networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, August 31, 2015

#BatuPahat Sesak Lagi Dengan Penduduk Cina Sertai Larian Amal..Bukan #Bersih4

0 comments

Jika rabu lalu hampir 1000 berkumpul menyertai himpunan hampeh Bersih di Batu Pahat..tetapi malam ini masyarakat Cina menyertai larian amal yang manajumlah kehadiran lebih sekali ganda iaitu 2000 orang....

Ini lebih bagus dari himpunan tak guna bersih..larian malam keluar peluh..badan sihat...sertai bersih tak dapat apa..hanya kerja kutuk yang sia-sia...


Dr Puad Zakarshi dikelilingi oleh penduduk Cina sebelum bermulanya laria amal malam tadi...

Bawah ini antara gambar ketika himpunan tak guna Bersih yang juga di Batu Pahat..ternyata hanya beberapa kerat sahaj yang mengelilingi Ahli Parlimen PKR ini



Gambar HIASEY saja buat menyemak!haha


#SehatiSejiwa - 'Bersatu Demi Malaysia Yang Lebih Kukuh' -Ucapan DS @LiowTiongLai Sempena #Merdeka58

1 comments

Bersempena bulan kemerdekaan ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan memberi ucapan bersempena bulan kemerdekaan yang disambut hari ini...

Berikut adalah teks penuh ucapan DSLTL...

Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Kukuh

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warga Malaysia.

Hari ini merupakan hari penghormatan di atas segala pengorbanan dan jerih payah para pejuang dan bapa kemerdekaan kita dalam membina asas negara yang kita cintai ini. Pada hari ini juga kita mengiktiraf mereka yang terus memperjuangkan nilai-nilai asas perpaduan, keharmonian dan penerimaan seiring dengan tema sambutan Merdeka tahun ini iaitu Sehati Sejiwa.

Sejak merdeka, kita telah membuktikan kekuatan kita sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, tradisi, budaya dan kepercayaan. Kebelakangan ini, kita sering diuji dengan pelbagai ujian mendatang dan cabaran ekonomi. Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama kita imbau kembali azam dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi yang telah dipamerkan oleh para pengasas negara yang terdahulu. Kita harus percaya bahawa selagi kita bersatu hati dan teguh bersama, semestinya kita akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan sebagai sebuah negara berdaulat.

Oleh itu, marilah kita berdiri bersama, seluruh warganegara rakyat Malaysia, tua dan muda, tanpa mengira bangsa dan kedudukan sosial, dengan azam yang jitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.

Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Daripada terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan Malaysia, marilah kita sebaliknya mengekang perasaan curiga dan segala unsur perpecahan sambil berusaha bersama-sama untuk membina sebuah negara yang lebih mapan, baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan melindungi kepelbagaian budaya kita yang merupakan khazanah bangsa dalam usaha kita menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju dan matang.

Sekali lagi, Selamat Hari Merdeka saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]

Saturday, August 29, 2015

Selepas Berhimpun Peserta #Bersih4 Tinggalkan Banyak Sampah Sarap!!!

0 comments

Eleh..nilah perjuangan depa.nama saja bersih..tapi pengotor..tinggalkan sampah merata...

Nanti nak backup keluarlah sekeping 2 gambar peserta bersih konon bajet rajin tengah kutip sampah...padahal habis KL penuh sampah..

Menyusahkan DBKL nak clearkan balik..orang sibuk nak sambut Merdeka...puak nih sibuk mencemarkan negara dengan sampah!!!

Habis Kuala Lumpur penuh sampah sarap dtinggalkan peserta nih...bagus sangat lah tu!!!!

Friday, August 28, 2015

Keahlian UMNO Ketua Perempuan Langkawi Bakal Tergugur Akibat Bawa Urusan UMNO KE Mahkamah...Soalnya Siapa Kambing Hitamkan Perempuan Ini?

4 comments

Kesian sungguh dengan nasib Perempuan dari Langkawi ni..kerana nafsu haloba untuk menyaman Presiden UMNO keahliannya bakal digugurkan kerana cubaan untuk mengheret urusan UMNO ke mahkamah...

Kenapalah bodoh sangat tindakan perempuan nih...tak fikir panjang yang UMNO sudah menetapkan undang-undang penguguran keahlian parti bagi mana-mana ahli yang cuba membawa urusan parti ke mahkamah...ini dicipta dari zaman Tun Madir lagi....

Baca kenyataan lanjut dari peguam UMNO!!!

JAWAPAN HAFARIZAM BUAT ANINA YANG MENYAMAN PRESIDEN UMNO

Perwakilan Umno bahagian Langkawi, Anina Saadudin telah bertindak menyaman Dato Sri Najib bagi pihak UMNO. Mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presiden UMNO.

Berikut ulasan yang diberikan oleh Hafarizam, peguam UMNO terhadap saman yang dikemukan oleh Anina itu,

Hanya pegawai awam yang dilantik oleh Majlis Tertinggi sahaja boleh menyaman atas nama UMNO kepada mana mana pihak yang lain. Pegawai itu kini adalah Datuk Abdul Rauf Yusoh (Setiausaha Kerja UMNO Malaysia) dan bukan Anina binti Saadudin (wanita UMNO Langkawi).

Mengikut perlembagaan UMNO Perkara 20.7, mana mana ahli yang membawa urusan parti UMNO ke mahkamah maka keahliannya tergugur dengan sendirinya. Fasal ini dibuat merujuk kepada kes parti UMNO yang dibatalkan pendaftaran semasa era Tun Dr Mahathir.

Mengikut Akta Pertubuhan Perkara 18C, keputusan terhadap mana mana parti atau ahli ahlinya adalah hak parti dan mahkamah tidak boleh campur tangan.

Siapalah yang menjadi penghasut dan dalang menjadikan Anina ini sebagai kambing hitam dalam kes saman ini. Jelas sekali amat memalukan.

Nampaknya Anina ini tidak mengkaji terlebih dahulu akta dan peraturan yang ada dalam UMNO. Oleh itu, buat apa Anina ini bertindak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata mata mahu populariti sahaja. Hendak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pun tidak boleh kalau kelayakan ahli sudah tergugur.

Thursday, August 27, 2015

#Merdeka58 - Makluman Penutupan Jalan Sekitar Johor Bahru 29-31 Ogos!!!

0 comments

Bersempena menyambut bulan kemerdekaan inu...Polis JB mengumumkan akan menutup beberapa jalan utama di bandar raya ini pada hari berkenaan...maklumat lanjut boleh rujuk gambar di atas...

#Bersih4 - Penduduk Cina Berhimpun Di Dataran Batu Pahat...Memalukan Johor!!!

7 comments

Malam tadi berlangsung himpunan Bersih di Dataran Batu Pahat..kira2 1000 penduduk Cina Batu Pahat telah berhimpun di Dataran Batu Pahat yang mana cuba menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil...

Himpunan ini disajikan dengan laungan anti kerajaan yang berbaur hasutan membenci kerajaan sedia ada...inilah perjuangan yang ingin di bawa BERSIH...

Lingkungan 97% yang berhimpun tadi terdiri daripada penduduk Cina Batu Pahat...selebihnya Melayu...inilah akibatnya jika Melayu tidak bersatu...ekonomi mereka sudah kontrol...sikit hari lagi tak tahulah apa nak jadi..

Memalukan BANGSA JOHOR betul seolah-olahnya semua rakyat Johor anti kerajaan!


Monday, August 24, 2015

MCA Bantah Tema Merdeka Kontroversi Pulau Pinang!! -Akhirnya Guan Eng Buat U-Turn Guna Tema #SehatiSejiwa!!!

0 comments

Selepas menerima berbagai desakan akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng akur untuk menggunakan tema merdeka nasional "Sehati Sejiwa"... Sebelum ini Guan Eng mahukan negeri Pulau Pinang menggunakan tema sendiri "Bersih, Cekap, Amanah" untuk negeri Penang sahaja...

Tindakan ini mendapat tentangan hebat dari MCA melalui Presidennya, DS Liow Tiong Lai dan Timb Presiden Dr Wee Ka Siong yang mendakwa Gua Eng sengaja mempolitikkan kemerdekaan nasional...Tiong Lai dalam satu kenyataannya menyelar tindakan Guan Eng ini "Ia adalah satu hari peristiwa serius yang menandakan kemerdekaan negara dan orang ramai tidak wajar berjenaka mengenainya"




MCA antara yang paling lantang mengkritik tindakan Guan Eng yang tidak patriotik dan sengaja mempolitikkan kemerdekaan negara...perjuangan DAP bukan kita tidak tahu macamana...mereka fikir mereka sudah jadi negara..boleh lakukan sesuka hati...

Sebelum ini Jabatan Pelajaran Pulau Pinang menyiarakan tidak terlibat dengan perayaan kemerdekaan jika Penang mahu menggunakan tema kontroversi ini....Agensi lain yang menyuarakan bantahan ialah ATM dan PDRM...

Walaupun berbangsa Cina, kita dapat lihat Tiong Lai lebih patriotik berbanding Guan Eng yang mahukan tema sendiri seolah-olah Pulau Pinang sudah merdeka sebagai sebuah negara...

Bila dah terpalit macam ni tahu pula nak u turn!!!masa buat keputusan bukan main bongkak lagi...


Nasihat Dari Seorang Ahli Parlimen UMNO Yang Mendapat Majoriti Tertinggi #PRU13!!!!

4 comments

Parlimen Kota Tinggi merupakan kubu terkuat UMNO di Malaysia...ianya sahih dan telah dibuktikan pada PRU 13 apabil calonnya Datuk Ehsanuddin telah mendapat sebanyak 30,373 dengan mengalahkan calon PAS, Onn Bin Jaafar 5,799..Datuk Ehsan telah menang dengan majoriti sebanyak 24,574 dengan peratusan keluar undi sebanyak 88.00%...

Tatkala dalam keadaan genting PRU 13..beberapa orang calon favor dari UMNO telah tumbang..PRU 13 menyaksikan bekas Menteri Besar Johor tumbang di Gelang Patah...Bekas Menteri Pelajaran tumbang di Batu Pahat..dan Bekas Menteri Pengajian Tinggi tumbang di Temerloh...

Gelombang tsunami PRU 13 tidak langsung memberi kesan kepada arus sokongan Penduduk Kota Tinggi kepada Calonnya...sokongan mereka ini bukan sebarangan..ianya ada asas..dan kebolehpercayaan pengundi kepada Calon...

Memegang tanggungjawab yang digalas oleh Tan Sri Syed Hamid Albar sebelum ini..ianya merupakan tugas yang besar...apa tidaknya..legasi Syed Hamid di Kota Tinggi sangat hebat...beliau melepaskan batton kepada Datuk Ehsan dengan nama yang bersih...

Majoriti masyarakat di Kota Tinggi berasal dari FELDA..terbukti sokongan ini masih padu dari zaman Tun Abd Razak lagi...mereka ini tidak mudah diracun mindanya...ianya sebenarnya bermula daripada pemimpin..biarpun ramai pemimpin UMNO cuba jadi vokal untuk memenangi isu 1MDB..tapi Datuk Ehsan tidak menongkah arus..beliau ada cara tersendiri...

Dalam sajaknya yang terdapat di atas mencermin peribadi pemimpin ini...bait bait ayat dalam sajak di atas menceritakan betapa kita manusia jangan cepat menghukum tanpa memeriksa..dalam Islam pun kita diseru agar tidak menghukum seseorang tanpa asas...

Sebelum berkata juga kita perlu faham dan siasat dahulu maklumat...jangan nanti bila berkata hanya ibarat tin kosong.berbunyi tapi tiada isi...Usahlah jadi hero yang merosakkn parti...pemimpin ini membuktikan tidak perlu jadi vokal menentang pemimpin dalam parti untuk mendapat sokongan penuh akar umbi yang tinggi...bijak mencatur dan mesra rakyat...inilah rahsia mengapa kuasa UMNO kuat di Kota Tinggi!!!

Sunday, August 23, 2015

FELDA Rai Petugas FELDA Sebelum Berangkat Menunaikan Ibadah Haji...

0 comments

Sempena bulan haji ini, pihak pengurusan FELDA tidak ketinggalan meraikan bakal-bakal haji yang bertugas di FELDA...mereka ini telah diraikan dalam satu majlis ringkas di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor...

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan FELDA, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad dan Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada.

Tan Sri Isa turut merasmikan majlis tersebut dan memberi sedikit buah tangan kepada semua bakal haji Petugas FELDA serta beberapa pesanan penting sebelum mereka berangkat ke tanah suci..

Majlis berkenaan telah diserikan dengan ceramah agama oleh YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman seorang penceramah bebas...

Betapa mengambil beratnya organisasi FELDA ini terhadap kakitangan mereka..hendak menunaikan haji diraikan...apapun sama-sama kita mendoakan agar semua bakal-bakal haji ini mendapat haji mabrur..insya'allah...

YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman seorang penceramah bebas








Saturday, August 22, 2015

Skandal #DEIG - Jawapan @AzwanNur Penuh Sumpah Seranah...Memalukan!

1 comments

Skandal DEIG yang kini membelenggu kem pakatan telah mendapat perhatian meluas..ada cakap-cakap isu ini lebih besar daripada kes 1MDB yang direka...

Ia melibatkan jumlah skandal yang terlaku besar..namun jawapan yanh diberikan olrh Adik menteri besar ini seolah-olah seperti tiada akidah...penuh dengan maki hamun dan sunpah setanah...

Diva sotong ini tiba-tiba meroyan tak tentu hala kenapa?datang bulan ka apa...

Tambang Bas Antara Bandar Diberi Diskaun 30% Bermula 1 September Ini!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 30% kepada pemilik pas bulanan antara bandar bermula 1 September 2015...

Pastinya penurunan harga sebanyak 30% ini memberi sedikit kelegaan kepada pengguna bas yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur...langkah SPAD ini juga merupakan satu galakan daripada kerajaan kepada rakyat untuk memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam di negara ini...

Diskaun ini meliputi 3 laluan utama iaitu
  1. Seremban - Kuala Lumpur
  2. Klang - Kuala Lumpur & Rawang
  3. Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Ekspressway Transit 5 dan 6 (BET)
Berikut adalah ringkasan diskaun harga untuk perkhidmatan bas antara bandar...


Diskaun ini tertakluk kepada pemilik pas bulanan sahaja..ini bermakna keistimewaan dan keutamaan diberi kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari yang bekerja di Kuala Lumpur atau rangkaian yang dinyatakan sebelum ini...

Bagaimana cara hendak memohon pas bulanan?

Pengguna perlu memuat turun borang permohonan di laman www.spad.com.my atau mendapatkannya di kaunter-kaunter bas yang terlibat...hanya pemilik pas bulanan sahaja akan menikmati diskaun ini...

Friday, August 21, 2015

SPAD Suntik Dana Bantuan ISBSF Kepada Pengendali BAS Yang Terjejas!!!

0 comments

Bagi memastikan jaringan perkhidmatan pengangkutan awam terus dijaga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi bantuan kepada 172 pengendali bas henti-henti seluruh negara...

Bantuan ini merupakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) bagi meringankan beban pengendali-pengendali bas yang menghadapi kesukaran akibat peningkatan kos operasi dan pada masa yang sama dapat membantu meringankan beban pengendali bas akibat daripada laluan yang kurang menguntungkan terutamanya di kawasan luar bandar...

Sebanyak RM 10.3 juta telah diserahkan kepada wakil-wakil syarikat bas henti yang mana telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Albar bersama Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamad Kamal...

Penyerahan ISBSF ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada rakyat untuk menikmati keselesaan pengangkutan awam...untuk rekod, kerajaan telah menyuntik dana ISBSF sejak 2012 lagi...

Pada bulan Ogos, RM 28 juta telah dibayar kepada pengendali bas dibawah ISBSF...sehingga kini, sebanyak RM 386.16 Juta telah diperuntukkan...

Namun dana ini hanya bersifat sementara bagi memgatasi isu pengangkutan awam...ISBSF ini akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang mana akan menggunakan jenama myBas sebagai langkah bersifat jangka panjang...

Menurut Pegawai Eksekutif SPAD, EN. mohd Nur Ismal "Sepanjang pemberian dana ISBSF sejak 2012, ianya telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari yang merentasi 656 laluan di seluruh negara..."

Ramai yang tidak tahu betapa besar peranan SPAD bagi memastikan perkhidmatan bas yang terjejas akibat kekurangan penumpang di laluan bukan tumpuan dan peningkatan kos operasi terus beroperasi...semua ini bertujuan untuk kepentingan rakyat...





Thursday, August 20, 2015

PANAS!!FGV Nafi Naikkan Gaji Pekerja Dan Langgar Hak Asasi Pekerja!!!

0 comments

Felda Global Venture (FGV) menafikan tuduhan kononnya telah mengumumkan kenaikan gaji buruh seperti yang didakwa oleh Maybank Investment Bank..

Menurut laporan itu FGV telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji pekerja ladang mereka sebanyak 8-10 peratus. FGV dalam satu kenyataannya  menjelaskan tidak menaikkan gaji pekerja ladang, pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain berkuatkuasa 1 April 2015..

FGV menjelaskan "Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan sebagai entiti senarai awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami"

Kenyataan balas FGV ini susulan laporan media baru-baru ini, bertajuk, Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015.

Media kontroversi antarabangsa WSJ yang sebelum ini hangat dengan siri tuduh memburukkan imej 1MDB turut menyerang FGV dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia di ladang.

FGV sekarang ini menggaji kira-kira 33,720 pekerja asing menjelaskan syarikat itu mematuhi syarat-syarat dasar buruh dengan mematuhi gaji minimum dan tempoh minimum 26 hari bekerja dalam sebulan..semua pekerja asing diberi hak dan keistimewaan sama seperti rakyat Malaysia...

WSJ kita sudah tahu betapa putar belitnya media ini memainkan spekulasi memburukkan imej FGV...jika hendak diikutkan banyak lagi syarikat yang mengambil tenaga buruh dari luar berbanding rakyat tempatan namu ntidak pula di highlight kan sebagai berita sensasi...

Persepsi buruk ini sengaja disebarkan bagi menimbulkan kurang senang pelabur dan persepsi dunia terhadap institusi terulung negara FGV...selaku rakyat Malaysia..kita kena lebih rasional menilai berita-berita antarabangsa yang berniat jahat memburukkan negara kita...usah mudah percara bulat-bulat laporan media..dengar sahaja media antabangsa kita terus percaya walhal niat mereka tidak baik...hanya mahu menjahanamkan keamanan di Malaysia sahaja...

Monday, August 17, 2015

20 Komplot Jatuhkan Kerajaan...Dato Noraini Sudah Nafi...19 Lagi Bila?

0 comments

Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad membuat laporan polis sejurus membaca satu laporan media yang mengaitkannya dengan komplot jatuhkan kerajaan...

Beliau menafikan bahawa terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam komplot jatuhkan kerajaan...

Seorang sudah membuat laporan menafikan..kita tunggu 19 lagi..apa reaksi mereka...

Sekarang bukan masa untuk mencari siapa yang penyebar pendedahan 20 komplot ini...cumanya kita mahukan beranikah kesemua nama dalam senarai tersebut menafikan sepertimana yang dilakukan Dato' Noraini ini....

Tak salah...nafi saja.. tok sah berdiam diri...


Saturday, August 15, 2015

TERKINI!!!Malaysia Lanjutkan Tempoh Pengecualian VISA Rakyat Taiwan Kepada 30 Hari!!

0 comments

Dr Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri siang tadi mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian VISA kepada rakyat Taiwan selama 30 hari..

Pengumuman ini disampaikan oleh Dr Wee semasa menghadiri Majlis Perasmian Taiwan Education Fair 2015 di Dewan Tun Hussein Onn siang tadi...

Pada masa sekarang rakyat negara itu (Taiwan), diberi pengecualian VISA selama 15 hari namun memandangkan jumlah bilangan pelancong Taiwan kian meningkat maka kerajaan memutuskan untuk menambah 15 hari tempoh pengecualian VISA kepada 30 hari...

Daripada rekod yang diterima, pada tahun 2014, seramai 274,000 orang pelancong dari Taiwan malancong ke Malaysia dengan jumlah tukaran asing lingkungan RM 700,000,000...

Pastinya keputusan ini bakal menjadi satu lagi modal pembangkang untuk memburukkan negara kita...sebenarnya keputusan ini dibuat berikutan sebagai balasan kepada kerajaan Taiwan yang mana telah memberi tempoh pengecualian selama 30 hari sejak tahun 2013 lagi...

Ia keputusan yang tepat bagi memberi banyak ruang dan peluang lebih lama kepada pelancong Taiwan untuk melancong di negara kita..dan menurut Dr Wee, mengapa keputusan ini baru sekarang dibuat?ujarnya terdapat permintaan untuk berbuat demikian...

Tuesday, August 11, 2015

Sebab Kenapa Dana RM 2.6 Billion Datang Dari Timur Tengah & Bukannya Israel?

0 comments

SURAT TERBUKA UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.

Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.

Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?
Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Monday, August 10, 2015

Charlie Hebdo Hina Mangsa #MH370! MCA Desak Perancis Nyatakan Bantahan!!!

0 comments

Majalah kontroversi Charlie Hebdo yang berpengkalan di Perancis sekali lagi menghasilkan karya berunsur penghinaan..kali ini mangsa MH370 pula dijadikan bahan penghinaan...

Seperti tidak pernah serik dengan tregedi 7 Januari 2015 yang mana pejabatnya telah diserang pengganas mengakibatkan 12 terbunuh dalam satu tembakan rambang..

Akhbar ini kerap kali mengeluarkan karya berunsur penghinaan terhadap Islam, Nabi, Kristian, Khatolik dan budaya...

Terkini Charlie Hebdo mengeluarkan karya yang berupa penghinaan ke atas mangsa MH370...dengan imej tangan juruterbang..dan tertulis "Kami jumpa sebahagian daripada juruterbang dan pramugari"..

Betapa biadap sungguh akhbar ini.,langsung tidak mengendahkan perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa asalkan dapat hasilkan karya menghina orang lain...

Tindakan Charlie Hebdo ini berikutan penemuan berbagai objek dari pesawat MH 370 di Pulau Reunion, Perancis...

Mengulas tentang perkara ini, Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen mengesa pihak berkuasa Perancis dan Organisasi media seluruh dunia mengutuk majalah satira tersebut...

"MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang sering kali dipaparkan majalah itu), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan"

Syabas kepada MCA yang bertindak tangkas menyuarakan ketidakpuasan hati tentang karikatur biadap ini...bila hal begini tidak ada seorang pun pemimpin dari pakatan pembangkang cuba membela nasib keluarga mangsa bahkan dari awal lagi insiden ini berlaku mereka tidak ambil serius..tiada pula kedengaran bantahan tentang karikatur ini...tang insiden loyat cepat saja bertindak...inilah sifat pemimpin pakatan pembangkang yang bermuka-muka dan memilih isu untuk popular...


Saturday, August 8, 2015

12 Kenderaan Disita Dalam Ops Tegas (Grab Car & Uber) - @SPADChannel

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya melaksanakan satu Ops Tegas (Grab Car dan Uber) yang tiada lesen kenderaan pengangkutan awam...

Operasi yang dijanalankan di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang semalam telah berjaya menyitar 12 buah kenderaan..Kenderaan yang ditahan itu adalah 4 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Axia, Sebuah Proton Preve, Sebuah Toyota Camry, Sebuah toyota Vios, Sebuah Honda Jazz, Sebuah Honda City, Sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet.


Kesemua 12 kenderaan yang disita dibawa ke tapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah...tidak serik-serik mereka ini..bukannya mereka tidak tahu tindakan tersebut jika ditangkap akan mengundang padah..jika berminat betul dalam bisnes ini apalah salahnya terus ambil lesen dan pandu teksi..itu lebih elok daripada bawa guna kenderaan sendiri..tak pasal-pasal kenderaan disita...

Mulalah nak merepek nanti menyalahkan SPAD tutup periuk nasi engkorang...padahal sendiri langgar undang-undang..apa yang SPAD buat ni sebenarnya untuk melindungi pemandu-pemandu teksi lain.


Jika perkara ini tidak dipantau ia akan bercambah lebih banyak...Dan periuk nasi pemandu-pemandu teksi akan terjejas teruk...pada masa yang sama, penumpang yang menaiki kenderaan ini tidak akan dilindungi oleh undang-undang...




Idirs Jusoh Nafi Keluar Kenyataan "Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan Jika Tak Suka Kerajaan"

0 comments

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional". 

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

Pengesahan #MH370 - Rahmat Buat Malaysia...Usah Tanam Persepsi Negatif!!!

0 comments

Pengesahan mengenai sayap pengimbang dijumpai di Pulau Reunion, Perancis baru-baru ini telah mengakhirkan penantian lebih setahun lalu...pastinya pengesahan ini melegakan semua ahli keluarga mangsa pesawat malang MH370...penemuan ini adalah permulaan untuk kita menanti penemuan objek MH370 seterusnya terutamanya Kotak Hitam..

Pengesahan ini bukan perkara yang boleh dibuat main..ia diibaratkan sebagai satu rahmat buat negara kita dan ahli keluarga mangsa..di saat pemimpin negara kita diserang dengan pelbagai fitnah..Allah SWT telah menemukan kita penantian yang dinanti-nantikan..ia adalah satu rahmat buat kita semua...

Menceritakan bagaimana pengesahan dibuat, ia diambil kira daripada ciri-ciri yang sepadan dengan rekod milik syarikat Malaysia Airlines (MAS)...

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan berkata "Konklusi Penemuan itu tercapai apabila pasukan teknikal mendapati rekod-rekod teknikal dan penyelenggaraan MAS sama dengan flaperon yang ditemui"

Walaupun tidak ada tanda-tanda unik terdapat pada sayap berkenaan namun, Serge Mackowiak seorang pendakwaraya menganggap ianya satu 'anggapan yang kukuh' milik MH370...

Mackowiak berkata, keputusan itu adalah berdasarkan data teknikal yang dibekalkan oleh kedua-dua pengeluar dan syarikat penerbangan...

Liow turut senada dengan Mackowiak, biarpun tiada bukti yang kukuh, "pengesahan tersebut dibuat berdasarkan lokasi penemuan flaperon yang konsisten dengan corak hanyutan yang telah ditentukan oleh pasukan pakar terpilih.

"Tanpda bukti fizikal, tentu sukar untuk kita tentukan. Sekarang kita sudah menemui flaperon ini yang diharapkan dapat mendekatkan kita kepada lebih banyak penemuan seterusnya merungkai misteri kehilangan MH370" kata Liow..

Liow mengesahkan mesyuarat tiga negara Malaysia, China dan Australia akan diadakan untuk menentukan fasa pencarian seterusnya.

Setakat ini kita hanya mengetahui bahawa sayap tersebut adalah milik Boeing 777...ini antara bukti yang kukuh untuk meneruskan misi pencarian seterusnya...

Sejak dari kehilangan MH370 lagi, banyak spekulasi liar telah tersebar..ada yang mendakwa kapal disembunyikan di Diego Garcia..ada yang mendakwa ia dirampas oleh Amerika...sehingga penemuan sayap ini pun spekulasi masih lagi negatif...agaknya jika kotak hitam MH370 ditemui pun pastinya spekulasi negatif tetap tersebar...

Kita menantikan jawapan tetapi bila ada tanda-tanda penemuan kita bersifat negatif...sampai bila??

Friday, August 7, 2015

FGV Perlu Rebut Peluang Keemasan Beli Saham EHP, Indonesia!

0 comments

Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia agar hasilnya memberi pulangan yang menguntungkan...

Rancangan pembelian EHP telah dibentangkan oleh FGV, namun kini terpulang kepada pemegang saham untuk membuat keputusan yang mana dijangkakan keputusan bakal diketahui Ogos ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bulan ini...

Keputusan yang bakal dibuat ini akan menentukan masa depan Felda..bukan senang nak dapat peluang keemasan ini...ketika persepsi pembangkang mengatakan FELDA bakal bankrup kerana telah keluar dari list bursa saham, dalam diam FELDA melebarkan sayapnya dalam usaha niaga saham...

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan EHP pada harga US$ 680 juta dalam bentuk tunai dan saham..

Perjanjian ini telah menyaksikan Rajawali Group memiliki saham sebanyak 2.6 peratus asas saham FGV...dengan ini bermakna FGV akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.

Kepentingan dalam EHP ini akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit dalam FGV...pelaburan yang jarang diterima ini memang amat berbaloi..pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan potensi FGV..sudah tentu persepsi buruk terhadap FGV akan terus dimainkan...bila persepsi merudum makanya imej FGV akan buruk...inilah yang dimahukan oleh musuk yang tidak senang dengan kemajuan FELDA..

Tengok saja kes segitiga emas tanah TRX...bagaimana persepsi dibentuk untuk memberi imej buruk kepada TRX sampai terpaksa dijual dan berjaya menggagalkan usaha pelaburan jangka panjang...ini semua dilakukan atas kepentingan peribadi...

Apa yang dikehendaki ialah peneroka perlu terus yakin dengan potensi pelaburan yang ada pada FGV...

Pakatan Yakin SPRM Bersama Mereka?Lucunya!!!

0 comments

Selama ini SRPM berkhidmat tidak pernah mana-mana pemimpin mahupun BN mengakui bahawa SPRM bersama BN...

Bila ada krisis baru-baru ini yang melibatkan SPRM...seperti biasa Pakatan akan ambil kesempatan...betapa jahilnya pemimpin pembangkang apabila mereka secara terang-terang mengakui bahawa SPRM kini bersama pakatan..

Sungguh mengaibkan pengakuan ini..masihkan PAKATAN ingat?kematian Teong Beng Hock?dulu menuduh SPRM macam-macam..

Alang-alang Pakatan mengaku SPRM bersama mereka adalah lebih elik SPRM ceritakan perkara sebenar tentang kematian Teoh dan Pakatan perlu menerima jawapan tersebut dengan terbuka....ada bran?

Thursday, August 6, 2015

@NajibRazak Sahkan Serpihan Flaperon Ditemui Di Pulau Reunion Milik #MH370

0 comments

PRIME MINISTER’S OFFICE
MALAYSIA                  
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE                  
62502 PUTRAJAYA                                                                                       
________________________________________________________________________________________________
6 August 2015

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370 

On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board. 

The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located. 

Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the pain of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean. 

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search. 

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation. 

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

ENDS

Tuesday, August 4, 2015

Derma Bukan Rasuan Jika Difahami Dalam Konteks Yang Betul..Fikirlah Dengan Hati Terbuka..

2 comments

Susulan pengumuma SPRM bahawa wang sejumlah RM 2.6 billion didermakan kepada Najib..ramai orang yang buat-buat bodoh sampai mengecilkan pemahaman derma itu..asal derma saja kata rasuah adakah ini minda orang kita?

Teruk sugguh persepsi...aku bagi contoh...jika seorang anggota polis dalam keadaan sakit...kita datang ziarah dan berilah sedikit derma untuk dia membeli ubat...adakah ini dinamakan rasuah..jawapannya tidak..lainlah jika polis tu diberi derma untuk tujuan menyalahgunakuasa urusan kerjanya...itu barulah dikatakan rasuah..

Sampaikan cakap derma saja terus dicop rasuah..apakah kalau kita derma darah dipanggil rasuah..tidak sama sekali...nak faham tu biarlah hati dan minda yang terbuka...

Dalam konteks kes Najib..dia memang tidak bersalah...kenapa dia tak salah?adakah sebab dia PM..bukan..kerana wang tu disumbang untuk Najib..lainlah kalau wang itu disumbang untuk bantu mangsa banjir...dana 1MDB..dan masuk ke akaun Najib..itu barulah namanya seleweng dan boleh disabitkan salah...

Janganlah kecilkan konteks derma..kesian penyokong PAS...mereka kerap derma kepada tabung tin Milo..tu pun dilabel rasuah..tidak adil jika kita menjatuhkan hukuman bersandarkan persepsi...

Jika derma saja dikatakan rasuah..maka ramailah peminta sedekah dihukum SPRM...benda simple pun xfaham...

Monday, August 3, 2015

SPRM Sahkan RM 2.6 Billion Ke Akaun @NajibRazak Adalah Sumbangan Peribadi...

2 comments

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

Sunday, August 2, 2015

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu #PABM2015 Janji Prestij Tersendiri!

0 comments

Malaysia sekali lagi bakal manganjurkan acara tahunan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang mana akan bermula pada 4-8 Ogos 2015...

4-6 Ogos peringkat awal dan pertandingan akhir akan dilangsungkan pada 8 Ogos 2015 di PICC Putrajaya...semua rakyat perlu ambil kesempatan menarik ini melihat sendiri bagaimana tamadun bahasa Melayu kita digunakan oleh orang seantero dunia..

Masa nilah kita nak tengok mat Saleh, orang China, dan arab cakap Bahasa Melayu..kalau didengar pidato pada tahun lepas, mereka lagi hebat menggunakan bahasa ibunda kita dari kita yang berbahasa Melayu seharian...

PABM ini telah dianjurkan sejak 2007 lagi yang mana mendapat sokongan padu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama beberapa institusi lain, pentas PABM bakal menjadi medan oertemuan pemidato Bahasa Melayu dari seluruh dunia..

Hebat bukan!


Dijangkakan, seramai 71 peserta dari seluruh dunia bakal menunjukkan keupayaannya berpidato menggunakan bahasa Melayu!Terdapat 3 kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universigi Malaysia (MADUM).

PABM Piala Perdana Menteri bakal menjadi rebutan pemidato seluruh dunia...mampukah pemidator dari Malaysia menjadi juara dalam pertandingan berprestij ini?sama-sama kita nantikan pertarungan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang akan bermula 4 Ogos Ini..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA