networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, May 29, 2015

Siapa Kata Adi Putra Tidak Diiktiraf Di Malaysia? Ini Bukti Usaha Kerajaan Terhadapnya..

1 comments

Kes penyisihan pelajar genius Adi Putra oleh kerajaan mendapat liputan hangat media kita seolah-olah langsung tiada usaha dilakukan oleh kerajaan terhadap pelajar pintar ini...

Saya ada terbaca artikel berkaitan Adi Putra Pelajar Genius Tak Diiktiraf dan bersimpati dengan luahan pelajar ini yang mendakwa kerajaan hanya pandai cakap..sebelum membuat tafsiran lebih elok kita dengar pandangan Pengarah Permata Pintar, Prof Noriah Mohd Ishak apa situasi sebenar yang berlaku antara Adi dan Kerajaan..

"Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. 

YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. 

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League."

Seruan saya, UKM yang telah diamanahkan harus take action dalam hal ini agar pelajar pintar ini tidak disia-siakan....

Wednesday, May 27, 2015

Siapa Guan Eng Tuduh Hati Hadi Bersama UMNO?

0 comments

Dalam keadaan penyokong UMNO berbalah sesama sendiri...kita sampai leka yang masalah pakatan pun lebih kurang sama..bezanya mereka menyerang antara parti..kita ni dalam 1 parti...

Guan Eng tuduh jasad Hj Hadi bersama pakatan dan hatinya bersama UMNO...kesian jadi PAS...dibodoh-bodohkan saja oleh rakan pakataoon...

Dicabar suruh keluar pakatan lagi tu..nampak benar harga diri PAS sangat murah sampai berani dicabar sebegitu rupa...kesian..

Tuesday, May 26, 2015

Status Halal Terkini #SecretRecipe Oleh JAKIM...

0 comments

Hari ini kecoh dengan cerita  Status halal Secret Recipe ditarik balik oleh JAKIM...biasalah orang kita..bila status halal ditarik balik saja terus ingat kek imi ada babi...

Sebelum buat sebarang andaian..elok kita baca kenyataan rasmi oleh JAKIM di bawah ini

_
KENYATAAN MEDIA

PENGARAH
BAHAGIAN HAB HALAL
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA BAGI SYARIKAT SECRET RECIPE MANUFACTURING SDN. BHD.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berkuatkuasa pada 7 Mei 2015. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

‘Saya Yang Menurut Perintah’


HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
26 Mei 2015

Monday, May 25, 2015

ASEAN Perlu Ambil Berat Isu Pelarian Rohingya - Tan Sri Syed Hamid Albar..@SPADChannel

1 comments

ASEAN perlu bertangggungjawab mengetuai misi bantuan kemanusiaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku bagi etnik pelarian Rohingya..Tan Sri Syed Hamid berkata,ASEAN jangan lakukan tindakan yang berasaskan perbezaan agama, kaum dan budaya.

Tan Sri Syed menegaskan bahawa, ASEAN tidak boleh pandang remeh isu pelarian Rohingya dan perlu berfikir atas dasar kemanusiaan dan perlu melihat hingga ke akar sebab perkara ini berlaku...

Etnik Rohingya kini tidak diterima negara Myanmar berikutan isu pelarian, dan kedua adalah pemerdagangan manusia. Tan Sri Syed menjelaskan bahawa isu ini penting dan sekiranya tidak diatasi, ASEAN akan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran pakaian seragam baru kakitangan kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena ulang tahun pertama pejabat SPAD di Kelana Jaya...

Mengulas tentang pelancaran pakaian baru kakitangan Kaunter SPAD, Tan Sri Syed berkata, "Dengan pakaian seragam baharu ini, diharap akan meningkatkan keyakinan pelanggan ketika berurusan dengan SPAD. Saya berharap kakitangan kaunter-kaunter SPAD dapat memberikan tumpuan kepada kecemerlangan perkhidmatan dan menunjukkan ciri-ciri mentadbir urus yang baik (good governance)"

Syabas SPAD, satu lagi pembaharuan telah dilakukan untuk keselesaan pelanggan dan rebranding terhadap imej SPAD umumnya..





Berminat Wefie? Jom Sertai #FeldaTravelWefieContest!!!

0 comments

Selfie kini menjadi trend semua masyarakat tidak kira peringkat umur..tahukah anda bahawa selfie itu merupakan teknik mengambil gambar diri sendiri ditambah dengan latar belakang yang "rare"?jika seorang selfie..tetapi untuk mengambil gambar beramai-ramai maka ianya dikenali sebagai "Wefie"..

Kini, FELDA Travel sedang menganjurkan satu peraduan Wefie..bagaimana hendak menyertainya?
Langkah 1: Like page Felda Travel. Langkah 2: Ambil gambar wefie (di mana jurugambarnya turut berada di dalam gambar berkumpulan itu). Langkah 3: Facebook: Hantar PM kepada kami. Instagram & Twitter: Upload dan masukkan ketiga-tiga hashtag ini di dalam ruang komen: ‪#‎FeldaTravelWefieContest‬ ‪#‎FeldaTravel‬‪#‎FeldaResidence‬ Langkah 4: Semua gambar yang diterima akan dimasukkan ke dalam Album dalam masa 24 jam. Langkah 5: Peserta mesti tag rakan-rakan yang berada dalam gambar tersebut.Tarikh peraduan untuk Minggu 2: 23 – 29 Mei 2015
Untuk terma & syarat yang lain: http://bit.ly/FeldaTravelFacebookContest
Peraduan Wefie ini menawarkan hadiah penginapan Suite di Felda Residence Kuala Terengganu bernilai RM 540...untuk pemenang minggua ini, para pemenang terpilih akan menerima baucer tunai untuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor bernilai RM 58.00

Inisiatif Felda Travel ini merupakan usaha mencari karya wefie yang mempunyai nilai estetika dan sebagai pengiktirafannya, para pemenang ditawarkana percutian di destinasi percutian FELDA....

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar menarik Wefie...







Sunday, May 24, 2015

Pemimpin Kena Jumpa Rakyat Tanya Masalah, Jangan Harapkan Rakyat Cari Pemimpin...

0 comments

Sekarang ini bila sebut sahaja nak jadi pemimpin, berebut-rebut orang hendak jadi..kerana mahukan kuasa tapi jika dicari pemimpin yang melaksanakan amanah dengan baik hanya beberapa kerat sahaja...

Menyahut seruan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pemimpin BN perlu mengetahui keluh resah rakyat..merasai denyut nadi rakyat..Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid mempunyai cara tersendiri untuk mendekati rakyat..

Setiap kali tiada urusan diluar Parlimen, Datuk Ehsan akan duduk di kawasan untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra mendekati rakyat...orang Kota Tinggi sudah masak dengan sikap ahli parlimen mereka...rata-rata melabelkan Datuk Ehsanuddin ini sebagai pemimpin mesra rakyat..sehinggakan program bersama rakyat pun mesti ada perkataan Mesra..umpanya Mesra Kota Tinggi...

Baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin telah menjengguk rakyatnya di kawasan Tanjung Sedili. Program yang dinamakan "Sembang Santai" ini telah dihadiri sekitar 100 orang..program ini tidak memerlukan kos yang banyak..cukup sekadar belanja rakyat kuih 3-4 biji dan teh tarik...rakyat bukannya mahukan makanan yang mewah..apa yang rakyat mahukan ialah pemimpin bersama dengan mereka..mendengar masalah mereka seterusnya menyelesaikan masalah...

Program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Kota Tinggi...apa yang disampaikan oleh Datuk Ehsan ialah berkaitan informasi dan hal semasa negara...Datuk Ehsan telah menyampaikan maklumat tentang GST dan menyeru rakyat Kota Tinggi untuk terlibat dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar, PIPC dan RAPID Pengerang...

Beliau berharap agar rakyat tidak ketinggalan dengan kepesatan pembangunan di daerah ini dan mengambilnya sebagai peluang kerjaya bagi generasi muda...ini bukan program pertama, sebelum ini banyak kawasan di sekitar Kota Tinggi telah beliau lawati bagi mendekati masyarakat setempat...

Gayanya yang santai dan mesra rakyat membuatkan masyarakat Kota Tinggi merasa selesa dengan beliau..jika semua pemimpin Barisan Nasional seperti ini, insya'allah kita akan menang besar...cara pendekatan BN tidak seperti pembangkang..datang lawat rakyat tabur kebencian kepada BN...itu saja tujuan pembangkang...

Bawah ini saya share beberapa keping gambar sepanjang lawatan Datuk Ehsan di Tg Sedili...








@LiowTiongLai Jawap Tuduhan @TonyPua Tentang Kos KLIA2

0 comments

Susulan desakan oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan penambahan perbelanjaan dalam kerja-kerja pembinaan KLIA 2, kelmarin Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mana beliau tidak bermasalah jikalau Jabatan Audit mengaudit perbelanjaan pengurusan KLIA 2..

Sebelum ini saya ada menulis tentang ini di SINI  yang mana beliau menafikan wujudnya penyelewengan terhadap peningkatan kos pembinaan KLIA 2...

Berikut adalah kenyataan media. DS Liow Tiong Lai
PRESS STATEMENT BY DATUK SERI LIOW TIONG LAI 
I have from the onset backed the Public Accounts Committee’s (PAC) call for the Auditor-General (AG) to conduct further investigations into the management of the construction and development of klia2. I agree that the Malaysian public have the right to demand answers on this matter.  
Towards this end, seeing that Malaysia Airports Holdings Berhad is a listed entity, Cabinet needed to approve the involvement of the AG to conduct the audit. 
The Ministry of Transport fully supported the move to audit klia2 in Cabinet, which has granted approval. The AG will be requested to undertake the task.  
Hence, I am baffled by the malicious and twisted comments from YB Tony Pua pertaining to klia2. 
I also do not dispute that additional costs were incurred. But these costs were the result of the scope and requirements in facilities and size which were reviewed and extended given additional needs of key stakeholders. 
Furthermore, it is and has always been the responsibility of MAHB as owner and manager of klia2 to engage with the PAC and respond in a transparent manner.  
MAHB must take the necessary action to shed light on the findings of the PAC and I expect them to resolve this as quickly as possible.

Saturday, May 23, 2015

Makin Ditekan Makin Ramai Nyatakan Sokongan Kepada PM @NajibRazak!

0 comments

Tidak tahu nak cakap apa lagi...selama ini musang berbulu hitam cuba mencari jalan untuk menjatuhkan kredibiliti Najib Razak...

Namun semua tu kian meleset apabila jumlah penyokong yang menyokong kepimpinan Najib Razak semakin meningkat...kepimpinan Perak yang diketuai Menteri Besar DS Zambry menyatakan sokongan dan memberi amaran agar tidak menganggu konsentrasi Najib memimpin negara....

Ini bukan main-main, bawah ini buktinya...cakaplah apa yang hendak dicakap...yang penting blog ini tetap menyokong kepimpinan DS Najib Razak!





Friday, May 22, 2015

TERKINI - 2 Kem PLKN Jadi Penginapan Interim Rohingya !!!

3 comments

Masyarakat Malaysia yang melahirkan perasaan simpati atas nasib etnik pelarian Rohingya boleh menghela sedikit kelegaan apabila 2 kem PLKN bakal dijadikan penempatan sementara bagi etnik pelarian Rohingya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dalam akaun mikro twitter miliknya..namun demikian, Hishammudin tidak mengumumkan kem mana akan digunakan sebagai penginapan interim bagi etnik ini.

Kita yang mengikuti perkembangan ini pun terasa bagaimanalah jika kita tidak diterima menjadi warganegara mana-mana negara..sungguh menyedihkan apabila ada kalangan mereka terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup...dan hanyut di perairan antarabangsa...

Mereka yang mati akan dihanyutkan ke laut..mujullah ada negara yang simpati menghantar bantuan makanan kepada mereka untuk terus hidup...dikhabarkan etnik ini ada yang sudah mendarat di Langkawi dengan jumlah kira-kira 1000 orang...

Sekarang pun sementara PLKN ditangguhkan eloklah kita gunakan bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada yang lebih memerlukan..dunia ini hanya pinjaman sahaja..kesungguhan Malaysia membantu etnik terbiar ini harus dipuji..negara kita memang terkenal dengan negara yang peka terhadap bantuan kemanusiaan..

Terdahulu, Malaysia dan Indonesia bersetuju menyediakan bantuan kemanusiaan dan menyediakan tempat perlindungan bagi proses penempatan dan penghantaran semula oleh masyarakat antatabangsa dalam masa setahun...

Ketiga-tiga negara Malaysia, Indonesia dan Thailand turut mengesa masyarakat antarabangsa memberi bantuan dari segi sokongan, kewangan, tempat perlindungan sementara dan bantuan kemanusiaan kepada pendatang asing ini...




Thursday, May 21, 2015

@WeeKaSiongMP Ucap Terima Kasih Kepada @NajibRazak Atas Pembentangan #RMK11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat"

0 comments

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan legasi idea Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk memastikan negara kita mencapai negara maju menjelang 2020...Biarpun diserang bertubi-tubi oleh Tun M, Najib langsung tidak meminggirkan idea Tun M dalam merangka RMK11 untuk tempoh 5 tahun akan datang menuju wawasan 2020...

Beranikah Mahathir memuji Najib tentang RMK11 yang mana meneruskan legasi ideanya?kita tinggalkan cerita si Mahathir ini.,biarkan dia dengan kerja kutuk mencari kelemahan bagi menjatuhkan Najib...

RMK11 yang dibentangkan YAB PM siang tadi bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat...semuanya berteraskan rakyat kemudahan untuk rakyat..ekonomi untuk rakyat..kos pendapatan isi rumah pun akan meningkat dijangka kepada RM 5,000 menjelang 2020...

Mengenai intipati RMK11 ini, Datuk Dr Wee Ka Siong antara pemimpin yang awal mengulas tentang RMK11 yang dibentangkan YAB PM...Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada YAB PM atas pengumuman ini yang mana mampu memacu negara ke hadapan berpendapatan tinggi..

Wee Ka Siong merujuk RMK 11 merupakan rangka tindakan bagi Malaysia sebagai perkembangan besar dalam tempoh lima tahun akan datang menuju cita-cita Wawasan 2020..

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah menerima pendapatnya untuk terus memberi perhatian kepada Kampung Baru Cina terutamanya dalam bentuk Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina untuk membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina memulakan perniagaan.

Program yang dilancarkan sejak 2011 ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina sehingga 2014..Wee dalam kenyataan tersebut berharap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan mereka melalui perniagaan...

Apa yang dilakukan Najib sekarang ini berada pada landasannya..tidak sesekali meminggirkan bangsa lain dalam mengecapi pembangunan lebih mapan menuju 2020...keadilan sosial merupakan suatu faktor tumpuan bagi memberi penilaian dalam membantu rakyat yang benar-benar layak dibantu...salah satunya ialah BR1M...BR1M telah memberi sedikit kenikatan bagi mereka yang benar-benar memerlukan...

Di bawah ini ialah beberapa intipati RMK11 yang dibentangkan YAB PM siang tadi:

BUTIR-BUTIR PENTING DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing-masing.

Projek Inovasi #FELDA! Sisa Tandan Kelapa Bakal Jadi Sumber Berharga...

0 comments

Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar kini menjadi sumber yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV)..

Tandan ini akan menjadi satu produk bernilai tinggi yang akan menghasilkan satu produk baru dipanggil palet bahan api yang berkualiti tinggi..

Inovasi ini telah dicetuskan oleh (FGV) menerusi Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN). Anak syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM), FGV Applied Technologies (FGVAT) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk tempoh 18 bulan menggunakan teknologi TORWASH ECN.

Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, teknologi tersebut mengubah tandan kosong sebagai bahan api palet. Teknologi ini juga akan digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.

Menurut Palaniappan lagi, semua hasil kajian dan Harta Intelek (IP) yang dihasilkan menerusi program itu akan menjadi hak milik bersama.

Menerusi teknologi ini, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun.

Rakyat Malaysia mungkin tidak pernah dengar produk bernama Palet...ianya baru bagi kita tetapi tidak di negara luar. Palet sebenarnya merupakan bahan bakar yang boleh menghasilkan letrik dan lermintaan terhadap produk ini amat tinggi. Palet ini akan dieksport ke Jepun, Korea, China, Jerman dan beberapa negara eropah. Ianya mampu menjangkau jutaan ringgit berdasarkan kualiti yang diminta pasaran antarabangsa...

Kemajuan yang dikecapi FGV hari ini pastinya dicemburui pakatan pembangkang..dan mereka pastinya tidak akan berhenti memburuk-burukkan FELDA...

Wednesday, May 20, 2015

Liow Tiong Lai Bukan Menteri Cap Ayam! Cepat Tangkis Serangan Terhadap KLIA2!

0 comments

Mudah saja jadi pembangkang, kerjanya hanya cari saja isu untuk dimanipulasi...nak berusaha membantu rakyat jauh sekali..baru-baru ini Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA 2 pula jadi mangsa tohmahan sesat pakatan..

Pemimpin pakatan mendakwa kerajaan sengaja menaikkan kos pembinaan daripada RM 1.7 billion kepada RM 4 billion..tak lain hanya nak create persepsi lebihan kos pembinaan KLIA2 tu disonglap oleh Barisan Nasional..itu sahaja mereka mampu buat...

Syabas diucapkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang cepat-cepat menutup isu kos pembinaan KLIA 2 meningkat sebelum fitnah menjadi kepercayaan rakyat...

Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut, KLIA 2 tidak mengalami sebarang lebihan kos walaupun kos melambung tinggi daripada RM 1.7 billion kepada RM 4.00 bilion...

Menurut Tiong Lai, peningkatan kos itu disebabkan konsep reka bentuk baru bagi lapangan terbang itu, yang dibuka Mei tahun lepas...

"Sebenarnya, projek klia2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk klia2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan," katanya.

Jawapan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Ariff Sabri, DAP Raub..hampa pemimpin pakatan ni bila persepsi yang pada mulanya hendak disebarkan bagi memburukkan Barisan Nasional tidak berjaya...

Pemimpin macam Tiong Lai inilah rakyat mahu..cepat menjawab sebarang pertikaian dibawah portfolionya...jangan jadi menteri cap ayam..isu portfolio banyak..tapi senyap sahaja..bila sebar tentang peletakan jawatan cepat pula respon..syabas Datuk Seri Liow Tiong Lai!

Tuesday, May 19, 2015

UMNO Sama UMNO Berkelahi...DAP Dah Ada Kabinet Bayangan Sendiri!

0 comments

Tatkala UMNO kini dalam keadaan terancam dek kerana desakan demi desakan Tun M yang mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri...DAP pula dalam diam bercita-cita tinggi untuk mentadbir kerajaan...

PRU 14 pun lama lagi..mereka dah bercita-cita tinggi...inilah cara DAP..mereka tidak akan masuk campur konflik dalaman parti kerana perjuangan mencapai matlamat MALAYSIAN MALAYSIA harus diutamakan...

Lihat saja..konflik dalaman berlaku dalam PKR..mereka senyap...dalam PAS pula mereka hanya godak isu hudud...maka PAS sama PAS pula bercakaran...

Ibarat seperti tidak terkesan dengan kenaikan cukai bermacam dinegeri tadbiran DAP...rakyat pula tidak mampu menghalang status kemampuan memiliki rumah mampu milik RM 300,000..rakyat Penang seperti menghalalkan sahaja apa yang DAP lakukan...

Kerana apa?kerana mereja terlalu kuat untuk Melayu lawan...kuat sangatkah DAP sampai parti keramat Melayu UMNO tak lawan?mungkin UMNO kini sudah tidak berminat menyerang pakatan..menyerang sesama sendiri lebih seronok...

Masihkah anda ingat sewaktu Tun M berkuasa....masa itu PAS guna slogan Undur Mahathir Negara OK untuk menterjemahkan makna UMNO...mungkin sesuai digunakan waktu ini...

Mahathir lebih gemar menyerang sesama sendiri daripada membantu menguatkan parti dengan menyerang pembangkang...

Bukan kita hendak menafikan kehebatan Tun M sewaktu dahulu..cumanya kita sedih orang yang bersusah payah menaikkan nama negara kini cuba menghancurkan presiden..menghancurkan parti..udah-udahlah Tun...

Akibat Zina Bulan Merdeka, Bayi Dibunuh Kejam...

0 comments

Tindakan seorang ibu membuang anaknya yang telah dikerat -kerat menggundang kecaman masyarakat..Tidak tergambar betapa teruknya mentaliti manusia hari ini..sanggup mengerat anak sendiri sebelum dibuang ke loji kumbahan..ini semua kerana takutkan hukuman dunia...biasa kita dengar orang buang bayi...kali ini kes amat kejam..sudahlah dibunuh..dikerat pula tu...jika dihitung..ini mungkin hasil hubungan haram bulan merdeka tahun lalu...

Binatang pun sayang anak..tak de perasaan sungguh ibu tu sampai sanggup mengerat-ngerat anaknya sendiri yang baru dilahirkan...

Nama sahaja ada akal tapi bebal...jika tidak mahu anak sekali pun pergi sajalah bagi kat orang lain..setidak-tidaknya boleh dijadikan anak angkat...ikuti kupasan berita di bawah!
Penduduk di PPR Kempas Permai gempar dengan penemuan anggota badan bayi yang dibuang dalam loji kumbahan berdekatan kawasan pangsapuri tersebut, kelmarin. 
Rata-rata penghuni mengutuk dan mengecam perbuatan pelaku yang disifatkan terlalu kejam dan zalim. 
Menurut pekerja kilang, Ismail Daud, 47, yang menetap di Blok C pangsapuri tersebut sejak tujuh tahun lalu, dia mengesyaki sesuatu berlaku di loji kumbahan itu ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran. 
“Saya tengah minum di gerai kira-kira jam 1 tengah hari apabila nampak polis dan pihak pengurusan ke loji kumbahan tersebut kira-kira 200 meter dari sini. 
“Pada awalnya saya dimaklumkan pam di situ dicuri namun amat terkejut apabila diberitahu mayat bayi yang telah dikerat,” katanya. 
Sementara itu, suri rumah Haslinda Mohd Amir, 38, berkata, dia tidak menyedari kejadian tersebut kerana loji kumbahan merupakan kawasan larangan dan pintu masuk terletak di bahagian belakang perumahan. 
“Seperti biasa saya ambil anak balik sekolah di bawah pangsapuri ini kira-kira jam 12 tengah hari, ketika itu memang ada nampak kehadiran polis, cuma tidak menduga sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik suami pulang, dia beritahu penemuan bayi yang 
dikerat, saya amat terkejut dan pilu mengenangkan tindakan pelaku yang cukup kejam,” katanya yang ada dua anak.
Manakala menurut penjual insurans, Khairol Husna Abdul Halim, 36, ini adalah kes kedua pembuangan bayi sepanjang enam tahun dia menetap di situ. 
“Tahun lalu ada bayi dibuang di tong sampah, tetapi kali ini lebih tragis lagi. Saya tidak dapat membayangkan tindakan pelaku ketika mengerat bayi itu. 
“Perbuatan itu amat tidak berperikemanusiaan dan (pelakunya) perlu dihukum setimpal dengan perbuatannya,” katanya. 
PPR Kempas Permai mempunyai 1,288 unit kediaman di empat blok 17 tingkat, dihuni kira-kira 6,000 penduduk.

Insiden Penculikan Sabah : "Sudah Tiba Masanya Kita Dapatkan Bantuan Negara Jiran" -Tiong Lai

0 comments

Beberapa hari yang lalu, negara kita digemparkan sekali lagi dengan insiden penculikan di Sabah..Insiden ini bukan pertama kali berlaku..pada bulan mac lalu, seorang anggota Polis Marin berpangkat Lans Koperal, Zakia Aleip telah dibebaskan selepas diculik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai tahun lalu...

Insiden ini ibarat tiada kesudahan apabila kejadian serupa sekali lagi berlaku. Kejadian ini berlaku Khamis malam yang lalu apabila satu kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyi kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf telah menyerbu sebuah restoran popular di tepi pantai berhampiran Sandakan dan menculik pengurus serta seorang pelanggan..

Dua identiti mangsa yang diculik ialah Pengurus restoran, Thien Nyuk Fun dan pelanggan restoran, Bernand Ghen Ted Fen..kejadian tersebut berlaku pada lingkungan 8 malam, empat lelaki celoreng dengan dua daripada mereka memiliki senjata api tiba-tiba masuk ke restoran dan pergi menculik dengan 2 orang mangsa.


Penetapan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah belum lagi menjanjikan yang kawasan perairan Sabah tidak langsung dimasuki penculik.,biarpun kawasan ini diawasi ternyata ia belum selamat.

Ini kerana, jajaran bentuk muka bumi ESSCOM yang meliputi 1,400 km yang bermula dari kudat sehingga ke Tawau sangat luas..tujuan ESSCOM diperkenalkan untuk menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah..

Kes ini adalah yang pertama dilapor di Sabah tahun ini dan berlaku ketika perintah berkurung dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah termasuk Sandakan...

Disebabkan hal ini Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru agar pihak keselamatan tempatan dapat memperkukuhkan dan mengkaji semakan prosedur kselematan yang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Dalam masa sama negara kita perlu mendapat bantuan dan komitmen dari Negara jiran untuk tindakan yang serupa” ujar Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Setakat ini kerjasama antara negara Malaysia dan Filiphina adalah amat diperlukan bagi mengekang tragedi penculikan ini terus berulang..walaupun bentuk muka bumi Sabah cantik dengan muka buminya yang segar dipersisiran pantai..ianya tidak memberi apa-apa makna jika keselamatan pelancong dalam dan luar negara tidak diberi jaminan selayaknya oleh Malaysia...

Industri perlancongan akan mengalami kemerosotan akibat perkara ini berlaku..agak sukar bagi Malaysia untuk mengekalkan status negara paling selamat dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia jikalau masalah ini terus berlaku...justeru, penglibatan negara jiran perlu dilaksanakan segera sebagaimana saranan Datuk Seri Liow Tiong Lai....

Monday, May 18, 2015

Bapa Rogol Anak - Timb. Menteri Wanita Gesa AG Fail Rayuan Serta Merta!

0 comments

Keputusan Mahkamah Rayuan di Kuching yang membebaskan seorang tertuduh, Bunya Jalon, 60 tahun daripada tuduhan merogol anak sendiri yang ketika itu berusia 15 tahun sehingga melahirkan anak telah mendapat bantahan warga netizen...

Warga netizen mempertikaikan kredibiliti mahkamah apabila ujian DNA membuktikan bahawa tertuduh adalah bapa/datuk kepada bayi tersebut...tertuduh sebelum ini telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Oktopber 2013...Jalon ketika itu telah disabitkan dengan empat pertuduhan rogol yang mana dijatuhkan hukuman 42 tahun penjara, 11 sebatan dan bayaran RM 40,000 sebagai pampasan kepada mangsa...

Bunya didakwa merogol anaknya pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu..akibat perbuatan terkutuk itu, anaknya melahirkan anak pada 5 Februari 2012 dan ujian DNA mengesahkan Bunya bapa kandung kepada bayi itu...

Warga Netizen mengecam tindakan mahkamah apabila menggugurkan hukuman ke atas Bunya atas alasan dia tidak memasukkan zakar..adakah dengan alasan memasukkan jari yang mengandungi air mani boleh melepaskan seseorang itu daripada disabitkan sebarang pertuduhan?

Antara yang memberi kecaman terhadap keputusan mahkamah rayuan ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau melahirkan rasa terkejut atas keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan yang memberi alasan memasukkan jari yang mengandungi air mani sehingga mengandung tidak disabitkan sebagai rogol..

Mei Fun kini mengesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan serta-merta, jika ada Seksyen perundangan sebelum ini digunakan untuk mendakwa tertuduh yang boleh dipertikaikan...

"Jika Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-kanak sendiri yang didapati tidak lengkap, pemansuhan segera dan pembetulan perlu dilakukan, kita merasakan apa sahaja perbuatan yang melibatkan perbuatan seksual untuk kanak-kanak bawah 16 tahun perlu diklasifikasikan sebagai rogol..tidak kira samada ia memasukkan zakar atau jari" kata Mei Fun.

Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata perkara ini akan dibawa ke Kementerian untuk perbincangan lanjut..

Agak hairan kes ini, bukan kan nak kata air mani masuk ke dalam kemaluan..anak sendiri mengandung dan ujian DNA telah dilakukan itu masih tidak diklasifikasikan sebagai kes rogol..Anwar Ibrahim sendiri pun menggunakan keputusan sample DNA untuk menjatuhkan hukuman.tetapi dalam kes ini mahkamah tidak menggunakan DNA...

Teruskan desakan agar kanak-kanak bawah umur itu diberi pembelaan sewajarnya!

Sunday, May 17, 2015

Panduan Pengguna! Laporkan Kepada @AduanSPAD Jika Pengusaha BAS Naikkan Tambang Sesuka Hati!!! @SPADChannel..

0 comments

Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad memberi amaran kepada pengusaha bas ekspress agar tidak mengambil kesempatan menjual tiket bas dengan harga lebih mahal terutamanya pada musim-musim perayaan...

Che Hasni menegaskan sekiranya didapati bersalah, para pengusaha Bas Ekspress akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang mana hukuman maksimum sebanyak RM 50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah...

Kenaikan harga tiket bas pada musim-musim perayaan ini kerap kali kita dengar..biarpun pihak SPAD ada melakukan operasi dan penyamaran ianya masih tidak cukup jika pengguna tidak membuat aduan kepada pihak SPAD...sekarang ini banyak aplikasi mudah alih yang membantu kita untuk membuat aduan...

Pengguna boleh melaporkan sebarang kesalahan pengusaha bas yang menaikkan harga tambang dengan menghubungi SPAD ditalian 1800- 88- SPAD (7723) atau melaporkan diTwitter dengan mention @SPADchannel atau @AduanSPAD..pengguna juga boleh membuat aduan di Facebook rasmi SPAD iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD yang kini mencapai 14,000 likes...

Kita sebagai pengguna perlu ambil sikap peduli..biarpun tidak semua pengusaha BAS perangai teruk tapi yang kecil-kecil inilah yang merosakkan martabat pengangkutan awam di Malaysia...ada juga kes dimana pengusaha tidak memberi tiket biarpun penumpang sudah membayar...dan ada kes penumpang dikenakan kadar harga tambang yang berbeza-beza...ini pengakuan sendiri yang dilaporkan oleh Che Hasni selepas operasi bersepadu SPAD dan agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin baru-baru ini...

Che Hasni melaporkan sebanyak 59 kes kesalahan dikenal pasti dilakukan pemandu lori, bas, dan teksi termasuk gagal mengemukakan permit kenderaan atau lesen pengendali, gagal mengemukakan jadual tambang dan membawa muatan berlebihan...

Setakat ini dari Januari hingga April 2015, SPAD merekodkan kesalahan paling tinggi pengangkutan awam di Malaysia dilakukan oleh Teksi iaitu 1,495 kes, lori 1,478 kes, bas 561 kes dan kereta sapu 88 kes...

Daripada jumlah 1,495 kes yang dilakukan pemandu teksi, 1,056 daripadanya adalah kesalahan tidak menggunakan meter..

Degil sungguh pemandu teksi ni..dahulu mereka bagi alasan tidak guna meter kerana kadar tambang rendah...apabila SPAD perjuangkan hak mereka dengan menaikkan tambang...mereka masih lagi melakulan masalah yang sama tidak guna meter...

Sebagai pengguna..jalankan tanggungjawab anda melaporkan segala masalah dalam pengangkutan awam kepada pihak SPAD!

Diaz Kembali Ke JDT Bantu Saingan #AFC2015!!!

2 comments

Peminat JDT pasti tidak sabar menyambut kehadiran kembali perancang berbisa skuad Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz di bumi Johor semula...

Diaz dijangka tiba hari selasa ini dengan tujuan untuk membantu skuad JDT dalam kempen Piala AFC 2015..

JDT mara ke pusingan kalah mati apabila berjaya mencetak kedudukan pertama dalam kumpulan sekali gua layak ke pusingan seterusnya...

Perancang sensasi ini bakal disatukan semula dengan Luciano dan Pato dijangka membantu JDT untuk saingan AFC sekiranya JDT layak ke pusingan suku akhir selepas jendela pendaftaran kelab AFC dibuka Julai ini...

Facebook rasmi JDT mengesahkan spekulasi ini dengan kenyataan dibawah :

Jorge Pereyra Diaz akan kembali menyarung jersi Johor Darul Ta'zim untuk membantu dalam kempen Piala AFC 2015. Diaz yang akan memperkuatkan barisan serangan JDT, dijangka tiba di Johor pada hari Selasa ini. Kontrak beliau bersama JDT untuk Liga Malaysia pula akan disambung kembali untuk satu setengah tahun mulai Disember 2015 hingga 2017 selepas beliau kembali dipinjamkan ke Liga Perancis dan Amerika. Semoga kehadiran penyerang muda yang berkaliber ini akan memantapkan lagi jentera serangan pasukan. Luaskan Kuasamu Johor!

Tanda tanya tentang status Alhaji Kamara terjawab apabil pemain itu akan dipulangkab ke kelab asal beliau di Sweden..

Disebabkan PBNJ tidak jadi untuk menjual Diaz..tempat Al Haji akan digantikan semula oleh Diaz..Diaz akan membantu rakan sepasukan untuk saingan AFC kerana namanya masih berdaftar dibawah skuad JDT...namun Diaz tidak boleh bermain di Liga Super kerana slotnya sudah didaftarkan dibawah nama Pato...

Diaz akan bermain bersama JDT sehigga 2016..untuk tahun ini..Diaz akan membantu JDT di saingan AFC dan akan dipenjamkan kepada kelab Perancis atau Amerika selepas tamat saingan AFC...

Pemimpin Pakatan Patut Bersyukur Tidak Ditembak Kerana Tidur!

0 comments

Pemimpin pakatan di Malaysia patut berasa beruntung duduk dan menjadi pemimpin Pakatan di Malaysia...tidur dalam parlimen pun tidak dikenakan apa-apa tindakan...

Jikalau mereka ini menjadi pemimpin di Korea Utara dan tertidur ketika majlis rasmi...mereka akan menerima hukuman ditembak mati...di Malaysia masih lagi amalkan demokrasi yang utuh...

Itu pun pemimpin pakatan kata negara ni tak demokrasi...kalau nak tahu apa itu demokrasi bolehlah pergi Korea Utara...paling tidak pun tengok balik zaman kepimpinan Tun Mahathir...ketika waktu Tun M anda akan tahu bahawa zaman kepimpinan Najib lebih demokrasi...

Zaman Najib ni orang kata dia cakap tak serupa bikin..tapi yang orang tak tahu Najib ni tak pernah halang orang cakap..tak de sumbat dalam ISA...zaman Mahathir..dia boleh cakap...tapi dia tak bagi orang cakap..

Berbalik hal tidur kena tembak ni..baca berita di bawah!

Menteri Pertahanan Korea Utara dihukum mati dengan cara ditembak menggunakan senjata anti serangan udara kerana didakwa tertidur ketika dalam satu acara rasmi yang dihadiri pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong Un.

Hyon Yong Chol, 66, dikatakan menunjukkan 'rasa tidak hormat' kepada Jong Un atas tindakan itu.

Berita hukuman itu disampaikan oleh seorang pegawai perisikan kepada Ahli Parlimen dalam satu mesyuarat khas.

Menurutnya, hukuman yang dikenakan terhadap Yong Chol itu disaksikan oleh ratusan pegawai kanan ketenteraan pada April lalu.

"Hukuman mati itu dilakukan di sebuah kawasan luas di Pusat Latihan Tentera Kanggon, utara Pyongyang," katanya.

Sebuah akhbar tempatan  Yonhap pula melaporkan, Yong Chol dihukum dengan cara ditembak menggunakan enam unit senjata anti-serangan udara ZPU-4.

Friday, May 15, 2015

Punca Sebenar Helikopter Dinaiki Arwah JJ Terhempas Diketahui...

1 comments

Selepas sebulan lebih tragedi helikopter malang terhempas yang telah meragut nyawa Mantan MP Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain...

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan hasil siasatan helikopter malang Eurocopter Dauphine AS365 yang terhempas 4 April lalu di Semenyih..

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Penerbangan Awam pengarah sektor Operasi Penerbangan, Datuk Yahaya Abdul Rahman berkata, pengimbang kiri helikopter malang tersebut mengalami kerosakan sejurus mendarat di padang Muadzam selepas berlepas dari Pekan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sirip pengimbang sebelah kiri itu masih lagi tidak dapat dikesan sehingga kini setelah ianya terpisah 5 saat sebelum helikopter berkenaan terhempas...

Memetik laporan daripada Utusan, akhbar itu melaporkan Tiong Lai me­nge­sahkan juruterbang tidak membuat sebarang komunikasi dengan menara kawalan udara semasa me­lakukan pendaratan di padang bola sepak Sekolah Rendah Ladang Kota Bahagia.

“Perkara ini tidak diwajibkan walaupun juruterbang digalakkan untuk berkomunikasi dengan menara kawalan udara secara kerap,” katanya.

Menurutnya, selain kesan be­nam, kesan kebocoran cecair turut dikesan di padang bola yang menjadi lokasi pendaratan terakhir helikopter AS365.

“Terdapat kesan kebocoran cecair berlebihan dalam lubang roda pendaratan kiri helikopter di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter.

“Pasukan siasatan bagaimanapun tidak mendapati kebocoran ini memberi kesan kepada penerbangan ke Subang dan punca kemalangan boleh dikaitkan dengan masalah penstabil,” katanya.

Hasil daripada laporan awal ini, kita dapati ianya berpunca daripada masalah ketika mendarat di padang dan juruterbang tidak memeriksa helikopter berkenaan sebelum melakukan penerbangan semula..

Biarpun kita sudah mengetahui punca helikopter itu terhempas, namun simulasi tetap akan dijalankan yang mana ujian tersebut akan dilakukan di Perancis..tujuan simulasi ini untuk mengenalpasti bagaimana helikopter malang ini terhempas...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan  Awam yang telah bekerjasama dengan pihak luar Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) untuk mencari punca nahas ini berlaku..

Al-Fatihah untuk arwah JJ dan mangsa lain beragama Islam...

Thursday, May 14, 2015

Hot!!! Datin Paduka Chew Mei Fun Dedah Faktor Sokongan Masyarakat Cina Kembali Kepada BN...

1 comments

Pada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh kita dapat menyaksikan bahawa undi masyarakat Cina kini sudah kembali kepada Barisan Nasional..biarpun skala perubahan yang kecil setidak-tidaknya ia merupakan garis ukur MCA masih diterima rakyat...

Semalam, portal rasmi MCA mengeluarkan sebuah artikel berkaitan sokongan MCA kepada BN dalam 2 PRK yang lepas..portal tersebut memetik kenyataan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memberi 3 faktor aliran trend sokongan masyarakat Cina kembali kepada BN berbanding PRU 13..

Mei Fun berpendapat keretakan hubungan yang dihadapi dalam sekutu Pakatan Rakyat. Kebarangkalian ini ada sebab musababnya apabila kita dapati PAS hanya berjuang bersendirian di Rompin dan PAS menghadapi konflik untuk membantu PKR dalam mempertahankan kerusi nepotisme di Permatang Pauh.,.

Faktor kedua yang didedahkan Mei Cun adalah kebimbangan masyarakat Cina tentang pelaksanaan hukuman hudud...

Dari dahulu lagi PAS sudah berlagak mengatakan mereka mampu mengajar DAP tentang Islam dengan cara pentadbiran...memberi label Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz...inilah padahnya bila agama dijadikan playdoll politik PAS...ada pemimpin DAP dengan lantang berucap dengan menyelitkan ayat suci Al-Quran sambil disahut dengan laungan takbir oleh puak PAS...bila sentuh tang hudud, DAP melenting..ini saja telah diketahui bahawa PAS gagal ajar DAP tentang Islam dan yang terjadinya PAS terpaksa ikut kata DAP...kesian sungguh...

Faktor ketiga ujar Mei Fun ialah "statistik keluar undi yang rendah telah membawa kepada keadaan yang tidak diduga. Sebagai contoh, dalam 99% majoriti Cina aliran mengundi di Sungai Lembu di Permatang Pauh, terdapat aliran masuk 14% undi Cina. Aliran masuk undi juga dicatatkan di kawasan bercampur dengan 900-1400 pengundi Cina. "

Perubahan ini memberi petanda positif bahawa kembalinya sokongan Cina kerana kegagalan Pakatan menjaga kebajikan mereka...isu kemelut yang sedang hangat ketika ini GST dan 1MDB tidak menjejaskan undi Barisan Nasional...berkenaan dengan 1MDB, Mei Fun menjelaskan bahawa MCA berharap akan mendapat penjelasan dari semua syarikat-syarikat berkaitan..ini lebih baik daripada menghukum kerajaan dengan mendesak kerajaan beri jawapan...

Ramalan Awal Harga Tambang Tren Laju #KL #Singapore Tidak Lebih RM 400!!! @SPADChannel

1 comments

Projek mega High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sedang dalam proses perbincangan berkaitan teknikal dan operasi...

Perdana Menteri, DS Najib Razak berkata awal bulan ini ketika Pemukiman Keenam Pemimpin Malaysia-Singapura "Pembinaan HSR ini dijangka mengambil masa kira-kira 5 tahun, manakala rekabentuk mengambil masa setahun dan proses tender mungkin mengambil masa setahun lagi".

Mengikut perancangan awal, hentian HST ini akan dibina 6 lokasi di Malaysia iaitu KL, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya sebelum berakhir di Jurong East, Singapura...

Tempoh perjalanan dari KL ke Singapura akan menjadi lebih pendek kepada 90 minit...jikalau kita naik kapal terbang pun..banyak proses perlu dilalui sebelum kapal terbang berlepas..jangkaan menaiki Kapal Terbang KL ke Singapura lebih kurang 3 jam termasuk semua proses sebelum berlepas..manakala dengan menaiki kenderaan darat pula memakan masa lingkungan 4-5 jam...

Bagi yang mementingkan masa, HSR pastinya menjadi pilihan utama bagi penumpang yang mahu berurusan dari KL ke Singapura...pasti anda tertanya-tanya berapakah kos yang diperlukan untuk menaiki tren laju ini...

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Singapura, Channel NewsAsia, akhbar itu memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Portal News Asia melaporkan, Mohd Nur Ismal berkata kadar harga yang dikenakan bakal dinikmati oleh semua pengguna sesuai dengan teknologi canggih tren laju tersebut.

Kadar harga ulang alik dari KL ke Singapura menggunakan tren ini tidak akan melebih RM 400 atau S$148 bagi setiap penumpang..kadar harga awal tambang ini diambil daripada perbandingan dengan kereta api laju Taipei-Kaohsiung sepanjang 345 KM yang mengenakan tambang sebanyak RM 190 untuk sehala...jarak ini sesuai dibuat perbandingan untuk projek mega HSR KL-Singapura...

Menurut Ismal lagi, HSR ini dijangka bakal merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan kerana para pelancong dari seluruh pelusuk dunia bakal ditawarkan satu pakej pelancongan rentas sempadan Malaysia dan Singapura...

Kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyelesaikan semua isu berkaitan HSR akhir tahun ini...


Wednesday, May 13, 2015

Terkini Harga Top Up - Shabery Beri Kenyataan Baru!

1 comments

Sejurus pengumuman YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mahukan hanya DS Shabery Cheek sahaja yang mengeluarkan kenyataan rasmi tentang top up...bawah ini kenyataan sulong Shabery tentang isu Top Up dikenakan GST...

Kenyataan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sidang Akhbar mengenai GST Topup Prepaid

13 Mei 2015, KKMM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Terima kasih kepada rakan-rakan dari media massa kerana hadir. Pada hari ini, saya ingin memaklumkan perkembangan terbaru mengenai pengenaan GST yang telah ditetapkan ke atas tambah nilaiprabayar.

2. Pada 4 Mei yang lalu, Kementerian telah mencadangkan supaya rakyat mendapat nilai sebenar bagi setiap tambah nilai prabayar yang dibeli.

Keputusan Kabinet

3. Pada hari ini, Kabinet telah bersetuju dengan cadangan Kementerian supaya tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan.

4. Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based. Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana Kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Kaedah Pelaksanaan

5. Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, Kementerian telah meminta pihak telco untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka.

Pada masa yang sama, telco juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

6. Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan. Sementara itu, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga formula ‘beli RM10 dapat RM10’ ini dilaksanakan.

7. Kerajaan akan sentiasa memastikan agar perlaksanaannya tidak merugikan rakyat. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga ingin melihat tahap kualiti perkhidmatan yang baik daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Sekian terima kasih.

Tuesday, May 12, 2015

Pengusaha Bas Ekspress Hantar Memorandum Kepada SPAD Minta Kenaikan Harga Tambang.. @SPADChannel

0 comments

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) pada bulan lalu telah menghantar memorandum dengan tujuan mahu SPAD mengkaji tambang bas untuk dinaikkan..

PEMBAWA meminta kerajaan memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas sebelum Ramadan. Yang Dipertua PEMBAWA, Tajudin Mohd Yunus telah menghantar memorandum berkaitan hal berkenaan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk diperhalusi kerana bimbang ada syarikat bas yang terpaksa gulung tikar jika keadaan itu berlanjutan.

SPAD pada Mac melalui Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengumumkan kenaikan tambang bas ekspress untuk perjalanan seluruh negara sekitar RM 4.60 hinggan RM 11 namun ianya ditangguhkan...

Selaku sebuah Suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam perihal pengangkutan awam, SPAD perlu meneliti dan mengkaji kandungan memorandum yang dikemukan PEMBAWA untuk mencari penyelesaian terbaik bagi pengguna dan pengendali...

Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pihaknya akan memberikan pandangan terhadap isu dibangkitkan persatuan ini..

Nancy dalam satu kenyataan berkata "Segala isu akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya beserta dengan cadangan bagi jalan penyelesaian terbaik kepada pengguna dan pengendali. Kami ingin menyatakan SPAD sentiasa peka terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan oleh pengendali bas ekspres,"

Keputusan yang bakal dibuat SPAD ini ibarat "Ditelan Mati Mak, Diludah Mati Bapak"..setiap keputusan yang dibuat pasti akan memberi kesan kepada sesuatu pihak..jika tidak dinaikkan, pengendali BAS menghadapi cabaran terpaksa berhadapan dengan kos operasi yang kian meningkat..bila dinaikkan tambang, pengguna pula merungut...

SPAD perlu meneliti setiap keputusan yang bakal dibuat ibarat "menghela rambut dalam tepung-rambut jangan putus, tepung jangan terserak"...Isu ini perlu dilihat dari dua pihak..nanti bila penetapan harga tambang sudah dibuat, jangan terburu-buru menyalahkan kerajaan kerana menaikkan tambang sedangkan ianya permintaan daripada Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA)...

Kabinet Baru Najib Razak Hanya Disebar Melalui WhatsApp..Mudahnya Orang Percaya!

0 comments

Nak tergelak pun ada aku dapat list kabinet baru Najib di aplikasi WhatsApp sahaja...tak ada pengumuman apa-apa tiba WhatsApp bagi jawapan..kan pelik bunyinya...usahlah percaya dengan permainan musuh Najib yang mahu memecah belahkan barisan kabinet sedia ada...

Kerja kutuk ini tak lain tak bukan semuanya dilakukan oleh musuh Najib yang mahu menjahanamkan karier politik dia seterusnya UMNO...henti-hentikanlah kerja kutuk nih...bawah ni mesej kabinet baru yang aku terima melalui WhatsApp...nampak beno nipunya!

Btol ker???


7 MENTERI DIGUGUR DALAM ROMBAKAN KABINET NAJIB?

Beberapa nama dan muka baru masuk menjadi sebahagian kabinet baru Dato Seri Najib untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang PRU14.

Nama nama yang baru muncul di Jabatan Perdana Menteri seperti YB Khairy, Dato Asyraf diberi peranan khusus untuk menjaga orang muda dan golongan belia. Dato Azeez pula diberi peranan mengambil alih tempat Dato Razali Ibrahim, selain menjaga 1M4U.

Tan Sri Nordin Kardi dipilih sebagai menteri penuh Menteri Pengajian Tinggi (diwujudkan semula) kerana pengalamannya sebagai Naib Canselor sebagaimana sebelum ini Tan Sri Musa Mohamed Naib Canselor USM yang menjadi Menteri Pendidikan. Dato Irmo yang aktif dalam belia dan NGO dijangka akan memberi nafas baru untuk misi emas olimpik dan Piala Dunia. Ahmad Maslan diberi kepercayaan penuh untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi kementerian penerangan.

Beberapa nama besar yang gugur dijangka akan ditempatkan di GLC dan beberapa tempat strategik. Idris Jala difahamkan akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan menerajui Tabung Haji.

Manakala Hassan Malek pula akan menjadi CEO KWSP yang baru. Jamil Khir dikata pergi ke Bank Rakyat. Jailani Johari akan kembali menerajui SKMM. Tajuddin Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau di Felda. Nazri Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat serta kukuhkan pelaburan FGV di peringkat antarabangsa. Anifah pula memilih untuk merehatkan diri.

walau bagaimana pun diharap pihak pihak terbabit tampil untuk memberi komen apakah benar "perkhabaran ini", ribut rombakan makin kuat. Rakyat dahagakan perubahan.

Out :
1) Hassan Malek
2) Idris Jala
3) Jamil Khir
4) Nazri Aziz
5) Anifah Aman
5) Jailani Johari
6) Tajuddin Rahman
7) Shahidan Kassim

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia
(Kemaskini Jun 2015)
Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
Dato' Asyraf Wajidi Dasuki
Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato’ Mah Siew Keong
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri:
Dato Azeez Rahim

Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pendidikan
Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Nordin Kardi
Timbalan Menteri : Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy
Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Tim

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA