networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, January 30, 2016

Serpihan Pesawat Ditemui Di Pantai Besut Bukan Milik #MH370 - @LiowTiongLai

0 comments

Serpihan pesawat yang ditemui di pantai Besut bukanlah berpunca daripada pesawat MH370 yang hilang pada Mac 2014..itu pengakuan yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai ekoran penemian serpihan pesawat di Besut...

Dalam satu kenyataan media, Liow megucapkan ucapan penghargaan kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines yang telah melakukan analisa terhadap serpihan tersebut...

Berikut ialah press statement yang telah dikeluarkan berkenaan dakwaan tersebut:

PRESS STATEMENT 
BY YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA


Liow: Debris found in Besut not from MH370

A team comprising personnel from the Department of Civil Aviation (DCA), the Ministry of Transport and MAS has examined the debris recently found on the shores of Besut, Terengganu, in order to determine its origins.

The assessment found that the debris does not match those of a Boeing 777, thus confirming that the debris is not from MH370. 

The Ministry would like to thank the relevant authorities for facilitating the identification process.

We remain committed to the ongoing search for MH370, and will continue to keep the next-of-kin and public updated on any developments.

[END]

Friday, January 29, 2016

Pengurangan Kadar Caruman KWSP - Satu Tindakan Positif!!!

0 comments

Perdana Menteri semalam telah umumkan yang kerajaan akan mengurangkan kadar caruman pekerja dari 11% kepada 8% iaitu pengurangan sebanyak 3%..pengurangan ini tertakluk kepada pekerja yang berumur di bawah 60 tahun..dan pengurangan 1.5% untuk pekerja yang lenih 60 tahun...

Pengurangan ini hanya bersifat sementata iaitu mulai gaji bulan Mac 2016 hingga Disember 2017...jikalau pekerja mahu kekal dengan kadar sekarang, mereka hanya perlu membiat permohonan dan perlu diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran..

Apa pun keputsan KWSP, pasti rakyat tidak bersyukur...bila kerajaan tidak lakukan apa-apa rakyat kata Kerajaan curi duit KWSP..bila kurangkan syer pekerja dikatakan kerajaan zalim mahu kenakan cukai...apa yang perlu diketahui ialah kadar caruman majikan akan kekal sebagaimana sekarang...

Kalaulah kerajaan naikkan kadar caruman mesti punya kata KWSP bankrup sebab makan lebih duit rakyat...makin dungu rakayat Malaysia...semua yang dibuat kerajaan tak kena...

Pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2016 di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016. Manakala jadual baharu Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga) boleh dimuat turun mulai 16 Februari 2016.

Untuk makluman, tiada apa-apa perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan.

https://goo.gl/3FwxNv

Monday, January 25, 2016

Tahukah Anda McCafé Merupakan Kedai Kopi Moden Yang Dijamin Halal!!!

1 comments

McCafé bukanlah perkara asing kepada kelompok penggemar kopi yang berkualiti tinggi..di Malaysia McCafé boleh dinikmati di restoran-restoran McDonald's terpilih seluruh negara...

Ada yang beranggapan McCafé ini mirip kedai kopi Starbucks..jika ditanya saya, jawapannya memang ia menawarkan resepi kopi yang berkualiti tinggi dan ekslusif..pelanggan akan menikmati kopi dengan menggunakan piring tembikar dan kutleri bertangkai kekuli tahan karat berbanding dulang plastik dan pembalut kertas...

Setiap menu yang terdapat dalam bistro McCafé  mempunyai kualiti tersendiri, termasuklah sandwic panino, minium kopi, espreso dan hot coklat..

Bila berkunjung di restoran McDonald's..tidak lengkap rasanya bila tidak menikmati secawan hot coklat..bagi penggemar air coklat panas saya cadangkan anda semua berkunjung ke McCafé untuk merasai sendiri keunikan coklatnya...rasa coklat yang asli dan penuh nikmat..amat syahdu bila minum pada waktu hujan atau malam..bila penat seharian bekerja kita memerlukan sedikit masa untuk berehat dan jawapan itu saya temui bila berkunjung ke McCafé dengan menikmati secawan Hot Coklat...

Mengenai status halal..sudah tentu syarikat McCafé memastikan setiap kopi yang dijual mendapat status halal yang disahkan oleh JAKIM...ini merupakan syarat sah untuk kita umat Islam menjamu selera...

McCafé ini bukan perkara asing dalam dunia penggemar kopi...konsep ini telah diperkenalkan di Australia sejak 1993 lagi...pendekatan ini telah berjaya di beberapa negada termasuklah banyak negara luar..

Di bawah ini saya share sedikit info status halal McCafé oleh JAKIM untuk meyakinkan anda..berkunjunglah ke McCafé untuk menikmati rasa kopi yang asli!jika anda tercari-cari minuman apa untuk dirasa..saya cadangkan Hot Chocholate... 


Sunday, January 24, 2016

Peluang Baik Untuk Bangsa Johor & Singapura Rentas Sempadan!! KTMB Tambah Perkhidmatan Kepada 22 Perkhidmatan Sehari!!!

0 comments

Melihat keperluan permintaan pengangkutan awam dari Johor ke Malaysia semakin meningkat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui Tren Shuttle Tebrau telah menambah jumlah perkhidmatan mereka dari Johor Ke Singapura kepada 22 perkhidmatan sehari...

Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015, Tren Shuttle Tebrau telah menawarkan perkhidmatan sebanyak 14 perkhidmatan setiap hari..namun bermula 17 Januari lalu jumlah perkhidmatan ini telah ditambah sebanyak 7 perkhidmatan setiap hari menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ialah 22 perkhidmatan..

Bagi memastikan rakyat Malaysia yang majoritinya bangsa Johor yang menggunaka perkhidmatan ini, KTMB telah mengekalkan jumlah tambangnya dari JB Sentral iaitu RM 5.00..untuk laluan dari Woodlands kadar tambang juga tidak berubah iaitu USD 5.00..

Penambahan perkhidmatan ini memberi lebih banyak masa perjalanan fengan kekerapan 30 minit sekali pada awal pagi dari JB Sentral ke Woodlands..KTMB turut menambah kekerapan perjalanan dari Woodlands ke JB Sentral pada sebelah petang..kekerapan waktu puncak inivamat bertepatan memandangkan ramai pekerja dari Johor yang mencari rezeki di Singapura..

Penggunaan tren Shuttle Tebrau ini merupakan alternatif bijak bagi pekerja yang berulang hari-hari mengelak kesesakakan jika menunggang motorsikal...

Pihak SPAD melalui KTMB sentiasa memastikan jaringan pengangkutan dalam keadaan baik bagi menampung permintaan..bukan hanya untuk keperluan dalam negara malah pengangkutan rentas sempadan negara juga menjadi keutamaan untuk memastikan permintaan sentiasa mencukupi..

Syabas SPAD atas inisiatif menambah jumlah kekerapan Tren Shuttle Tebrau!!!di bawah ini ialah jadual pergerakan Tren Shuttle Tebrau dari JB Sentral Ke Woodlands untuk rujukan...


Saturday, January 23, 2016

Me'Nate Nafi Sediakan Makanan Untuk @NajibRazak Berjumlah RM 19 Ribu..Inilah Kisah Fitnah Yang Ramai Tak Tahu...

0 comments

Akhirnya restoran makanan daging ekslusif negara menafika bahawa mereka menjamu makanan YAB Perdana Menteri berjumlah hampir RM 20 ribu...sebelum ini ramai yang percaya bahawa Najib memang benar makan sejumlah harga yang tinggi itu..

Namun lepas penafian restoran Me'nate, ia telah membawa kita betapa fitnah terhadap Perdana Menteri amat mudah dilakukan apatah lagi melibatkan jumlah wang...

Ia seolah-olah mahu menunjukkan bahawa Perdana Menteri amat boros..sebenarnya itu hanya persepsi yang dicipta daripada fitnah di media sosial...ini adalah salah satu contoh...

Kalau hendak dilistkan senarai fitnah ke atas Najib banyak sangat..sehinggakan Tun M pun menjadi salah seorang individu yang pernah memfitnah beliau dalam kes 1MDB..

Penafian fitnah daripada Me'nate Steak Hub...




Jom Kenali Pembekal Makanan Mentah McDonald's Malaysia yang Anda Perlu Tahu!!!

0 comments

Bila melangkah sahaja masuk ke restoran makanan segera McDonald's pasti kita terus terfikir menu juadah apa yang hendak kita makan..kita sentiasa terpesona dengan iklan makanan yang mengasyikkan..rangkaian McDonald's di Malaysia tidak perlu dipertikaikan status halal mereka...artikel sebelum ini telah saya jelaskan panjang lebar bagaimana status halal ini diberikan..boleh rujuk SINI dan SINI..

Tetapi pernahkah anda terfikir siapakah yan bertanggungjawab menjalankan operasi membekalkan bahan mentah kepada McDonald's?

Pada entry kali ini, saya ingin kongsi siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi ini..tugas pembekal bahan mentah untuk rangkaian makanan segera ini bukan boleh dilakukan sebarangan..semestinya pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi ini amat berpengalaman kerana proses penyediaan dan kualiti amat dititik beratkan oleh rangkaian perniagaan McDonald's...

Untuk pengetahuan pembaca, MacFood Services Sdn Bhd. merupakan pihak bertanggungjawab yang dilantik bagi kerja-kerja pembekalan bahan mentah ke McDonald's..MacFood Services amat berpengalaman luas dalam bidang ini...berbekalkan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang ini, MacFood telah meyakinkan kerjasama erat kedua-dua syarikat ini...MacFood sentiasa menjaga setiap peralatan, kualiti yang digunakan untuk memproses makanan sebagaimana yang telah ditetapkankan...dalam bahasa mudahnya patuh syariah...

MacFood Services turut membekalkan bahan mentah mereka ke negara Islam lain seperti Arab Saudi dan beberapa negara Islam di Timur Tengah...

Restoran McDonald's di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah
Kebolehpercayaan terhadap MacFood Services dikukuhkan lagi dengan beberapa pengiktirafan persijilan yang telah diterima oleh MacFood iaitu :

1) ISO 9001:2008 yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
2) Menerima HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety mangement sistem ISO 9001:2009 yang diberi SIRIM QAS meliputi Sistem Pengurusan Kualiti.
3) Menerima sijil HALAL Certification dari HDC/JAKIM kerana mematuhi prosedur persijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veteranary Services) Certification - kerana mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenehi pematuhan kepada keperluan program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP

Dengan penerimaan penghargaan yang diterima MacFood, ianya sebagai akurjanji bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah yang terbaik dan mematuhi ciri-ciri keselamatan halal yang sangat ketat...

Jadi tidak timbul isu bahawa rangkaian McDonald's Malaysia tidak diyakini status halal..daripada pembekal yang diiktiraf sehingga penyediaan makanan semuanya dijamin halal dan kualiti perkhidmatan yang bagus...

Friday, January 22, 2016

Salah Satu Produk Qu Puteh Mengandungi Bahan Berbahaya?KKM Larangan Jualan!!!

0 comments

Satu daripada produk Qu Puteh dilaporkan mengandungi bahan berbahaya merkuri paras tinggi...ia disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan...produk bernama Qu Puteh Whitening Pro9 diarahkan larangan jualan dan para pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk tersebut...

Dimanakah silapnya?sepatutnya sebelum dijual perlu disaring dan diuji tahap keselamaran sebelum dibenarkan di jual dipasaran...

Kementerian Pelajaran Perlu Kaji Kebenaran Pelajar Guna Jam Tangan Canggih Ke Sekolah...

0 comments

Ada ibu bapa penjaga merasa bimbangan ekoran ramai pelajar sekarang ini mempunyai berkemampuan menggunakan jam smart watch...jam tangan ini berkeupayaan merakam perbualan dan lengkap dengan aplikasi seperti henpon android...

Justeru itu, pihak KPM perlu mengkaji penggunaa jam ini ke sekolah oleh para pelajar...ditakuti nanti bila sudah jadi isu di sekolah baru hendak bertindak...



TERKINI!!!Tren Tambahan Ke Utara Dirasmi Dengan Harga Promosi 'KAW2'!!!

0 comments

Sebentar tadi, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah merasmikan perkhidmatan tren tambahan ETS Platinum dan aplikasi KTM Mob Tiket untuk pembelian atas talian..Majlis yang dilangsungkan di KL Sentral itu turut menyaksikan satu lagi kemajuan dalam bidang pengangkutan awam telah tercipta..

Pengenalan tren ini telah memberi peluang kepada rakyat untuk menggunakan perkhidmatan ini bagi laluan dari KL Sentral ke Butterworth atau KL Sentral ke Bukit Mertajam atau KL Sentral ke Nibong Tebal...

Memandangkan ianya baru dilancarkan, pihak KTMB telah membuat promosi harga diskaun bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini...tawaran 25% ditawarkan untuk pembelian tiket dari KL dari 14 - 31 Januari 2016 dan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur untuk tarikh tiket pada 18 hingga 31 Januari...

Boleh rujuk makluman berkenaan syarat dan kadar diskaun bagi perkhidmatan ini seperti di bawah...


Selain melancarkan tren ETS dan tawaran diskaun, Tan Sri Syed turut melancarkan aplikasi KTM MOB Ticket iaitu sebuah perisian pembelian tiket secara atas talian...KTMB Mob Ticket ini boleh digunakan untuk pembelian tiket atas talian bagi perkhidmatana KTM Intercity dan ETS..Anda cuma perlu downloan perisian ini di aplikasi Google Play and Apple Store.

Sedar atau tidak, perkembangan industri pengangkutan awam semakin berkembang pesat..syabas kami ucapkan kepada pihak SPAD yang telah mengepalai industri pengangkutan awam darat ini dengan jayanya...baik dari merancang perkhidmatan yang berkualiti sehingga attitude pemandu teksi..semuanya sentiasa dipantau rapi bagi memberi keselesaan dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam!

@WeeKaSiongMP Nafi Batalkan Biasiswa JPA!!!

0 comments

Ekoran tersebarnya berita yang mengaitkan Datuk Seri Wee Ka Siong tentang penghapusan pemberian Biasiswa JPA..Datuk Wee tampil menafikan tuduhan tersebut..mesej tersebut tersebar di laman wasap..kandungan mesej tersebut seperti di bawah :
Biasiswa JPA 2016 Dihapuskan dan Dimansuhkan 
Berita sedih buat pelajar yang akan menyambung pelajaran pada sesi 2016 ini. Ini kerana kementerian telah mengesahkan pemberian biasiswa JPA akan dihapuskan dan dimansuhkan bermula tahun 2016 ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Wee Ka Siong menteri di jabatan perdana menteri.
Biasiswa yang dimansuhkan ini melibatkan penempatan dalam dan luar negara yang mana memberi kesan kepada lebih 700 penempatan pelajar tahun ini.
Pada portal JPA sendiri pun, pautan yang selalu digunakan oleh pelajar untuk memohon JPA telah dibuang.
Perkara ini betul-betul memberi impak dan kesedihan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran sesi 2016 ini.
Disarankan agar semua pelajar dapat membuat inisiatif dengan memohon biasiswa dari kerajaan negeri masing-masing.
Berita terkini yang mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak berkenaan biasiswa JPA bagi tahun 2016.
maklumat lanjut: http://www.musadun.com/2016/01/biasiswa-jpa-2016-dihapuskan-dan.html
SEBARKAN KE GROUP LAIN.TQ
Sejurus itu, Datuk Wee menafikan kenyataan tersebut seperti di bawah :
PUTRAJAYA 21 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden MCA menyelar tindakan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah tersebut menerusi media sosial seperti WhatsApp dan laman blog. 

"Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sebaran ini sengaja dilakukan untuk menambahkan panik rakyat terhadap kerajaan...setakat ini tidak ada arahan rasmi hitam putih dikeluarkan untuk membatalkan biasiswa berkenaan..orang Malaysia ni lebih mudah percaya sumber wasap berbanding surat yang mempunyai kepala surat...hairan sungguh!

Thursday, January 21, 2016

WOW!!!FELDA Lantik Encorp Bukit Katil Sdn Bhd. Untuk Projek RM 3.2 Billion?

0 comments

FELDA melebarkan sayap dalam bidang hartanah apabila membangunkan projek perbandaran bersepadu di Bukit Katil Melaka..selain projek ini, FELDA turut merancang untuk membangunkan projek berkaitan hartanah di Pulau Indah Klang dan Bukit Cerakah Shah Alam..perkembangan ini merupakan satu lagi petanda pengukuhan FELDA dalam bidang ini..

FELDA kini boleh dikatakan sebuah syarikat yang kaya dengan aset tanah di negara ini...Pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan perkembangan yang amat menguntungkan...lihat sahaja bagaimana Tanah TRX dispin sehingga menggagalkan pelaburan jangka panjang 1MDB..

Bagi melancarkan perjalanan projek ini, FELDA telah melantik Encorp Bukit Katil Sdn Bhd sebagai pemaju induk perbandaran bercampur yang mana melibatkan pembinaan unit kediaman dan komersial bernilai RM 3.2 billion..

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad bekata pada sidang berkenaan "Kami sudah kenal pasti beberapa kawasan, dimulakan dengan Bukit Katil dulu, yang lain akan menyusul, terutama dari segi pembangunan hartanah kawasan FELDA seluruh negara,"..

Projek ini merupakan sebuah projek jangka panjang yang bakal memberi pulangan lumayan buat FELDA...ketiga-tiga lokasi ini akan dibangunkan secara tiga peringkat yang akan memakan masa 14 tahun ...

Projek ini pastinya bukan suatu yang membazir..sekarang ini pun ramai warga kota mencari perumahan di sekitar Negeri Sembilan dan beranggapan Negeri Sembilan lokasi strategik..dengan membangunnya projek ini, ianya akan menambah lagi peluang pemilikan rumah memandangkan Melaka merupa satu negeri yang amat strategik dengan kegiatan pelancongan...

Wednesday, January 20, 2016

Gambar Terkini Wahid Senario Selepas Tinggalkan Dunia Hiburan..

0 comments

Siapa yang tidak kenal dengan Wahid Senario..kumpulan lawak negara pada lewat 90-an...ketika itu sebut sahaja Senario pasti terfikir lawak pecah perut sampai tak kering gusi tergelak kita dibuatnya..namun selepas itu kumpulan Senaro berpecah..masing-masing membawa haluan sendiri..

Apa yang menarik perhatian kami Wahid Senario kini telah mendekatkan diri dengan tuhan yang maha Esa...lebih mendekatkan diri kepada dunia dakwah...bawah ini 2 keping gambar Wahid senario..

Alhamdulillah...beliau dah berubah...nampak muka tu nur keimanan...syabas Wahid..semoga anda istiqomah...amin...



