networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, March 30, 2017

Kerajaan @NajibRazak Berjaya Bawa Pulang 9 Rakyat Malaysia Dari Korea Utara...Satu Lagi Kejayaan Najib!!!

0 comments

Alhamdulillah..

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA

1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

2.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

3.  Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

4. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

5. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini. 

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Orang Gelang Patah Sakit Kit Siang Tak Jenguk..Bini Anwar Sakit Datang Pula!!!

0 comments

Beberapa minggu lepas kami ada mengeluarkan entry bertajuk penduduk gelang patah mencari kelibat apek Kit Siang yang hilang tanpa khabar berita di kawasan selepas kemenangan PRU 13 yang lalu..

Sebenarnya orang tua ni ada saja..cuma tak balik kawasan..ni atas ni buktinya..kami kecewa masalah yang berlaku di Gelang Patah langsung dia tak ambil tahu..bukan nak duduk kawasan..kerusi nak tapi tanggungjawab tak nak buat..

Kit Siang salah seorang politikus yang tidak menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat...jika mahacai DAP kata Kit Siang pejuang...sila beri kami jawapan sumbangan Kit Siang kepada Rakyat Gelang Patah...

Jawapannya tiada!!paling tidak pun bagi ceramah..program daftar pengundi dan daftar BR1M..inilah kerja dia...bukan DAP Gelang Patah sahaja..tetapi DAP seluruh negara..semua yang undi DAP bukan sebab kualiti pemimpin..tetapi rasis mahu DAP berkuasa...

Bila Hospital terbakar semua MP DAP senyap..bila dah reda baru nak keluar...bila hospital dilanda ribut..batang hidung sorang pun tak nampak..politik haram jadah DAP inilah yang membuatkan rakyat SARAWAK menyampah..padanlah muka bila PRN SARAWAK lalu DAP mengalami kekalahan teruk...

Kalau nak bandingkan DAP dengan MCA..wakil rakyat MCA lagi bagus kerana buat kerja di kawasan masing-masing...tapi sayang ramai Cina pada PRU 13 sudah salah pilih..yang diimpikan intan permata..tapi yang dapatnya kaca!!!rakyat buta ka..dalam DAP sendiri dia tak telus dan diktator..mahu berkuasa anak beranak...

Tuesday, March 28, 2017

Mahacai Terlupa Kes Guru KAFA Dipecat Pembangkang Agaknya..

0 comments

Puak mahacai bukan main lagi lagi riuh kononnya Menteri Pendidikan Mahadzir Khaled mengharamkan guru-guru terlibat dengan politik pembangkang.  

Sebenarnya inilah level mahacai..mereka xbaca habis statement Menteri terus buat rumusan tanpa selidik satu persatu fakta..apa yang dimaksudkan Menteri ialah guru yang aktif politik sehingga memberi ceramah memburuk dan memfitnah kerajaan..

Setiap anggota kakitangan awam telah menandatangani borang Akurjanji yang dicipta ketika zaman Mahathir jadi PM lagi..

Jadi tiada isu sebenarnya..kau nak politik tu lantak kaulah..tp janganlah sampai ke pentas kutuk hina kerajaan yang juga majikan kau..

Untuk kerajaan BN bagi juga peluang bela dan tunjuk sebab..jika ditadbir pembangmang sure dah kena pecat..

Contoh kes masa Guru Kafa menuntut janji kenaikan gaji..terus kena pecat dengan bermacam-macam alasan...ini mahacai nak kata apa?

Boleh rujuk story dibawah..




Asal mahacai je semua bodo..

Sunday, March 26, 2017

Selepas Nak Buat Logo Macam BN Gagal!!Bunga Nak Jadi UMNO Dalam Pakatan Pulak!!!Ko Ingat DAP TUNGGUL Ka?

2 comments

Kesian kami tengok nasib pemimpin-pemimin parti Bunga..sentimental sendiri..layan syok sendiri..mereka bajet boleh jadi ketua Pakatan...ko ingat DAP nak bagi ka?haha...kerusi pun cenonet ada hati nak jadi leader...

Ingat DAP PKR tu TUNGGUL kayu ka?nk buat logo Pakatan pun tak boleh..baru DAP berdehem terus terkucil..hilang semua idea..haha...

Kau ingat DAP nak ke?nak bawa templet perjuangan seperti BN pun DAP tak nak..nikan pula nak Jadi UMNO dalam Pakatan!!lawak wei!!!pgigrah...aku tengok Bunga ni dah macam PARTI NON GRATA pula dalam Pakatan!!!haha!

Saturday, March 25, 2017

Laporan Polis Terhadap Tan Sri Annuar Musa - Anak Muda DAP Jangan Jadi Kuda Tunggangan Kit Siang!!!

0 comments

Kami kasihan dengan nasib anak muda DAP yang sanggup merendahkan martabat diri mereka demi menjaga pemimpin veteran DAP, Kit Siang...laporan polis yang dibuat terhadap Tan Sri Annuar Musa menunjukkan betapa DAP amat gelisah dengan pelawaan Tan Sri Annuar Musa yang menjemput penulis menghasilkan karya politik tentang Kit Siang...

Apa masalahnya menghasilkan penulisan yang menunjukkan Kit Siang seorang yang rasis dan anti islam???nak tentukan pemenang bukannya mudah..ia perlu bersandarkan fakta dan bukti yang kuat menunjukkan benar-benar Kit Siang anti Melayu..jika hasilnya fitnah maka terpulang kepada Kit Siang jika hendak saman..jika ada asas dan kebenaran biar rakyat yang menilai...ini baru bagi tajuk dan melompat...alahai!!!

Tindakan anak muda DAP ini mencerminkan betapa DAP bukanlah mengamal demokrasi yang sebenar..mereka sebelum ini melaungkan kebebasan bersuara tetapi nak buat pertandingan menulis pun ditentang...tang pijak gambar kepala DS Najib dan Tok Guru Hj Hadi tu taknak komen ka???


Barangkali anak-anak muda yang jadi kuda tunggangan DAP ini tidak pernah rasa bagaimana Melayu dihina sehabis mungkin oleh DAP dengan menggunakan pembesar suara dalam satu perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur suatu masa dahulu..sebelum Anak muda ni pertikaikan usaha Tan Sri Annuar Musa eloklah mereka baca sejarah bagaimana tercetusnya peristiwa 13 Mei...


Ternyata DAP memang melompat dengan statement anti melayu dan anti islam...seolah-olah mereka mahu menafikan bersungguh-sungguh...

Nasihat kami toksahlah DAP takut sangat dengan tajuk penulisan tentang Politik Kit Siang..jika anda mengamalkan demokrasi biarkan rakyat menyatakan suara mereka...rakyat pun ada hak untuk bersuara dan menulis...tang benda lain mereka kata demokrasi..tak pemimpin depa kata penganiayaan...inilah level pemimpin DAP yang kita kenal..bila mereka membalun Isteri PM sedap saja..bila tang bini pemimpin DAP kena siap bagi warning lagi jangan usik bini..haha!!

Ternyata, DAP benar-benar takut dengan Tan Sri Annuar Musa..bagi tajuk saja dah macam cacing kepanasan itu belum lagi debat terbuka..silap haribulan Guan Eng ajak minum kopi pula...haha!!

Gambar bawah ni menunjukkan betapa kurang hajarnya sikap pemimpin DAP...


Wah, @SPADChannel Bawa Anak Muda Terpilih Kenali Lebih Dekat Operasi Disebalik Tabir Operasi Pengangkutan Awam Negara!!!!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah menganjurkan program "Young LPT Enthusiasts" yang mana pengisian program ini mendedahkan kerja-kerja disebalik tabir industri pengangkutan awam negara...program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada bakat-bakat muda terhadap kerja-kerja SPAD demi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat..


Ini merupakan langkah terbaik SPAD bagi meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan orang-orang muda...sepanjang program 3 hari ini seramai 6 orang anak muda telah dipilih iaitu :

1) Ashraff 20 tahun , Kuala Lumpur
2) Budak Bas JB 17 Tahun, Skudai Jb
3) Razim 22 tahun, Kulim Kedah
4) Amirur Rashid 17 Tahun, Pontian Johor
5) He Yee Tat 17 tahun, Kelana Jaya Selangor
6) Aliff Mohd Rafik 16 tahun, Kuala Lumpur


Keenam-enam remaja ini beruntung kerana Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah memberi penerangan tentang fungsi dan peranan SPAD dalam memajukan industri pengangkutan awam di negara kita...

Pada hari pertama program ini (20 Mac) remaja ini telah dibawa ke tempat menarik seperti ibu pejabat SPAD, Terminal Bersepadu Selatan untum mendengar sendiri prosedur operasi bas dan seterusnya di bawa mengunjungi Bas Akademy Rapid KL, Cheras Selatan..di sini remaja ini berpeluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL...


Di akhir program, remaja ini dibawa melawat ke depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT Pihak Rapid..kesemua remaja ini telah menerima sijil penghargaan kerana menyertai Program "Young LPT Enthusiasts"..


Beruntung remaja-remaja ni..dapat lihat sendiri operasi pengangkutan awam di negara kita..peluang ini tidak semua orang dapat..dengan pengisian yang telah kami lihat kami yakin remaja-remaja ini akan menceritakan kepada rakan-rakannya yang lain tentang keunikan operasi pengangkutan awam di negara kita seterusnya hasrat SPAD untuk mewujudkan kesedaran terhadap generasi muda menggunakan pengangkutan awam akan tercapai...

Mereka ini perlu diberi pengalaman langsung..tidaklah nanti mereka ini mudah termakan fitnah dan rekaan cerita pihak pembangkang yang menidakkan semua projek berkaitan pengangkutan awam...semua dilakukan kerajaan adalah atas sebab mahu meningkatkan mutu pengangkutan awam..

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita perlu menjaga dan memanfaatkan kemudahan ini semaksima mungkin...

Syabas SPAD!!!program seumpama ini harus diteruskan!!!

Friday, March 24, 2017

Pengiktirafan #UEC - Tindakan TSAM Ibarat Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berselerak..

0 comments

Tindakan Tan Sri Annuar Musa dalam berhadapan dengan hal mengenai pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) ibarat sebuah peribahasa Melayu Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berserak...maksudnya ialah menyelesaikan sesuatu perkara seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati...

Dalam kita membicarakan mengenai UEC ini ada dua pihak yang perlu dihadapi Tan Sri Annuar Musa..yang pertama pihak Dong Zhong dan keduanya ialah ekstremis Melayu yang beranggapan tindakan TSAM ini seperti menggadaikan hak Melayu kononnya TSAM cuba menggadaikan perjuangan agama, bangsa dan tanah air..

Sebenarnya banyak tanggapan dan salah anggap telah tersebar di media sosial untuk menidakkan usaha TSAM melihat isu yang dihadapi mengenai pengiktirafan UEC..sebenarnya TSAM sejujurnya bukanlah mahu mendesak kerajaan mahu mengiktiraf UEC tetapi beliau telah mengesan boleh wujudnya hubungan perundingan antara kepimpinan Dong Zhong di bawah Datuk Temenggong Lau dan kesediaan itu telah diakui sendiri oleh Datuk Temenggong Lau...

UEC ini bukanlah soal perkauman sehingga mencetuskan ketegangan kaum tetapi ia merupakan perjuangan dalam pendidikan...

Barangkali ramai tidak tahu yang Dong Zhong telah wujud sejak 1954 lagi iaitu sebelum wujudnya perlembagaan dan sebelum negara capai kemerdekaan..jadi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan  sekolah-sekolah ini dibenarkan untuk terus beroperasi sehingga kini..ini bermakna sekolah-sekolah persendirian Cina bukanlah sekolah yang haram kerana ia telah diluluskan dibawah akta pendidikan dan dibenarkan dalam perlembagaan dengan syarat mereka tidak berhak menerima bantuan kerajaan dan perlu menanggung sendiri perbelanjaan..

Sehingga sekarang mereka masih beroperasi dan menguruskan persijilan sendiri..cumanya sijil mereka tidak diiktiraf dibawah SPM kerana tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan..

Setakat ini Sijil UEC diiktiraf untuk kemasukan ke IPTS dan Maktab Perguruan (Guru Mandarin)..memandangkan sijil mereka tidak diiktiraf di bawah SPM maka pelajar sekolah persendirian Cina ini tidak boleh masuk ke IPTA dan memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam..

Ramai yang tidak tahu yang TSAM telah bertemu dengan kepimpinan Dong Zhong dan mereka sudi untuk berbincang isu mengapa UEC tidak diiktiraf SPM..mereka akui bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu  dan Sejarah (30% sejarah dunia, 30% sejarah negara China dan 30%-40% sejarah Asia yang mana sejarah Malaysia termasuk dalam sejarah Asia) tidak menepati piawaian yang dikehendaki pihak Lembaga Peperiksaan...

Jadi kepimpinan Dong Zhong setuju untuk mengadakan perundingan..tetapi wujud ekstremis daripada NGO Melayu menentang secara membuta tuli tanpa menyelidik fakta sebenar..mereka menyerang TSAM dari berbagai sudut seolah-olah TSAM telah melakukan salah laku untuk mendesak kerajaan..

Mungkin ada yang tidak tahu..perjumpaan TSAM dengan pihak Dong Zhong adalah atas kehendak peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak dan beliau telah melakukan kajian dalam hal ini..

Kami dimaklumkan yang TSAM juga ada menawarkan diri untuk bertemu pemimpin-pemimpin NGO Melayu bagi menjelaskan perkara sebenar bagi menjernihkan keadaan..

Apa yang kami lihat walaupun TSAM bergerak atas kapasiti peribadi tetapi beliau amat berhati-hati dan sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua pihak..

Malah Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), DS Idris Jusoh turut menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak jawatankuasa pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zhong bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC)...

Adalah tidak adil jika mengatakan pertemuan TSAM dengan Dong Zhong dikatakan melutut kepada Dong Zhong..ini kerana TSAM juga membuat tawaran untuk berjumpa dengan pihak NGO Melayu yang menentang keras mengenai pengiktirafan sijil UEC...

Sabarlah Tan Sri Annuar Musa..peribahasa Melayu ada menyebut Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus Tepung Jangan Berselerak..

Thursday, March 23, 2017

Sah!!!Tan Sri Annuar Musa Beri Laluan Kepada TMJ Jadi Presiden FAM...

0 comments

Sebentar tadi, Calon Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan untuk memberi laluan kepada TMJ menjadi Presiden FAM..

Dengan pengumuman ini kita dapat lihat bahawa TSAM telah menunjukkan bahawa beliau lebih rela mengalah bagi mengekalkan keharmoni dalam memajukan bola sepak negara...ia dijelaskan sendiri oleh Tan Sri dalam kenyataannya yang berbunyi :
"Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang "from bad to worse"

Dengan pengumuman ini, bermakna ia memberi peluang lebih kepada TSAM untuk terus fokus berbakti menunaikan amanah terhadap rakyat Kelantan khususnya parlimen Ketereh..

TSAM juga wajar diangkat sebagai ikon pengurusan bola sepak negara kerana pernah menaikkan martabatkan skuad TRW pada 2012..ketika itu TRW berjaya merangkul piala treble (Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia..

Apa yang diharapkan TSAM ialah perubahan yang mana rakyat Malaysia mahukan dalam bola sepak Malaysia..TSAM juga menafikan bahawa tuduhan terhadapnya yang kononnya beliau proaksi KJ untuk menang jawatan presiden FAM...itu semua tidak benar jika tidak masakan TSAM menarik diri..

Teruskan perjuangan TSAM untuk membantu rakyat..kini TSAM mempunyai lebih masa untuk fokus kepada PRU 14 dan menjalankan amanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia..

Dan buat TMJ selamat maju jaya..kami mahu lihat perubahan dalam Bola Sepak Malaysia..

Berikut teks kenyataan media TSAM:

PEMILIHAN PRESIDEN FAM BAGI SESSI 2017/2021.........................

1.Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan bertanding bersama seorang lagi calun yaitu DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR(TMJ),dalam Kongres FAM Sabtu ini.

2.Saya telah menegaskan bahawa walaupun ada pertandingan,saya mengharapkan suasana ke arah pertandingan yang tenang,harmoni,saling menghormati dan dengan penuh semangat kesukanan.

3.Saya juga mengharapkan tiada lobi berlebihan,ada tempoh bertenang dan tiada kempen atau rasuah dalam apa jua bentuk.Keharmonian keluarga besar bolasepak Msia mesti sentiasa di utamakan.Saya juga menolak sebarang bentuk PROXY 

4.Alhamdulillah,setakat ini suasana itu sedikit sebanyak telah ujud walaupun terdapat peristiwa tertentu berbaur fitnah dan lobi.Sikap diam dan kadang kala mengalah saya mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini.

5.Muttakhir ini kedengaran juga  tuduhan bahawa SAYA AKAN MENANG KERANA YB KHAIRY JAMALUDDIN mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja TIDAK BENAR tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan.Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan

6.Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan ADALAH PENTING FAM UTK MEMPUNYAI BARISAN EXCO YG BERWIBAWA SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DGN KERAJAAN DAN SEMUA STAKE HOLDERS YG LAIN.BARISAN PENGURUSAN YG BAKAL DI PILIH MESTI MEMULAKAN TUGAS DGN MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK.

7.Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang "from bad to worse"

8.Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara SAYA MEMBUAT KETETAPAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CALUN YG SATU LAGI YAITU DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR AGAR BAGINDA DI BERI "KEMENANGAN TANPA BERTANDING"dan di istihar sebagai PRESIDEN FAM YG BARU.

9.Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda

Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang TANPA BERTANDING.Hari ini saya tunaikan janji itu.

10.Saya berdoa PERUBAHAN YANG SEKIAN LAMA DI NANTI DAN DI JANJIKAN akhirnya menjadi realiti

11.Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.

12.Selain itu tugas utama saya adalah utk menyempurnakan amanah RAKYAT KAWASAN SAYA(PARLIMEN KETEREH,KELANTAN)serta memikul amanah Parti SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO MSIA dalam  persiapan menghadapi PRU14,Insyaallah 

13.Kepada semua perwakilan KE KONGRES FAM sabtu ini serta Presiden gabungan FAM yg memberi SOKONGAN YG KUAT kepada saya hingga saat ini,SAYA UCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASEH

14.Saya pohon maaf kerana keputusan ini TIDAK SAYA BINCANG DGN SESIAPAPUN kerana saya tidak mahu di pengaruhi oleh sesiapa TERUTAMA MEREKA YG BERSUNGGUH SUNGGUH MAHU SAYA BERTANDING,tetapi sebaliknya biar ia merupakan KEPUTUSAN SAYA SENDIRI YG SAYA LAKUKAN SECARA JUJUR DAN IKHLAS DAN SETELAH BERISTIKHARAH DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN FAM DAN BOLASEPAK MSIA.

15.Kepada saf DYTM PRESIDEN DAN EXCO FAM yg baru Saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS....

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

"MAJULAH SUKAN UTK NEGARA"

TAN SRI ANNUAR MUSA
Khamis 23/3/2017
Parlimen Malaysia

Bas Ngeri - SPAD Ambil Tindakan Tegas!!Padan Muka!!

0 comments

Heboh dimedia sosial sebuah bas yang dipandu dalam keadaan merbahaya dengan aksi mengejar sebuah kenderaan dalam keadaan laju..rakaman tersebut telah dimuatnaik oleh ibu Tunku Kalsom di akaun instagramnya..

Kami begitu kesal dengan sikap pemandu bas berkenaan..sudah dicakap agar memandu berhati-hati..mematuhi had laju tetapi masih lagi ada pemandu yang ingkar..mereka tidak sedarkah yang mereka membawa berpuluh nyawa..

Banyak kes telah dicatatkan kemalangan melibatkan pemandu bas kerana kecuaian pemandu sendiri yang memandu dalam keadaan merbahaya..

Kami mengharapkan pemandu berkenaan digantung lesen dan syarikat pengendali perlu didenda supaya kejadian seumpama ini tidak berulang..

Syabas juga kepada netizen yang prihatin..kami dapati jika ada pemandu pengangkutan awam yang memandu dalam keadaan merbahaya kita sebagai pengguna jalan raya perlu merakam aksi tersebut dan memuat naik aksi tersebu..mudah sahaja..mention sahaja @SPADChannel atau @AduanSPAD..unit komunikasi SPAD akan ambil perhatian dalam hal yang melibatkan kualiti pengangkutan awam..syabas!!

Berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD berkenaan insiden ini:

KENYATAAN MEDIA

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut:

Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan

SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang.

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

-Tamat-

Bagi sebarang pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007
Emel : communications@spad.gov.my

Wednesday, March 22, 2017

Info Prihatin!!Warga Emas Hilang Dicari..SEBARKAN!!!

0 comments
Kami mendapat satu berita mengejutkan apabila seorang warga emas berusia lingkungan 70-an telah hilang sejak 2013 yang lalu..lama hilang..kejap muncul kemudian hilang semula...

Berikut kami kongsikan luahan hati rakyat prihatin yang merasa sedih kehilangan warga emas ini...

Wake up voters of Gelang Patah

During the 2013 elections our current representative promised us the the world and the sky if we marked the Rocket on our ballot papers.

Now, five years later, what has changed? 

-We have seen no improvements, we have not seen progress and we have not seen the promises.

-What we have seen is more of the same statements; all they do use use the same old material with new dates.

-YB Lim Kit Siang and his son keep harping on the government’s corruption but how does that affect us?

-Maybe this Rocket dynasty can start by fulfilling our basic needs before talking about a big picture that they do not understand.

-We want basic amenities and services to function as they should. We do not want YB Lim and his son to waste their time debating issues that are not relevant.

With all the above in mind we have not seen our Dear YB Lim for his absence.

We have not seen him since the last election and maybe he will grace us with his presence during the coming one to make us promises which he will not keep again.

-Cheated voters of Gelang Patah-






Kami menjangkakan warga emas ini akan dijumpai sedikit masa lagi dan kemudian akan hilang lagi jika dipilih...

KAHKAHKAH!!!

Inilah sikap berpura-pura pemimpin DAP..Datang hanya mahu undi..bila dah menang senyap dan terus hilang..bukan satu tempat sahaja tapi banyak kawasan yang dimenangi DAP pun mengalami masalah pemimpin hilang dan tidak membantu masyarakat setempat..

Jangan jadi bodo lagi untuk kali kedua..harap PRU 14 kita humban orang-orang macam ni!!!


MAHATHIR IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG...

2 comments

Melalui buku DOCTOR IN THE HOUSE, Dr Mahathir menggunakan beberapa muka surat dalam pengenalan untuk menerangkan betapa bangganya beliau menjadi satu-satunya PERDANA MENTERI yang bukan dari keturunan BANGSAWAN ataupun ARISTOCRAT. Tetapi beliaulah antara tokoh yang paling kerap mencabar BANGSAWAN seolah-olah beliau juga berasal dari golongan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan pepatah lama APABILA KADOK NAIK KE JUNJUNG. 

Beliau menganggap tiada siapa boleh menghalang dirinya untuk berkata apa saja hingga sanggup berbalah dengan Sultan Johor. Padahal kedudukan Sultan Johor bukan ditentukan oleh politik seperti kedudukan Perdana Menteri yang pernah beliau sandang sebelum ini. 

Mungkin beliau memperkecilkan kedudukan Sultan dan menganggap hanya Perdana Menteri yang bijak seperti beliau sahaja layak mengumpul kekayaan dari hasil negara. 

Beliau lupa kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini adalah sekadar amanah yang wakilkan oleh Raja-Raja Melayu untuk mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat. Beliau bukannya raja atau setaraf dengannya. 

Dengan kekayaan luar biasa yang ada pada diri beliau proksi2 koperat dan anak2 beliau sendiri yang merupakan BILLIONAIRE terkemuka sudah cukup memberi gambaran sebenar jenis PERDANA MENTERI apakah yang bernama DR MAHATHIR ini. -SUMBER

Monday, March 20, 2017

Rafizi Sungguh Bod*h!!Benda Baik Tak Puji...Benda Buruk Cepat Saja Keji Walaupun FITNAH!!!

1 comments

Inilah level Rafizi..tugasnya hanya menghasut untuk rakyat membenci BN..tetapi idea yang dikeluarkan bodoh tahap dewa seperti tak pernah sekolah...

Setiap kejayaan kerajaan dikatakan kejayaan negara dan Najib dilarang untuk claim mileage yang dia yang menyumbang kepada kemajuan negara..

Tetapi tang harga barang naik sisotong jadisn ni cepat pula salahkan Najib..bila benda baik xnak puji..benda buruk dikeji..

Perangai mu supo iblis rapizi oi!!!

Unified Examination Certificate (UEC) - Perkara Yang Perlu Anda Tahu...

0 comments

Pada 15 Mac lalu, Tan Sri Annuar Musa, YB Ketereh telah membawa usul Unified Examination Certificate (UEC) di parlimen untuk diiktiraf dinegara ini..apa yang mengejutkan ialah Tan Sri Anuar telah diserang dengan pelbagai tohmahan yang jelik..banyak NGO mahu jadi wira menyerangnya dengan melabel Tan Sri Anuar tiada hak bercakap soal UEC..kami sengaja tidak mahu menamakan NGO mana..bagi kami komen yang dilemparkan hanya bersifat emosi tanpa melihat kandungan yang ingin disampaikan..

Banyak fakta telah dikaburkan dengan serangan emosi yang terlalu ghairah..kami faham orang yang menyerang UEC ialah pihak yang anti dengan Dong Zong..ada yang mengatakan bahawa Tan Sri terlalu gopoh, UEC bukan halnya..mengapa tidak MCA yang bawa...ok..kami tidak mahu ulas hal ini..jika kami ulas pada entry ini, pembaca tidak akan tahu apa sebenarnya UEC...

UEC merupakan satu Sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Malaysia..Mereka beranggap UEC setaraf dengan STPM..di negara kita terdapat 65 buah sekolah Menengah Persendirian Cina dan ini dibenarkan beroperasi mengikut Akta Pelajaran. Kementerian Pendidikan melarang SMPC menambah sekolah baru..semua penuntut lepasan UEC melanjutkan pelajaran ke Taiwan ketika ni..

Apa yang berlaku sekarang ini, pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak mengiktiraf sijil UEC..Walau bagaimanapun IPTS diberi kebebasan sama ada mengiktiraf sijil UEC atau tidak..Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar lepasan UEC untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru tetapi ianya bersyarat iaitu perlulah mendapat 3 Kredit SPM termasuk BM dan hanya berkelayakan menjadi Guru Mandarin..Dong Zong memang kita tahu akan memperjuangkan pendidikan bangsa Cina kerana mereka yang mengeluarkan sijil UEC...

Kita ambil perkara UEC ini secara terbuka...jika anda anti Tan Sri Anuar Musa..abaikan sekejap..jika anda benci Dong Zong tahan kebencian itu dulu untuk kita memahami apa objektif yang ingin diperjuangkan dalam UEC..bayangkan kita mahu menaikkan taraf pendidikan negara tetapi kita tidak mengiktiraf rakyat kita lepasan UEC..Taiwan pula yang menerima pelajar kita..apakah ini menunjukkan sistem pendidikan kita telah berkembang?jawapannya tidak...

Jika kita asyik melihat sentimen perkauman kita tidak akan memajukan diri dalam pendidikan..dalam usul tersebut, Tan Sri Anuar Musa ada menyatakan beliau telah bertemu dengan pemimpin Dong Zong dan mereka setuju untuk berunding..bagi kami jika UEC mahu diterima mereka perlulah mematuhi syarat subjek wajib lulus BM dan Sejarah sebagaimana pelajar SPM yang lain..

Kami bukan Pro Dong Zong tetapi demi pendidikan kami berlapang dada,..

Sunday, March 19, 2017

DAP Parti Tidak Demokrasi Hanya Tahu Main Politik...

0 comments

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menempelak DAP sebagai sebuah parti anak beranak yang mengamalkan pemerintahan diktator dan tidak demokrasi..kenyataan ini dibuat ekoran pengumuman seramai 182 orang ahli DAP beserta 3 ADUN dan seorang ahli parlimen DAP Melaka baru-baru ini..

Walaupun kenyataan balas Guan Eng semacam merelakan pemergian ahli mereka..nampak sahaja tenang tetapi DAP tidak mampu lagi menyembunyikan konflik dalaman parti mereka...

Ada peminpin dalaman DAP tidak senang dengan hubungan baik Tun bersama DAP tetapi kepimpinan DAP tidak langsung mendengar suara akar umbi..

Menurut Liow "Selain Kit Siang anak Guan Eng juga mengamalkan cara kepimpinan parti keluarga seperti Kit Siang dan Son" 

"Sudah hanpir 40 tahun kita lihat cara kepimpinan diktator ini diamalkan dalam DAP dimana Kit Siang masih berada di situ juga" ujar Liow..

Kami tahu ramai pengundi DAP mula gelisah dengan keadaan ini..apa boleh buat Demokrasi hanya pada Nama..kalau kita tengok parti lain contohnya UMNO, pemimpin saling datang dan pergi..Tun pula pergi meninggalkan UMNO mungkin tidak kembali...Inilah contoh Demokrasi yang telus..

DAP sebenarnya yang merosakkan ikatan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan PAS keluar daripada ikatan tersebut..serpihan PAS terpaksa membuat parti PAN untuk terus bersama DAP..UMNO pula terpaksa berpecah kepada Bunga kerana cenderung kepada kerjasama dengan DAP...

Kit Siang dari awal penubuhan 1960 hingga kini masih lagi berkuasa dalam parti..biarpun faktor usia tidak menggalakkan tetapi dia tidak peduli..bila menang sahaja bukan bakti yang dicurahkan kepada rakyat tetapi lebih kepada bermain politik...

Sebab itulah kita lihat rakyat Sarawak telah menolak DAP..kini di Melaka ahli dan pemimpin umum keluar parti...

Di Johor pula DAP tidak berani menyerang projek Forest City mereka bersikap selektif isu dan menyerahkan kepada Bunga untuk meraih politik murahan...isu yang tidak mendatangkan keuntungan dan menbuatkan rakyat marah mereka akan menyerahkan kepada parti lain..

Jarang kita lihat pemimpin DAP mempertahankan rakan seperjuangan mereka daripada parti lain dalam pakatan...kerjasama mereka hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja...

Yang mereka tahu hanyalah daftar pengundi..daftar BR1M...baru-baru ini Kulai dilanda ribut..tetapi pemimpin DAP di situ senyap sahaja tunggu bantuan sampai barulah mereka bergerak kononnya buat kerja...semasa Hospital Sultanah Aminah JB terbakar benda yang sama juga terjadi..bila sudah reda barulah mereka main politik bodoh pertikaikan usaha kerajaan...

Pengundi DAP perlu buka fikiran anda seluasnya..janganlah korbankan masa depan negara kerana taksub kepada parti yang tidak menjanjikan apa-apa..mereka hanya tahu bermain politik tanpa menumpukan kepada kebajikan rakya akar umbi..


Siapa Ahmad Idham Di Mata MB SELANGOR?Mudahnya Dana Bantuan RM 100,000.00 Diberi!!!

0 comments

Sekarang ni barulah kami dapat jawapan mengapa pengarah filen Ahmad Idham begitu mudah mengutuk kerajaan Barisan Nasional..rupanya ada udang disebalik cha kue tiaw...

Kami memgikuti perkembangan Ahmad Idham di media sosial..ada sahaja yang tidak kena dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak..sepatutnya ikon filem perlu menunjukkan tauladan yang baik..maklum sahajalah public figure...

Setelah tersebarnya interaksi perbualan MB Selangor dan Ahmad Idham di laman twitter barulah kami faham mengapa dia tidak sebulu dengan kepimpinan BN...

Rupanya MB Selangor telah meluluskan dana sejumlah RM 100,000.00 kepada Eden Firdaus Centre milik Ahmad Idham..ia sudah memadai buat Ahmad Idham untuk memuji kepimpinan pakatan..

Soalnya mengapa mudah sangat duit rakyat Selangor diluluskan...jika begitu kami sarankan rumah kebajikan sekitar Selangor bolehlah jumpa MB Selangor untuk bantuan kilat..kita tengok berapa pula junlah akan dapat...

Teguran kami buat Ahmad Idham..jangan kerana wang anda boleh dijual beli..adios...











Macai Dedak DAP Kantoi Fitnah DS Rosmah..Mahathir Tak Berani Jawab Punyalah!!!

0 comments

Heboh dimedia sosial yang dimainkan media pro pakatoon rakyat mengatakan Datin Seri Rosmah lebih berkuasa daripada DS Najib kerana bersandarkan sekeping gambar ketika Datin merasmikan kapal peronda terbaru Angkatan Peronda Maritim (APMM)...

Apa yang kami ingin katakan ialah player media pakatoon ini telah membuat kesilapan besar apabila telah memfitnah Datin Seri dan Dato Seri ketika majlis perasmian berkenaan...lebih memalukab lagi player diagung-agungkan pakatoon nirojim telah melanggar hukum protokol bagi pelancaran kapal laut..


Sebelum kami menjelaskan lebih lanjut, lihat dulu gambar di bawah..Tun HASMAH pernah merasmikan sebuah kapal laut..ketika itu Mahathir juga di sisi hasmah..cuma angle kamera tidak menunjukkan Mahathir di belakang Rosmah...



Di bawah ini kami kongsikan jawapan yang cuba disembunyikan...Mahathir sepatutnya menceritakan perkara ini supaya pencacai makan dedak tidaklah dilihat seperti buta ilmu...

Ini upacara pelancaran kapal baru APMM di Port Klang pada Rabu 15.3.2017. 

Dalam dunia perkapalan tidak kira mana2 negara upacara pelancaran sesebuah kapal baru atau gimik melepaskan kapal ke laut akan dilakukan oleh wanita. Itu dah kira wajib. Jika ada lelaki yg merasmikan itu dah dikira songsang. 

Dalam dunia perkapalan, kapal diistilahkan atau diibaratkan sebagai wanita. Sebab itu kapal dirujuk dgn panggilan SHE/HER/MOTHER VESSEL/SISTER VESSEL. 

Ramai rakan2 saya di Port Klang atau mana port lain,  yg menjadi ejen perkapalan menjalankan perkhidmatan yg dipanggil SHIP HUSBANDRY. Husband itu suami. Manakala ship itu WIFE.

Apabila kapal memasuki pelabuhan adalah menjadi tugas suami memenuhi apa saja keperluan yg diperlukan oleh sang isteri (kapal). Sebelum kapal alongside, ejen (suami) dah kena tercegak tunggu di wharf. Turun saja gangway , si suami (ejen) jadi org yg pertama naik jumpa isteri. Bertanya khabar dan keperluan. Perlu makanan, minuman, wang, kelengkapan itu ini dan sebagainya. Jika suami (ejen) gagal sediakan atau ada buat silap, maka sang isteri (kapal) boleh mengadu kepada pejabat kadi (ship owner). 

Cubaan anda utk fitnah gagal...sila cuba lagi di masa akan datang.

Friday, March 17, 2017

@WeeKaSiongMP Kutuk Pemandu Cuai Langgar Maut Di Penang..

1 comments

Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong membidas sikatp pemandu tidak bertanggungjawab yang memandu menentang arus sehingga mengakibatkan seorang maut dan ramai orang yang tercedera...

Mangsa pemandu berbangsa Melayu, Arwah Mohamad Fandi Rosli baru sahaja mendirikan rumah tangga dan isterinya sedang mengandung meninggal dunia akibat tindakan tidak bertanggungjawab seorang amoi..

Setakat ini, amoi tersebut dikatakan dalam pengaruh dadah..amoi tersebut turut merupakan seorang OKU..banyak reaksi pihak berang dengan sikap tidak perikemanusiaan amoi tersebut..

Memetik kenyataan Dr Wee diakbar The Star:

"Saya mengutuk pemandu yang tidak bertanggungjawab yang telah membawa maut di leburaya PLUS yang menyebabkan kematian dan berlanggar dengan beberapa kenderaan lain"

"Pihak berkuasa mesti mendakwa kes ini mengikut undang-undang  dan langkah pencegahan masa depan seperti ini"

"Wanita tersebut bukan sahaja memandu secara merbahaya tetapi menggunakan barang larangan dan kita tidak boleh bertolak ansur dalam kes ini" jelas Wee..

Kami faham amoi tersebut ialah seorang OKU tetapi itu bukan alasan untuknya memandu secara merbahaya...jangan kerana kes amoi memandu dalam keadaan mabuk habis rosak imej OKU...

Sebagaimana yang diminta DS Wee..kami yakin seluruh rakyat Malaysia menuntuk kes ini dikendalikan memgikut undang-undang sebenar tanpa ragu-ragu..

Kasihan jugalah dengan nasib bayi yang dikandung..bila lahir nanti bapa dah tiada kerana dilanggar amoi OKU yang mabuk...semoga kes ni diadili dengan adil!!!

Tun M Punca Penyokong DAP & PPBM Keluar Parti..

0 comments

Wabak Keluar Parti PPBM & DAP Berpunca Dari Mahathir

Amalan  politik songsang akhirnya memakan diri kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Antara yang tergolong dalam “maksud” atau terma songsang adalah seperti yang diamalkan oleh  Mahathir sendiri.

Anak didik Mahathir juga telah songsang dua kali, dua kali juga kena masuk penjara.

Umpama gadis OKU yang membawa kereta melawan arus , begitulah politik Mahathir hari ini.

Apa tidaknya , berpuluh tahun mengajar setiap ahli parti UMNO supaya membenci DAP dan Anwar, kemudian berakhir dengan tuan punya badan yang mengajar kebencian itu pula yang menjilat semula apa yang diajarkan.

Itulah contoh politik soangsang.

Maka atas sebab itu jugalah apa yang dikatakan oleh  Mahathir hari ini, dianggap sampah sahaja kerana esok lusa atau mungkin lima tahun lagi dia akan kata yang sebaliknya pula.

Hanya orang yang tidak periksa otak sahaja akan mempercayai kata kata Mahathir. Malah ajakan Mahathir supaya membenci Najib pun ramai orang tidak akur kerana mereka lebih kenal Mahathir dari penyokong Mahathir sendiri.

Ada yang sudah buat teori jika esok lusa Mahathir U-Turn suka Najib  “kita semua habuk pun tidak dapat”.

Maka tidak salahlah orang tidak mahu dengar kata Mahathir lagi.

Bayangkan ketika  di London pada tahun lepas, di hadapan pelajar ketika di tanya siapa calon Perdana Menteri pembangkang oleh wartawan , Mahathir menjawab orangnya adalah “Muhyiddin”.

Tetapi beberapa hari kemudian di Kuala Lumpur, katanya belum ada nama calon lagi dan tumpuan adalah untuk tumbangkan Najib terlebih dulu.

Khabar terkini, ramai ahli parti PPBM sudah mula hendak keluar parti.

Malah sebelum habis panas pun sudah ada yang keluar dari parti PPBM tetapi tanpa membuat pengumuman.

Selain itu, yang tidak pernah masuk pun umum keluar iaitu Khairuddin Hassan dan yang baru masuk sudah keluar iaitu Ezam Mohd Nor merangkap Ezam Kotak.

Begitu parahnya parti milik Mahathir. Bahkan bukan sahaja kejadian keluar parti terjadi kepada parti PPBM, parti yang berkait "bau hanceng" Mahathir juga mengalami “virus” keluar parti iaitu DAP.

Antara sebab disebut ahli DAP adalah kerana rasa tertipu dengan kepimpinan DAP.

Di mana mereka dididik sekian lama bahawa Mahathir itu seorang yang diktator, amal kronisma dan perkauman, tetapi akibat amalan politik songsang Kit Siang menerima Mahathir dalam dakapannya, lalu menghilangkan kepercayaan "grass root" DAP.

Mahathirlah punca 182 orang ahli DAP dan 4 orang wakil rakyat DAP keluar parti di Melaka.

Kini , parti PPBM yang baru setahun jagung sudah bermasalah seolah olah parti itu sudah wujud lama.

Parti bunga parti baru , tetapi memiliki bagasi yang besar.

Kepimpinannya mahu kaut semua pemuda menyertainya. Caranya dengan memacing keahlian baru dengan mengumpan dinosour tua sebagai maskotnya.

Selain pemimpin zaman dinosour, PPBM juga memiliki masalah moral dan penyelewengan wang.

Muhyiddin akan hadapi isu nafsu di Mahkamah Syariah Johor, dan Mahathir bakal mengadap RCI isu seleweng wang BNM. Itulah bagasi parti PPBM.

Ada juga yang memasuki parti PPBM tanpa membatalkan nama mereka dari UMNO. Apakah niat mereka?

Adakah atas sebab tidak yakin dengan parti bunga dan jika apa apa terjadi boleh lompat semula ke dalam UMNO?

Di jangkakan akan ada lebih ramai ahli DAP akan keluar parti dan begitu juga dengan parti milik keluarga Mahathir.

Amat sah sekali mereka keluar kerana Mahathir, kerana tidak pandai menjaga ahli yang sedikit.

Mahathir sibuk pergi ke merata negara memburukkan Najib dan UMNO atas pentas, tetapi terlupa pentas yang dia pijak sedang roboh hendak membenamnya.

Pasti sekali, jika apa apa terjadi kepada PPBM, Mahathir akan kembali kepada pelan asalnya iaitu letak anaknya Mukhriz di tempat kawasan selamat yang dikuasai DAP.

Tetapi apa akan terjadi kepada ahli PPBM yang lain? Fikir sendirilah, UMNO yang dia tunggang sekian lama memperkayakan dia dan anak beranak serta kroni pun dia tidak ada kesetiaan.

Masakan parti hidup segan mati tak mahu ini dia hendak kisah sangat.

Ahli seluruh negeri Kedah pun hanya ada 6,700 orang ahli sahaja. Di Jerlun hanya ada 1,700 sahaja. Semalam keluar 500 orang di Baling, sudah 7% dari jumlah ahli di Kedah.

Wabak ini akan berterusan dan tidak boleh diubati. Ianya akan merebak dan terus merebak. Bunga akan layu tersadai di tepi roket sahaja selepas ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB332, Jumaat
17 Mac 2017

Thursday, March 16, 2017

#PRU14 - BARISAN NASIONAL MILIKI KELEBIHAN..BERSEDIAKAH PAKATAN UNTUK DI'KIAMATKAN'???

0 comments

MCA terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi untuk bersama 13 komponen yang dalam Barisan Nasional..ini disuarakan sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri dalam satu temubual bersama wartawan ketika sambutan ulang tahun ke-68 MCA...

MCA bukan sebuah parti baru, ia mempunyai pengalaman yang amat luas dalam menentukan kemerdekaan negada suatu masa dahulu...ditubuhkan pada 27 Feb 1949..kesetiaan MCA dan ahli kepada Barisab Nasional tidak perlu disangkal lagi...

Ketika PRU 13 memang terdapat pola perubahan yang amat besar kepada sokongan masyarakat Cina yang beralih kepada DAP..itu sejarah hitam..sejarah itu hanya seketika..DAP kini sedang mengalami krisis dalaman dan penolakan daripada masyarakat...

PRK Teluk Intan, PRN Sarawak telah memberi tamparan hebat buat DAP yang kini mula hilang sokongan..buktinya ketika PRN Sarawak ke11 DAP kehilangan 5 kerusi berbanding 12 kerusi yang dimiliki pada PRN sebelumnya...

Ini petanda malapetaka besar bakal berlaku dalam Kem pakatan pembangkang...mereka cuba menafikan angka dan cuba memulihkan semula angka dan semangat mereka untuk terus berjuang menjelang PRU 14 ini..

Punca kekalahan besar pembangkang PRN Sarawak yang hanya dapat dapat 10 daripada 82 kerusi dipertanding ialah tiada sikap persefahaman antara DAP dan PKR..mereka cuba mencerca dan bercakaran sesama sendiri sehingga ada beberapa kawasan mereka kehilangan duit deposit..

Malapetaka ini juga berlaku pada PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar..kami menjangkakan percakaran ini akan berlanjutan sehingga PRU 14..sekarang memang nampak ok..tetapi bila pembahagian kerusi nanti semua tembelang yang cuba disembunyikan akan pecah...BN ketika PRK menang besar walaupun ketika negara kononnya digegarkan skandal 1MDB..pada kami itu hanya persepsi dan tidak tepat langsung dalam mengukur tahap kepercayaan parti...

Ketika PRK tersebut..perebut 3 penjuru tidak memberi sedikit pun kelebihan kepada pembangkang..mereka kalah besar..

Mereka tahu kelemahan mereka..tiada persefahaman...kami menjangkakan mereka akan 'kiamat' pada PRU 14 ini...

Kemasukan Tun M sebenarnya hanya penghibur sahaja..Tun akan gagal pada PRU 14 nanti biarpun mengakui kekuatan bunga raya semakin bertambah...

Kami ingin jelaskan parti keramat UMNO memang hebat kerana ramai penyokong setia....mereka mempunyai sokongan akar umbi yang sangat kuat...sama juga seperti PAS..biarpun ramai pemimpin dan penyokong telah keluar tetapi menyetai PAN, parti PAS tetap strong..di UMNO juga begitu..jika PAS jadi PAN..UMNO pula jadi bunga..

Mereka cuba jadi seperti BN tetapi gagal...DS Liow menegaskan yang MCA tidak akan berganjak dan akan mempertahankan apa yang harus mereka lakikan seperti tema baru MCA "Stronger Together"

Menurut Liow, MCA akan bersatu, Perpaduan adalah kekuatan kuasa politik..percayalah pakatan pembangkang akan menerima kiamat  dalam parti mereka kerana sikap tamak mereka sendiri yang sukar bersama dari segi prinsip..

Kerjasama DAP bersama TunM merupakan satu kesilapan besar kerana Tun yang kita kenal mahu orang ikutnya...dan hasilnya 4 Adun dan ahli parlimen Melaka bertindak keluar parti dengan disusuli 182 ahli..

Apapun kami ingin ucapkan syabas kepada MCA kerana konsisten dalam Barisan Nasional...buat pakatan pembangkang..bersedialah untuk dikiamatkan!

1Razak Mansion Bukti Satu Lagi Kejayaan Transformasi @NajibRazak..

0 comments

Siang tadi telah berlangsung majlis penyerahan kunci untuk pemilik rumah 1Razak Mansion..rumah ini amat istimewa kerana dibangunkan semula setelah YAB PM kita melihat keadaannya yang usang...berikut kami kongsikan kenyataan daripada YAB PM Najib Razak:

YAB PM NAJIB RAZAK:-

15 Mac 2017

Tajuk: 1Razak Mansion

Kurang hampir 50 tahun yang lalu, pada 26 April 1967, Allahyarham Ayahanda saya Tun Abdul Razak telah merasmikan kawasan yang dikenali sebagai Perumahan Awam Razak atau Razak Mansion ini.

Di sini, keluarga daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama mahupun budaya tinggal bersama dalam harmoni. Meskipun kawasan ini dahulunya terkenal sebagai kawasan hitam dan sering berlaku pertelingkahan akibat kegiatan mabuk dan sebagainya, semua itu berjaya diselesaikan hasil permuafakatan dan perbincangan.


Tetapi seiring dengan peredaran zaman, keadaan di Razak Mansion semakin hari menjadi semakin usang, ketinggalan dan kurang selesa jika dibandingkan dengan perubahan perumahan serta gaya hidup zaman moden.

Unit-unit di Razak Mansion dahulu juga berkeluasan antara 399 hingga 504 kaki persegi, dengan masing-masing mempunyai cuma satu dan dua bilik, kecil dan sempit untuk memberi keselesaan persekitaran hidup yang kondusif, terutamanya kepada keluraga yang membesar.

Oleh itu, pada tahun 2014 yang lalu, saya telah merasmikan pecah tanah pembangunan semula Perumahan Razak Mansion, dan saya gembira melihat hari ini ia telah siap, malah saya difahamkan 9 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan asal.

Kini, unit-unit baharu Perumahan 1Razak Mansion berkeluasan 800 kaki persegi, dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, selain dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pejabat kecil, dewan orang ramai, tadika, pejabat persatuan penduduk, dan pondok polis.

Tambahan kepada itu, unit rumah baharu di 1Razak Mansion ini juga kini bernilai tidak kurang daripada RM350,000 masing-masing, berbanding dengan unit lama yang bernilai cuma antara RM 60,000 hingga RM80,000 sahaja.

Sukacita juga saya maklumkan, bahawa semua pemilik rumah di 1Razak Mansion akan menerima beberapa insentif istimewa seperti:

(i) Setiap unit Rumah 1Razak Mansion ini telah mempunyai hak milik strata di bawah nama tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Semua unit baharu ini adalah dengan pajakan 99 tahun (leasehold) berbanding dengan unit lama dengan baki pajakan 40 tahun dan tidak mempunyai hakmilik strata;

(ii) 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualan RM42,000 seunit yang mana pada masa kini harga pasaran rumah tersebut adalah bernilai RM350,000 ke atas;

(iii) Kos pemindahan berjumlah RM3,000 dibiayai oleh Pemaju kepada 557 pemilik. Pemaju juga akan menanggung bayaran kos maintenance dan sinking fund bagi perumahan ini selama 2 tahun bermula daripada tahun 2017; dan

(iv) Mengikut perjanjian jual beli, kesemua penduduk diberi tempoh selama 1 bulan untuk berpindah ke unit rumah baharu. Namun demikian, saya telah mengarahkan Pemaju untuk melanjutkan tempoh masa pindahan kepada 2 bulan.    

Kepada semua pemilik rumah di 1Razak Mansion yang menerima kunci hari ini, seramai 658 penduduk di sini, saya ucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh dan menyokong sebulat suara inisiatif Kerajaan dalam Cadangan Pembangunan Semula Perumahan Awam Razak Mansion ini.

Dan hari ini, kita dapat sama-sama melihat hasilnya. Perumahan baharu yang jauh lebih moden dan selesa selain menjadi aset yang amat bernilai kepada pemiliknya.

Inilah yang saya sering tekankan dalam segala insiatif yang diambil Kerajaan pimpinan Barisan Nasional, yakni kita perlu sentiasa memahami dan mendengar denyut nadi rakyat, dan salah satu yang menjadi impian utama rakyat adalah memiliki kediaman sendiri yang selesa.

Inisiatif-inisiatif perumahan yang Kerajaan telah laksanakan adalah bertunjangkan perkara tersebut, dan selain Projek Pembangunan Semula 1Razak Mansion ini, Kerajaan turut mengusahakan pelbagai projek perumahan lain seperti Perumahan Rumah Mampu Milik (RUMAWIP), PPA1M dan PR1MA.

Insya-Allah, dengan sokongan berterusan daripada rakyat, kita akan terus melaksanakan banyak lagi inisiatif seperti ini, agar nasib rakyat terus dibela, kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan dan impian rakyat terus ditunaikan.

1) NajibRazak.com

https://www.najibrazak.com/bm/blog/1razak-mansion/

2) NR Facebook

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154265521230952&id=157851205951

3) NR Twitter

https://twitter.com/NajibRazak/status/842014702582476800

Tuesday, March 14, 2017

DS @NajibRazak Letak Batu Gimik Salah Pun Jadi Masalah Besar Buat Macai Pakatoon!!!Janji Projek Siap!!!

0 comments

Almarhum tok guru nik aziz dan YDPA telah diberikan peluang meletakkan batu hanya cukup2 muat untuk seketul batu..kalau DS Najib diberi ruang yang sama sure xsilap...

Biar letak simbolik batu asas salah nanti ada orang betulkan..asalkan projek siap..

Berbanding bina batu asas tp akhirnya jadi projek terbengkalai..kamibtidak menyalahkan PAS kerana ketika itu PAS kerjasama dengan DAP dan PKR..

Sekarang PAS dah mesra dengan BN..insya'allah semua projek berjaya!!!sama2 kita doakan kita dapat kalahkan musuh Islam...

Monday, March 13, 2017

Pulau Pinang & Selangor Yang Perlu Kerajaan Baru..Bukan Johor!!!

0 comments

Satu kenyataan sumbang dari Malaysiakini yang mengatakan Johor memerlukan kerajaan baru hanya kerana seorang Exco Kerajaan negeri yang kini dalam siasatan SPRM..ini adalah satu tuduhan yang tidak patut seolah-olah kerajaan negeri pakatan pembangkang sesuci tanpa sebarang kesalahan...

Di Johor, siasatan masih lagi dijalankan..jadi kita tidak boleh menuduh Exco tersebut bersalah..bagi kami yang sepatutnya memerlukan kerajaan baru ialah Pulau Pinang dan Selangor..terlalu banyak skandal dan kelemahan dinegeri ini..kami faham tugas Malaysiakini hanya mahu memburukkan kerajaan BN..tetapi mereka buta seolah-olah kerajaan pembangkang sangat suci...

Tuduhan Malaysiakini ni telah disangkal oleh Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Syaiful Rizal Abdul Ghani...ikuti story di bawah...

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu, Syaiful Rizal Abdul Ghani menolak pandangan sebuah artikel MalaysiKini bahawa Johor memerlukan  sebuah kerajaan baru. Malah beliau yakin bahawa kerajaan BN Johor sebenarnya sudah cukup bersedia untuk menerima mandat  baru daripada rakyat negeri berkenaan berasaskan kepada prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan.

Tambah beliau lagi, tindakbalas Kerajaan BN Johor dalam kes penangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu baru-baru ini adalah sangat profesional serta menunjukkan kesungguhan kerajaan BN Johor untuk membanteras jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
                   
“Ini jauh berbeza dengan Lim Guan Eng yang tidak bersedia melepaskan jawatan setelah didakwa atas tuduhan rasuah di Pulau Pinang. Manakala di Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat gagal menjawap secara telus pelbagai skandal seperti SPLASH, Paya Indah Wetland, Pintu Gerbang Selangor dan lain-lain lagi. Pemimpin Pakatan seharusnya belajar dari tauladan baik yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN Johor.”  
          
“Serangan bertali arus pihak pembangkang dalam isu hartanah di Johor ini merupakan satu cubaan untuk menutup kejayaan kerajaan BN Johor selama ini. Jangan pejam mata kepada hakikat bahawa keluasan rizab melayu bertambah hampir 2 kali ganda sejak YAB Dato' Khaled menjadi MB Johor. Begitu juga dengan inisiatif membina puluhan ribu Rumah Mampu Milik Johor untuk membantu bumiputera.” katanya.

Syaiful seterusnya mencadangkan agar kerajaan negeri melancarkan kajian Suara Hati Johor 2.0 sebagai persediaan kerajaan BN menerima mandat baru pada PRU14 dan meneruskan kesinambungan kepada pentadbiran yang cemerlang.   
                     
“Dapatan dari kajian Suara Hati Johor 2.0 boleh dijadikan asas kepada Manifesto kerajaan BN Johor yang benar-benar melambangkan "kerajaan dari rakyat untuk rakyat,” katanya.

 “Bangsa Johor adalah bangsa yang rasional. Mereka akan membuat pilihan berdasarkan prestasi dan tidak mudah tertipu dengan mainan persepsi.” 
                       
“Apabila YAB Dato' Khaled membentangkan "report card" pencapaian kerajaan BN Johor nanti, saya pasti rakyat negeri ini akan dapat melihat pencapaian-pencapaian  yang cemerlang dan membanggakan.” katanya.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA