networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, July 31, 2015

Harga Minyak Ogos 2015 Tidak Naik! Rakyat Bersyukur Turun 10 Sen!

0 comments
Gambar Sekadar Hiasang!
Harga minyak pada bulan ogos ini tidak naik seperti yang diinginkan rakyat...kerajaan bertindak kejam apabila menurunkan tidak menaikkan harga minyak tetapi sebaliknya..

Agendanews turun menyebarkan maklumat tentang penurunan harga minyak..
RM0.00 TURUN...harga RON95,RON97 dan diesel turun 10 sen untuk bulan Ogos.Maka RON95 RM2.05,RON97 RM2.45 dan diesel RM1.95-Agendanews
Rakyat terpaksa menanggung beban ekoran harga minyak tidak naik tetapi turun...haha


Kenapa PAS Kutip Derma Tabung Kebajikan Guna Akaun Parti?Cubaan Penyelewengan Yang Rakyat Tak Nampak!!

1 comments

Isu sumbangan sesuatu pihak ke akaun peribadi kini menjadi viral kononnya sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun peribadi Najib merupakan satu kesalahan..dalam kes ini sumbangan dana untuk individu bersifat peribadi tidak salah..ini akan jadi satu kesalahan jika tujuannya untuk sesebuah yayasan tetapi diseleweng masuk ke akaun pihak lain..takrifan ini barulah dikira salah di sisi undang-undang...

Dan sekiranya seseorang dermawan ingin memberi sumbangan peribadi dan wang itu dimasukkan ke akaun peribadi..ia tidak salah..dan terpulanglah kepada individu itu untuk digunakan untuk tujuan apa...

Demikianlah kisah sumbangam masuk ke akaun bank..isu ini bukan perkara baru..Parti Islam Malaysia PAS yang selama ini gemar menggunakan metod meminta sumbangan, sumbangan tabung tin milo..tabung kebajikan..masalahnya timbul adalah apabila parti itu menjalankan sumbangan atas nama TABUNG KEBAJIKAN tetapi akaun yang tertera adalah atas nama parti..perkara ini semacam tidak ada satu kesalahan pun..mungkin ianya tidak diambil endah kerana parti itu dikelilingi oleh lebai2 PAS...

Sebenarnya jika kita menjalankan sesuatu pungutan tabung derma..ianya perlulah dimasukkan ke dalam tabung kebajikan yang bersempena nama pungutan derma itu...

Kenapa tiada siasatan dilakukan terhadap parti itu sehingga kini?apakah kita merelakan penyelewengan ini terus berlaku?

"Betulkan Yang Biasa..Biasakan Yang Betul!!"

Wednesday, July 29, 2015

#MH17 - @LiowTiongLai Wakili Malaysia Bentang Resolusi Tribunal MH17 Di Majlis Keselamatan PBB!!

0 comments

Selepas setahun tragedi MH17, akhirnya Malaysia membawa usul di Majlis keselamatan PBB untuk mendapatkan sokongan dari kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17..

Bagi merealisasikan hasrat ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai, selaku Menteri Pengangkutan akan mewakili Malaysia di New York hari ini, 29 Julai 2015..Malaysia bersama 4 lagi negara anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan cuba sedaya upaya mengesa siasatan yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa...

Berikut adalah kenyataan Media dari DS Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan...


KENYATAAN AKHBAR 
OLEH YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI 
MENTERI PENGANGKUTAN

Malaysia Bentang Resolusi Bagi Tribunal MH17 Di Majlis Keselamatan PBB 

Saya akan mewakili negara di New York pada hari Rabu, 29 Julai 2015, di mana Malaysia bersama-sama dengan empat lagi anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan berusaha bagi mendapatkan sokongan dari kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17.

Hampir setahun yang lalu, Majlis Keselamatan ini telah sebulat suara untuk menerima pakai Resolusi 2166 secara konsensus beberapa hari selepas insiden malang tragedi MH17. Majlis ini juga telah mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut dan menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi tersebut juga turut menyeru semua Negara anggota untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan antarabangsa dan menuntut mereka yang bertanggungjawab dalam insiden ini ke muka pengadilan.

Sekali lagi, kita berada di fasa penting dalam usaha berterusan Negara menyeru Majlis Keselamatan PBB ini supaya mengotakan ikrar dan janji mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dalam insiden MH17 agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Dalam hal ini, penubuhan satu tribunal jenayah antarabangsa ad hoc adalah amat wajar dan perlu dilakukan.

Masyarakat dunia, khususnya rakyat Malaysia akan terus meratapi kehilangan 298 nyawa yang tidak berdosa dalam tragedi malang ini. Malaysia kekal komited dan fokus dalam menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab bagi tragedi ini menerima hukuman yang setimpal.

[TAMAT]

Biarpun Dipecat, Muhyiddin Akan Terus Bantu @NajibRazak Sebagai Presiden UMNO!!!

1 comments

Sure pembangkang rasa gersang bila mereka menantikan ayat-ayat klimaks dari Muhyiddin untuk dijadikan modal balun Najib ketika sesi sidang media bersama Muhyiddin...
Ternyata beliau tidak langsung memberi signal akan memerangi YAB Perdana Menteri sebaliknya Muhyiddin menegaskan beliau tidak ada masakah membantu Najib dalam UMNO dan tiada masalah untuk bekerjasama...

See! tuan badan sendiri yang dipecat masih releks dan cool kenapa pula penyokong kedua belah nak berperang..biasalah politik...tukar masuk portfolio tu perkara normal...janganlah emo sangat sampai nak tumbangkan Barisan Nasional!

Ikuti beberapa petikan dari Muhyiddin sebentar tadi..