Menjelang Tahun Baru Cina, @SPADChannel Buka Permohonan Bas Tambahan Bagi Menampung Permintaan Musim Perayaan...

0 comments

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina 7 & 8 Februari 2016, Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan iklan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada semua pengusaha bas ekspress untuk menambahkan bilangan bas pada musim puncak..langkah ini dilakukan bagi mengatasi masalah bas 'haram' yang mengangkut penumpang tanpa lesen yang sah..ia juga dapat memastikan keselamatan dan dilindungi undang-undang jikalau berlaku kejadian tidak diingin..

Permohonan lesen LPS ini telah dibuka 12 Jan lalu hingga 5 Februari untuk memberi peluang kepada pengendali menambahkan jumlah bas mereka..selepas kelulusan, pengusaha bas boleh menambah operasi bas ekspress bermula 5 - 14 Februari..permohonan LPS boleh dihantar ke semua pejabat SPAD kecuali Ibu Pejabat...


Penumpang juga diseru untuk mendapatkan tiket bas awal bagi memudahkan perjalan pada musim cuti berkenaan...seperti semua sedia maklum, pihak SPAD telah mengeluarkan satu senarai pembelian tiket bas atas talian yang telah diiktiraf..anda boleh merujuk segala info tentang pembelian tiket atas talian ini di laman web INI...

Pastikan anda tidak membeli tiket dari ulat-ulat tiket untuk mengelakkan kejadian ditipu...semua pembelian tiket perlulah dilakukan dikaunter-kaunter berdaftar..bagi pembelian tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pembelian juga boleh dilakukan di kiosk pembelian tiket..

Apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini adalah untuk memastikan perjalanan anda pulang ke kampung halaman dalam keadaan terkawal dan selamat...


Seperti kebiasaan musim-musim perayaan, pegawai-pegawai SPAD akan mengorbankan musim cuti perayaan untuk membuat pelbagai operasi bagi memastikan pengusaha-pengusaha bas mematuhi segala peraturan yang ditetapkan..antara perkara yang dipantau ialah cukai jalan kenderaa, jumlah penumpang, pemandu bebas alkohol atau dadah, perangkap laju dan sebagainya..kebiasaannya, SPAD akan bekerjasama dengan pihak polis trafik dan JPJ untuk membuat pemantauan lebih-lebih lagi musim perayaan...

Inilah pengorbanan yang kita tidak nampak..tatkala kita bercuti bersama keluarga...anggota penguatkuasa ini bertugas demi keselesaan dan keselamatan penumpang...

Tuesday, January 19, 2016

Ancaman IS - Malaysia Pertingkatkan Kualiti Peralatan Canggih Pantau Keselamatan Pintu Masuk!!! @LiowTiongLai

0 comments

Ekoran serangan militan IS di kompleks beli belah Sarinah, Jakarta beberapa hari lalu, Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempertingkatkan keselamatan di setiap pintu masuk negara seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan...ancaman IS ini semakin menjadi-jadi apabila mereka sanggup melakukan serangan berani mati mahu mengancam keamana sejagat...

Kononnya memperjuangkan Islam namun tindakan mereka ini hanya mencetuskan polimik buruk terhadap agama Islam..siapa yang mendalangi militan IS ini seharusnya kita selidik..apakah benar umat Islam yang fanatik ataupun ia dilakukan oleh sekutu Yahudi yang menyamar sebagai militan bertopengkan Islam..

Bagi Malaysia, sebagai langkah berjaga-jaga semua pintu masuk negara dipantau rapi..pihak berkuasa turut mencari hingga lubang cacing mana-mana individu yang cenderung kepada pergerakan militan ini...

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan pihak berkuasa telah mengaktifkan tahap keselamatan paling tinggi..3 hari lalu, seorang lelaki bersenjata bersama dokumen berkaitan IS telah ditahan di Stesen LRT Setiawangsa, Jalan Jelatik...keadaan ini sudah semakin serius apabila ramai rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan agenda perjuangan sesat IS..


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga ini telah diambil sejak tahun lepas..Beliau menyatakan tahap sistem peralatan canggih diperbaharui bagi menangkis serangan Is ini...

Misalnya, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memperbaharui dan mengukuhkan peralatannya di Lapangan Terbang dengan keupayaan mengesan pengganas yang memasuki negara..



Selain peralatan seperti CCTV dipasang dengan banyak..anggota keselamatan turut dikerahkan untuk memantapkan lagi keselamatan negara kita..Liow turut mengulas bahawa ini perkara yang amat serius dan perlu dicegah dan meminta orang ramai bertenang dan menaruh keyakian kepada pasukan keselamatan melakukan kerja mereka untuk mengekalkan keamanan negara kita...

Hairan sungguh aku, ada saja manusia yang ingin mencari jalan pintas untuk ke syurga..padahal jalan yang dipilih itu membawa kepada kesesatan dan memburukkan nama Islam..perkara seperti ini telah menggalakkan sentimen Islam Phobia di negara barat..ada pihak yang terpengaruh dengan ajaran sesat Is ini sanggup menghabiskan wang simpanan untuk berjuang untuk IS..meninggalkan anak bini semata-mata beranggapan perjuangan mereka deredhai Allah SWT...

Nauzubillah...

3 Cara Tun M Cari Dana Pilihanraya Didedah..

0 comments

Ketika ini semuanya nampak yang Perdana Menteri korup kononnya mencari dana untuk parti itu adalah satu kesalahan..adakah anda tahu ianya bukan perkara baru, sejak zaman TunM lagi ia telah dilakukan..cuma caranya Tun dengan Najib berbeza...

Memetik sumber blog KL Chronicle...saya kongsikan pendedahan ini seperti di bawah...

Semasa Tun M memegang jawatan Presiden UMNO, duit untuk membiayai pilihanraya di perolehi dengan tiga cara:-

1. Dari syarikat-syarikat yang di miliki oleh UMNO tetapi di pegang kroni-kroni seperti TS Halim Saad dan lain-lain. Syarikay0syarikat ini sekarang sudah di tukar kepada GLC-GLC di miliki oleh Khazanah Nasional, untuk kesejahteraan rakyat semua. Khazanah Nasional di tubuhkan di bawah pemerintahan Pak Lah.

2. Dari pasaran saham. Oleh kerana fenomena "Asian Tiger Economies" di dalam dekad 90an, pasaran saham Malaysia berdentum-dentum melambung. Sesiapa di dalam pasaran saham pada waktu tahu bagaimana pasaran saham boleh di gunakan untuk meraih RM400 juta - RM500 juta dengan senang sahaja. Sekarang apsaran saham sudah tidak begitu lagi kerana pelabur-pelabur adalah lebih dari golongan institusi dna bukan lagi orang-perseorangan atau sindiket-sindiket seperti Repco Low.

3. Dari towkay-towkay billionaire yang akan mendapat habuan terima kasih dari Kerajaan. DSN berazam tidak mahu melalui jalan-cara ini kerana DSN mahu memberhentikan berbilion wang mengalir masuk kepada golongan ini. -SUMBER

Sunday, January 17, 2016

Benarkah Pengerusi FELDA Dapat Jawatan Di Universiti Cambridge??

2 comments

Kami dapat tahu yang Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad telah menerima satu jawatan di Universiti tersohor dunia..bagi memastikan kebenaran dakwaan ini, kami telah melakukan sedikit carian di laman sesawang internet...

Hasilnya memang positif bahawa Tan Sri telah menerima jawatan..yang penting ia bukan jawatan yang diberi sebagai habuan tertentu untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang...

Tan Sri Isa sebenarnya telah menerima jawatan yang dilantik memganggotai Felo Wiliam Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, sebagai pengiktirafan hubungan baik antara kumpulan FELDA , Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge..

Sebenarnya ia bukan perkara baru..ia bermula dua tahun dulu, Yayasan FELDA telah menandatangani satu perjanjian stratefik bersama Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mererka..Semua pegawai kanan FELDA termasuk FELDA Global Ventures (FGVH) akan mengikuti latihan pengkoraran yang disediakan oleh kolej terkemuka itu...


Memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012 membolehkan pegawai-pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGVH) boleh memgikuti latihan pengkopratan di Kolej Pembroke....

Ini merupakan satu kejayaan buat warga FELDA kerana pengerusinya telah diberi pengiktirafan dengan menganggotai Felo William Pitt...

William Pitt ialah mantan Perdana Menteri Britain yang termuda era 1793 dan dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada tahun 1804 sebelum meniggal dunia pada 1806..Mendiang juga merupakan bekas penuntut di kolej berkenaan...

Usahasama ini telah banyak memberi manfaat buat warga FELDA...ini kerana sekarang ini Yayasan FELDA sedang mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine...

Syabas diucapkan kepada warga FELDA yang telah bersusah payah untuk mencapai tahap yang membanggakan!ini semuanya hasil berkat usaha Tun Abdul Razak yany membangunkan FELDA dahulu...

Legasi tu bersambung sehingga anakandanya..kini FELDA bukan lagi hanya bergantung kepada hasil sawit..tetapi lebih dari itu yang mana FELDA melalui banyak anak syarikat telah melibatkan diri dalam bidang pelbagai untuk mengembangkan potensi FELDA...

Syabas FELDA!!!

Saturday, January 16, 2016

Ahli DAP Keluar Parti! 1 Cawangan DAP Terbubar! DAP Semakin MEREPUT!

0 comments

Parti DAP menerima tamparan hebat apabila 25 anggotanya isytihar keluar parti...ini mengakibatkan secara otomatisnya cawangan Pantai Sepang Putra terbubar!

Bekas anggota DAP ini mengoyakkan baju rasmi DAP sebagai tanda protes ketidak percayaan terhadap kepimpinan DAP yang semakin mereput...

Dengar cerita akan ada lagi cawangan DAP akan terbubar...nantikan!!!DAP Mereputlah kau!!!

Pro & Kontra Guna Teksi dan Teksi Sapu Atas Talian Seperti #UBER..Informasi Untuk Pengguna!!!

0 comments

Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar telah diwawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dalam slot Teksi - Mengapa Wujud Persaingan Tidak Sihat..sepanjang wawancara itu, beliau telah ditanya tentang pandangan SPAD mengenai perkhidmatan Teksi dan perkhidmatan teksi atas talian seperti Uber & Grab Car..

Kami tidak mengulas apa yang dibicarakan sepanjang sesi wawancara tersebut kerana anda boleh saksikan sendiri video rakaman penuh wawancara tersebut di akhir tulisan ini...cuma kami ingin kongsi pandangan tentang persepsi umum tentang perkhidmatan kedua-dua pengangkutan awam Teksi dan aplikasi atas talian..

Rata-rata masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk mencari perkhidmatan teksi berpuas hati tentang kualiti perkhdmatan yang ditawarkan oleh aplikasi atas talian..bagi golongan masyarakat yang pertengahan kebanyakannya akan setuju dengan penggunaan teksi di negara kita..bagi golongan bawahan dan sedikit pertengahan lebih tertumpu kepada perkhidmatan seperti bas dan tren...bagi yang kerap menggunakan pengangkutan awam, bas dan tren adalah pilihan utama mereka..

Bagi membuat perbandingan antara Teksi dan teksi sapu atas talian ini...kami berpendapat, kedua-dua perkhidmatan ini ada kekurangan dan ada kelebihan tersendiri...

Teksi Sapu Atas Talian (UBER, GrabCar)

Yang pernah menggunakan perkhidmatan ini akan bersetuju dengan kualiti dan keselesaan perkhidmatan ini..yang bersetuju dengan perkhidmatan ini tidak kisah dengan bayaran yang dikenakan..bagi golongan ini masa dan keselesaan adalah lebih utama..apa yang istimewanya teksi sapu atas talian ni?

Teksi Sapu atas talian ini menggunakan kenderaan mewah seperti Honda CR-V, Nissan Teana, Peugeot 508, Toyota Alphard and Toyota Camry, manakala bagi UberX, Perodua MyVi, Toyota Vios dan Nissan Almera..semua kenderaan ini adalah tertakluk kepada pemilik kenderaan tersebut..jika sudah dinamakan kenderaan persendirian, sudah tentu keselesaan seperti bersih, haruman yang selesa, kenderaan yang besar..pendek kata kualiti lebih baiklah daripada teksi biasa...

Namun perlu diingat, jikalau anda baru pertama kali naik janga terkejut dengan harga yang ditawarkan..ia lebih mahal daripada teksi biasa..dan di beberapa negara seperti Belgium, Belanda, Jerman, Thailand dan Vietnam sudah mengharamkan UBER dan Korea sedang mengkaji untuk mengharamkan perkhidmatan ini...


Pernah juga terjadi kes di mana pemandu UBER merogol seorang remaja perempuan di India..boleh rujuk di SINI..kenderaan atas talian ini turut tidak mengikut undang-undang negara kita iaitu :

1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu" 
2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD... 
3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. 
4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. 
5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.
Jika hendak katakan aplikasi atas talian ini lebih selesa, kami bersetuju..namun dari segi keselamatan ia tidak dijamin oleh undang-undang Malaysia...

TEKSI 

Perkhidmatan teksi di Malaysia ini sudah tentu dijamin oleh undang-undang di Malaysia...semua pemandu telah mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Mempunyai lesen PSV dan sentiasa melalui pemeriksaan PUSPAKOM..

Cuma yang membuat pengguna lebih tertumpu kepada perkhidmatan teksi sapu atas talian kerana sikap segelintir pemandu teksi di Malaysia tidak memuaskan hati pengguna..bila naik sahaja teksi, pemandu sentiasa mengutuk kerajaan..ini yang membuatkan penumpang tidak memilih perkhidmatan ini...

Sepatutnya pemandu teksi menjadi agen kerajaan menceritakan kebaikan negara kita..bukannya sebagai egen pemecah belah..

Selain itu, sikap pemandu teksi yang tamak tidak menggunakan meter mengundang kebencian penumpang untuk menggunakan pengangkutan ini...apa tidaknya, di meter tertulis RM 8.00 tetapi dicas RM 20..siapa tidak marah bila ditipu?

Ada kalanya, pemandu teksi menipu bahawa meter mereka rosak...suasana teksi yang tidak selesa juga salah satu aspek mengapa pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi sapu atas talian...

Pendirian SPAD

Dipihak SPAD, mereka sebagai agen pelaksana yang mana sentiasa mengambil kira kepentingan industri dan pengguna..jika pengguna lebih selesa dengan aplikasi atas talian, pihak SPAD tidak ada halangan asalkan mematuhi undang-undang...

Pengerusi SPAD baru-baru ini turut difitnah kononnya telah mengeluarkan premit UBER sedangkan tiada langsung keputusan dari makmal Teksi dan permit dikeluarkan..tunggulah keputusan makmal..

Dipihak kami, apapun pengangkutan awam jikalau memastikan keselesaan pengguna dan mematuhi undang-undang, kami setuju...berkenaan harga, bila kualiti pengangkutan awam tinggi maka hipotesis mudahnya harga turut tinggi...

Saksikan video rakaman wawancara bersama Pengerusi SPAD di Selamat Pagi Malaysia bertajuk TEKSI: Kenapa Wujud Persaingan Tidak Sihat?


Friday, January 15, 2016

Respon Ahli Parlimen Dari Johor Terhadap Bengkel TPPA Oleh MITI Memberangsangkan!

0 comments

Ahli Parlimen dari Johor,  Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid memberi respon positif tentang penganjuran bengkel penerangan Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPPA) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini..

Bengkel seperti ini harus diteruskan memandangkan ianya amat penting bagi memberi penerangan dalam konteks mudah faham mengenai perjanjian ini...TPPA setakat ini dikelirukan ia akan membuatkan negara kita tergadai kepada desakan ekonomi Amerika Syarikat...setakat ini negara jiran Thailand dan Filiphina antara yang berminat untuk menyertai perjanjian ini...

TPP bakal melonjakkan input modal dan teknologi negara serta menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara kita...seperti biasa apa sahaja usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan pasti mendapat tentangan hebat daripada pakatan pembangkang..

Datuk Ehsan berpendapati usaha MITI ini merupakan inisiatif kerajaan bagi mmberi persiapan kepada wakil rakyat menjawab hujah yang menimbulkan kerisauan sesetengah pihak..

Beliau berkata "bengkel ini membolehkan isu-isu dirungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara"

Setakat ini, anggota pemimpin pembangkang menyambut baik setiap pandangan mengenai perjanjian ini..perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed..

Mustapa menyatakan bahawa beliau telah menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pembangkang dengan baik dan ini merupakan satu keadaan yang baik..tanggungjawab MITI memberi penerangan telah dilaksanakan dengan baik dan terpulang kepada mereka untuk sokonh atau tidak...

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan semakan kehakiman 3 NGO pro pembangkang untuk menghalang kerajaan menandatangani Perjanjian TPPA...ini jelas telah mematahkan usaha kotor 3 NGO, ABIM, UNGGAS dan TERAS...

Pujian harus diberikan kepada MITI kerana berani menganjurkan sesi dialog dengan menjawab segala tuduhan songsang mengenai TPPA..sebelum ini, rundingan mengenai perjanjian ini telah dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 lalu yang mena melibaykan 11 negara termasuk Amerika, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam...

Lihatkan negara-negara ini kita sudah dapat bayangkan betapa TPPA ini memberi manfaat buat negara, jika tidak masakan Brunei yang dilihat negara terbaik oleh sebilangan rakyat bersetuju dengan TPPA...

Apa yang penting di sini ialah perbahasan mengenai TPPA ini akan diteruskan sehingga menandatangani perjanjian TPPA pada 2018...keputusan yang bakal dibuat sebenarnya bukan mudah dan akan mendapatkan maklumat dari semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat...



Bagi mengetahui lebih lanjut tentang TPPA ini boleh download versi PDF di SINI

Pamoga Red Worrior Nak Lawan Persabahatan Dengan JDT...Mungkin Boleh Lawan JDT 2 Atau Datok Vida Lawan Dengan Barcelona Saja...

0 comments

Besar sungguh cita-cita Datuk Vida ni bila mana pasokan Pamoga Qu Puteh nak lawan friendly dengan JDT...Datuk Vida mahu lawan JDT kononnya dapat naikkan rating Qu Puteh..

Tahukah Dato bahawa JDT dah ada 3 perlawanan untuk perlawanan persahabatan dengan kelab di Thailan...jadi baginmemuaskan hati Datok..mungkin Pamoga boleh lawan JDT 2 atau JDT 3...

Jika masih tidak memuaskan hati Datok..mungkin Datok kena hubungi pasokan Barcelona untuk dijadikan perlawanan pra musim..barulah rating Pamoga Red Worior terkenal di seluruh dunia...

Bawah ni jadual perlawanan perdahabatan JDT...Liga M tahun ni pelik...semua jutawan produk kecantikan berebut nak taja..bagus2!



'Pamoga Qu Puteh TRW' cabar JDT dalam aksi persahabatan
N Faizal Ghazali
15 Jan 2016, petang 5:36
Dikemaskini 15 Jan 2016, petang 6:49


Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 menjadi gelombang kebangkitan kedua bagi pasukan Kelantan yang kini dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, gelombang ini akan menjadi signal kepada pasukan gergasi sekarang iaitu JDT untuk memberi saingan terbaik musim ini.

Menurut beliau, Pamoga Qu Puteh TRW akan menjadi pasukan pencabar kepada pasukan-pasukan terbaik terkini selepas ‎melalui kemerosotan musim lalu.



"Melalui ‎penajaan musim ini dan semangat gelombang baru ini diharap bukanlah satu retorik tetapi satu perubahan," katanya ketika berucap di majlis menandatangani kontrak penajaan pasukan Liga Super Kelantan 2016 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sementara itu, Penasihat Kehormat Kafa, Datuk Seri Hasmiza Othman, menyatakan hasrat untuk bertarung dengan pasukan JDT dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim.

Hasmiza yang juga dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau memilih JDT kerana pasukan itu antara terkuat di Malaysia ketika ini.

"Kita nak tunggu perlawanan sebenar lambat lagi, apa kata kita uji itu Pamoga Qu Puteh TRW sebelum bermula musim 2016 dengan JDT.

"Saya nak lihat macam mana dengan prestasi pemain, tak sabar dah. Kalau boleh biar saya tiup wisel lawan JDT nanti," katanya yang turut disambut sorakan penyokong yang hadir.

Mengulas hasrat Hasmiza, Annuar berkata, hasrat itu adalah kehendak peminat yang mahu menyaksikan pertemuan dua pasukan paling kreatif di Malaysia.

Menurutnya, beliau akan cuba sembah maklum kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan hasrat tersebut.

"Tidak mustahil sebelum mula musim baru kita pertemukan kedua-dua pasukan demi permintaan penyokong.

"Terpulang kepada beliau dan TMJ seorang yang begitu teruja dengan idea-idea untuk memajukan industri bola sepak.

"Kita mengkagumi usaha-usaha yang dilakukan telah menampakkan hasilnya dan kita harap apa yang dibuat oleh kita dan JDT akan turut dibuat oleh pasukan lain," katanya.

Tips Untuk Siswa Jimat Belanja Guna Pengangkutan Awam!!!SEBARKAN!!!

0 comments
Sejak kebelakangan ni kita didendangkan dengan kisah simpati mahasiswa tidak cukup makan..ikat petut sehingga pecah perut..namun hasil penelitian mahasiswa berkenaan tidaklah pecah perut seperti dihebohkan..hanya sakit gastrik sejak kecil...

Mahasiswa makan berjimat itu perkara biasa...sejak dahulu lagi kita tahu hidup jadi seorang siswa ini pasti banyak cabaran dan perlu berjimat..makan magie tu perkara biasa bagi siswa...

Kali ini kami ingin kongsikan tips menarik bagaimana untuk berjimat ketika menggunakan pengangkutan awam..saya tidak nafikan siswa yang belajar di universiti bandaraya utama seperti Kuala Lumpur menghadapi kesulitan kerana kosnsara hidup yang tinggi...namun jika tiada perancangan kewangan yang tersusun ianya akan membebankan siswa itu sendiri..

Berkenaan tips untuk jimat belanja pengangkutan awam, tahukah anda bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melalui RAPID RAIL dan BAS dan KTM telah melancarkan Kad Diskaun potongan 50% bagi pemilik kad ini..

Bagaimana cara nak mohon?

Bagi permohonan untuk RAPID RAIL dan BAS, setiap permohonan boleh dibuat di Stesen LRT Pasar Seni..pembayaran untuk memproses kad ini hanya RM10..pelajar sekolah perlu membawa salinan kad pengenalan manakala siswa perlu membawa kad matrik dan pengesahan dari Universiti..

Setiap permohonan perlu mengisi borang yang boleh didapati di stesen LRT..waktu memohon kad diskaun ini boleh dibuat pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat termasuk hari sabtu dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pejabat tidak beroperasi pada hari cuti umum.


Bagi perkhidmatan KTM, pihak KTMB telah meluaskan pengunaannkad konsesi untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang yang telah bermula pada 7 Disember 2015..Para pelajar yang menggunakan Perkhdimatan Komuter, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan KTMB i-Card Student dan layak mendapatkan konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter Komuter Lembah Klang sebelum membeli tiket...

Bagaimana mahu membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat di KL Sentral di kaunter 8 & 9, KTM Inter City (antara bandar). Sama seperti Rapid dan bas, setiap pemohon pelajar sekolah perlu membawa kad pengenalan serta sekeping salinan dan surat pengesahan universiti..

Tempoh kad siap lingkungan 10-30 minit sahaja..segala informasi tentang tawaran kad KTM i-Card ini boleh rujuk laman web www.ktmb.com.my atau hubungi 03-22671200 atau twitter @KTMKomuter ...pemegang kad i-Card ini akan menikmati diskaun 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS...

Kerajaan begitu prihatin untuk menangani kos sara hidup golongan siswa ini..naik pengangkutan awam dapat diskaun..bagi siswa yang tidak berkemampuan untuk makan, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengingatkan semua Universiti atau kolej untuk mengambil berat tentang permasalahan ini...

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi SPAD...rujuk grafik di bawah...

Thursday, January 14, 2016

Sekolah Politik MCA Dahului Pakatan Pembangkang Jalani Kerjasama Bersama SPRM!!!Sekolah Demokrasi DAP Bila Lagi???

0 comments

Sekolah Politik MCA mendahului Sekolah Demokrasi DAP apabila telah menjalankan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi pendidikan kesedaran rasuah kepada parti itu...

Modul ini disediakan oleh SPRM dalam silibus Modul Pencegahan Rasuah yang telah diperkenalkan Disember lalu..

Pendekatan ini telah membawa MCA ketahap lebih tinggi untuk mencapai sebuah Parti yang mempraktikkan amalan integriti dalam berpolitik...

Dalam modul yang diajar kepada ahli MCA, ia mengandungi bab statistik terkini penglibatan ahli politik dalam jenayah rasuah, undang-undang, hukuman dan kesan buruk rasuah...

Pastinya DAP merasa tercabar apabila mereka yang melaungkan DEMOKRASI tidak pernah terfikir untuk menjadikan amalan integriti dalam parti mereka..atau mungkinkah kes dahulu yang meragut nyawa ahli mereka yang membunuh diri terjun bangunan SPRM masih menjadi igauan ngeri buat DAP untuk mempercayai kredibiliti SPRM?

Jika ini firasat DAP..sudah-sudahlah...SPRM badan menyiasat skandal rasuah..bukanya membunuh orang...

Apapun persepsi DAP terhadap SPRM, suruhanjaya tersebut tetap menjadi tunjang menegakkan integriti dari amalan rasuah di Malaysia...

Syabas kami ucapkan atas inisiatif MCA bekerjasama dengan SPRM untuk menegakkan keadilan seterusnya menjadikan parti itu bersih daripada amalan rasuah...

*Bila lagi DAP mahu ikut cara MCA?jangan mimpi mahu menjadi parti yang bersih jikalau SPRM pun mereka tak iktiraf!

Tuesday, January 12, 2016

Rahsia Proses Penyediaan Makanan McDonald's Yang Perlu Diketahui!!!

2 comments

Sebelum ini saya telah menulis mengenai rangkaian makanan McDonald's Malaysia sememangnya halal, patuh syariah dan telah diakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...anda boleh baca tulisan kami di SINI...

Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai proses penyediaan makanan McDonald's di belakang tabir yang selama ini anda tidak pernah tahu...sebelum berger yang anda makan itu dimasak..ayam dan kentang digoreng..pernahkah anda terfikir apakah proses yang dilakukan oleh pihak McDonald's bagi memastikan setiap keluaran mereka mematuhi kualiti dan patuh syariah...


Lembu dan Ayam merupakan keperluan asas bagi penyediaan makanan di rangkaian McDonald's, jadi pihak McDonald's amat teliti bagi memastikan pembekal daging mereka benar-benar berkelayakan dan diiktiraf halal sahaja..

Pengiktirafan halal untuk pembekal utama daging ini perlulah mendapat pengiktiraf halal di dalam dan luar negara bagi memastikan setiap makanan yang hendak dijual dijamin halal...pengiktirafan halal oleh JAKIM bukanlah satu perkara yang mudah..banyak proses perlu dilalui baik dari mata kasar hingga ke ujian makmal sebelum ia pengiktiran halal diberikan..

Dari daging hinggakan ke produk kopi yang hendak dijual pun perlu mendapat pengiktirafan JAKIM..ini membuktikan betapa McDonald's serius memastikan setiap makanan mereka diiktiraf halal...


MacFood Services (M) Sdn Bhd merupakan pembekal utama McDonald's..keupayaan yang ada pada MacFood yang berpengalaman selama 25 tahun telah meyakinkan kerjasama bersama McDonald's...McFood amat serius dalam aspek halal ni..McFood Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan prodduk halal yang berkualiti tingi..McFood sentiasa menjaga setiap kemudahan yang digunakan untuk memproses bekalan kepada McDonald's mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan...


Selain pembekal dan pengedar makanan yang diyakini, McDonald's turut memastikan bahawa setiap premisnya sentiasa selesa dan bersih bagi keselesaan pengguna...McDonald's dan JAKIM sentiasa bekerjasama untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan memuaskan..

Antara aspek yang dititik beratkan ialah ruangan penyimpanan makanan, perhidangan, pengendalian, pembungkusan dan sistem saliran pembentungan..apa yang kami tahu, setiap pekerja yang baru menjadi keluarga McDonald's wajib mendapatkan suntikan sebelum boleh bekerja di sini..

McDonald's turut menitik beratkan kualiti keselamatan..setiap makanan sebelum diberi kepada pelanggan perlu dipastikan kualiti makanan tersebut terjaga..semua krew telah dilatih dengan langkah-langkah tersendiri bagi memastikan setiap SOP penyediaan dipatuhi..

Jika boleh McDonald's hendak pastikan tiada aduan daripada pelanggan bahawa makanan mereka telah tercemar..jika berlaku ia adalah satu tamparan besar buat McDonald's..jadi langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap makanan selamat...

Sebelum ini kita tidak pernah tahu betapa rumitnya McDonald's untuk memastikan kualiti makanan mereka mematuhi hukum syariah, bersih, berkualiti dan patuh syariah...sebab itulah kami pertahankan tindakan memboikot itu adalah satu usaha tidak waras..jika anda mengetahui latar belakang McDonald's sebelum sampai ke tangan anda sudah tentu anda turut sama berfikiran seperti kami...

Monday, January 11, 2016

Badrul Perlu Bersabar & Fokus Pecah Rekod Lebih Baik..

0 comments

Nampak gayanya, pelari muda sensasi negara Badrul Hisham Abd Manap perlu menerima hakikat belum rezekinya untuk memecahkan rekod Watson..biarpun mencatat masa 10;29 saat ia tidak diiktiraf kerana Brunei tidak mampu menunjukkan dokumen sah mengikut spesifikasi Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)...

Antara sebab rekod tersebut tidak diiktiraf adalah tiada bukti 'photofinish' yang menjadi peraturan wajib sebelum sesuatu rekod larian diiktiraf..

baca berita di bawah..

REKOD 100 meter kembali milik Watson Nyambek.

Itu pengesahan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta 10.29 saat, November lalu.

Selepas beberapa siri perbincangan dan mesyuarat, akhirnya presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim bersuara mengenai siapa pemilik rekod 100 meter kebangsaan.

Rekod Badrul tidak dapat diiktiraf kerana Brunei gagal menyediakan bukti sah.

Jadi buat masa ini, Watson masih lagi kekal sebagai pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.30 saat dilakukan pada 1998.

"Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan," kata Karim.

Isu rekod 100 meter kebangsaan wujud apabila alat pengukur angin tidak berada di kedudukan tepat.

Malah, Brunei juga gagal menyediakan bukti 'photofinish' seperti yang termaktub dalam peraturan persekutuan olahraga antarabangsa (IAAF).

Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam juga sudah mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan kepada pertimbangan KOM untuk menentukan siapa pemilik sebenar rekod 100 meter kebangsaan.

Jadi buat masa ini, rekod kembali milik Watson selagi Brunei gagal menyediakan dokumen sah.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA