereka lautan bergelora..jadi perlu naik nakhoda yang besar iaitu DAP..DAP pula tidak mahu sleeping partner..mereka mahu orang yang boleh ikut apa kata mereka..

Tengok sahaja Selangor, DAP belum apa-apa sudah desak  Azmin memecat exco PAS..walhal pada mulanya Azmin tidak mahu dan exco PAS sendiri setuju untuk kekal kecuali atas perkenan Sultan..bayangkan mereka sanggup ingkat keputusan Mukhtamar kerana mahu bersama Pakatan..sanggup menjadi sitanggang dalam PAS..

Kami hakin hayat exco PAS ini tidak lama..Kak Wan sudah sarankan pemimpin PKR yang mendapat jawatan lantikan politik di Kelantan supaya melepaskan jawatan serta merta..dan keputusan Exco tunggu Azmin pulang ke Malaysia..ini memberi signal bahawa PKR akan akur dengan pembatalan tahaluf siasai oleh PAS..tetap mesej baru kami terima Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat MB Selangor berkata jawatan Exco perlu dikekalkan..ini membayangkan kerajaan Selangor amat berkecamuk dan sibuk dengan urusan jawatan..

Beginilah yang akan berlaku jika mereka berkuasa...inilah kesannya bila sebuah Parti yang menang kerana amalan budaya mengasut, meracuni fikiran rakyat dan amalan fitnah..Allah SWT pun beri petunjuk kepada kita...

Tepuk dada tanya diri sendiri..jangan kerana emosi kita gadaikan negara yang makmur ini...

Tuesday, May 16, 2017

PANAS!! BATU PAHAT DILANDA TODAK!!PUSAT JUDI SEMAKIN BERTAMBAH!!!

1 comments

Dahulu Singapura dilanda todak keran serangan todak..kini tidak pada todak..Batu Pahat hari ini dilanda judi..

Umum mengetahui yang daerah Batu Pahat telah dirampas oleh parti PKR..dalam daerah ini terdapat 3 DUN dimana 2 DUN (SENGGARANG & RENGIT) masih ditangan BN..1 DUN iaitu pusat kepada ibu daerah Batu Pahat ialah DUN PENGGARAM telah jatuh ke tangan DAP..

Bermula dari pasca kemenangan pembangkang di daerah ini..maka banyak perkara berubah..rumah-rumah urut yang menawarkan servis seks telah banyak didirikan di sebalik nama pusat refleksologi..pusat judi haram yang merosakkan umat Melayu telah banyak didirikan..

Kami di maklumkan yang YAB Menteri Besar Johor amat sensitif dengan pusat judi dan mahu ia ditangani dengan baik..

Tidak tahu di mana silapnya..banyak pusat didirikan di daerah ini..ada juga pusat snooker yang menawarkan judi telefon yang mana pemain kena membayar serendah RM 3.00..

Tidak tahu di mana silapnya perkara ini boleh berlaku..sejak daerah ini dikuasai oleh DAP ia seperti tidak langsung takut dengan tindakan undang-undang..

Adakah mereka ini beroperasi secara halal iaitu mendapat lesen menjalankan perniagaan judi..itu Exco perumahan kerajaan tempatan kena jawab..atau adakah ia kesilapan dari pihak PBT sendiri yang tidak menjalankan pemantauan..pucuk pangkalnya kita kena buat aduan supaya pihak berkuasa Polis boleh bertindak..

Kami percaya pihak Polis akan bertindak jika ada aduan..dan kami yakin dengan kredibiliti setiap anggota polis yang tidam menerima sebarang duit rasuah untuk melindungi operasi haram mereka..

Jadi kami di sini ingin meluahkan rasa kecewa apabila DAP PKR mengambil alih kawasan ini..ramai umat Islam telah dipesongkan dengan sindiket judi ini..

Bertindaklah!!!

Bawah ini gambar yang boleh membantu pihak berkuasa..




Bangunan kuning bersebelahan suria hotel dikatakan pusat judi..


Facebook Isu Politik semasa turut memainkan isu ini iaitu judi nombor ekor black market..Taman Berlian, Kg Pt Besar..katanya berhampiran Batu Pahat Mall...



 Sayangilah anak bangsa Melayu!!

Thursday, May 11, 2017

#UMNO71 - UMNO CIPTA SEJARAH DUNIA PARTI KERAMAT MELAYU MERINTAH NEGARA LEBIH 7 DEKAD!!!

2 comments

Malam ini umat Melayu bakal meraikan ulang tahun UMNO yang ke-71 di Stadium Bukit Jalil..perayaan kali ini lebih meriah yang dijangka lebih 100,000 penyokong UMNO bakal membanjiri SNBJ dengan berpakaian serba merah..

Bercakap mengenai perjuangan UMNO, memang tidak dinafikan bahawa parti keramat Melayu ini  terlalu banyak berjasa kepada rakyat dan negara pada hari ini..Malaysia yang kita lihat hari ini ialah hasil usaha UMNO, dan beberapa parti komponen lain yang menunjangi Barisan Nasional..

Usia parti 71 tahun sudah cukup untuk kita melihat sumbangan, jasa dan kematangan memerintah negara..ia tidak sama dengan usia manusia..71 tahun sudah terlalu tua untuk memerintah dan perkembangan sel-sel otak sudah tidak mampu menjana idea yang bernas..

Kekuatan UMNO terletak pada ruhnya yang diwarisi sejak 71 tahun lamanya..pemimpin saling bertukar ganti..UMNO banyak menerima cabaran umpanya pada tahun 1946, 1987, 1998..pada setiap krisis tersebut kita lihat UMNO akan berakhir tetapi sehingga hari ini ia masih segar dan terus diremajakan ke peringkat akar umbi..



Bercakap mengenai Ruh..kami ingin memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa dalam rancangan Ruang Bicara bersama BERNAMA baru-baru ini yang berbunyi :
"Ruh UMNO terbentuk dari DNA yang tersendiri yang tulen tidak seperti parti-parti lain di negara ini..UMNO dilahirkan dari DNA yang tersendiri hasil gembleng para pemikir dan alim ulamak.Roh UMNO terbentuk dari DNA yang tersendiri...jika dilihat PAP DNAnya dari PAP, PAS DNAnya dari UMNO, PAN DNAnya dari PAS..PKR DNAnya daripada UMNO..."
Apa yang kami lihat memang tepat apa yang dikatakan oleh TSAM..nak tubuhkan UMNO hasil pemikiran ALIM ULAMAK..lahirnya UMNO di Istana Johor..tempat yang baik..tidak seperti parti lain..lahir di jalan raya..DAP pula terpaksa berselindung disebalik nama DAP setelah PAP dikaitkan parti mencetus perpecahan kaum..sehingga kini DAP terpaksa manipulasi UNDI CEC untuk kekalkan penguasaan legasi Lim..

Keberadaan UMNO untuk kekal sebagai pemerintah lebih 7 dekad bukan perkara mudah ia hasil usaha pemimpin yang diamanahkan dan menjalankan amanah mereka dengan penuh tanggungjawab..selain itu, doa ahli UMNO dimakbulkan ALAH SWT..

UMNO merupakan satu-satunya parti pemerintah yang berjaya mengekalkan kuasa mereka sehingga hari ini..tidak seperti negara lain..parti yang penuh sejarah yang panjang telah terkubur dan kini menjadi sebahagian parti..mereka hilang kuasa majoriti..umpamanya Parti Golar yang kini terpaksa berkongsi kuasa dengan parti lain..

Di Jepun, Parti Liberal Demokratic Party (LDP) sudah tumbang walaupun telah memerintah Jepun selama 50 tahun..di India, parti India National Congress INC juga sudah tumbang..INC telah memerintah sekitar 46 tahun..

Tetapi UMNO masih utuh berdiri dengan sokongan padu rakyat..biarpun pada ketika ini cabarannya lebih besar berbanding UMNO diera pemimpin sebelum ini, kepimpinan UMNO yang dipimpin oleh Presiden DS Najib Razak berjaya memastikan kuasa UMNO terus kekal berdiri...

Jika kita lihat parti lain, umpanya DAP dan Bunga..kedua-duanya dikuasai oleh orang yang sudah tua yang kami sifatkan sebagai "rumah kata pergi kubur kata mari"..masing-masing mahu memastikan terus berkuasa dan ingin memastikan survival politik mereka untuk anak masing-masing terus terjaga kuat...

Tan Sri Annuar Musa berkata: 
"Presiden UMNO, kita tahu bukannya maksum, beliau bukan nabi..juga mempunyai kelemahan..tetapi takkan kerana satu kelemahan kecil kita hendak lupakan seribu kebaikan yang telah ditaburkan..kita diajar untuk menilai"
Terlalu banyak perbezaan jika kita hendak bandingkan Datuk Seri Najib dengan pemimpin pembangkang lain walaupun sering difitnah bermacam-macam..inilah keistimewaan UMNO, bila Presiden parti kena fitnah, semua pemimpin perlu bangkit untuk mempertahankan Presiden dan parti..

Apa yang kita dapat lihat bahawa biarpun DS Najib terlalu banyak difitnah tetapi ia tidak sedikitkan pun melemahkan Presiden kita..DS Najib tetap kelihatan cool..ini semua berpunca daripada strategi pembangkang sendiri yang tidak menjadi..mereka memfitnah secara melampau dan kita lihat ada antara mereka yang terpaksa U turn dari prinsip asal..tidak cukup dengan itu, pembangkang menjilat semula ludah mereka semata-mata untuk mencari kelemahan UMNO...

Sebab itu kita lihat UMNO masih kekal berkuasa..pembangkang dilihat masih tidak mampu menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional...

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR UMNO KE-71..SEMOGA TERUS KEKAL KUASA DEMI RAKYAT DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA"AMIN...

Tuesday, May 9, 2017

BURUH FOREST CITY DITIPU AGEN HARAM..TAKKAN NAK SURUH DAP BAYAR GAJI PULA?MANA ADIL!!!

0 comments

Kami mengikuti story dari Malaysiakini yang melaporkan ada buruh dari China telah ditipu agen haram yang bekerja di Forest City..

ADUN DAP Senai antara yang lantang cuba menyelit dengan isu ini..kami beranggapan DAP akan selesaikan masalah buruh ini dengan membayar gaji mereka..rupanya kami lupa..Pamimpin DAP mana pandai buat kerja..mereka cuma cari isu dan nak suruh kerajaan BARISAN NASIONAL selesaikan..kita tahu ramai pemimpin DAP bodoh dan tak cerdik menyelesaikan isu rakyat...

Memang tidak adil jika kita nak suruh DAP bayar gaji mereka..sama jugalah dengan mengharapkan Barisan Nasional membayar gaji mereka..

Kes ini sama saja macam kes ramai rakyat Malaysia tertipu dengan sindiket haram pemetik buah epal di Australia....

Pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan isu ini ialah Forest City..ada dakwaan ramai buruh tidak di bayar gaji kerana tiada dokumen yang lengkap..ini sebenarnya signal kepada IMEGRESEN untuk bertindak..hantar sahaja buruh-buruh ini pulang..dan tangkap agen-agen haram..

Jangan dilayankan sangat propaganda bodoh DAP..ada ke patut nak harapkan BN selesaikan isu mereka..DAP yang kecoh hal ini BN pula nak disuruh bayar gaji mereka..

Cadangan kami..pemimpin DAP perlu buat majlis makan malam jual meja beribu ringgit..kemudian dana yang diterima bagi kat buruh dari CHINA yang ditipu tu..jangan pandai cakap sahaja..buat kerja tak da..

Monday, May 8, 2017

#PRU14 - MCA AKAN LAWAN KIT SIANG HABIS-HABISAN DI GELANG PATAH!!!

0 comments

Pada PRU 13 lalu, Barisan Nasional dimalukan di kerusi Gelang Patah apabila kalah dengan majoriti 14,762 undi..dengar cakap-cakap orang Cina di kawasan itu, punca kekalahan Barisan Nasional kerana salah meletak calon dimana ketika itu calon BN ialah Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman..walaupun ketika itu pengaruh Ghani Othman dikatakan mampu mengatasi Kit Siang tetapi realiti berlaku ia tidak mampu untuk mengalahkan calon veteran DAP, Kit Siang...

Ada juga cakap-cakap mengatakan kerusi berkenaan sepatutnya ditandingi oleh Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Sdr Jason Teoh..jika pertandingan Jason Teoh dengan Kit Siang senario pastinya berbeza..inilah MCA yang kita kenal, mereka rela mengalah untuk memberi laluan kepada calon Melayu..

Namun begitu, senario PRU 14 pastinya berbeza apabila masyarakat Gelang Patah telah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Kit Siang selepas menang..jarang sekali balik ke kawasan untuk melihat sendiri masalah rakyat yang berlaku dikawasan mereka..masyarakat Gelang Patah ternyata telah ditipu dengan janji-janji palsu DAP..menang kerusi bakti tidak diabdikan..

Kit Siang lebih sibuk dengan propaganda DAP diperingkat kebangsaan berbanding memberi tumpuan kepada Gelang Patah..masyarakat Gelang Patah terpaksa menelan pahit sehinggakan baru-baru ini mereka telah meletakkan sepanduk uncle Kit Siang hilang dikawasan sejak menang PRU 13..bayangkan sampai begini sekali masyarakat Gelang Patah kecewa dengan sikap KIt Siang..boleh rujuk artikel kami di SINI yang menunjukkan simbolik kemarahan rakyat Gelang Patah kepada Kit Siang yang tidak bertanggungjawab..


Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menyedari hakikat sebenar dan cuba menyelamatkan rakyat Gelang Patah daripada terus ditipu dengan muslihat DAP..dengar khabar Kit Siang menyuarakan hasrat untuk bertanding di Gelang Patah untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU13..tidak malu sungguh Kit Siang..rakyat sudah tahu perangai buruknya pun masih terhegeh-hegeh lagi untuk bertanding di sini..


Khaled Nordin berkata baru-baru ini :
"BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat, tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA,"
Ini signagl perubahan yang bakal berlaku di Gelang Patah..masalah rakyat Gelang Patah ibarat tiada wakil rakyat bakal di atasi..Khaled tidak menyatakan siapa calon yang bakal diletakkan bagi menentang Kit Siang..berkenaan calon Khaled menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN Pusat..

Bagi kami, calon yang layak bertanding di Gelang Patah ialah Saudara Jason Teoh..Beliau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Gelang Patah..pastinya Kit Siang akan gusar dengan calon ini..orang Cina sudah buka mata..kami harapkan orang Cina akan berfikiran terbuka untuk melihat kredibiliti calon daripada sentimen perkauman yang dimainkan parti kauvanis DAP..

DAP kemana sahaja mereka bertanding pastikan akan mainkan sentimen perkauman masyarakat Cina..jika hendak di senaraikan apa sumbangan DAP kepada masyarakat Cina, tiada satu pun yang boleh dibanggakan..mereka lebih menumpukan kepada daftar pengundi, pendaftaran BR1M sahaja..mereka lebih berminat bermain politik kebencian dan mengkritik usaha kerajaan negeri..

Kami difahamkan masyarakat Cina Gelang Patah lebih menghormati Jason Teoh kerana beliau banyak membantu rakyat setempat..jika diberi peluang kepada Jason Teoh kami yakin, kedudukan Kit Siang akan tergugat dan menjadikan Gelang Patah sebagai pengakhiran karier politiknya...

Orang Sarawak boleh melakukan masakan tidak orang Johor...sejak kebelakangan ini sentimen perkauman semakin menjadi-jadi dengan tindakan melampau pemuda Cina menekan hon tatkala umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat dan dikhabatrkan DAP akan menghantar peguam untuk membela pemuda ini..walhal kita tahu isu tersebut telah diselesaikan cara baik oleh pihak masjid..inilah cara DAP mencari kuasa politik.mereka akan bermain sentimen perkauman bagi meraih undi.bila kita kata yang mereka rasis..mereka menghantar balaci orang Melayu untuk menegakkan benang yang basah...

Syabas MB kerana memahami kehendak rakyat Gelang Patah!!jika penduduk Gelang Patah menyesal kerana memilih Kit Siang..buktikan pada PRU 14 yang anda tidak buat silap untuk kali kedua!!!

Sunday, May 7, 2017

Ada Benarnya @WeeKaSiongMP Label Kerjasama Pakatan Harapan Hanyalah Untuk Paka'TUN'...

0 comments

Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan hanyalah kosmetik luaran pada nama sahaja tetapi disebalik yang rakyat tidak tahu parti-parti pakatan masih lagi menjalinkan kerjasama dalam membentuk kerajaan negeri Selangor..

Kita hanya diperalatkan dengan permainan politik mereka..beza pada nama tetapi dalamannya masih sama..ini realiti..jika dilihat dari PRN Sarawak, DAP berkelahi sesama sendiri dengan calon PKR, PRK Kuala Kangsar PAS berkelahi dengan calon PAN tetapi di Selangor mereka 'cium mulut' mengekalkan kerjasama biarpun keputusan Mukhtamar PAS baru-baru ini PAS telah menceraikan kerjasama bersama PAN PKR dan DAP...

Keretakan di kem pembangkang sekarang ini seperti menanti belah..kerosakannya semakin parah..di Selangor umpamanya, PAS masih lagi tidak memutuskan kerjasama bersama kerajaan pembangkang..dalam PKR Selangor sendiri pun alami keadaan yang sama apabila kes Adam Rosly membuatkan semua peminpin PKR seperti cacing kepanasan..Zuraidah awal-awal lagi menafikan Adam pekerjanya dan kini Adam pula menyerang Rafizi atas dana INVOKE..

Kehadiran Tun M dalam pakatan tidak mampu mengubah apa-apa..seperti biasa kemana sahaja Tun M pergi dia pasti mahu menjadi orang yang berkuasa..Tun mahu dia diangkat sebagai ketua yang berkuasa membuat percaturan politik dalam pembangkang..

Tun M kita semua tahu..dialah punca perpecahan parti-parti di negara ini..dulu dia berkelahi dengan Tengku Razaleigh semasa merebut jawatan Presiden UMNO sehingga tertubuhnya parti Semangat 46..menyingkirkan Anwar sehingga tertubuhnya PKR..selepas itu menyingkirkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri..

Kini mahu menyingkirkan DS Najib pula..Mungkin agaknya tidak mampu menumbangkan DS Najib, Tun mengambil langkah untuk keluar UMNO..Tun keluar UMNO bukan perkara baru..sebelum ini sudah beberapa kali keluar tetapi kali ini kami pasti ini tindakan keluar terakhir Tun dan dia tidak akan kembali semula kepada UMNO...

Tun akhirnya menubuhkan parti PPBM untuk membawa agendanya selepas gagal bersama UMNO..tindakan Tun semua ini hanyalah mahu semua orang ikut apa katanya..jika tidak ikut maka derhakalah mereka..

Itu silap..orang dalam Barisan Nasional bukan seperti lembu dicucuk hidung mahu dengar apa sahaja kata Tun..maka amat tepatlah apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong yang melabelkan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi PakaTUN..kita lihat apa kata Wee.
“Mana ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Harapan pun tinggal harapan sahaja. Sekarang ada parti paka’Tun’ (sebab) mereka dengar kata Tun Dr Mahathir. 
“Kita mesti ada prinsip. Kalau tiada prinsip jangan berpolitik. Dulu dia (Kit Siang) maki macam-macam terhadap Muhyiddin sewaktu Muhyiddin jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekarang mereka sudah berkawan,”
Semua orang mahu ikut katanya..kini Tun sudah bersama Pakatan..kami yakin kerjasama ini tidak berpanjangan..kami jangkakan dua perkara akan berlaku dalam kem pakaTun dengan kerjasama bersama Tun..

Pertama parti dalam Pakatan Harapan akan mengalami perpecahan sesama mereka akibat kerjasama Tun..perlu diingat kehadiran Tun dalam pembangkang tidak semua menyukai..ada yang menentang kehadiran Tun..sebelum ini Tun dihina dan dicaci mereka tetapi kini mereka pula memuji menggunung antara satu sama lain..bila kita tanya kisah silam..mereka menyalahkan UMNO pula..macam biasa UMNO akan dijadikan Punching Bag untuk melepaskan tengkuk mereka..biaslah mereka bukannya ada pendirian tetap dalam politik..

Kedua, Tun dan PPBM akan membawa diri keluar daripada kerjasama sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak mahu menunaikan permintaan Tun..Tun dan keluar parti itu perkara biasa..kononnya sebagai protes..sekali dua bolehlah..kalah dah asyik keluar dan masuk UMNO orang sudah tidak heran..

Percayalah apa yang dikatakan Wee Ka Siong..Pakatan Harapan akan menjadi PakaTUN untuk survival politik mereka..bukan mudah hendak kerjasama dengan Tun..jika tidak masakan pembangkang dulu melabelkan Tun M Diktator, Mahazalim dan Mahafiraun untul memastikan penguasaannya kekal..

Saturday, May 6, 2017

INSIDEN SERANGAN JEMAAH MASJID KE ATAS PEMUDA CINA YANG BUAT PROVOKASI HON..DUA-DUA SALAH!!!TIADA TOLERANSI!!!OH #NEGARAKU!!!

1 comments

Hari ini kecoh dimedia sosial insiden pemuda berbangsa Cina diserang oleh sekumpulan jemaah di Masjid Austin Perdana...

1) Kes berpunca daripasa sebuah kenderaan jenis Toyota Camry yang menekan hon panjang kerana berang laluan berkenaan dihalang kenderaan umat Islam yang sedang mendirikan solat..

2) Rata-rata tinjauan kami mendapati ia mencetuskan kemarahan yang kebanyakan bukan Islam kerana tindakan parkir menghalang laluan..komen kami..jangan cakap beremosi..orang anda juga parking bukannya betul..kalau pergi kawasan kedai makan Cina..comfem jem sangkut parking bersepah..kalau boleh nak paking depan meja makan..tak percaya pergi tengok sendiri..

3) Yang gatal ko pergi hon tu kenapa?macam dah tak ada laluan lain kat Johor tu untuk kau lalu..naluri kami kuat mengatakan ia tindakan mencetuskan provokasi..dan provokasi biasanya akan dibalas emosi..

4) Dimaklumkan ada anggota rela berbangsa india menjaga laluan tersebut dan terkejut dengan kereta Camry itu dipandu laju sehingga melanggar seorang jemaah sambil menekan hon..

5) Bab provokasi ini memang aku salahkan pemuda Cina tu..sebab dia memandai hon panjang seolah-olah tiada laluan di situ..lada ketika itu orang Islam sedang solat..repect lah sikit..kemudian langgar kenderaan di situ dan langgar orang awam..itu sudah salah di sisi undang-undang dan patut dikenakan tindakan...

6) Bukan bererti aku salahkan pemuda Cina tapi aku bekap orang Melayu Islam..orang melayu kat situ pun salah..sebabnya parking bersepah..sehingga menutup jalan..baru lepas solat dan berdoa tapi keluar Masjid dah menyerang orang dah kenapa?dalam Islam sendiri dah cakap setiap langkah ke masjid dapat pahala..apalah salahnya parking jauh sikit..pahala pun banyak..ni nak parking betul-betul depan pintu masjid..

7) Ada sorang pemuda pecahkan cermin balakang dan seorang warga emas pukul guna kon..itu sudah salah di sisi undang-undang..kau pi layan orang cina tu punya provokasi tu kenapa..mereka memang tak solat..makan pun benda yang diharamkan dalam Islam..

8) Sepatutnya setiap masjid perlu letak sign board makluman penutupan jalan macam kat bawah ni..barulah orang Cina tak boleh hon dan faham!contoh macam kat bawah ni..


9) Aku salahkan Orang Cina dan orang Melayu..dua-dua salah..jangan nak kecam seolah-olah kau betul..serangkan kepada pihak polis..biar mereka buat kerja..

10) Aku tak boleh terima komen seorang amoi di bawah..yang bergaduh manusia dengan manusia..yang kau pergi kutuk agama kami sebagai pengganas dan hina tuhan kami kenapa?aku harap amoi ni dikenakan tindakan..sudah melampau!!!


Wednesday, May 3, 2017

PAKATAN HARAPAN KINI MUSUH BN & PAS BUAT PEMIMPIN PAKATAN SEMAKIN BERCELARU!!!

0 comments

Nampak gayanya serangan demi serangan terhadap DAP berjaya membuatkan parti kauvanis itu kacau bilau..jika kita mahu tumbangkan Pakatan Pembangkang kita perlu menyerang dan memastikan parti dominan dalam pakatan pembangkang iaitu DAP tumbang..

Ini merupakan strategi politik paling berkesan dan telah diamalkan oleh parti politik di negara kita..perkara ini juga dilakukan kepada PAKATAN RAKYAT sebelum ini yang menyerang bertali arus parti utama Barisan Nasional iaitu UMNO sejak dahulu lagi..misi mereka untuk tumbangkan UMNO bagi memastikan hajat mereka menumbangkan BN masih lagi belum berjaya..kita perlu terima hakikat bahawa Allah SWT melindungi parti keramat UMNO sejak merdeka lagi..

Banyak serangan telah dilakukan sejak berdekad lagi tetapi UMNO tetap kuat sebagai sebuah parti yang utama dalam negara kita...

Ia tidak berlaku dalam parti pembangkang..Serangan terhadap parti dominan Pakatan Harapan hampir pasti membuahkan hasilnya apabila kita lihat keretakan dalam DAP telah kelihatan..Serangan ini ditambahkan lagi dengan 'ajinamoto' yang menjadikan ia lebih enak!!!

Misi menjatuhkan DAP bukan sahaja dari luar parti malah dari dalam parti sendiri mereka menunggu masa sahaja untuk menamatkan riwayat Dinasti Lim dalam DAP..kini ramai pemimpin dan ahli DAP mula menunjukkan signal protes terang-terangan apabila rela keluar dari parti itu sebagaimana berlaku di Melaka..nada Lim Guan Eng agak tenang ketika itu yang merelakan ramai ahli mereka keluar parti tetapi kita tahu kegusaran itu tidak mampu lagi disembunyikan..

Pemberontakan dari dalam parti DAP semakin jelas..malah dalam rakan kongsi Pakatan Rakyat juga telah lama berlaku sehingga terbubarkannya gabungan PAS sehingga memusnahkan gabungan PAKATAN RAKYAT...ya!.PAKATAN RAKYAT telah telah terkubur..mereka kini cuba bangkit dengan rebranding nama PAKATAN HARAPAN..kononnya dengan kehadiran Tun M mampu menambahkan rencah kekuatan pembangkang..tetapi ramalan mereka meleset..Tun M jelas sudah expired..tidak ada apa perlu dibimbangkan...

Kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar tidak banyak membawa perubahan..kekuatan mereka tidak seberapa..movement kedua-dua orang ini tidak hebat mana jika kita nak bandingkan dengan Anwar Ibrahim..

Tun M kita sudah tahu sandiwaranya..mahu jadi berkuasa di mana sahaja dia berada..namun Tun M perlu sedar kesetiaan pemimpin DAP tidak seperti kesetiaan pemimpin UMNO ketika dia berada dalam UMNO...

Pokok utamanya untuk menambahkan kerusi BARISAN NASIONAL dan mengalahkan Pakatan Harapan perlu menumbangkan DAP dari semua arah..dari dalam parti, dari parti pakatan sendiri dan dari BN perlu menyerang mereka supaya kita dapat memastikan Dinasti Lim berakhir seterusnya DAP akan terkubur dengan penuh tragisnya pada PRU 14 ini...

Terkini, kita lihat Lim Guan Eng sudah menekan butang PANIK apabila PAS mengumumkan musuh utama mereka ialah DAP dan bukannya BN..ini sudah cantik..DAP telah mencipta musuh baru atas sikap bongkaknya selama ini..tindakan Kit Siang yang menyerang perundangan Islam RUU355 telah menjadi titik tolak yang paling besar buat PAS mengapa DAP wajib menjadi musuh utama!!!

Guan Eng telah menganggap tindakan PAS melabelkan DAP sebagai musuh utama tidak masuk akal dan "sesat"..Guan Eng menjelaskan "Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan...sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,".

Tindakan PAS yang turut melabelkan setiap parti komponen Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PPBM & PAN adalah musuh telah menambahkan lagi tekanan mereka menjelang PRU 14..kita dapat rasa yang mereka sekarang dalam mood kacau bilau..dengan krisis jawatan MB Selangor membuatkan masing-masing pemimpin pembangkang tidak senang duduk terutamanya Azmin Ali yang agak risau kalau-kalau ada pemimpin exco mereka bertindak sebagaimana PAS..

Mereka agak tergesa-gesa untuk mengalihkan perhatian rakyat..sehinggakan Rafizi terpaksa menaikkan satu topik tentang logo pakatan harapan yang kami sifatkan sebagai buruk..anda boleh baca di SINI



Logo ini kita dah nampak betapa mereka tergesa-gesa untuk mengalihkan isu yang semakin membelenggu pembangkang..langsung tidak kreatif..

Di pihak UMNO pula, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membalun DAP dan Kit Siang KAW..KAW...ketika Ceramah Rakyat di Temerloh..Tan Sri Annuar musa menyifatkan Kit Siang pemimpin tak sedar diri yang hanya mahu berkuasa dan tidak mahu berundur..anda boleh saksikan rakamannya di bawah..



Jika mod ini berterusan..impian BN dan PAS untuk mengurangkan ego PAKATAN HARAPAN akan termakbul!!!percayalah!!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA