networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, August 22, 2017

DAP & Pemimpin Pembangkang Sedang Berebut 'Meludah' Diri Sendiri..

0 comments
Bila gendang PRU 14 semakin hampir dipalu..pemimpin pembangkang sudah nampak porak peranda..mereka kelam kabut sehingga terpaksa meludah muka sendiri..

Apapun boleh dilakukan demi memperolehi kuasa..musuh yang dahulunya disumpah seranah kini disanjung..segala tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin BN sebelum ini terpaksa mereka abaikan..mereka melakukan perkara yang menjadi siulan ketika memaki hamun BN sebelum ini..

DAP dahulu bukan main bergegar mengkutuk perjuangan Mahathir sekarang terpaksa meludah muka sendiri..sanggup berbaik-baik untuk pengaruh kuasa..

Meludah kelangit akhirnya ke muka sendiri..itulah bidalan sesuai buat mereka yang sanggup menggadaikan prinsip diri..

Mahathir pula baru-baru ini berjumpa dengan pemimpin Hindraf..khabarnya mahu minta nyawa dari orang India yang kini bersama MIC...

DAP dulu menghina UMNO MCA MIC kerana sifatnya rasis membela semua kaun..tetapi sekarang ludah muka sendiri..DAP untuk orang Cina..Bunga untuk Bumiputera dan sekarang cuba pancing hindraf untuk tarik orang India..

Mereka memang tiada prinsip..tiada maruah..kalau kita tak sanggup ludah muka sendiri..Mahathir bukti terbesarnya..

Dia fikir rakyat lupa semua seruannya selama dalam UMNO..orang seperti Mahathir ini mahu semua orang ikut katanya..jika tidak dia akan protes..

Taktik Mahathir ni dah lama..dahulu pun jika Pak Lah berkeras dan punya pengaruh kuat seperti Najib tidak mengendahkan peletakan jawatan..Sure ketika itu Mahathir tubuh parti baru..keluar UMNO dah..cuma ketika itu semua mengikut perancangannya..jadi bila selesai dia masuk semula UMNO...

Kali ini gameplan Mahathir tidak jadi..desakannya tidak diendahkan Najib..sebab itu Mahathir akui yang Najib punya kuasa menentukan sesuatu..

Kuasa yang Najib miliki tidak lah sekejam Mahathir ketika berkuasa..habis orang yang menentang di ISAkan..


Amtara orang yang marah tengok perangai Mahathir dan pembangkang ialah pemimpin MCA..Datuk Seri Ti Lian Ker..Ketua Publisiti MCA..


Ti Lian Ker mempersoalkan DAP yang mahu membawa Malaysia keluar daripada politik perkauman apabila mereka menyerang MCA dan BN yang dalam semangat dan amalannya berbilang bangsa?

"DAP sanggup merendahkan diri mereka dengan 'kowtow' kepada Mahathir yang pernah mengumunkan DAP sebagai parti komunis"

"Jelas sekarang bahawa DAP sedang menginginkan kuasa yang lebih dan sanggup bekerja dengan senua pihak untuk lebih berkuasa"

"Mereka sekarang mesra dengan musuh ketatnya Mahathir Mohamad dan mereka kini bersetuju formula perkauman iaktu Pribumi untuk bumiputera, hindraf untuk orang India dan DAP untuk orang Cina"kata Ti Lian Ker lagi..

Mereka kian terdesak untuk menggunakan apa sahaja kaedah..PKR pula sedang melobi YB2 PAS untuk bersama mereka..bukan kita tidak tahu PKR perlukan PAS untuk kekal merintah disebuah negeri.

Jika tidak alamatnya DAP lah dapat Selagor..Penang dia dah tapau habis..

Semua parti pembangkang sekarang sedang berebut meludah diri sendiri..terpaksa gadaikan maruah demi kuasa..semua kerana mahu tumbangkan Najib..hebatkan pemimpin kita..

Monday, August 21, 2017

Bahana Mencuri Jam Tangan, Pemandu Sukan SEA Ditahan Kantol Tiada Lesen!@SPADChannel Panggil Syarikat Pengendali!!

0 comments


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang pemuda berusia 27 tahun ditahan polis kerana mencuri seutas jam tangan milik pegawai sukan bola sepak wanita Malaysia yang tertinggal di dalam bas yang dipandu suspek..

Susulan penangkapan suspek, pihak polis mendapati pemandu berkenaan tiada lesen memandu..perbuatan pemuda berkenaan telah mencemarkan nama negara ketika sukan SEA sedang rancak berlangsung...

Mujul kes berlaku melibatkan pegawai dari Malaysia..bayangkan jika terjadi kepada negara luar..ia amat memalukan kita sebagai sebuah negara penganjur yang mempunyai rakyat berperangai teruk..

Selepas siasatan mendapati pemandu bas tersebut tidak mempunyai lesen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak pantas akan memanggil syarikat pengendali Kiffah Travel & Tours Sdn Bhd bagi membantu siasatan..

Dalam satu kenyataan media, SPAD memberi peringatan keras kepada para pengendali dan pemandu terbabit dalam dengan Sukan SEA KL 2017 agar mematuhi syarat ketat kelerluan perlesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP).

SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadapi pemandu dan kenderaan yang digunakan sepanjang acara Sukan SEA berlangsung..

SPAD telah mengerahkan lebih 100 anggotanya ke lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan supaya semua kenderaan dan pemandu mematuhi ICOP..

Cukup-cukuplah mencemarkan nama Malaysia..acara pembukaan malam kelmarin memang dipuji semua rakyat Malaysia dan rantau ini yang mana persembahan majlis pembukaan memang berkelas dunia..

Malangnya terdapat sedikit kesilapan bendera Indonesia yang terbalik telah merencatkan kemegahan upacara pembukaan..sikap merendah YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan yang meminta maaf seharusnya dipuji..

Janganlah mengambil kesempatan sehingga mencemarkan nama negara..kita tunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai mentaliti kelas pertama..barulah selari dengan perkembangan fasiliti bertaraf antarabangsa..

Tindakan pantas SPAD dalam menangani kes ini sangat tepat memandangkan kita kini menjadi perhatian negara ASEAN..tunjukkan moral yang tinggi demi negara tercinta!!!

Berikut kami kongsikan kenyayaan SPAD berhubung perkara ini:

KENYATAAN MEDIA 
SPAD AKAN MENYIASAT INSIDEN MELIBATKAN
PEMANDU BAS SUKAN SEA TIDAK MEMPUNYAI LESEN

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi membantu siasatan berikutan kes mengenai pemandu syarikat tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen pemandu. 

Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan kepada para pengendali dan pemandu yang terlibat dengan Sukan SEA KL 2017 supaya sentiasa mematuhi secara ketat keperluan￾keperluan pelesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP). 

SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Di samping itu lebih daripada 100 anggota penguatkuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta untuk memastikan pematuhan syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

-Tamat–

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Bahagian Komunikasi 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 
Tel : +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300 
Emel : communications@spad.gov.my


Saturday, August 19, 2017

@RafiziRamli Kandas Lagi..Cubaan Heret DS @NajibRazak & Tan Sri @Annuar_Musa Dalam Tuduhan Isu MARA Gagal!!!

0 comments

Semalam di laman sosial facebook, Rafizi sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mempertikaikan pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA..pada permulaan cerita dia menceritakan penangkapan Tan Sri Isa Samad yang didakwanya sebagai kambing hitam untuk menyelamat Datuk Seri Najib.

Berikutan penahanan tersebut, nampak benar keghairahan Rafizi apabila Tan Sri ditahan SPRM..hairannya pula tidak pula dia bersuara selantang ini apabila ada pemimpin dari DAP, PKR dan Bunga ditahan SPRM..inilah Rafizi yang kita kenal..dia bersikap selektif isu untuk memfitnah musuh dan menyimpan aib rakan sebantalnya..

Barangkali duit kutipan derma untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 300,000 dan kos saman fitnah Narional Feedlot Corporation (NFC) masih banyak yang tinggal..maklum sahajalah minta derma 300K dapatnya 1.5 juta..lima kali ganda lebih dari apa yang dia hendak..

Tidak tahu apa agenda Rafizi sebenarnya, sudah dijelaskan bahawa pembelian hartanah itu mengikut SOP pembelian dan sah tetapi berita khabar angin untuk memburuk-burukkan pembelian tersebut juga dia percaya..

Kita ikuti tulisan Rafizi :
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Dan ini jawapan daripada Tan Sri Annuar Musa :
Tanpa mahu menyentuh perkara lain buat masa ini CUMA SEKADAR MAHU MEMPERBETULKAN FAKTA DI MANA KATA RAFIZI....
 
"Menteri bertanggungjawab ketika itu(DATO SERI SHAFIE AFDAL)dan Pengerusi Mara(Tan Sri Annuar Musa)".....beliau mungkin merujuk kpd penjawat jawatan ketika ASSET  ASSET DI AUSTRALIA DI BELI OLEH MARA sekitar tahun 2012/13(rujuk printscreen)
 
Sekiranya beliau merujuk kpd ketika asset di beli,Sukacita di Jelaskan bahawa MENTERI KKLW KETIKA PEMBELIAN ADALAH DS SHAFIE AFDAL DAN PENGERUSI MARA KETIKA ITU ADA LAH DS IDRIS JUSOH,bukan saya.
 
Sewaktu saya mula di lantik 2013 semua asset asset tersebut sudahpun selesai di beli..
 
Saya menganggapkan kesilapan YB RAFIZI ITU sebagai sesuatu yg beliau tidak sengaja atau beliau mempunyai maksud lain dan wajarlah beliau perbetulkan tanpa perlu perentah Mahkamah kerana beliau sudah byk kali tewas di mahkamah..

Pedas sindiran Tan Sri Annuar Musa terhadap Rafizi..banyak kali temberangnya pecah tapi dia tetap buat muka tak malu macam orang tak berdosa.menipu pendeposit tabung haji...menipu harga minyak..menipu jangkaan harga minyak..fitnah orang lain..bagi kami dia tidak kisah pun kerana penderma untuk membayar samannya ramai..malah baki derma bayar saman masih banyak lagi...

Dari tulisannya, ternyata dia cuba mengaitkan DS Shafie Afdal yang telah dipecat UMNO dan Tan Sri Annuar Musa..

Berkenaan pembelian hartanah berkenaan, Rafizi ternyata sekali lagi berkelakuan sumbang untuk memburuk-burukkan imej Mara..Rafizi sebelum ini sudah banyak kali menyerang segala institusi yang dimiliki oleh orang Melayu seperti Tabung Haji, Mara, Felda, FIC, KWSP, KWAP, dan LTAT...
Banyak benda boleh dia buat research sampaikan benda yang betul pun boleh dia spekulasi jadi fitnah tapi bab Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi MARA ketika pembelian itu dia gagal mencari kebenaran..bukan kita tidak tahu, dia sengaja mainkan sentimen bahawa TSAM pernah ditahan SPRM kes tajaan pasukan bola sepak..bezanya TSAM tidak perlu memakai baju LOKAP SPRM kerana hadir memberi keterangan..

Berkenaan dengan tuduhan cuba mengaitkan DS Najib, kes ini telah lama dijelaskan oleh bekas pemimpin UMNO, Shafie Apdal yang mengatakan urusan pembelian terebut mengikut SOP..menurut Shafie, PM ialah pengerusi Majlis Ekonomi yang dianggotai banyak menteri dan pembelian tersebut telah mendapat kelulusan selepas melalui proses yang terperinci...

TSAM pula berkata :
Cadangan pembelian tersebut sudah melalui semua peringkat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Syarikat MARA Inc, Jawatankuasa Panel Pelaburan MARA, Majlis MARA, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan seterusnya Majlis Ekonomi.
Jawapan kami buat Rafizi..bertaubatlah dari membuat fitnah..anda kantol lagi kali ini..tidak perlu tulis panjang lebar..kerana yang percaya hanya macai anda sahaja..sebenarnya auta sahaja dan anda cuma pandai main persepsi dan spekulasi..itu pun kadang berjaya kadang tidak..tak bernasib baik kena saman..haha!

Thursday, August 17, 2017

MENGAPA DAP LINDUNGI KILANG HARAM??

0 comments

DAP Lindungi Kilang Haram Di Pulau Pinang 

Sudah terang lagi bersuluh. Imej satelit telah membuktikan kilang haram dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.

Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng cuba lari dari tanggungjawab bila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu kononnya kilang berkenaan sudah ada di zaman ketika BN memerintah Pulau Pinang. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. 

Padahal bukti imej satelit dari aplikasi Google Earth menunjukkan kilang berkenaan masih tidak ada sehingga Mac 2008. Pemeriksaan oleh Tzu P Wong mendapati tapak kilang berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP menang di Pulau Pinang. 

“Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong. Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.

“Umum mengetahui pada tarikh ini, DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.

“Dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.

“Maka sekali lagi, terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong. Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP, walaupun penduduk Pulau Pinang hidup dalam bahaya,” katanya semalam. 

26 Februari 2012, satu himpunan memprotes Lynas dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng dalam ucapan memprotes Lynas itu menyatakan ;

"Mereka yang sokong Lynas ini tiada perikemanusiaan... kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita selamat" kata Guan Eng. 

Hari ini siapa yang tidak ada perikemanusiaan? Guan Eng sendiri, bila sanggup melihat hampir 7 orang penduduk di kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser akibat kilang haram. 

Selepas lima tahun, tiada orang yang kena apa apa penyakit pun akibat Lynas di Pahang. Namun di Penang, ada kilang haram yang membahayakan keselamatan penduduk. 

Tuduhan jahat yang dibuat ke atas kilang milik syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd ada yang nakal termasuk mendakwa ada penduduk akan berubah menjadi "zombie" dek kerana terkena radiasi bahan radioaktif nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan. Tuduhan terhadap Lynas ini sudah terbukti karut. 

Bagaimanapun, sebuah kilang haram penapis karbon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sudah ada bukti jelas ia berbahaya kepada penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang dihasilkan. 

Seorang penduduk, Ong Cheng Giap mendakwa dia serta 11 orang ahli keluarganya mengalami masalah alahan kulit termasuk gatal gatal sejak kilang haram yang terletak 100 meter dari rumahnya beroperasi. 

Untuk rekod, kilang haram itu sudah 10 tahun beroperasi tanpa lesen. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan DAP Penang, malah kilang ini dilindungi lagi. 

Exco DAP Penang dipercayai melindungi kilang haram ini biarpun mengetahui kewujudannya dan sudah pun mendapat bantahan dari penduduk setempat. 

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser.

Pengarahnya, Datuk Dr M Sukumar berkata, Penolong Ketua Kampung berkenaan mengatakan bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas.

Lebih menakutkan jika ia ditukar kepada nisbah, 11 daripada 500 orang ia akan menjadi 2,200 orang daripada 100,000 orang. Kata Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007 - 2011 oleh Institut Kanser Kebangsaan,  kadar peringkat nasional insiden kanser untuk lelaki dan wanita pada kadar 86.9 peratus dan 89.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

Bahayanya di Pulau Pinang ini, kadar nisbah kanser di Sungai Lembu adalah amat tinggi iaitu 2,342 peratus. Lebih tinggi dari kadar purata kebangsaan dan 7 orang telah mati akibat kanser.

Kasihan penduduk Pulau Pinang khususnya di Sungai Lembu. Tujuh orang mati akibat kanser dan berpuluh orang lagi alami penyakit gatal gatal dan risiko kanser.  Guan Eng masih lagi buat pekak badak dan salahkan BN. 

Jual tanah di Jalan Peel Penang salahkan BN, banjir berlaku di Penang salahkan BN, beli banglo harga murah pun salahkan BN juga. Ada orang mati kerana kanser akibat kilang haram pun, Guan Eng masih mahu putar belit salahkan BN. 

Ini Ketua Menteri sudah gila agaknya. Rakyat Pulau Pinang kena bangkit dan bantah perangai Ketua Menteri sebegini. Sampai bila hendak memperbodohkan rakyat? Cukup cukup sudah. Rakyat kena hukum DAP di Pulau Pinang atas kertas undi nanti. 

Guan Eng dan DAP tidak berperikemanusiaan lagi terhadap rakyat Pulau Pinang.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB542, Khamis
17 Ogos 2017

Pembukaan Sukan #SEA2017 - Gunakan Pengangkutan Awam Menyaksikan #SukanSEA!!!Ayuh #BangkitBersama #KL2017 #NEGARAKU #SEAGames

0 comments

Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsung ketika ini..Sukan SEA merupakan satu upacara sukan yang berprestij di rantau asia tenggara..

Nampaknya penganjuran kali ini bukan sahaja diukur dari tahap keupayaan Malaysia menyediakan gelanggang untuk setiap kejohanan tetapi kemudahan pengangkutan awam darat juga menjadikan suasana Sukan Sea ke-29 kali ini mempunyai prestij yang tersendiri...

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipertanggungjawabkan bagi mengelola kelancaran operasi pergerakan penonton dan pelancong asing ke destinasi berlangsungnya kejohanan Sukan SEA kali ini...

SPAD dalam satu kenyataan media menyeru rakyat negara kita menggunakan pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan ke destinasi kejohanan...SPAD telah memastikan setiap tempah kejohanan disediakan mod pengangkutan awam yang mencukupi disamping kualiti ketepatan masa..

Operasi pada kejohanan Sukan SEA kali ini perlu dilaksanakan dengan baik..oleh itu, SPAD telah bekerjasama dengan Prasarana dan KTMB bagi memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren bagi memastikan penonton disajikan kemudahan yang mencukupi pada upacara perasmian dan penutupan Sukan SEA Ke-29 nanti...

Sudah pastinya lokasi tumpuan penonton pada Sabtu ini (19 Ogos 2017) terarah di KL Sports City (Stadium Bukit Jalil)..ini kerana banyak jalan yang ditutup separa dan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran majlis perasmian lusa..

Bagi menjanjikan mutu pengangkutan awam darat dalam keadaan baik..sebanyak 60 buah bas khas akan disediakan oleh Rapid KL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil..setiap bas berkenaan akan dipaparkan tulisan "KL SEA GAMES 2017" di board led...

Daripada 28 lokasi acara sukan tersebut, 26 berada di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat yang termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan Bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang..

Selain itu, 11 laluan bas Rapid telah diubah suai untuk memastikan kesalinghubungan ke 5 lokasi acara sukan dapat disediakan dengan keketapan 10-60 minit..

Di bawah ini kami kongsikan Perkhidmatan Bas pengantara Rapid :

Untuk makluman anda, sebanyak 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media akan diberikan pas percuma untuk menggubakan perkhidmatan Prasarana yang termasuk LRT/Monorel/BRT/MRT/RapidKL/Bas Perantara MRT bermula 14 hingga 31 Ogos 2017 untuk menyokong Sukan SEA KE-29 dan 16 - 24 September 2017 untuk menyokong Sukan Para ASEAN Ke-9..

Bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam pada kejohanan ini..kerajaan telah memberikan diskaun sebanyak 50% untuk perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA sehingga 31 Ogos 2017..

Ini bermakna Sukan SEA Ke-29 2017 bukan dilihat kepada pencapaian atlet negara sahaja malah kualiti pengangkutan juga menjadi salah satu KPI pengangkutan awam bagi memastikan operasi dan keselesaan pengangkutan awam ditahap tinggi.

Di bawah ini kami kongsikan pergerakan pengangkutan awam untuk Upacara Pembukaan Sukan Sea bagi memudahkan pergerakan anda : 


Di bawah ini pula pergerakan pengangkutan awam untuk Upacara Penutupan Sukan Sea bagi memudahkan pergerakan anda


Ayuh #BangkitBersama #KL2017 #SukanSEA #NEGARAKU #SEAGames

*GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT DENGAN BERHEMAH..TUNJUKKAN CONTOH TAULADAN YANG BAIK KEPADA PELANCONG ASING...

Tuesday, August 15, 2017

DAP Parti Yang Sangat Teruk Hanya Tahu Cakap!! Buatnya Tidak!!! @WeeKaSiongMP

0 comments

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan DAP sebuah parti yang teruk dan tidak tahu bekerja..

Sikap DAP hanyalah tahu meminta dan mengkritik tetapi tiada pula usaha yang dilaksanakan..Di Johor parti DAP hanya tahu membuat kempen daftar pengundi, beri kurma bulan puasa dan berceramah menipu rakyat supaya membenci Barisan Nasional..

Umpamanya, Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang dikhabarkan akan berpindah ke Pulau Pinang..dari cakap-cakap orang Gelang Patah..dia hanya tahu berkempen dan kemudian hilang..tidak ada satu pun sumbangan setelah menang..malah rakyat pula menderita dan menggantung banner mengakui wakil rakyat mereka hilang..

ADUN Penggaram bawah Parlimen Batu Pahat..tidak banyak dan mungkin tidak ada satu pun sumbangan yang telah dilaksanakannya..paling tidak pun pergi mengacau tugas Majlis Perbandaran sedang melakukan kerja-kerja membersih longkang..kemudian ambil gambar dan post kt facebook seolah-olah telah banyak bakti..

Dr Wee mengutuk Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang bersikap tidak matang berulang kali mengadu mengenai kekurangan sekolah Cina di Serdang ketika menjadi Ahli Parlimen Serdang..

Setelah dia berpindah ke Parlimen Kulai..Dr Wee mengusahakan sekolah Cina di Parlimen Serdang sehingga dapat ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran..

DAP mengutuk MCA kononnya tidak memperjuangkan masalah orang Cina tetapi sehingga hari ini kita lihat ahli-ahli DAP yang menjadi peminpin tidak ada satu pun idea mereka yang relevan dan telah direalisasikan..

Dr Wee turut menafikan bahawa pembangkang akan merampas parlimen Tg Piai, dan Ayer Hitam dalam PRU yang akan datang..ia mustahil kerana ahli Parlimen di kedua-dua kawasan tersebut telah melaksanakan amanah dengan baik termasuklah Dr Wee sendiri yang menjadi MP Ayer Hitam..

Dalam keadaan DAP berkecamuk dengan pelbagai isu moral pemimpin Dr Wee selaku Pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA Johor menyeru agar pemuda MCA agar memperbetulkan kembali persepsi masyarakat Cina..

Agenda perjuangan DAP hanyalah mahu kuasa dan apabila menang jangan mimpilah segala janji akan dimakbulkan..silap hari bulan batang hidung peminpin pun susah nak jumpa..

Justeru ahli MCA perlu memperbetulkan pandangan rakyat kerana DAP PRO dalam membuat kenyataan spin dan memburuk-burukkan parti BN..

Jadikan semangat Sarawak sebagai iltizam untuk mengalahkan DAP di PRU 14 ini..bagaimana orang Cina boleh memilih DAP walhal ketika itu mereka berpihak kepada MCA..tidak mustahil mereka akan kembali semula kepada Barisan Nasional..

Rakyat perlu bertindak matang menilai kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh 2013 hingga kini..kalau rakyat mampu menilai insya'allah BN menang..jika sebaliknya maka kempen memperdaya dan menipu rakyat oleh pembangkang berjaya mempengaruhi mereka untuk mengundi...jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan pakatan pro DAP!!!

Monday, August 14, 2017

Tan Sri Annuar Musa Selar Penganjur #NothingToHide 2..Jangan Tuduh UMNO!!!

0 comments

Ekoran kejadian buruk ketika Program Nothing To Hide 2 semalam..pihak penganjur dengan rasa tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak UMNO yang menjadi dalang kekecohan program yang berlangsung di Dewan Raja Muda Shah Alam semalam..

Dengan bermodalkan kronologi yang direkayasa seolah-olah ia menuduh pihak UMNO..penyokong PPBM mengatakan ia didalangi oleh budak Datuk Jamal..mudah sajakan kerja mereka menutup segala kelemahan..UMNO juga dipersalahkan...

Melihat kejadian berkenaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO..Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan ia dilakukan oleh UMNO dan menyelar pihak berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab khususnya penganjur..

Menurut Annuar, mereka mengetahui yang Program yang sama pernah dianjurkan sebelum oleh SukaGuam ini mempunyai masalah keselamatan tetapi mereka tetap lakukan seolah-olah mahu menimbulkan situasi yang berlaku semalam..


Dalam kejadian berkenaan, kasut, botol, kerusi dan suar dinyalakan ketika Mahathir menjawab isu berkenaan tragedi Memali..

Tan Sri Annuar Musa juga menyelar pihak penganjur yang gagal menyediakan kawalan keselamatan apabila ada wanita dan petugas media dicedera..menurutnya lagi, petugas media tidak patut disentuh walaupun program itu betul dapat kelulusan atau dianjurkan secara haram..

Ternyata ARMADA gagal dalam segenap aspek menganjurkan program tersebut..dari awal lagi mereka telah bersikap kurang hajar kepada Perdana Menteri dengan menuduh Dato Seri Najib bacul dan pengecut kerana tidak turut serta dalam program berkenaan..

Ternyata Allah SWT membayar cash orang yang takbur dan bongkak!!sikap biadap pemimpin ARMADA dibalas dengan kekecohan..

Yang menghairankan kami mengapa mereka mahu menuduh UMNO sedangkan Dewan itu di bawah Tadbiran kerajaan Azmin..mengapa tidak menuduh geng-geng reformis yang tidak belum lagi memaafkan dosa-dosa Mahathir?jangan jadi bacul..

Yang menganjurkan program tersebut ARMADA,
Yang membuat jemputan ialah ARMADA,
Yang membuat tapisan keselamatan ialah ARMADA,
Yang menyediakan kawalan keselamatan berpakaian "security" ialah ARMADA
Yang bertanyakan soalan Memali ialah Exco ARMADA PPBM (Taufiq)
Yang baling kasut ke arah Taufiq ialah ahli PPBM
Yang membaling kerusi dari atas ialah ahli PPBM
Tapi yang disalahkan ialah UMNO..

Budak mat gian ketagih ketum bolehlah kau temberang..kami sependapat dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyelar pihak penganjur kerana menuduh UMNO..

Polis belum buka kertas siasatan ARMADA dah tuduh UMNO punca kekecohan..memalukan!

Sunday, August 13, 2017

VIDEO Panas!!!Program Nothing To Hide Huru Hara Ketika Mahathir Jawab Peristiwa Memali..Penganjur Gagal Kawal Dewan!!!

2 comments

Nampaknya tidak ada apa lagi mahu diselindungkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya..Program nothing to hide 2 yang dikecohkan oleh pencacai Mahathir kononnya mahathir berani menjawab segala isu bertukar ganas..

Insiden berkenaan bermula ketika Mahathir cuba menjawab insiden memali yang mempertahankan tindakan polis mengikut SOP..

Daripada video yang disebarkan terdapat sekurang-kuranya 2 suar dibaling ke dalam dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam..

Jumlah yang cedera tidak diketahui..sebelum program berlangsung penyokong Nothing To Hide dari Armada membuat provokasi dan menghina penyokong dan pemimpin Barisan Nasional kerana tidak menghantar wakil untuk mendengar penjelasan Mahathir tentang apa sahaja isu..

Dari awal lagi BN malas nak layan program buang masa ni..ternyata jangkaan kami tepat...ia nya program sia-sia..

Penganjur Armada ternyata gagal mengawal emosi penyokong yang majoritinya penyokong Pakatan Harapan..

Program berkenaan dihentikan dan kami sifatkan ia program sia-sia..nampaknya masih ada pihak tidak berkenan kehadiran Mahathir dalam pakatan..

Nanti nak salahkan UMNO lah tu..tengok sahajalah nanti!!!

Video aksi kekecohan bermula ketika Mahathir jawab isu memali..KLIK SINI

Video aksi baling kerusi Nothing to Hide 2 SINI

Saturday, August 12, 2017

#ECRL - Abaikan Kata Pengkritik!!Bakal Memberi Limpahan Ekonomi Buat Rakyat Pantai Timur...

1 comments

Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi memperkenalkan sebuah projek Mega iaitu East Coast Rail Link (ECRL) atau Train yang menghubungkan pantai timur dan  ibu kota..

Ia seperti limpahan rahmat berterusan dari kerajaan kepada rakyat dalam industri pengangkutan awam darat..kemajuan yang diimpikan pada masa akan datang diperolehi daripada idea luar kotak dan realistik serta dikotakan segala janji..

Sebelum ini laluan kereta api patai timur telah menjadi modal pakatan pembangkang dari PAN iaitu Husam Musa yang mengatakan mahu membina train KL - Kelantan..


Tahun berganti tahun tidak pula kedengaran ia akan dilaksanakan..kita harus bersyukur kerana dikurniakan pemimpin seperti Dato' Seri Najib Tun Abd Razak..

Apa yang dikatakannya pasti dikotakan!!ketika pelancarannya tempoh hari seperti biasa pembangkang yang ketandusan isu menggunakan modal kerajaan telah menggadaikan negara kepada negara luar iaitu China..

Dengan hanya memaparkan gambar kren dari negara China dan billboard tulisan China yang mana digunakan untuk pertemuan sesama kontrak dari China telah disalahgunakan kononnya ketika majlis pelancaran oleh YAB Perdana Menteri Malaysia..

Idea kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat berbaloi..banyak usaha dan tugas yang diamanahkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya..untuk projek ECRL ini sekali lagi SPAD telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia projek ini kelak..

Pastinya mulut pengkritik tidak dapat ditutup..yang penting jika siap sahaja nanti ia pasti dapat mengimbangkan limpahan ekonomi ke pantai timur pula..lihat sahaja MRT..pengkritik mengatakam ia projek membazir..tetapi bila dapati ia memberi manfaat kepada rakyat..orang yang mulanya mengatakan ia projek membazir telah menukar kepada projek tersebut digunakan dari duit cukai rakyat...

Projek ini telah dirancang yang mana telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk kepentingan pembangunan dan perkembangan ekonpmi bandar-bandar utama di Pahang, Terengganu dan Kelantan..

SPAD dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diamanahkan untuk membuat kajian bersama bagi mengukur faedah pasaran dan mendapatkan pandangan untuk projek ECRL ini..

ECRL ini dijangka siap pada Jun 2024 pastinya menjadi kelegaan buat rakyat pantai timur yang bekerja diibu kota..bayangkan jika perjalanan biasa memakan masa 6 hingga 8 jam..tetapi dengan ECRL masa dapat dijimatkan sehingga 4 jam..

Projek ini bernilai RM 55 bilion yang bakal menyaksikan laluan sepanjang 688 KM boleh dikira satu projek bertaraf dunia untuk rakyat yang mana dijangkakan bakal memberi manfaat kepada 4.4 juta penduduk di negeri Pantai Timur...

Sepanjang projek ECRL ini terdapat sebanyak 19 buah terowong yang akan memakan jarak sejauh 49 KM..terowong yang akan menghubungkan laluan Bentong di Pahang dan Gombak di Selangor adalah yang terpanjang di Malaysia iaitu sejauh 17.8KM...

ECRL ini merupakan satu lagi projek yang diusahasamakan oleh SPAD untuk memastikan transformasi pengangkutan awam darat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan...

Syabas kerajaan!!!

Kami ingin kongsikan jawapan balas buat rakyat yang jumud menuduh kerajaan tidak patriotik dan menggadaikan negara kepada China :




ECRL : Penonjolan yang remeh dan abaikan faktor pembangunan yang penting?

-Ayman Rashdan Wong

Saya ingat perasmian ECRL akan buat orang bangkitkan semula isu geopolitik atau keselamatan.

Rupanya tak. Yang lebih dikecohkan ialah beberapa "banner" dalam Bahasa Cina yang dikatakan sebagai "bukti" penjajahan China.

Aduhai tersembur sago santan saya. Itu pun jadi isu? 

Yang duduk kecoh tu boleh baca Bahasa Cina? Tahu tak apa yang ditulis atas banner?

Gambar yang ditular tu pun terbalik. Mungkin mereka yang tak faham Bahasa Cina akan anggap atas tu ditulis "Long Live China" atau "China Number One". 

Apa yang ditulis hanyalah slogan atau "tagline" syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang menyatakan visi, misi dan nilai teras syarikat. 

Yang sebelah kanan ialah visi syarikat (企业使命 atau "qiye shiming") yang berbunyi "guji xiudao, lüfang zhiyuan" (固基修道,履方致远). Bahasa Cina klasik yang agak puitis. 

Secara harfiahnya "guji" (固基) bermaksud "mendirikan asas", "xiudao" (修道) pula bermaksud "membina jalan". Padan dengan fungsi CCCC sebagai syarikat pembinaan jalan dan infrastruktur. 

Tapi secara maknawiah ia merujuk kepada "memantapkan asas keperibadian dan menempuh jalan penyempurnaan akhlak". Maka ia disambung dengan "lüfang" (履方) yang bermaksud "berpijak di bumi yang nyata" dan "zhiyuan" (致远) membawa maksud "terbang tinggi" atau "mencapai impian".

Yang sebelah kiri ialah nilai-nilai teras syarikat (企业核心价值观 atau "qiye hexin jiazhiguan") iaitu "gongping" (公平) yang bermaksud saksama, "baorong" (包容) yang bermaksud inklusif, "wushi" (务实) yang bermaksud pragmatik dan "chuangxin" (创新) yang bermaksud inovatif.

Itu slogan syarikat orang. Apa kena mengena dengan "gadai maruah negara dan bangsa" pun saya tak tahu. Takkan slogan syarikat pun kena diterjemahkan kot. 

Yang kelakarnya ada kenyataan berbunyi "hal gadai maruah negara dan bangsa" tidak berlaku "ketika membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port dan Menara Berkembar Petronas".

Tak tahu ke "KLIA" tu singkatan "Kuala Lumpur International Airport"? Kenapa kita tak guna "LTAKL" sebagai jenama? Kenapa Westports guna slogan "Proven. Trusted. Friendly" bukannya "Terbukti. Dipercayai. Peramah"? Kenapa Suria KLCC guna tagline "Always Something New" bukannya "Sentiasa Sesuatu Yang Baru"?

Iklan AirAsia di mana-mana pun tulis "Now Everyone Can Fly" bukannya "Sekarang Semua Orang Boleh Terbang". Tak rasa jelek dengan bahasa bekas penjajah pula?

Oh, begitu ya? Kalau syarikat orang putih atau mat salih celup tayang slogan Bahasa Inggeris, itu bukan penjajahan. Tapi kalau syarikat China guna bahasa mereka, itu dikatakan penjajahan pula. 

Ibarat "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak".

Atau sebenarnya ada hipokrisi dan "double standard" di situ?

Sebenarnya tak ada isu pun. Dalam majlis perasmian di mana PM berucap, "backdrop" yang diguna meletakkan Bahasa Melayu di kedudukan atas sekali. Itu dah cukup membuktikan kita mendaulatkan Bahasa Melayu.

Tapi apa-apa pun, di abad ke-21 yang bakal jadi "Chinese Century", wajar kita belajar Bahasa Cina/Mandarin untuk kekal berdaya saing. Orang Nusantara kan sentiasa beradaptasi mengikut perubahan zaman demi kelangsungan tamadun. 

Ni bukan. Dah lah ambil gambar pun terbalik, buat cerita fitnah pula.

#dedak #macai #ampu

Friday, August 11, 2017

JAWAPAN UNTUK PAS TENTANG PINDAAN #RUU164..SEBARKAN!!!

0 comments

*MENJAWAB POLEMIK YANG DICETUSKAN AJK PAS PUSAT MENGENAI PINDAAN RUU 164*

Oleh: PROF. DATO' DR NOOR AZIAH AWAL

Berikut adalah jawapan saya terhadap beberapa kekeliruan yang sengaja atau tidak sengaja yang dicetuskan oleh Ajk Pas Pusat melalui artikel yang ditularkannya bertajuk "RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI"


ISU PERTAMA

"6. PAS ada sebab yang  kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan."


*JAWAPAN BALAS*

Pindaan yang dinyatakan dalam RUU 164 tidak sama sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana hal ehwal orang Islam dan undang-undang Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah sebagaimana termaktub  di bawah Perlembagaan itu sendiri. Isu utama di bawah Akta 164 melibatkan perkahwinan bukan Islam yang melibatkan suami isteri yang bukan Islam. Jelasnya jika pindaan ini tidak dibuat, pasangan yang telah memeluk Islam akan teraniaya kerana dia tidak boleh memohon untuk membubar perkahwinan bukan Islamnya kerana Seksyen 51 yang lama hanya membenarkan permohonan bagi pasangan yang tidak memeluk Islam. Manakala pasangan yang telah memeluk Islam pula tidak boleh memohon kepada Mahkamah Syariah kerana enakmen tiada bidangkuasa untuk mendengar permohonan pembubaran perkahwinan bukan Islam atau hadanah anak dari perkahwinan bukan Islam. Pindaan 121(1A) jelas memisahkan bidang kuasa kedua Mahkamah Sivil dan Syariah. 


ISU KEDUA

"7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang."


*JAWAPAN BALAS :*

YB PAS mungkin kurang faham Akta 164. Kenyataan tersebut jelas menyimpang dengan maksud Akta 164. Akta ini hanya terpakai kepada orang bukan Islam (yang telah berkahwin di bawah Akta 164). Isu timbul bila salah seorang pasangan memeluk Islam yang mana Akta ini tidak boleh digunapakai untuk mereka yang beragama Islam. Implikasinya adalah perkahwinannya terdahulu tergantung atau "limping marriages". Namun pindaan ini menyelesaikan isu ini. Pasangan yang telah masuk Islam boleh memohon cerai di bawah Akta ini kerana sudah wujud bidangkuasa Mahkamah Sivil terhadapnya. Uniknya tanggungjawab sebelum dia memeluk Islam tidak berubah dengan pengislamannya. Malah dia masih wajib menyara anak-anak bukan Islamnya.  Perkahwinan bukan Islam adalah merupakan kontrak dan pertukaran agama tidak melupuskan tanggungjawab kontraknya. Keunikan ini menzahirkan lagi prinsip keadilan dalam Islam.



ISU KETIGA

"8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya."


*JAWAPAN BALAS:*

Memeluk Islam tidak melupuskan tanggungjawab sebelum menjadi Islam. 
Pindaan yang dibuat terhadap Akta 164 ini hakikatnya memberi ruang kepada pihak yang telah memeluk Islam untuk menuntut hadanah, harta dan nafkah hasil dari perkahwinan dengan bukan Islam. Sebelum pindaan mualaf tidak boleh buat apa-apa dan ternafi haknya hanya kerana telah memeluk Islam.


ISU KEEMPAT

"9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjagaan hak terhadap anak-anak."


*JAWAPAN BALAS :*

Akta 164 tiada kena mengena dengan isu status agama anak. Ia hanya memberi jalan keluar kepada Mualaf untuk meneruskan kehidupannya di masa akan datang jika pasangan bukan Islam tidak mahu memeluk Islam. 


ISU KELIMA

"10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai.  Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?"


*JAWAPAN BALAS*

Tiada tragedi yang berlaku malah satu kebaikan atau hikmah dan sinar baru kepada sistem keadilan Islam di negara ini. Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, arkitek Sistem Perundangan Syariah Negara telah mengusulkan pindaan ini sejak 1986 lagi dan Alhamdulillah  Allah telah memberi kekuatan ini kepada barisan kepimpinan BARISAN NASIONAL untuk meminda Akta 164 kelmarin. Islam akan lebih dihormati kerana orang Islam tidak menganiaya sesiapa malah mengembalikan hak kepada yang berhak. Ia juga memberikan isyarat kepada semua agar tidak menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Yang paling utama juga membawa mesej penting bahawa memeluk Islam Islam tidak sesekali memutuskan hubungan ayah /ibu dengan anak masing-masing .

Semoga sirna di Parlimen pada 9 Ogos 2017 terus menyinarkan cahaya Islam di bumi Malaysia di bawah kepimpinan Kerajaan yang sedia ada untuk terus istiqomah dalam memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan mewajahkan Islam yang sebenar berteraskan prinsip Keadilan dan Rahmat kepada seluruh Alam. 

*Prof. Dato' Dr Noor Aziah Awal ialah Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)*

Armada Pengecut Tidak Mahu Tanya Mahathir "#NothingToHide 2" Kes RSI..

0 comments

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan progam budak2 Armada yang baru Akhir baligh..Nothing To Hide 2.0 hanya program membuang masa dan banyak lagi benda yang perlu difokuskan oleh   PM berbanding melayan program tu..

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga berpendapat yang Najib mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan..

"Kerja cabar-mencabar ni, kalau parti A tak buat, parti B akab buay, tapi kerja Perdana Menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa nak buat".

"Kemudian rakyat yang terabai, jila PM fokus kepada kerjanya, rakyatlah akan dapat untung" kata Annuar lagi..

Annuar turut melabelkan budak-budak Armada ni hanya mahu publisiti murahan...

Ya memang betul pun apa yang dikatakan Tan Sri Annuar..apa kejadahnya nak layan Program Armada..level low class...

Nasihat kami kepada budak-budak Armada lebih elok panggil saja Tun M untuk program Nothing To Hide 2..tanya dia kenapa pada bulan lepas kata tidak gentar disisasat dan mencabar pula DS Najib untuk tangkapnya kes RSI..

Ingat Najib tu bodoh macam Mahathir ka..nak tangkap Anwar macamna dia buat?semua tu urusan mahkamahlah Mahathir..yang tangkap pun Polis..apa da..

Sekarang Mahathir dah kona baring U-Turn plak..baru sahaja Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bersidang Tun dah menggelabah mengarah peguam-peguamnya untuk memfailkan saman menyingkirkan panel RSI dan juga Ketua Hakim setelah permohonan mereka untuk yang sama di tolak..

Perangai macam anjing..pandai berbunyi bila dah berhadapan betul-betul lari..eloklah tu dapat gelaran Top Dog...


Program Nothing To Hide 2 perlu panggil Tun M..rakyat nak tahu kenapa Tun M pengecut berhadapan dengan Mahkamah Rakyat!!

Monday, August 7, 2017

Sokongan Masyarakat Cina Kepada DAP Merosot..Bakal Kembali Semula Kepada BN #PRU14..

0 comments

Ketika ini mood terarah kepada Pilihan Raya Umum ke-14..apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja ini bermakna kempen akan bermula dan rakyat akan menilai parti mana yang perlu diberikan kepercayaan..Barisan Nasional atau Pakatan Harapan..

Bercakap mengenai data sokongan terkini..kita terarah kepada sokongan masyarakat Cina..pada PRU 13 telah berlakunya tsunami cina dimana 85% pengundi Cina berpihak kepada DAP...

Data PRU13 bukanlah kajian sikap yang tepat dan jitu untuk mengukir tahap sokongan masyarakat Cina..kita akan ambil  data sokongan terkini iaitu PRN Sarawak, PRK Teluk Intan, Sg Besar dan Kuala Kangsar..

Jika DAP mendabik dada yang sokongan masyarakat Cina terarah kepada mereka itu satu kesilapan..berdasarkan PRN Sarawak, DAP diaibkan dengan begitu teruk sekali..mereka kehilangan 5 kerusi yang majoritinya masyarakat Cina pada PRN lalu..masyarakat Cina beralih untuk menyokong BN di Sarawak..


Ini dikuatkan lagi dengan statement Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini yang berbunyi:

"MCA kini bertambah kukuh dan bertambah fokus..Kami yakin akan dapat melakukan lebih baik dari pilihan raya yang lalu"

Keyakinan ini bukan cakap-cakap kosong..pasti ada 'senjata rahsia' yang dipelajari MCA dengan rakan komponen di Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dilihat berjaya membawa perubahan besar mengembalikan keyakinan masyarakat Cina pada PRN Sarawak yang lalu..


DAP seakan yakin Pakatan Harapan boleh menang besar tanpa sokongan orang PAS..perlu diingat penyokong PAS sebenarnya yang banyak membantu Pakatan Rakyat menang pada PRU yang lalu..

Sejarah sudah membuktikan Barisan Nasional dan PAS merupakan sebuah parti yang berpengalaman kerana usia parti..penyokong PAS merupakan kedua terbesar selepas UMNO...

Tidak percaya?boleh lihat sendiri hinpunan jalanan yang dianjurkan sebelum ini...majoriti besarnya ialah orang PAS..sebab itu sekarang ini pembangkang tidak lagi menggunakan template demonstrasi jalanan..

Ada 2 sebab..pertama mereka tahu kekuatan mereka tidak seberapa..selama ini pun mengharapkan sokongan penyokong PAS untuk meramaikan demonstrasi.....kedua..mereka tahu bahawa agenda yang dibawa selama ini sia-sia..rakyat sudah tidak yakin dengan agenda yang diperjuangkan..BERSIH 1 hingga 4..himpunan kebangkitan rakyat dan macam2 lagi..

UMNO pula semakin ditekan semakin padu..PRU 13 mencatatkan peningkatan sebanyak 9 buah kerusi menjadi 88 kerusi..

Pakatan tidak usahlah mendabik dada kerusi mereka akan bertambah..jangan lupa anda telah kehilangan undi dan kerusi daripada PAS..untuk mencapai apa yang Pakatan pernah dapat pada PRU 13 pun belum tentu lagi...

Kehadiran Mahathir bukannya menambahkan sokongan tetapi menjadikan sebagai agen perpecahan dalam pakatan sendiri..ditambah pula dengan bermacam-macam skandal dan kes yang membelenggu kem pakatan..kami yakin PRU 14 akan berpihak kepada BN untuk yang ke-14 kali..

Kun fa ya kun..jika Allah kata jadi maka jadilah...jika Allah nak kekalkan kemenangan BN maka kekallah BN...

Saturday, August 5, 2017

Scorpene : Jangan Tuduh Najib Melulu..Siasat Dulu Baru Tahu!!!

0 comments

Scorpene : Perjanjian Pembelian Dibuat Sejak Zaman Mahathir Lagi

Razak Baginda tidak ada sewaktu perjanjian kapal selam diadakan, yang ada adalah Mahathir. 

Ini kerana perjanjian kapal selam itu sebenarnya sudah dirangka dan dimeterai ketika zaman pentadbiran Mahathir Mohamad dulu sebagai Perdana Menteri dan bukannya pada zaman Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu direkodkan dalam hansard sidang Dewan Rakyat pada tahun 2002 lagi. Timbalan Menteri Pertahanan telah memaklumkan Dewan Rakyat mengenai kontraknya apabila perkara itu dibangkitkan di parlimen. 

Mahathir yang kini adalah Pengerusi PPBM jangan buat-buat lupa berkenaan perjanjian membeli kapal selam itu.

Masa itu, Timbalan Menteri berkenaan telah menyatakan dalam dewan yang mulia di Parlimen jumlah yang dibayar kepada syarikat Malaysia bukannya komisen tapi kos perkhidmatan, penyelenggaraan dan latihan.

Kedua-dua mereka Perdana Menteri, Mahathir, dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tahu apa yang berlaku. 

Bahkan sebelum itu Mahathir sudah meninjau kapal selam dari Perancis ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'97) 1997. Tiga kapal selam dari tiga negara iaitu Rusia, Perancis dan Turki turut menyertainya untuk ditinjau oleh kerajaan pada masa itu.

Kemudian selepas meninjau kapal selam Perancis di LIMA 97, setahun selepas itu Mahathir menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam. 

Dalam buku bertajuk "Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia", mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat.

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. 

"Seramai 145 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang dilatih di Ecole Formation de Sous Marine di Brest, sejak 2005.

"Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti," kata surat itu.

Ini bukti jelas, rundingan untuk pembelian kapal selam ini dibuat sejak zaman Mahathir lagi. Dua hari lepas, Mahathir kata dia tidak tahu menahu tentang pembelian kapal selam. Mahathir memang sengaja buat buat lupa dan tidak mahu mengaku. 

Pembohongan Mahathir tidak boleh ditutup. Jangan cuba menipu orang yang mengetahui urusan rundingan kapal selam itu. 

Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff pula mendedahkan pembohongan Mahathir itu. 

"Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Armada PPBM) Syed Saddiq, mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.

"Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi" katanya.

Sejak 1995 lagi, sebab itulah pada 1997 pada pameran LIMA 97 ada kapal selam dari Perancis datang ke Langkawi. Kemudian pada 1998, Mahathir dan Perdana Menteri Perancis berutus surat berkaitan pembelian kapal selam itu. 

6 tahun selepas itu, pada 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 billion diluluskan oleh Perdana Menteri pada waktu itu. 

Malah lebih mengejutkan bila bekas pegawai penyiasat  ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff mendedahkan anak Mahathir dan Daim terlibat dalam urusan kapal selam ini.

"Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan  Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru disenaraikan BERNAS,  bertindak bagi pihak Daim Zainuddin)" kata Abdul Rahmat.

Hari ini, Mahathir mahu pertikai kenapa Malaysia beli kapal selam. Tidak patut hendak pertikai lagi bila Arab Saudi sendiri sudah mahu belajar dan berkongsi kepakaran dan  latihan kapal selam dengan Malaysia. 

Sesudah gagal gunakan isu 1MDB, DoJ dan lain lain lagi untuk jatuhkan Datuk Seri Najib, Mahathir kena cungkil balik cerita kapal selam untuk dijadikan isu. "Desperate" dah Mahathir ini.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB526, Jumaat
4 Ogos 2017

Friday, August 4, 2017

Ahli UMNO Perlu Dengar Pesanan Ketua Penerangan UMNO Supaya Tidak Terpedaya!!!

0 comments

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli UMNO supaya berhati-hati agar tidak terjerat dengan bermacam-macam helah pembangkang..sekarang ini sudah ditahap kritikal..apa sahaja perkara yang boleh pembangkang buat ahli UMNO berpecah belah semuanya akan dilakukan..

Menurut Tan Sri Annuar Musa, "Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongan  untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M untuk menenamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO".

Tun M kita tahu sejak muda dia memang mahu jadi leader..agak mustahil untuknya dia mengikut kehendak orang lain..pergeseran Tun dan TPM sudah berlanjutan beberapa minggu ini..Tun menafikan bahawa dia bukan dari keturunan India Karala sebagaimana yang dimaksudkan TPM..yang hairannya dalam buku The Doctor..Mahathir sendiri mengakui yang dia darah daripada keturunan India tetapi sekarang dia menafikan..

Sikap U-Turn dan putar belit Mahathir memang tidak boleh dipisahkan..usia senjanya dilalui sungguh keji..setiap hari Mahathir menjilat ludahnya sendiri...

Dalam kenyataan media tersebut, Annuar Musa memuji sikap mulia dan kesetiaan ahli UMNO yang istiqomah dan solidariti serta tidak mudah terpesong degan tipu muslihat Mahathir..

Mahathir memang bijak menipu dan memutar belit cerita..sekarang ini dia memuji DAP dan tidak memusuhi mereka biarpun sejarah membuktikan 22 tahun dia mendidik rakyat memerangi ideologi DAP..

Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa bukan dia yang merayu kepada Mahathir untuk menggulingkan Najib tetapi Mahathir yang cuba memikat Zahid untuk menggulingkan Najib pada tahun 2015..lihatlah betapi zalimnya manusia bernama Mahathir...

Tidak cukup Pak Lah dia gulingkan ini mahu gulingkan Najib pula..hari ini dia nafikan tujuannya bukan mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri..

Mungkin esok dia akan putar belit mahukan Mukhriz sebagai PM..banyak sudah sikap UTurn Mahathir telah didedahkan..nasihat kami kepada semua ahli UMNO ikutilah pesan Ketua Penerangan UMNO ini yang mahukan ahli UMNO terus setia dan berhati-hati dengan muslihat musuh Pakatan Haralan..

Berikut kami kongsikan kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa :

💢 KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA


SETIAP ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah-sudah untuk mewujudkan keretakan dalam UMNO - satu usaha PH yang masih gagal hingga sekarang.

Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M utk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO.

Ia sepertimana Tun M tanpa segan silu mendakwa RM42b wang 1MDB hilang atau lesap, yang bertujuan semata-mata mengapikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

Alhamdulillah, ahli UMNO tetap terus kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dgn tipu muslihat Tun M.

Apatah lagi kini Tun M sendiri mengakui beliau sebenarnya  tidak memusuhi  DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu.

Tun M tidak pun berkata benar apabila beliau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Begitu juga tuduhan-tuduhan Tun M terhadap campur tangan asing, dan semua itu kini ternyata tidak benar.

Sekiranya begitu mudah Tun M membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya.

- Tan Sri Annuar Musa (TSAM)

Akhirnya @Limkitsiang Akur..Mungkin Tidak Pertahankan Gelang Patah!!!

0 comments
Rujuk Artikel SINI
Nampak gayanya Lim Kit Siang god father DAP memberi signal bahawa dia bakal tidak mempertahankan parlimen Gelang Patah yang telah dimenanginya pada PRU 13 yang lalu..

Sepanjang tempoh ini..Kit Siang gagal menjadi pemimpin yang membela rakyat..jarang balik kawasan dan jenguk rakyat di Gelang Patah membuatkan rakyat Gelang Patah berang..

Kerana tidak puas hati baner Kit Siang dimana digantung sekitar bandar Gelang Patah..rakyat betul-betul tertipu..usia yang sudah tua hanya tahu bermain politik membuatkan rakyat meluat..


Terkini..gambar screenshot Pendaftaran IC Kit Siang di laman SPR menunjukkan dia telah berpindah ke parlimen Tanjung dan DUN Komtar..patutlah selama ni orang Gelang Patah cari dia tak jumpa..rupanya dah pindah..


Eloklah Kit Siang berambus..bukan jalankan tugas pun..Bye2..Unc Lim!!!haha!

#MyBAS Seremban Dinaiktaraf Penuhi Keperluan Rakyat..Syabas @SPADChannel

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terus melakukan transformasi dalam industri ini demi memastikan rakyat memcapai kualiti perkhidmatan yang baik dan cekap..

Dalam sebulan dua ini, industri pengangkutan mengalami perubahan yang amat ketara..pelancaran MRT 2...transformasi industri teksi..meningkatkan mutu kualiti dan undang-undang berkaitan perkhidmatan E-Hailing dan terkini Penambahbaikkan perkhidmatan MyBAS Seremban..

Dengan kepesatan kemajuan dan pertambahan jumlah penduduk di Seremban maka perlunya satu idea baru bagi menampung keperluan penduduk...salah satunya ialah pengangkutan awam..

SPAD dalam satu kenyataan media mengumumkan telah melaksanakan penambahbaikkan rangkaian laluan bas MyBAS Seremban..

Penambahbaikkan tersebut melibatkan 17 laluan utama dan 5 laluan perantara yang akan menawarkan sistem pengangkutan yang lebih bersepadu meliputi jarak sebanyak 728 km berbanding 27 laluan sedia ada yang sebelum ini hanya meliputi jarak sebanyak 578km..

Menariknya di sini ialah setiap bas utama dan bas perantara akan dihubung dengan 3 terminal utama iaitu Terminal 1 Seremban,  Terminal Nilai Sentral dan Terminal Port Dickson dengan tujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan kepada pengguna..

Selain itu, 2 laluan baru MyBas turut di perkenalkan iaitu F300(Bandar Port Dickson), F500 Bandar Seremban yang mana waktu operasi dari 7.00 pagi hingga 8.00 malam dan 7.00 pagi hingga 10.00 malam..

Inisiatif ini salah satu usaha kerajaan melalui SPAD dalam memastikan setiap kawasan dihubungkan dengan perkhidmatan pengangkutan awam darat...tidaklah nanti ada yang kata kerajaan hanya tumpukan perkhidmatan di Kuala Lumpur sahaja..

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SPAD atas usaha ini..diharapkan rakyat perlu memanfaatkan kemudahaan ini dan jagalah kemudahan itu dengan baik..jangan dirosakkan sebagaimana berita buruk kita dengar yang berlaku terhadap MRT..

Berikut kami kongsikan jadual laluan MyBAS Seremban untuk rujuan anda :


Wednesday, August 2, 2017

Industri Teksi & Perkhidmatan E-Hailing Diberi Nafas Baru..Janji Perkhidmatan Lebih Dinamis!!!

0 comments


Industri teksi dan pemandu uber / Grabcar di bawah aplikasi sistem E-Hailing di negara kita sedang meniti ke arah kemajuan dan mampu menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu industri teksi selama ini..

Semalam Ketua Pengawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah mengumumkan pembaharuan terhadap industri ini dalam satu sidang media..

Pada 27 Julai lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan A7PAD 2010 yang mana akan menambahbaik sistem sedia ada secara menyeluruh demi manfaat industri teksi dan e-hailing..penambahbaikkan ini merupakan salah satu perancangan Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diperkenalkan sebelum ini..

Sebelum ini pemandu teksi merungut kerana mereka tidak mampu bersaing dengan pemandu uber dan grabcar kerana mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing..SPAD memandang serius setiap aduan dan cuba melakukan penambahbaikkan bagi menyenangkan semua pihak..apa yang dilakukan ialah pemandu teksi kini boleh menggunalan aplikasi e-hailing..ini bermakna..mereka boleh menjalankan operasi melalui atas talian dan luar talian (kaedah ambil penumpang)..

Jika guna e-hailing kadarnya ikut sistem..jika offline kadar ikut meter..ia lebih adil buat pemandu teksi..

Kehadiran UBER dan GRABCAR pada mulanya memang tidak disenangi pemandu teksi..menurut pemandu teksi grab dan uber mempunyai banyak keistimewaan..mereka tidak perlu sistem pajakan..tidak perlu ke puspakom dan sebagainya..selepas perancangan ini diluluskan..pemandu uber dan grab akan melalui SOP yang serupa dengan pemandu teksi..


Pemandu teksi yang berminat dengan aplikasi e-hailling mereka boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat e-hailing..dengan keputusan yang telah diluluskan kabinet baru-baru ini...bermakna SPAD mempunyai kuasa untuk merangka, melaksana, menyelia dan memantau pengeluaran lesen e-hailing kepada syarikat seperti Grab, UBER, Easy Cab dan lain-lain..

Semua lesen e-hailing perlu melalui SPAD dan syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana syaratnya perlu ada sekurang-kurangnya seorang pengarah warganegara Malaysia..

Setiap aplikasi e-hailing perlu mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleg Suruhanjaya seperti GPS, kebolehupayaan, sistem rating dan butang S.O.S..

Menurut Azharuddin lagi, pemandu e-hailing mesti mempunyai Kad Pemandu Digital, menghadiri kursus perkhidmatan pelanggan, lulus ujian kesihatan di mana-mana klinik yang diiktiraf kerajaan, serta tidak mempunyai rekod jenayah saman atau kompaun..

Selepas ini, semua pemandu e-hailing perlu lulus tapisan keselamatan oleh PDRM, JPJ dan perlu menghantar ke PUSPAKOM sekurang-kurangnya setahun sekali bagi kenderaan yang lebih 3 tahun..

Melalui TTIP syarikat teksi perlu memulangkan duit deposit setelah tamat kontrak, mendapatkan insurans peribadi untuk pemandu, dan dikenakan penalti jika menamatkan kontrak awal..

Bagi kenderaan yang dihantar ke Puspakom, syarikat pajak tidak boleh mengenakan sewa dalam tempoh tersebut..

Apa yang menariknya, pemandu teksi bakal diberi cuti tahunan dan cuti sakit serta berkongsi keuntungan daripada iklan dengan pemandu dan setiap pemandu diwajibkan dapat bekalan uniform..

Banyak sebenarnya perubahan telah berlaku dalam industri teksi..bagi pemandu teksi yang telah tamat kontrak pajak..mereka boleh memohon lesen individu..

Syabas kami ucapkan kepada SPAD yang telah mencetuskan perubahan dinamis dalam dunia pengangkutan awam teksi negara kita..diharapkan Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) akan berjaya!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA