networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, December 31, 2014

#Banjir Besar Kelantan : Penebangan Hutan Tidak Terkawal...TNB Pula Dituduh Punca Utama?

0 comments



Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana Both empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai tahap bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.

Kenapa banjir yg berlaku tidak di kaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak haram?

Ingatlah bahawa Kerajaan yg memerintah Kelantan adalah PAS bukannya UMNO. Tak perlu kalian sengaja mengalihkan isu supaya rakyat akan terus membenci BN dengan cerita rekaan dan bohong lagi. Di saat rakyat Kelantan ditimpa musibah mana hilangnya pimpinan utama PKR dan DAP? Ingat pesan Pujangga..."untuk mengenali siapa sahabatmu yg sebenarnya maka lihatlah di mana mereka berada di saat kamu berada dalam kesusahan......". Fikir-fikirkanlah!

Copy paste : King TTimes vs #grp


LAPORAN PENUH

KECOH EMPANGAN BARU TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIR DI KELANTAN BAGAIMANA PULAK PEMBALAKAN 2,200 HA DI LOGING GUA MUSANG?

Dakwaan mengatakan Empangan baru (Terengganu Hyroelectric Project) di Tembat Tasik Kenyir (Second Dam) adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana kedua-dua (Both) empangan puah & tembat  masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) dan air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir, kerana saluran air janaan Empangan Tembat akan masuk ke Tasik Puah dan air Tasik Puah akan mengalir ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir di Jenagor  dan masuk terus Sungai Terengganu yang terus sambungan ke laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Empangan baru Tembat Kenyir, tetapi apa yang menghairankan bagaimana banyak rumah yang berada di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai yang mengalami banjir terdapat balak yang beselerak seperti penebangan balak yang berlaku besar-besaran?

Air banjir besar yang datang begitu cepat serta laju arusnya ini berlaku di pedalaman Kelantan dan kawasan yang dilanda banjir teruk adalah di GUA MUSANG dan KUALA KRAI kerana itu adalah kawasan yang menghampiri bukit bukau yang sepatutnya bertindak menahan air hujan dari terus mengalir ke sungai.

Laporan Ketua Audit Negara juga telah mengesahkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan(JKKKP) Bil7/2004 telah meluluskan seluas 2,200 Ha HSK yang ketinggiannya melebihi 1000 m iaitu di kawasan tanah tinggi loging, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang kepada sebuah syarikat swasta.

ADAKAH DISEBABKAN PEMBALAKAN INI BERLAKUNYA BANJIR BAGAIKAN TSUNAMI DI KELANTAN?

Sebelum ini pun Sultan Kelantan pernah bertitah agar aktiviti yang melibatkan pembalakan terutama di Lojing di pantau dengan rapi agar tidak terjadinya bencana alam dan lesen pembalakan tanah di kawasan tinggi seperti di Lojing adalah di bawah kelulusan MB Kelantan semasa pemerintahan Tuan Guru Dato‘ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dimana ketika itu penasihatnya adalah Datuk Paduka Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Ketika itu).

SPRM perlu membuat penyiasatan terhadapa syarikat-syarikat yang menjalankan pembalakan dan pembukaan tanah baru di kawasan bukit bukau serta pedalaman Kelantan tersebut terutama di loging, agar dapat mengbongkar bagaimana kejadiaan malang yang menimpa kepada mangsa banjir di Kelantan ini berlaku.

King TTimes

GEMPAR!!!Lelaki Mirip Anwar Muncul Di Lapangan Terbang Kota Bharu...Puas Bercuti?

0 comments

Nampak macam Anwar tapi macam bukan anwar...soklah aku positif...syukurlah Ketua Umum (KETUM) akhirnya ingat jugak Malaysia ni...lelaki mirip Anwar kelihatan di Lapangan terbang Kota Bharu Petang tadi..entah ye entah tidak...best ke bercuti KETUM?

PKR, PAS & DAP Tak Perlu Ambil Masa Bungkus Sumbangan #Banjir Guna Logo Parti!

0 comments

Adeh...paku dulang paku serpih..mengata orang dia yang lebih...macai memang tak tahu malu..mengutuk BN cakap pakign guna logo BN buang masa...mempolitikkan isu banjirlah...

Aku ingat orang yang cakap ni suci murni..tapi lagi busuk...lain kali jika sendiri guna plastik beg logo parti.,jangan salahkan pihak lain..sendiri cek diri sendiri jula...oiyoooo...bawah ini bungkusan PAS dan DAP pula...








DAP Mula Rasa Terancam Dengan MCA..Terpaksa Ludah Muka Sendiri...

0 comments

Sejak musim banjir ni..MCA bersungguh-sungguh nak bantu mangsa banjir..dengar cerita Wee Ka Siong sampai pagi buta masih punggah barang dalam treller...baru aku faham MCA xde lori masa kempen PRU lepas..tapi mereka guna lori untuk bantu rakyat...


Parti DAP pula menuduh usaha murni ni..tuduh MCA buang masa untuk tampal stiker semata-mata mahu bantu rakyat...DAP dakwa tidak perlu mempolitikkan hal bantuan banjir...

Nilah padah bila suka cari aib orang...mereka tuduh MCA macam2 walhal mereka lagi teruk...buat kerja tak seberapa tapi promosi kaw2...

Mangsa banjir tak tahu menahu pun...dalam fikiran mereka hanya bantuan dapat..itu dah cukup...

Bawah ini gambar DAP meludah muka sendiri...




Tuesday, December 30, 2014

#QZ8501 : Lebih 40 Mayat Sudah Dibawa Keluar & Angka Semakin Meningkat...Takziah...

0 comments

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir .-AstroAwani

Gambar #Banjir : PM @NajibRazak Sampai Terseliuh Kaki, @AnwarIbrahim Masih Lagi Di Luar Negara...

0 comments

Bila bercuti pada masa yang sama berbincang urusan negara sambil bermain golf dengan Obama..macai fitnah kata kenapa tak balik...PM kena bersama rakyat...KETUM TAK PA..DIA BUKAN PM...

Bila balik PM terus ke Kelantan...macai kata buat apa balik..kan TPM boleh handle..tak percaya kat TPM ke Najib...KETUM TAK PA..DIA BUKAN PM...

Bila sampai Kelantan...macai kata kenapa Najib tak Umum darurat...buat apa balik kalau tak umum darurat...KETUM TAK PA...DIA BUKAN PM...

Bila banyak bantuan diberikan..Macai kata BN sekat bantuan..suruh tampal stiker BN...barang lambat sampai sebab BN tukar pakaging...KETUM TAK PA..DIA BUKAN PM...

Bila Najib melawat banyak kawasan...berterabur pemimpin Macai berendam dalam air..ada sorang sigemuk tu sampai ke parat dada..pada hal air cetek saja...KETUM TAK PA...DIA BUKAN PM...

Bila Najib terseliuh kaki...macai fitnah Najib manja..suruh orang buka kasut...KETUM TAK PA...DIA BUKAN PM......

Kesian PM kita..macai banyak sangat fitnah dia...banjir dan fitnah macai sama deras...KETUM TAK PA..DIA BUKAN PM..,

Kemana KETUM?tatkala rakyat mahukan pemimpin...BN juga bagus..sentiasa bersama rakyat...KETUM TAK PA...DIA BUKAN PM...

Macai pun cakap beramai-ramai selepas makan dedak...KETUM TAK PA...DIA BUKAN PM....

#Banjir : KETUM @AnwarIbrahim Kini Berada Di United Kingdom..Hampeh Tak Boleh Harap!

2 comments

Tak Pa, KETUM bukan PM..

MACAI KETUM bukan main lagi backup bang non kata dia bukan PM dan tiada keperluan untuk pulang ke Malaysia tatkala rakyat sedang dilanda banjir...dalam ceramah politik bercakap mengalahkan PM...KETUM saja yang betul..macam dia pula PM...

Tak Pa, KETUM bukan PM..

Bila rakyat dilanda banjir...senang saja MACAI KETUM jawab..KETUM bukan PM...nak tolong rakyat pun berkira juga ke?kalau tak PM tak boleh tolong...ini je dah membuktikan betapa KETUM mementingkan diri dan hanya tahu mengarah tugas kepada Azmin..

Tak Pa, KETUM bukan PM..

Itu sudah cukup ke?atau KETUM mahu jawatan Perdana Menteri baru dia nak bantu rakyat...

Jangan banyak sembang lah KETUM..cakap bergegar batang hidung pun tak nampak..setakat arahkan orang lain...bila pegang mic bukan main lagi kaulah pejuang rakyat...ada saja xbetul yang kerajaan buat..kau saja yang betul...banjir dah kurang baru nak bersuara?

Tak Pa, KETUM bukan PM..

Nanti macai jawab..eley KETUM bukan PM....masa nilah jawab mcm tu..sepatutnya KETUM harus cermin muka diri sendiri tu dari awal lagi yang dia bukan PM...abis dulu dok gatal bentang bajet PAKATAN setiap buat apa?bukan ke bentang bajet hanya untuk PM...

Tak Pa, KETUM bukan PM..

Bila tugas tak penting KETUM nak ambil tugas PM..bila rakyat dilanda banjir bukan kata batang hidung...bayang pun tak nampak!hampeh punya KETUM...

Macai akan kata...Tak Pa, KETUM bukan PM..

#Banjir - SPAD Berusaha Sambung Semula Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Pantai Timur...

0 comments

Selaku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), adalah menjadi tanggungjawab suruhanjaya tersebut bagi memulihkan jaringan perhubungan pengangkutan awam yang rosak teruk ekoran banjir di pantai timur...SPAD dalam sebuah kenyataan medianya menjelaskan :

Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.

SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan lancar.

Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai Timur yang terjejas.




Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan Terengganu.

Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah.

SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju.

Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas.

Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang terlibat.

SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa perjalanan.

Penumpang pula diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan makluman yang diberikan oleh pengusaha dari masa ke semasa.

"Umat Islam Diingatkan Jangan Terlalu Fanatik Sehingga Menghalalkan Keganasan"...Jelas Dr Mashitah..

0 comments

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penglibatan rakyat kita menyertai kumpulan militan IS di Syria...taktik terbaru ini dibongkar oleh pihak Polis Diraja Malaysia ekoran penahanan seoran lelaki di KLIA..hasil risikan mendedahkan taktik terbaru kumpulan militan tersebut untuk menyusup masuk negara Syria melalui negara ketiga...

Lelaki itu dikatakan ingin ke negara Brunei sebelum ke Turki kemudian ke Syria..lebih mengecewakan lagi adalah lelaki tersebut merupakan salah seorang pelatih PLKN..menyebut tentang perjuangan IS ini, golongan ekstrimis ini beranggapan menyertai peperangan di Syria merupakan satu jihad...

Memetik tulisan Ustazah Dr Mashitah bertajuk "Keganasan Bukan Jalan Ke Syurga" yang menurut beliau kumpulan ekstrimis fanatik ini:
Terbentuk dalam minda mereka satu persepsi atau pemikiran bahawa jalan terbaik masuk syurga ialah berjihad. Kekeliruan dan kurang kefahaman ini berpunca daripada salah tafsiran, yang kemudiannya boleh mencetus masalah berkaitan kestabilan dan keselamatan. Ada orang Islam yang bertindak ganas, menjadi jihadis atau pengebom berani mati, memerangi dan membunuh saudara seagama atas nama Islam, atau kerana ingin mati syahid untuk masuk syurga. 
Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam.
Golongan IS ini bukanlah pejuang jihad yang sebenar..perbuatan membunuh dan memenggal tebusan atas nama Islam bukan sahaja kejam dan tidak bertamadun..malah memalukan dan menjatuhkan imej Islam..

Dalam mengejar Syurga...tiada jalan pintas...takut dek kerana terlalu taksub akan tergelincir akidah pula..masihkan anda ingat kes Al-Arqam yang mengemparkan negara suatu ketika dahulu..golongan ini beranggapan mereka akan masuk syurga...Pengikut ajaran sesat ini dijanjikan pengampunan dosa sehingga sanggup meratib berbogel dalam gelap sepanjang malam..malah ada juga yang sanggup minum air basuhan kaki...

Bila bercakap soal aqidah ini, janganlah kita mudah sangat mempercayai label dan slogan undi parti sekian-sekian akan masuk Syurga..tiada dalam ayat Al-Quran menyebut akan perkara ini...puak parti tersebut beranggapan mereka pejuang Islam sejati..apakah menjatuh dan membuka aib orang lain itu perjuangan yang diseru oleh Islam..jawapannya tidak sama sekali...

Dalam negara yang mempunyai berbilang bangsa..kita kena jaga sensitiviti orang kafir harbi yang bernaung dalam daulah Islamiah...rata-rata yang terpengaruh dengan perjuangan fanatik ini adalah orang-orang yang bijak pandai..dek kerana terlalu fanatik.mereka mudah terpengaruh..dan yang ruginya kita juga kerana kehilangan modal Insan yang berupaya berjasa kepada negara...

Sebelum melakukan sesuatu tu fikir dengan akal yang waras dan rasionalkan minda...wallahualam bissawab...

Monday, December 29, 2014

Jersi Baru JDT 2015 Yang Osemmm....

0 comments





Sekarang ini sedang berlangsung majlis penyerahan sumbangan mangsa banjir, pelancaran jersi baru JDT dan memperkenalkan player JDT di Dataran Bandaraya Johor Bharu...jersi yang diperkenalkan ni memang menarik perhatian admin..dengan kombinasi Dark Blue + Red...All Black...All White...menarik...cantik...nampak garang sikit..apa komen anda?


Tudia!!! MCA Guna Lori Besar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur!!!!

1 comments

DAP seteru MCA pasti terkejut dengan perkembangan terkini MCA yang aku sifatkan "LAIN MACAM!!!"..Penangan Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai semakin menunjukkan petanda positif apabila mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia MCA bukan lagi parti yang tidak mampu menyumbang kepada rakyat...

Sekarang kita jangan ukur sejarah lampau kekecewaan MCA pada PRU 13...kita buka lembaran baru...terkini, MCA telah melancarkan Lori besar yang aku sifatkan seperti lori balak!!!bukan calang-calang bantuan nih..baguslah...MCA sudah bangkit...pembangkang pun ada lori dan bas juga...tapi untuk kempen politik diorang jer..sekarang dah tak musim PRU maka senyaplah....

Tatkala parti seteru DAP masih lagi berpolitik cara tradisional...mencari kelemahan orang lain..meraih sokongan dengan menghasut orang membenci pihak lawan...cara itu sudah ortodok...rakyat sekarang mahu lihat depan mata siapa yang banyak bantu mereka..cara lapok memburukkan lawan sudah tak pakai lagi...

Biasalah kalau dah kepimpinan semua dah lanjut usia tapi masih lagi nak memegang jawatan..itulah akibatnya...DAP kini diancam krisis kurang kepercayaan apabila mereka masih lagi bermain politik memburuk orang lain..bila dah kantoi..ajak pula orang sokong Perdana Menteri..

Pergh!!!Guna MCA Lori Besar bantu mangsa Banjir...Ter
Petang tadi MCA telah umumkan bantuan yang sudah dikumpul setakat jam 10 malam 28 Disember sebanyak RM 450,000 iaitu RM 350,000 wang tunai dan RM 110,000 lagi barangan bantuan...


Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Crisis Relief Management Squad (CRSM) Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur. CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir pada 23 Disember lalu...

Sehingga setakat ini CRSM telah berjaya menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah kawasan pantai timur yang dilanda banjir...berikut aku kongsikan perjalanan MCA melalui CRSM dalam misi membantu mangsa banjir...
20-12-2014 CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

21-12-2014 CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kulim, Tumpat, Kelantan

23-12-2014 Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur. CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir.

24-12-2014 Ahli-ahli CRSM dan MCA dari seluruh negara menyertai skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur dan mula bergerak ke kawasan banjir di Pantai Timur.

25-12-2014 MCA mula mengumpulkan barangan bantuan untuk dihantar ke kawsan banjir.

26-12-2014 Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi MCA Negeri Kelantan YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann membawa 300 pek makanan dan minuman telah bergerak ke kawasan banjir dengan menaiki helikopter . Mereka telah melawati kawasan banjir di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Kemaman, serta menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir. 
Pengerusi MCA Negeri Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw dan Pengerusi MCA Negeri Pahang Dato’ Hoh Khai Mun dilantik menyelaras operasi membantu mangsa banjir di negeri masing-masing.Barangan bantuan seperti makanan, minuman dan ubat dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur. 
27-12-2014 2 unit lori 6-tan dan 2 unit 4WD dengan barangan bantuan dihantar ke Gua Musang, dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00PM
  • 2 unit lori 3-tan dengan barangan bantuan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00 pagi keesokan hari 
  • 1 unit lori 3-tan yang membawa air minuman bertolak dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan
  • 2 unit lori 3-tan yang membawa air minuman dan 1 unit lori 3-tan yang membawa beras bertolak dari Kuala Lumpur ke kawasan banjir.
Pemuda MCA dengan kerjasama 15 NGO Pemuda Bangsa Cina melancarkan program “Youth Care” untuk membantu kerja-kerja selepas banjir. Ketua Pemuda MCA Kebangsaan YB Senator Chong Sin Woon bergerak ke kawasan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai selepas pelancaran program tersebut.

Operasi pengagihan barangan bantuan yang diketuai oleh Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann dimulakan di beberapa kawasan yang dilanda banjir.

CRSM Negeri Pahang, Johor dan beberapa negeri lain mula mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

MCA Negeri Sembilan dan MCA Negeri Perak menghantar barangan bantuan yang Berjaya dikumpulkan ke Kuala Lumpur untuk dibawa ke Pantai Timur.

28-12-2014 1 unit lori 3-tan dan 4 unit 4WD yang membawa barangan bantuan bertolak ke Kelantan pada pukul 11:00AM dan tiba di kawasan banjir

Naib Presiden MCA YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun menghantar 200 pek barangan bantuan ke Kelantan dengan helikopter.

CRSM semua negeri terus dengan operasi menghantar barangan bantuan ke kawasan banjir.


Kita ucapkan tahniah jugalah kepada seteru MCA, DAP yang tak kurang juga bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir....bawah ini buktinya...



HE : Tahniah dan Syabas MCA atas usaha anda...

Terkini #Banjir! Tarikh Bermula Sesi Persekolahan 2015 Dilanjutkan Seminggu Lagi!

0 comments


#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

#Banjir : MCA Bertungkus-Lumus Membantu Rakyat Bukan Sandiwara Politik!

0 comments

Dalam keadaan kritikan ini, baru kita mengertahui bahawa tohmahan yang dilemparkan kepada MCA yang sudah tidak relevan berbanding DAP adalah silap...rata-rata masyakat Cina masih lagi mahu bersama MCA..benar kata orang..hendak cari rakan semasa senang memang tersangat mudah berbanding rakan yang membantu kita dalam keadaan susah...

Bencana Banjir ini menampakkan betapa MCA ini masih lagi wujud...3 pemimpin besar MCA yang sempat dirakam oleh lensa kamera membantu mangsa banjir bukanlah sekadar plastik surgery yang direkayasa untuk menampakkan mereka ini berlakon demi modal politik murahan...

Gambar 3 pemimpin MCA, iaitu Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai , Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dirakam sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir adalah real-life membuatkan ada pemimpin DAP terpaksa meniru dan berlakon seolah-olah mereka turut membantu rakyat...

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak untuk memberi bantuan, yang menjadi persoalannya kesediaan dan keihklasan mereka-mereka ini untuk membantu rakyat tanpa dipaksa mahupun terpaksa membantu rakyat untuk kepentingan politik...

Kesungguhan yang dilakukan oleh MCA ini telah membuka mata ramai pihak khususnya masyarakat Cina..tatkala mereka dalam keadaan memerlukan bantuan...MCA datang membantu..ternyata budak tadika pun tahu beza yang mana pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu rakyat dan pemimpin yang hanya tahu bersandiwara politik..

Tok Guru DAP Kit Siang hanya tahu mencari salahkan pemimpin BN kononnya menteri lambat memberi bantuan...Kit Siang seeloknya menutup mulut sebelum lebih ramai mempersoalkan kemana Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin lain DAP ketika waktu ini dikala rakyat memerlukan mereka...mengadu domba dan menghasut hanya mampu membangkitkan kemarahan rakyat bukan modal untuk meraih sokongan...jikalau MCA meneruskan momentum ini, potensi mereka untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina amat tinggi...lihat sahaja bagaimana MCA berjaya merampas kembali kerusi Teluk Intan...bertambahnya sokongan di Kajang...

Usaha yang perlu dilakukan oleh MCA sekarang ini hanyalah mendekati rakyat..biarlah DAP mahu bermain sandiwara dengan membangkitkan kebencian rakyat...akhirnya nanti rakyat lebih mengetahui siapa sebenarnya intan permata dan siapa kaca beracun...

Bawah ini gambar MCA membantu rakyat semasa banjir...  













Sukarelawan MCA bersungguh-sungguh meredah banjir membantu rakyat
DAP Redah Banjir Hanya Bergambar?
Anda cari jawapannya sendiri...

Mungkin setelah terdesak apek Kit Siang terpaksa bergambar seperti ini....sory apek Kit Siang..you bergambar macam ini ha...wa nampak lu berlakun saja ma....setakat posing dan ambil gambar saja..lu berendam saja pun tarak guna...

Ngeng......ngeng...naik bot...hehe!

Kesian...dalam maaaa....separuh kaki..paras lutut...hehe!mana rakyat you bantu?
Jikalau sudah pemimpin macam ni...yang muda pun apa kurangnya...





ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA