Wednesday, March 22, 2017

MAHATHIR IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG...


Melalui buku DOCTOR IN THE HOUSE, Dr Mahathir menggunakan beberapa muka surat dalam pengenalan untuk menerangkan betapa bangganya beliau menjadi satu-satunya PERDANA MENTERI yang bukan dari keturunan BANGSAWAN ataupun ARISTOCRAT. Tetapi beliaulah antara tokoh yang paling kerap mencabar BANGSAWAN seolah-olah beliau juga berasal dari golongan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan pepatah lama APABILA KADOK NAIK KE JUNJUNG. 

Beliau menganggap tiada siapa boleh menghalang dirinya untuk berkata apa saja hingga sanggup berbalah dengan Sultan Johor. Padahal kedudukan Sultan Johor bukan ditentukan oleh politik seperti kedudukan Perdana Menteri yang pernah beliau sandang sebelum ini. 

Mungkin beliau memperkecilkan kedudukan Sultan dan menganggap hanya Perdana Menteri yang bijak seperti beliau sahaja layak mengumpul kekayaan dari hasil negara. 

Beliau lupa kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini adalah sekadar amanah yang wakilkan oleh Raja-Raja Melayu untuk mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat. Beliau bukannya raja atau setaraf dengannya. 

Dengan kekayaan luar biasa yang ada pada diri beliau proksi2 koperat dan anak2 beliau sendiri yang merupakan BILLIONAIRE terkemuka sudah cukup memberi gambaran sebenar jenis PERDANA MENTERI apakah yang bernama DR MAHATHIR ini. -SUMBER

2 comments:

  1. walaupun beliau pernah menjadi pemimpin no 1 di negara kita dan memang wajar kita menghormati beliau atas dua sebab :- sebab dia bekas pemimpin kita dan sebab di orang tua yang memiliki pengalaman yang luas. Namun dunia politik ni seringkali memporak perandakan manusia - sedangkan dalam kalangan keluarga pun boleh berbunuh (Korea Utara sebagai contoh) apatah lagi dikalangan bukan pertalian keluarga. Namun suasana poltik negara kita semakin memeningkan. Ada yang kata Dr. M memperjuangkan survival politik anak dia., tak dapat nak di pastikan kebenaran atau menolak kemungkinannya.
    Rasanya semakin hari semakin ramai yang menolak style politik Dr. M, dan saya secara peribadinya tak berapa setuju penglibatan Dr. M dalam politik secara langsung, mungkin beliau lebih berkesan menjadi penasihat atau perunding dan rasanya dengan sebegitu beliau masih akan dihormati

    ReplyDelete
  2. Setuju....dia desperate nakkan kuasa...

    ReplyDelete

komenlah ikut suka hati anda...tapi anda perlu bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis...komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadam...sekian...