Saya tanya adakah saya dipanggil kerana saya terlibat dengan rombakan? Beliau (Najib) jawab ya, adakah saya tidak tersenarai, Beliau susah nak jawab tapi angguk,” kata Muhyiddin

Saya mahu ahli parti tumpu kepada usaha pengukuhan parti, jangan terlalu berfikir soal pengguguran saya dari Kabinet.

Muhyiddin janji akan teruskan khidmatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai muslim saya tidak boleh berbohong. sebab itu jika sesuatu isu berbangkit, saya mesti bagi pandangan

Sama ada saya akan bersama platform Tun Mahathir atau tidak, itu tidak penting, tetapi apa yang paling penting ialah buat yang terbaik untuk rakyat

Saya tidak fikir kedudukan saya dalam Umno sebagai timbalan presiden akan terguggat

Saya menasihatkan semua penyokong saya supaya memberi keutamaan kepada parti dan negara dan tidak membuat sesuatu yang boleh menyebabkan perpecahan Melayu

Muhyiddin berterima kasih kepada bahagian UMNO yang terus beri sokongan kepadanya terutama Johor, sedia hadir rasmi mesyuarat perwakilan

"Saya akan sentiasa bercakap benar- itu adalah janji saya kepada rakyat dan negara," kata Muhyiddin.

Muhyiddin jelaskan beliau ada menerima facts sheet (surat rahsia) berkenaan 1MDB. Tapi itu tidak memadai.

"Saya tidur dengan nyenyak walaupun saya berjaga lewat untuk membaca kata-kata sokongan di media sosial" kata Muhyiddin."

Saya tidak fikir ada masalah untuk saya bekerjasama dengan presiden parti (DS Najib)

Banyak (ramai) orang masih terkejut. Saya adalah orang bertanggungjawab, maka saya perlu lakukan tugas dengan amanah.

Saya akan terus bekerjasama dengan Najib yang memang menjadi tugas saya untuk membantu Presiden.

Peletakan Jawatan Muhyiddin, MB @KhaledNordin Luah Pendapat!

0 comments

Hari ini, Menteri Besar Johor telah mengeluarkan kenyataan media yang cuba memberi respon terhadap rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri semalam...

Dari apa yang tertulis, ternyata MB Khaled Nordin bernada tenang dan tidak membangkitkan emosi kedua belah pihak..MB dalam kenyataan tersebut menghormati keputusan PM, Najib Razak...

Pada masa yang sama juga, tidak melarang mana-mana bahagian di Johor untuk menjemput Muhyiddin atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan UMNO bahagian...berikut adalah kenyataan medianya:

KENYATAAN MEDIA

YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR 

BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015.

1. Semasa YAB Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1MDB.

Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Kita mendoakan barisan kabinet yang baharu dibentuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.

2. Dalam pada itu, perlulah juga diambil peringatan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Timbalan Presiden Umno, dan diharap semua pihak terus menghormatinya. Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat Umno bahagian masing-masing. 

3. Saya berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran.

Ends.

Tuesday, July 28, 2015

@NajibRazak Ikut Seruan Tun M Pecat Orang Yang Tak Sehaluan...

2 comments

Sebelum ini aku ada tulis betapa tindakan Najib menyingkirkan TPM, TSMY serupa tindakan Tun M singkirkan Anwar suatu ketika dahulu...dahulu Tun M ada cakap jikalau dia berada di kerusi Najib beliau akan menyingkir yang tidak sehaluan dengannya..

Sekarang kita sudah nampak betapa anak jantannya Najib..harap lepas ini Najib akan mula pencak silat gaya mahathir?ala diktator..sama2 kita tunggu dan lihat...dulu pun Mahathir tak banyak sokongan...tapi dia tabah..harap sengat ini ada pada DS Najib Razak..

Ikuti temubual bersama Tun M yang mengatakan beliau akan pecat orang tak sehaluan jikalau menjadi Najib...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu. -Sinar

Anggota Kabinet Baru Bermula 29 Julai 2015..Najib Singkir Muhyiddin Dari Jawatan TPM..Suasana Hampir Serupa Ketika Tun M Menyingkirkan Anwar Dari Jawatan TPM....Berat Tapi Perlu!

4 comments

Sungguh aku tak sangka betapa beraninya Perdana Menteri menyingkitkan orang no 2nya dari kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri...begitulah tegasnya Najib bagi memastikan angota kabinet terus bergerak dalam satu saf yang padu...

Ini penting betapa keutamaan bahtera lebih didahului daripada hubungan akrab...penyingkiran ini mengingatkan aku kes Tun Mahathir menyingkirkan TPM yang ketika itu Anwar Ibrahim..Tun M memang susah nak percaya cakap orang sehinggalah saat dia terpaksa menyingkirkan Anwar..

Punyalah sayangnya Tun M ketika itu kepada Anwar sampai tak percaya kata2 orang...begitulah kisah yang hampir serupa dilalui oleh Najib...biarpun berat tapi perlu!

Baca petikan kenyaataan Media Perdana Menteri di bawah dan anggota kabinet yang baharu berkuatkuasa 29 Julai


Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET

 Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:
 (i)      YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
 (ii)     YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
 (iii)    YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
 (iv)    YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
 (v)     YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
 (vi)    YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
 (vii)   YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

 (Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:
 YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
 YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
 YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
 YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;

 (v)     YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
 (vi)    YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
 (vii)    YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
 (viii)   YB Tuan Masir anak Kujat; dan
 (ix)    YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015 




Peguam Negara, Gani Patail Ditamatkan Perkhidmatan Atas Sebab Kesihatan!

0 comments

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mengumumkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa perkhidmatan Tan Sri Abd Gani Patail sebagai Peguan Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab kesihatan..

Kini jawatan tersebut disandang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa semalam.

Mesti macam-macam  FIRASAT keluar bila penamatan Gani Patail...biarkan si FIRASAT dengan labu-labunya..dengar cerita Gani yang minta bersara awal...dianoun dah tak sihat..kena dialisis..


Monday, July 27, 2015

MB @KhaledNordin Cadang Kerajaan Pusat Isytihar Gred Gaji Syarikat Swasta....

2 comments

Kerajaan Johor mencadangkan kerajaan pusat agar syarikat swasta membuat gred gaji agar syarikat swasta di negeri Johor dapat menilai semula gred gaji...ini cadangan yang baik agar rakyat negeri Johor tidak berhijrah ke negeri lain...satu cadangan yang baik bagi memastikan ralyat kita menjana ekonomi untuk negeri kita...

Salah satu sebab mengapa anak negeri Johor yang pakar dalam bidang dan sektor tertentu hijrah ke tempat lain adalah kerana gaji dan kadar upah yang tinggi...jikalau cadangan ini direalisasikan pastinya anak negeri Johor tetap akan berbakti untuk negeri kita...

Tahniah MB, Khaled Nordin atas cadangan ini...selaraskan gaji sebagaimana yang dilakukan oleh sektor kerajaan..

Saturday, July 25, 2015

Penamatan Star Cruises : Guan Eng Memalukan Diri Sendiri !

2 comments

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan kerajaan pusat atas penamatan Star Cruises di Pulau Pinang telah memalukan diri sendiri..Seperti biasa tindakan Guan Eng ini memang sudah jadi amalannya..apa sahaja kekhilafan yang berlaku akan dituding kepada pihak lain..baik kepada pihak kerajaan pusat Barisan Nasional mahupun kerajaan BN terdahulu di Penang..

Itu sahaja yang dia akan lakukan bagi mengelakkan dirinya dipersalahkan...bahkan ini adalah gameplan yang sama dilakukan oleh mana-mana pemimpian pakartoon..mengakui kesalahan diri memang amat jauh sekali...yang mereka tahu hanya menuduh pihak lain..

Perkara ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Tan Teik Cheng mengakui bahawaini tindakan lazim pemimpin itu...Kenapa Guan Eng tidak menyalahkan pihak Star Cruises sendiri yang menamatkan pelayaran di Penang?

Sebenarnya, keputusan Star Cruise untuk menamatkan perkhidmatan di Pulau Pinang sejak 15 Julai adalah keputusan perniagaan di mana mereka ingin menumpukan laluan pelayaran di antara Taiwan-Jepun..apakah perkara ini harus dipersalahkan kepada Barisan Nasional?

Mengapa Guan Eng tidak memuji Barisan Nasional apabila SuperStar Libra telah mula berlabuh di Pelabuhan Pulau Pianang selama Lima tahun sejak 2010..sedikitpun kita tidak dengar yang Guan Eng mengwarkan Star Cruise berlabuh di Pulau Pinang dahulu...

Bawah ini kita lihat bagaimana Kementerian Pengangkutan menyanggah kenyataan tidak beretika Guan Eng! Memalukan sungguh tindakan Guan Eng ini!!!
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
 
Dengan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini , Ketua Menteri Pulau Pinang, menuduh Kementerian Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung dengan penamatan Star Cruises dari Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan ingin menyatakan dengan jelas, fakta-fakta seperti berikut: 
1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik. 
2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran. 
3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas. 
4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia. 
5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran. 
6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf. 
7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT. 
8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera. 
9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan. 
10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran. 
11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan. 
12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga. 
13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab. 
14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur. 
[TAMAT]

Wednesday, July 22, 2015

Anak Jati Johor Cipta Lagu "Cerita Kebenaran" Sempena Hari Lahir @NajibRazak Ke-62

1 comments

Seorang anak jati dari Kota Tinggi, Johor telah menghasilkan sebuah lagu bertajuk "Cerita Kebenaran" yang dihadiahkan khas kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sempena ulang tahunnya ke-62...

Lagu ini dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Denai (rd Razif) telah mendapat sokongan Yayasan Mesra..impian anak muda ini menghasilkan lagu "Cerita Kebenaran" telah menarik perhatian Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Pengerusi Yayasan Mesra) selepas mendapat tahu kesungguhan anak muda ini menterjemahkan betapa perit getirnya seorang pemimpin negara dalam mentadbir negara...

Tidak ramai anak muda seperti ini yang bersungguh-sungguh ingin menterjemahkan penghargaannya melalui dendangan lagu...ketika pertama kali mendengar lagu ini, naluri saya terus menangkap kalbu betapa besarnya pengorbanan yang harus dilalui seorang pemimpin negara..pada ketika ini Najib berada dalam keadaan yang sungguh mencabar yang mana memerlukan kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dan fitnah yang direka pihak tidak bertanggungjawab untuk menggulingkannya...insya'allah Kebenaran akan muncul jua...



Menceritakan bagaimana tercetusnya lagu ini, Pengerusi Yayasan Mesra, Datuk Ehsanuddin menceritakan pengalamannya apabila didatangi anak muda tersebut, "anak muda ini ingin menyampaikan betapa YAB PM berusaha untuk membantu rakyat...menghayati kegigihan Najib memimpin negara..saya mengambil pendekatan positif apabila anak muda ini berjumpa saya untuk menghasilkan lagu ini...anak muda ini boleh nampak kegigihan Perdana Menteri mentadbir negara masakan kita dalam pentadbiran tidak nampak.."

"Saya suka pendekatan anak muda ini..kita sebagai orang Islam perlu menekankan aspek positif..kebenaran akhirnya akan terserlah akhirnya..kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa membuktikan seseorang itu bersalah..ketika ini kita memerlukan kekuatan dan keupayaan untuk tolak tohmahan..tidak bersangka buruk..beliau memimpin rakyat sudah lama mana mungkin kita boleh menghukum dengan masa yang singkat..."ujar Datuk Ehsan lagi..

Dipihak kami ingin mengucapkan syabas kepada Denai atas usaha anda menghadiahkan lagu ini kepada YAB Perdana Menteri..tidak ramai anak muda seperti anda!!!!

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO' SERI NAJIB! SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA DATO' SERI MENGHARUNGI UJIAN INI...AMIN...

Saksikan Klip lagu CERITA KEBENARAN dibawah...




Nukilan
Insan Kerdil
Khas buat pemimpin

Ku hanya mampu memerhati
Aku mengerti, aku merasai
Pedihnya kau menahan hati
Separuh mati

Kau di hukumi
Sebelum di adili
Kau di sanggahi
Rakan taulan sendiri

Pedihnya tak terperi
Berdiri pun bertongkat bukti
Tidak semata maruah diri
Sesungguhnya Ya Rabbi demi hak dan hakiki

Namun wahai pemimpin
Tabahi lah. Gagahi lah.
Tawakkal lah. Yakin lah.

Bila tiba ketikanya nanti
Dengan izin ketentuan Illahi
Tuhan Maha Mengetahui
Lagi Maha Menguasai
Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi

CERITA KEBENARAN 
azali abadi
Akan bersamamu, pasti
Menemani
Mengiringi

Ikhlas 
dari insan kerdil
Kota Tinggi

Monday, July 20, 2015

Jawapan Balas Dari Anak Jati JOHOR Untuk @SepuraOthman Tentang Kenyataan MELAYU Perlu Bertolak Ansur!!!

7 comments

Sajak buat Rara

Melayu perlu lebih tolak ansur 

1/10 Melayu terkaya di Malaysia, Melayu perlu tolak ansur

Kerakyatan diberi kepada kaum lain, Melayu perlu lebih tolak ansur

Sekolah vernakular  dan bahasa ibunda boleh diamalkan tidak seperti di Indonesia , Melayu perlu lebih tolak ansur

Nenek moyang kita sudah lama bertolak ansur, Melayu perlu lebih bertolak ansur

Agama islam dihina terang-terangan, melayu perlu lebih tolak ansur

Bendera dan lagu negara dihina, Melayu perlu bertolak ansur

Orang melayu paling banyak miskin dan gaji kaum terendah, Melayu perlu tolak ansur

Populasi Melayu 70%, ekonomi masih tak sampai 30%, melayu perlu lebih tolak ansur

Agama , budaya dan perayaan bebas dianuti kaum lain, Melayu perlu bertolak ansur

Semua kaum boleh berniaga , Melayu perlu lebih tolak ansur

Rumah ibadat agama lain dimerata tempat, melayu perlu lebih tolak ansur

IPTA IPTS PTPTN juga dinikmati kaum lain, Melayu perlu lebih bertolak ansur

Bekalan dan org tengah dimonopoli kaum lain, seringkali juga ditipu , Melayu perlu lebih bertolak ansur

Bercakap tentang hak orang Melayu dianggap rasis , Melayu perlu lebih tolak ansur

Semua kaum perlu bertolak ansur. negara ini dibina atas kesaksamaan bukan sama rata.Jika tidak jurang antara kaum akan terus melebar.

Bangsa Melayu dah lama berkongsi dan bertolak ansur sama sama menikmati kemakmuran di bumi Malaysia walaupun ditolak beransur ansur, mungkin melayu belum cukup bertolak ansur

Oleh : Iskandar, Anak Jati JOHOR

MCA Rancang Anjur Rumah Terbuka Low Yat Bantu Pulih Low Yat!!DAP Siang-Siang Sudah Kena Game!!!

1 comments

Sebelum ini aku ada publish satu artikel tentang insiden sebenar yang diperolehi daripada pihak Polis..boleh rujuk di SINI tentang insiden tersebut...

Sebelum ini juga Pakatan pembangkang telah menjalankan satu sidang media di bangunan Low Yat tapi metod usaha mereka hanya nyatakan sokongan dan menyalahkan Barisan Nasional...jelas tidak menyelesaikan masalah..hanya mahu raih politik murahan sahaja..

Secara jelasnya DAP tidak membantu apa pun...tak semena-mena muncul MCA dibawah Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai datang dan mencadangkan anjur rumah terbuka di Low Yat dengan tujuan memulihkan kembali imej Low Yat yang dikhabarkan kerugian 40-50% sejak insiden tersebut berlaku...

Tindakan ini telah membuka mata peniaga Cina betapa MCA benar-benar memenangi hati orang Cina..

Agak hairan juga bilamana ada orang memperlekehkan usaha MCA ini untuk membuka sambutan Rumah Terbuka...bukannya kita tidak tahu MCA membela Cina..MIC membela India dan UMNO membela Melayu..semua ni komponen dalam BN...

Bila tak dibantu kita cakap MCA tak buat kerja...bila MCA buat macam ni ada yang cakap MCA membela peniaga penipu..semua tu hanya mainan persepsi untuk menggugat kestabilan negara sahaja...

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai "kami ingin membantu dengan apa cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembaki normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40-50%"

"MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya di Plaza Low Yat"


Turut menemani Tiong Lai ketika sesi lawatan di Low Yat tempohari ialah Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon...

Hentikanlah memperikai usaha MCA ini..kita mahu MCA menjuarai isu rakyat Cina..takkan nak suruh DAP pula buat Umah Terbuka..

Insiden Sebenar Kes Low Yat Didedahkan Facebooker @YuseriYusoff!! Sebarkan Biar Ramai Tahu Kebenaran!!!

0 comments

Aku dari awal lagi memandang isu low yat ni macam ada yang tak kena..kita lihat bermacam versi cerita tentang insiden ini..ada yang kata ANAK MUDA Melayu kena tipu..ada yang kata kes curi...jika benar kes ini penipuan peniaga Cina..mana bukti resit pembelian yang mengatakan ANAK MUDA MELAYU itu ditipu selepas membeli telefon?

Low yat memang semua tahu menjual barangan elektronik yang murah..tipu atau tidak tu belakang cerita.kes ini melibatkan kemusnahan harta benda...jom baca pendedahan sebenar tentang insiden Low Yat ini yang mana ditulis oleh Facebooker Yuseri Yusoff!!!

1. Masih ramai melambakkan kesalahan ke atas PDRM berhubung isu rusuhan di Plaza Low Yatt.

2. Lebih malang bila timbul tuduhan PDRM sengaja memerangkap dua lelaki Melayu.

3. Bermakna, kita enggan menerima hakikat bahawa cerita lelaki itu telah ditipu peniaga HP tidak wujud.

4. Sebaliknya, dua orang lelaki (A dan B) pergi ke Plaza Low Yatt, di mana si A naik ke aras satu (ground floor) kemudian melarikan HP.

5. Dalam usaha untuk melarikan diri, si A dari (ground floor) telah terjatuh di depan kedai OPPO (underground floor).

6. Lalu jurujual OPPO bantu menangkap si A ekoran terdengar jeritan dari di tingkat atas (ground floor).

7. Perbuatan si A yang melarikan HP tidak diketahui si B kerana dia berada di aras bawah (underground floor)

8. Melihat rakannya si A ditangkap jurujual kemudian ditahan security, maka si B cuba membantu.

9. Usaha itu gagal dan security bertindak hubungi polis, lalu kedua-dua ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee.

10. Semasa disoal siasat, si A mengaku mencuri HP serta ambil dadah sebelum ke Plaza Low Yatt.

11. Dalam soal siasat ke atas si B, didapati si B memang tidak tahu perbuatan si A yang melarikan HP.

12. Jadi, di atas budi bicara IO melepaskan si B manakala si A pula ditahan lokap.

13. Sejurus dibebaskan, si B yang masih tidak berpuas hati kerana turut ditangkap sedangkan bukan dirinya melarikan HP.

14. Kembali semula Plaza Low Yatt bersama geng lalu menyerang dan memecahkan barangan di kedai OPPO.

15. Kalau benar lelaki itu tertipu semasa membeli HP, ada sesiapa boleh tunjukkan resit pembelian?

16. Akhir sekali, kena faham kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

17. Maka mahkamah membebaskan dengan ikat jamin RM3k sementara menunggu tarikh perbicaraan semula.

18. Mereka bukan dibebaskan kerana hakim putuskan tidak bersalah, bicara pun belum sudah ada group FB menjatuhkan hukuman PDRM bersalah dan terbukti menipu.

Sunday, July 19, 2015

PANAS!! Pengakuan Lester Melanyi -Tony Pua Perlu Letak Jawatan Dari PAC!

2 comments

Susulan pendedahan dan pengakuan yang dilakukan oleh Lester Melanyi, serta kegagalan Tony Pua untuk melakukan sebarang penafian terhadap dakwaan yang dilemparkan ke atasnya, pengamal media dilihat mula mengenakan tekanan dan mendesak beliau meletakkan jawatan dari Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC).

Untuk rekod, selepas tersebarnya video pengakuan oleh Lester Melanyi, hanya Rafizi Ramli yang membuat penafian.
Dear Man in the net. Kindly step down from PAC.Its the most honorable thing to do rite now. In fact it will be the...
Posted by The Lagenda on Friday, July 17, 2015 
@TonyPua Must Resign from PAC Immediately The recent confession by Ex Sarawak Report Editor Lester Melanyi that DAP...
Posted by Info 1MDB Andaon Friday, July 17, 2015 
@TonyPua Must Resign from PAC Immediately The recent confession by Ex Sarawak Report Editor Lester Melanyi that DAP...
Posted by Friends Of Perdana Menteri on Friday, July 17, 2015
SELANJUTNYA DI SINI

Kemeriahan Hari Raya Bersama Masyarakat Kota Tinggi, Ahli Parlimen Mesra Berjiwa Rakyat!

0 comments

Hari Raya merupakan detik bermakna bagi semua orang Islam selepas menjalankan tanggungjawab menunaikan puasa di bulan ramadhan..musim perayaan inilah masa yang amat bermakna diambil oleh sanak saudara untuk kunjung mengunjung dan maaf memaafi sepanjang setahun tidak berjumpa...

Di Kota Tinggi, kepulangan anak-anak sanak saudara amat dinanti-nantikan oleh orang tua..pengalaman saya berhari raya di Kota Tinggi tahun lepas memang tersangat meriah...sepanjang jalan Kota Tinggi ke Pengerang penuh kenderaan ketika ini..

Jarang berlaku..di Desaru sendiri jalan menghala ke gugusan Felda Adela, Kledang, Sening, Tunggal penuh sesak dengan kenderaan dan anak saudara..sebiji rumah paling tidak pun ada 4 buah kereta...suasana yang sama dirasai di Felda lain seperti Semenchu, Ayer Tawar 1,2,3,4 dan 5..Suasana kemeriahan raya amat terasa...beginilah perubahan yang dialami oleh masyarakat FELDA...dahulu dan sekarang sudah banyak berubah...masyarakat peneroka kini lebih senang dari orang bandar..rumah pun besar...orang bandar nih nak dapatkan sebiji rumah pun susah dengan harga hartanah kini naik melambung...msayarakat FELDA pula tidak terkesan sangat..FELDA beri macam-macam bantuan untuk golongan ini..


Di Kota Tinggi, masyarakat Kota Tinggi melahirkan rasa syukur apabila mendapat ahli parlimen mesra berjiwa rakyat...Datuk Ehsanuddin tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti bermasyarakat..ketika di bulan ramadhan lalupun beliau solat terawikh bersama masyarakat setempat...membelikan pakaian raya untuk kanak-kanak terpilih...


Bawah ini saya sharekan video rakaman suasana hari raya "Kami Pun Nak Raya" yang didendangkan oleh Haziq..memang sungguh meriah..



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin
Posted by Ehsan Harun Rashid on Monday, 13 July 2015

Stesen televisyen nasional RTM pun turut ambil peluang ini merakamkan rakaman yang disiarkan secara langsung dalam Program "Kami Pun Nak Raya bersama warga Kg Sentosa, Kg Gembut, Kg Sayang dan sekitarnya di Legaran Air Gemuruh...



Saturday, July 18, 2015

#MH17 - Laporan Jawatankuasa Siasatan Dijangka Siap Oktober!!

0 comments

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini. 

Berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine, Tiong Lai menjawab "penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan".

Pada waktu kejadian, bukan pesawat MH 17 sahaja yang berada di udara. Dihadapan MH 17 ada sebuah pesawat, di belakang pun ada sebuah pesawat. Manakala ada beberapa buah lagi pesawat datang dari arah bertentangan... Adakah kita mahu menyalahkan takdir maha esa kerana menjadikan MH17 sebagai mangsa?sudah tentu tidak patut...

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu, "Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka" ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri semalam...

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai..

Friday, July 17, 2015

Diaz Dipinjamkan Ke Kelab Independiente Untuk Kekal Cergas Mengharungi Perlawanan..

0 comments

Heboh cerita kononnya Penyerang Prolifik JDT, Jorge Pereyra Diaz telah dijual ke kelab Independiente dan ini bermakna DIAZ tidak akan bersama JDT untuk saingan AFC...jangan mudah percaya...

Hasil tinjauan kami di Page JST, mendapati DIAZ hanya dipinjamkan dan akan digunakan untuk saingan AFC..antara sebab dipinjamkan adalah kerana JDT mahu pemain itu kekal cergas..Page tersebut mengesa peminat agar tidak memandai-mandai membuat dakwaan sebarangan dan menunggu kemaskini daripada page rasmi JST...

Janganlah spoilkan mood raya dengan berita rekayasa...

SELAMAT HARI RAYA!!!


#HariRaya - Aidilfitri Kukuhkan Hubungan, Eratkan Perpaduan - @LiowTiongLai @MCAPresident

0 comments

Setiap kali musim perayaa di negara kita, semua bangsa meraikan bersama dengan berkunjung ke rumah-rumah terbuka..jika tidak pun memberi ucapan selamat..

Antara ucapan yang menarik perhatian saya, ialah ucapan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai..beliau memberikan ucapan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bagi saya mempunyai signifikan tersendiri...

Bertemakan "Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan", Tiong Lai menyampaikan ucapan yang boleh baca di bawah :

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.

Tahun lepas negara kita telah ditimpa bencana apabila sebuah pesawat MH17 ditembak jatuh yang meragut nyawa kesemua penumpang..tahun ini sambutan diadakan sederhana tetapi meriah diseluruh negara...

@NajibRazak & Isteri Melawat @WeeKaSiongMP Di Hospital..Semoga Cepat Sembuh Dr Wee...

0 comments

Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Isteri telah meluangkan masa petang semalam melawat Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong di hospital..Dr Wee kini diperingkat pemulihan selepas menjalani satu pembedahan akhir bulan lepas..boleh rujuk di SINI..

Wee Ka Siong dalam laman micro twitternya mengucapkan terima kasih atas lawatan Najib dan Isteri petang semalam..Dr Wee turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam atas lawatannya semalam...

Dari gambar ini menceritakan betapa akrabnya hubungan PM dan Wee biarpun berlainan bangsa...semoga keakraban berlainan bangsa ini dijadikan contoh kepada kita untuk meneruskan perpaduan kaum yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia...

Menariknya di sini biarpun Wee berbangsa Cina..namun budaya Melayu sudah sebati dalam jiwanya..sukar kita jumpa orang Cina memakai kain pelikat...malah tandatangan beliau juga dalam tulisan jawi..kita nih yang Melayu boleh dihitung tandatangan menggunakan tulisan jawi...tidak hairanlah mengapa beliau mendapat sokongan penuh oleh pengundi Ayer Hitam berbangsa Melayu...

Dipihak kami tidak mengetahui apakah sakit yang dihidapi oleh beliau dan mendoakan agar Dr Wee cepat sembuh agar dapat menjalankan tugasan untuk rakyat secepat mungkin..sama-sama kita mendoakan kesihatannya segera pulih...

Thursday, July 16, 2015

GAMBAR : SPAD Lancar OPS SERKAP Periksa Tiket & Perjalanan BAS Sempena Hari Raya.... @SPADCHANNEL

0 comments

Bagi memastikan keselamatan penumpang balik ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri esok, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantauan OPS SERKAP di Pudu Sentral tengahari tadi...

Ops ini bertujuan untuk memantau penjualan tiket musim perayaan serta perjalanan bas-bas menuju destinasi masing-masing..apa yang dilakukan SPAD ini adalah untuk memastikan kes penipuan penjualan tiket pada musim perayaan dapat dikurangkan...

Sepanjang OPS siang tadi, anggota SPAD memeriksa pergerakan bas dengan memastikan cukai jalan, permit dan segala syarat dipatuhi sebelum memulakan perjalanan...kelibat pegawai SPAD di Pudu Sentral siang tadi memberi sedikit kelegaan kepada penumpang betapa prihatinnya SPAD memantau pergerakan pengangkutan awam darat di negara kita..

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni yang ditemubual sejurus pemantauan Ops Serkap, "Ops ini dilaksanakan bertujuan memastikan rakyat yang hendak balik ke kampun selamat. SPAD telah memulakan operasi sejak 10 Julai hingga 26 Julai. Sejak ops ini dilancarkan SPAD telah memeriksa tidak kurang 2,800 kenderaan bas dan juga teksi."

"Daripada jumlah tersebut, SPAD telah mengenalpasti 160 kesalahan berbagai yang melibatkan Bas dan teksi. Tumpuan utama kita adalah di terminal kerana di sini merupakan tumpuan rakyat untuk balik ke kampung." Ujar Che Hasni

SPAD menjalankan operasi ini sebagai langkah persediaan sekiranya ada aduan daripada rakyat bagi mengenalpasti pengusaha bas yang melanggar peraturan penjulan tiket.

Sepanjang operasi ini, SPAD mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan company bas dalam penjualan tiket mereka. Namun SPAD memberi kelonggaran dan menegur pihak bas bagi menambahbaik sistem maklumat pada tiket.

Che Hasni menjelaskan antara kesalahan yang terdapat pada tiket ialah maklumat tidak lengkap seperti waktu, tarikh, platform,  nombor tempat duduk , terminal, nombor pendaftaran bas tidak lengkap..buat masa ini, SPAD menegur dan mengharap penambahbaikkan akan dilakukan syarikat bas pada masa akan datang.

Mengikut syarat SPAD, setiap tiket tidak digalakkan ditulis dengan tangan kerana ianya mendedahkan kepada penipuan..operasi SPAD ini harus dilaksanakan bagi memastikan penumpang pulang berhari raya dengan rasa tenang dan selamat..syabas SPAD atas inisiatif ini..berikut adalah gambar sepanjang OPS SERKAP siang tadi..







Insiden Pergaduhan Low Yat - Pandangan Para Pemimpin MCA Perlu Diambil Perhatian!!!

0 comments

Sejak insiden kekecohan di Low Yat viral, macam-macam versi kita dengari dimedia sosial.ada yang mengatakan remaja lelaki tersebut ditipu dan ada pula versi mendakwa pemuda itu mencuri telefon..dengan berbekalkan rakaman CCTV yang diragui ramai yang percaya bahawa cctv itu mengesahkan remaja Melayu itu memag benar mencuri..

Namun, bagi yang teliti rakaman CCTV tersebut adalah kes lama dan tidak tahu dimana lokasinya berikutan tarikh rakaman tidak selaras dengan waktu kejadian tersebut..

Dipihak pembangkang, mereka mempertahankan peniaga Low Yat dengan melabel pemuda Melayu itu mencuri...dipihak MCA pula, rata-rata pemimpin MCA menkritik tindakan menceroboh dan memusnahkan harta kedai..

Ini memang diakui bahawa tindakan memusnahkan kedai adalah satu kesalahan jenayah...saya turut menulis tentang perkara ini di SINI..saya turut senada dengan pemimpin MCA bahawa melakukan kemusnahan adalah satu kesalahan jenayah!

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kekesalan terhadap insiden ini berikutan ada orang awam cedera dan ada dari warga wartawan yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan...Tiong Lai mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada undang-undang...

Memandangkan insiden ini dihangatkan lagi dengan rekayasa media sosial, Tiong Lai mengingatkan agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan menghentikan memberi sebarang komen yang boleh menaikkan kemarahan dan kebencian kaum...

Setiausaha MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan senada dengan Presiden MCA dengan menyeru orang ramai supaya bertenang dan mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang memutarbelitkan isu di media sosial dan tindakan tersebut diibaratkan makin mengeruhkan keadaan..

Pengerusi MCA Selangor, Ong Chong Swen pula berpendapat agar masyarakat memberi kepercayaan kepada pihak Polis menyiasat perkara ini.

"Biarlah Polis menyiasatnya, inilah akibat mereka yang ada telefon pintar dan internet tetapi tidak bertanggungjawab dalam penyebaran" jelas Ong Chong Swen..

Jika kita amati pendapat pemimpin-pemimpin MCA ini, mereka semua menegah kekerasan dan pergaduhan kaum..berbeza dengan pendapat pemimpin pakatan rakyat..mereka akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan cerita agar akhirnya dapat menyalahkan Barisan Nasional...tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin pakatan rakyat bukan mahu menjernihkan keadaan tetapi lebih kepada provokasi kaum dan menyalahkan Barisan Nasional...

Fikir-fikirkanlah, pemimpin yang mana mampu mencorakkan akal rakyat kearah perpaduan gagasan 1 Malaysia....

Apa Benda Yang @NajibRazak Buat Selama 6 Tahun Jadi PM? Baca SINI!!!

0 comments

22 tahun Tun memerintah, banyak jasa yg beliau tinggalkan sebagai bukti kehebatan pemerintahan beliau. 

Antaranya:

1. KLCC

2. KLIA

3. Lebuhraya Utara Selatan

4. LRT

5. Putrajaya

6. Proton 

7. Jambatan Pulau Pinang 

Dan banyak lagi.

6 tahun pemerintahan DS Najib, beliau juga telah melakukan banyak jasa utk rakyat. Mungkin tidak sehebat KLCC tapi sumbangannya signifikan dan terbukti. 

Antaranya:

1. KLIA2 (lapangan terbang terbesar dunia utk penerbangan kos rendah yg penggunanya adalah rakyat marhaen)

2. Tun Razak Exchange (sebuah bandar hub sistem kewangan tercanggih dunia yg akan menempatkan bangunan2 tercanggih lebih hebat dari KLCC.

3. Lebuhraya PanBorneo (dari Sarawak hingga Sabah TANPA TOL).

4. Projek Greater KL

5. Pembinaan MRT moden utk kegunaan rakyat.

6. Keretapi elektrik Padang Besar ke KL yg memendekkan masa perjalanan ke hanya 4 jam sahaja.

7. UTC di seluruh pelosok negara yg memudahkan urusan rakyat.

8. Terminal Bersepadu Selatan yang canggih dan selesa bg memudahkan rakyat marhaen balik kampung esp time raya mcm sekarang.

9. Jambatan ke 2 Pulau Pinang yang tersergam indah.

Hanya dalam 6 tahun pertama pemerintahan dengan segala macam serangan/fitnah dahsyat dari dalam dan luar negara, banyak bukti jasa DS Najib sudah tersergam indah dan sedang rancak dilaksanakan.

Saya percaya jika beliau memerintah lebih lama dan berjaya mengatasi semua tohmahan terhadap beliau, beliau bakal menjadi antara Perdana Menteri paling hebat yg pernah dipunyai oleh negara kita.

Tapi mcm biasa, WSJ adalah kitab suci yang berdosa jika tidak diimani.

Tuesday, July 14, 2015

Penumpang Belakang Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar!!!

0 comments

Bagi memastikan keselamatan penumpang dan mengurangkan risiko kecederaan jikalau berlaku kemalangan, pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan penumpang belakang kenderaan memakai talipinggang keledar.

Penguatkuasaan undang-undang ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 di Terminal Bersepadu Selatan, Sabtu lalu...

Sebahagian daripada kita pastinya memandang lekeh pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang..yelah belum terjadi apa-apa kemalangan..semuanya dipandang sebelah mata..

Penguatkuasaan pemakaian talipinggang penumpang hadapan pun masih ramai yang ambil tidak peduli..bila ada polis baru teraba-raba mencari talipinggang kaledar...

Semestinya setiap penegasan sesuatu undang-undang bertujuan memastikan keselamatan penumpang...untuk rekod, pelaksanaan pemakaian talipinggang belakang ini telah dilaksanakan sejak 2009 lagi..namun, hasil dapatan yang diperolehi oleh Institut Kajian Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) menunjukkan hanya 7-9% penumpang sahaja yang berbuat demikian...


Menrut Tiong Lai, tema bagi kempen keselamatan sempena hari raya tahun ialah "Nyawa Dihagai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai". Lihat sahaja tema ini, kita dapat lihat betapa seriusnya Kementerian Pengangkutan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara...

Pada tahun lepas 2014, jumlah kes kemalangan mencatatkan sebanyak 217 kes berbanding 2013, 258 kes...

Insya'allah jika kita peka dan berhati-hati..tak mustahil kes kemalangan akan turun sehingga tiada kes kemalangan..nampak macam mustahil tapi itulah yang diingini oleh semua orang...

Monday, July 13, 2015

Pergaduhan Low Yat - Tak Semena-Mena DAP Pula Jadi HERO...Hampeh!!!

1 comments

Aku mengikuti sahaja kes ini dari awal sampai hari ini...macam2 versi yang aku dapat...termasuk copy paste laporan polis...cumanya dari andaian aku...budak Melayu tu beli henpon..kemudian bila selesai transaksi...bila dah kat rumah baru dia perasan yang henpon tu tak ori atau recond..

Dia pun datang balik ke kedai tu dan menuntut ganti rugi...ketika ini kebenaran masih dipihak pemuda Melayu..apabila budak Melayu tu berang tak dapat tukar henpon tu..dia terus ambil sesukahati mak bapak dia jer henpon tu dibawak lari...

Orang awam pun kepung dan tangkap dia..bila diaoal siasat polis bebas mungkin sebab dia tunjukkan resit pembelian..apabila budak tu bebas..dia return balik ke kedai tu 7 orang jahanamkan kedai henpon tu..waktu ni dia dah bersalah sebab lakukan kekerasan...

Aku pun Melayu juga...aku tak suka kekerasan dan demonstrasi seperti mana yang dilakukan pencacai pakatan rakyat...bila kau dah musnahkan kedai orang..ini sudah jadi kes jenayah berat...

Inilah padahnya bila KPDNKK tak berfungsi...tak lakukan pemantauan barangan tiruan...yang ditangkapnya peniaga Melayu yang jual barang tak seberapa kerat manapun..apabila didesak suruh serbu kedai kawasan Cina..p umum akan buat serbuan..sudah tentulah tutup kedai ataupun clearkan barang...



Berbalik kepada kes ini..DAP tak pasal-pasal jadi hero defend peniaga2 lowyat...dah nampakkan macamana game nih..betapa DAP jaga kaum peniaga Cina..kes remaja yang ditipu tu tutup sebab budak MELAYU tu tak report polis..nak harapkan KPDNKK memang sia2 saja...

Video yang tersebar pula tiada kredibilii dan boleh dipertikaikan...tarikh langsung tak sepadan dengan hari kejadian...

Kau nak defend siapa tu lantak p lah DAP..yang aku sakit hari kenapa pula nak salahkan UMNO??takkan Rosmah upah pula suruh buat kekacauan kat situ?UMNO tak tau apa2pun difitnah puak KUDIS DAP nih...

Kita sikit pun tak salahkan PKR sebab mereka yang suka demonstrasi...kita bijak sebab tau beza isu...tak macam puak kudis DAP...hanya ambil kesempatan sahaja..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA