networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, March 31, 2013

PANAS!!!Cerita Yang Tidak Akan Di Siarkan Di Media MACAI !!!

0 comments
Besarkan untuk baca...

Sebelum aku menulis...aku mahu terangkan kepada pembaca singkatan akronim MACAI...macai ini sebenarnya memang sinonim dengan penyokong tegar/totok Pakatan Rakyat....

M - Mendengar
A - Apa sahaja
C - Cakap
A - Anwar
I - Ibrahim...

Buat pengetahuan semua pembaca khususnya golongan MACAI yang lembap akal fikiran...JKKR gabungan FELDA wilayah Raja Alias baru-baru ini telah membenarkan pasangan Timbi Senang, 82 dan Isterinya Jamilah Suripan, 78 Tahun untuk tinggal di kawasan tanah rancangan FELDA biarpun mereka berdua bukan dari golongan peneroka...

Kisahnya dahulu pasangan ini hanya menumpang di Felda Palong untuk mengambil upah menoreh getah dari peneroka...bila usia sudah lanjut, mereka tidak mampu melakukan tugas harian..mereka kini tinggal di rumah kosong milik peneroka di sini sejak 27 tahun lalu..

Melihat akan situasi ini, jiran tetangga mereka amat prihatin dengan nasib pasangan Timbi Senang ini...kadang ada juga jenguk-jenguk pasangan ini...

Bak kata pepatah berbudi dengan tanah akan ada hasilnya...berbudi dengan FELDA insya'allah nasib anda akan terbela...

Siapa sangka, dengan mengambil upah menoreh getah di Felda, mereka kini telah mendapat perhatian banyak pihak untuk membantu...FELDA membenarkan mereka tinggal walaupun mereka bukan peneroka...JKKK pula memberi bantuan berupa paip dan elektrik...ini kerana sebelum ini pasangan ini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan...maka atas keprihatinan JKKR telah memperuntukan sejumlah RM 5,000 untuk menyelesaikan masalah air dan elektrik...

Dengar cerita JKM juga akan mengambil bahagian untuk membantu pak cik Timbi ni...JKM sekarang ini sedang berkira-kira untuk menempatkan pasangan ini di Rumah Orang Tua..eloklah pak cik Timbi dan Jamilah ini menghuni di Rumah Orang Tua..sekurang-kurangnya sakit dan kebajikan mereka terbela...

HE : Ini beza kerja orang bertanggungjawab seperti JKKR, FELDA dan JKM...sudah bantu baru masuk media..bukan macam geng MACAI...baru cadangan dah riuh sekampung...padahal tak lakukan apa pun...main politik nak kencang!!!puih!!!

Jangan Ketawa!!! Situa Nik Aziz Mahu Bina Stadium Olimpik Terhebat Di Dunia?!!!

6 comments

Haha...makin nyanyuk aku tengok..impian dan harapan cukup besar...

1) Sebelum berjanji bina stadium setaraf Olimpik fikir sejenak berapa banyak masjid dan surau sudah dibina?

2) Sebelum berjanji bina stadium setaraf Olimpik fikir sejenak bila nak siap lebuh raya rakyat?

3) Sebelum berjanji bina stadium setaraf Olimpik fikir sejenak bila nak buat keretapi laju?

HE : cukuplah 3 dulu..kalau aku list banyak2 pn bukannya boleh siap projek mega tu!!haha..nilah contoh kerajaan paling tak bagus...janji itu ini..yang siapnya hanya batu 'bersurat' pelancaran pecah tanah!!!

"Undi PAS Kena tipu...Undi Pakatan 2 kali kena tipu.." Kahkahkah!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masalah Air Selangor dan Pakatan Rakyat Bepisah Tidak....

1 comments
Maslah air di Selangor dengan kepimpinan Pakatan Rakyat bagai aur dengan tebing...tak boleh dipisahkan...bawah ini menjelaskan segala-galanya tentang kekhilafan pentadbiran Pakatan Rakyat Bagi menangani Masalah Air Rakyat Selangor....

Krisis Air: Rakyat Edar “Report Card” Menteri Besar Selangor?
2
3
4

Selanjutnya di SINI

Saturday, March 30, 2013

'Pejuang FELDA' Kantoi Lagi!!Sembunyikan Rumah PPRT...Cerita Pondok Buruk!!!haha

4 comments

Semalam aku ada mendedahkan yang Mazlan Aliman si pengacau FELDA telah kantoi dengan menuduh rumah Pak Cik Utoh yang diziarahnya di Kg Melayu, Sedenak dalam keadaan daif...sebenarnya, gambar yang dipaparkan oleh Mazlan Aliman adalah sebuah pondok milik Pak Cik Utoh...

Mazlan langsung tidak memaparkan rumah milik Pak Cik Utoh hasil bantuan PPRT...untuk info pembaca yang masih belum mengetahui kisah ini boleh rujuk SINI...

Laman FB Mazlan Aliman turut diserang oleh jiran tetangga Pak Cik Utoh yang berang dengan fitnah yang dilemparkan oleh Mazlan...apa tidaknya, Pak Cik Utoh yang mempunyai rumah Bantuan PPRT yang tersergam indah tetapi Mazlan Aliman spin kata Pak Cik Utoh tidak mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Dakwaan jahat Mazlan Aliman seolah-olah menunjukkan Pak Cik Utoh hidup daif...gambar di Pondok..tapi cakap hidup Pak Cik Utoh sengsara...inilah namanya penipu...macamanalah masyarakat FELDA tidak berang dengan pengerusi ANAK ni...

Kerjanya asik nak buruk-burukkan orang kampung sahaja...ingat orang kampung ni bodoh ker...datang konon nak beri bantuan..tapi sebenarnya dia mempunyai niat politik disebalik program ziarahnya...sudahlah tak ikhlas...menuduh yang bukan-bukan untuk memburukkan kerajaan plak tu...

Bila sudah kantoi...Mazlan Aliman spin kata PAS akan terus bantu Pak Cik Utoh bina rumah..nak bina rumah apa lagi?PPRT dah beri bantuanlah..siap ada bekalan air dan elektrik lagi....gambar di bawah ini menunjukkan Mazlam Aliman cuba putar belitkan cerita...


Kesian Pak Cik Utoh..menjadi mangsa keadaan...dia yang ada rumah Batu PPRT diftnah kata tinggal di pondok buruk...terukkan fitnah dan rekayasa si Mazlan ini...

Bawah ini adalah bentuk penipuan terancang Mazlan Aliman terhadap masyarakat Kampung...

Mazlan Aliman di FBnya mendakwa Pak Cik Utoh tinggal di rumah pondok yang sangat daif...
Rumah PPRT langsung dia tidak sebut...

Bergambar di Pondok dan bukannya di Rumah PPRT Pak Cik Utoh..
baru nampak sentimen kononnya Pak Cik Utoh Daif...

Kononnya...Pak Cik Utoh minum air perigilah tu..haha...
rumah Pak Cik Utoh  bantuan PPRT ada paip airlah!!!
HE : Aku mencabar Mazlan Aliman menafikan yang Pak Cik Utoh tiada rumah bantuan PPRT!!!Kalau betullah Mazlan Aliman dan PAS mahu bina rumah untuk Pak Cik Utoh...lebih baik dia binakan banglo 3 tingkat...barulah Pak Cik Utoh selesa..Pak Cik Utoh boleh buat homestay lagi!!haha..Cukup-cukuplah penipu Mazlan Aliman!!!

Inilah cara Mazlan menipu masyarakat FELDA...pergi berbakti..balik rumah spin...haha!!!ni yang dah kantoi!!yang belum kita tak tahu....

PANAS #PRU13 !! Game Plan Rosakkan Pilihan Raya Terbongkar!!!

1 comments



Seperti yang aku jangkakan..akan ada kekecohan berlaku menjelang sesi pembuangan Undi pada PRU 13 ini...sasaran utama bagi puak-puak cacai ini ialah SPR..mereka akan cuba sedaya upaya untuk menampakkan kelemahan kredibilitik SPR...

Sebenarnya sudah lama pembangkang hentam SPR kononnya sistem pilihan raya tidak telus...ini adalah strategi mereka untuk menyerang sistem dalam negara..tujuannya hanya 1 iaitu cuba mewujudkan perasaan benci dan kurang percaya kepada sistem pilihan raya yang diadakan...

Dari dulu lagi, kalau mereka kalah maka elemen meraih simpati seperti BN menggunakan pengundi hantu dan sistem pilihan raya tidak telus telah dimainkan...

Jangkaan awal, pada PRU 13 ini juga mereka akan melakukan perkara yang sama seperti mana yang didedahkan di gambar di atas...


HE : Nasihat aku,jika berlaku kekecohan semasa proses pembuangan undi kelak..itu adalah puak-puak yang dilatih untuk menimbulkan ketegangan...hanya orang Pembangkang sahaja tak percaya SPR....Jadi Jauhkan diri anda dari mereka yang tidak bermoral ini!!!

PANAS!!! Modus Operandi Mazlan Aliman Menipu Terdedah!!

1 comments

Mazlan Aliman sudah banyak kali kantoi dalam isu melibatkan warga FELDA...setelah dia lihat isu FELDA yang melibatkan para peneroka ini susah untuk dispin...maka, baru-baru ini dia dikatakan telah menziarah Pak Cik Utoh di Kg Melayu Sedenak....

Dalam laporan yang dikeluarkan Facebook dan Sinar harian jelas menunjukkan bagaimana cara Mazlan Aliman memainkan politik kolot...pergi ziarah rumah orang..lepas tu beri sumbangan sikit...bila balik jer dia uplah cerita kononnya Pak Cik utoh ini daif daif dan tidak mendapat pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat....

Akhbar Sinar yang membuat liputan ini, jelas menyebelahi Mazlan Aliman tanpa usul periksa dan fakta yang jelas...Laporan Sinar seolah-olah menunjukkan yang Pak Cik Utoh hidup dalam kesengsaraan...bolah baca dibawah...


Apa yang aku hendak jelaskan di sini ialah Mazlan Aliman adalah seorang manusia yang pandai putar belit...dia mendakwa bahawa Pak Cik Utoh LANGSUNG tidak pernah mendapat pembelaan...perbuatan Mazlan Aliman ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada tidak bertanggung jawab...


Jika anda baca petikan daripada Facebook Mazlan Aliman, nescaya anda akan beranggapan kononnya memang benar Pak Cik Utoh hidup dalam keadaan daif...sebenarnya, apa yan diceritakan oleh Mazlan adalah rekayasa yang sangat kejam...

Benar kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga....cerita Mazlan Aliman terhadap Pak Cik Utoh ini telah menaikkan kemarahan jiran tetangga Pak Cik Utoh...dakwaan Mazlan Aliman tentang kehidupan Pak Cik Utoh yang tinggal di pondok tanpa bekalan air dan elektrik adalah tersangat bohong...

Memang patut pun Jiran Tetangga Pak Cik Utoh marah...sebenarnya, Pak Cik Utoh mempunyai 2 rumah yang sangat rapat...pertama pondok yang seperti didakwa Mazlan...tetapi ada satu perkara yang Mazlan sembunyikan dan akhirnya terkantoi!!!

Buat pembaca yang masih mengagung-agungkan Mazlan ini, aku nasihatkan korang cukup-cukuplah...berhampiran pondok seperti gambar di atas, Pak Cik Utoh juga mempunyai rumah baru hasil bantuan PPRT yang mana lengkap dengan kemudahan asas air dan elektrik...

Jika aku bercakap macam ini, sudah mesti puak pembangkang tak akan percaya...di sini aku lampirkan beberapa respon terhadap statement Mazlan Aliman yang cuba mengaibkan Pak Cik Utuh...pemberi maklumt adalah orang yang hidup rapat bersama Pak Cik Utoh...

Jiran tetangga Pak Cik Utoh yang berang dengan FITNAH dilemparkan Mazlan Aliman

Respon di atas adalah tindak balas jiran Pak Cik Utoh terhadap pembohongan Mazlan Aliman...


Inilah modus operandi Mazlan Aliman..pergi beri bantuan dan jengguk-jenguk orang kampung..lepas tu buat fitnah...Bagi yang tidak mengetahui, Pak Cik Utoh mempunyai 2 buah rumah (Rumah PPRT dan Pondok)..tidak perlu kita tanya kenapa Mazlan tidak masukkan sekali rumah PPRT tu...jawapannya hanya mahu mewujudkan sentimen membenci kerajaan..itu sahaja...

HE : Benda yang sama lah berlaku ketika dia meracuni minda masyarakat peneroka FELDA...jadi aku harap para peneroka harus berhati-hati dengan penyangak ni....

Thursday, March 28, 2013

Krisis #LahadDatu - Rakyat Turki Suarakan Sokongan Ke Atas Malaysia...

0 comments

Rakaman ini aku diperolehi daripada sumber Facebook yang mana menunjukkan sokongan rakyat Turki terhadap krisis yang berlaku di Sabah ketika ini...

Bayangkan..betapa hebatnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Turki menentang sebarang bentuk pemberontakan...ini berbeza dengan Malaysia....Di Turki rakyat mereka mempercayai kredibiliti anggota Polis dan Tentera...

Tapi di Malaysia..ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan krisis ini dengan seboleh-boleh menyalahkan UMNO dan BN....betapa tidak matangnya pihak yang berfikiran sebegini...

jom layan video di bawah beserta terjemahannya.... 



ISU SABAH & SOKONGAN WARGA TURKI...

Saya translate berdasarkan penulisannya. 

Saya menyampaikan pesanan ini dari Ankara, Ibu Negara Turki. Kami, orang-orang Turki menentang keganasan dan sepanjang 30 tahun itu kami telah kehilangan lebih daripada 30,000 jiwa dan terdapat pula ribuan orang yang menjadi cacat. Saya memberikan penghormatan yang tinggi buat mereka. Semoga mereka semua dianugerahkan syurga. 

Kami tidak pernah meninggalkan mereka. Setiap kali kami mendengar berita tentang berlakunya kematian, kami semua akan bersedih lalu kami melakukan protes dengan cara mengibarkan bendera (Turki) di mana-mana sahaja. Kami sangat berbangga dengan angkatan polis dan tentera kami. Kami sangat mencintai mereka dan kami akan menamatkan keganasan dengan perpaduan yang dibina.

Kami mengetahui permasalah yang berlaku di Malaysia. Kami menerima berita ini dengan sedih dan bersimpati tetapi saya percaya bahawa pihak polis dan tentera (malaysia) mampu menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama. 

Saya cuba ingin membantu kalian seperti mana yang kami lakukan terhadap Negara kami. Negara kalian begitu kuat dan saya percaya bahawa kalian juga mencintai Negara kalian dan pejuang-pejuang (askar) kalian. "Tiada Malaysia yang lain dan tiada Sabah yang lain". 

Kalian mampu mencapai kejayaan seperti mana yang kami telah capai. - Persahabatan kita (Turki-Malaysia) telah terjalin sejak dahulu lagi, iaitu ketika di era Pemerintahan Sultan Abdul Majid (Sultan Uthmaniyah). Kami tidak pernah melupakannya dan kalian tidak bersendirian di dunia ini. Kami sentiasa bersama kalian. Kita merupakan cicit kepada Uthmaniyah dan juga saudara se-agama (Islam) ~Bahri Kibaroglu. SEBARKAN YA.

HE : Matangkah rakyat Malaysia?kalau boleh asingkanlah isu sejagat dengan politik kepartian...semangat nasionalisme itu perlu diutamakan daripada kepartian dalam isu melibatkan keselamatan negara...

Sibodoh Keturunan PAS..bengong!

0 comments

Subhanalallah..hairan sungguh aku...sampai Rasulullah pun hendak dipolitikkan...bodohnya puak cacai ni....inilah hasil tarbiah PAS....semua benda nak dipolitikkan...kalau tak ada apa-apa takkan ada video tersebar lak...macam Nik Aziz.mana ada video lucah dia...sebabnya..dia tak buat...tu pun tak boleh fikir..

Sedarlah sikit Pakatan Haram ni sebenarnya diselaputi dengan maksiat penzinaan....tu pun nak nafikankan lagi...yang puak macai bawahan memang ramai yang warak..tapi pemimpin tak bermoral mereka..tak perlulah nak pertahankan!!!

Pendedahan Video Tragedi Memali Yang Tak Pernah Anda LIHAT!!!

4 comments


PERISTIWA berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985 meragut 18 nyawa termasuk, 4 orang anggota PDRM.

Pelbagai versi berlegar di ruangan siber terutamanya versi PAS yang mengganggap Ustaz Ibrahim Libya & pengikut2 mereka adalah syuhada kerana menentang kekejaman kerajaan/BN.

Namun versi sebenar di sebalik insiden Memali boleh dirujuk DI SINI (KLIK) -Kertas Putih Memali yang dibentangkan & disahkan di Parlimen/Dewan Rakyat dengan kehadiran wakil2 PAS dan juga pembangkang.

Saksikan video di bawah.... pendedahan eksklusif yang akan membongkar satu-persatu kebenaran di sebalik insiden Memali. Apa signifikan sejarah lampau ini diulangsiar, kerana kejadian ini berkaitan dengan pengorbanan anggota keselamatan teragut nyawa mereka dalam usaha memastikan keselamatan & keamanan negara seperti yang terjadi di Lahad Datu, cuma situasinya agak berbeza. SELANJUTNYA

PANAS!!! 13 Perkara Akan Dilakukan Anwar Menjelang #PRU13?

1 comments
















Selanjutnya SINI

HE : Anwar begitu memang aku malas nak campur...yang aku kesiannya dengan nasib MACAI-MACAI dia..taksub benar dengan Anwar..


Tolak Tawaran Air Dari Negeri Sembilan Bukti KERAjaan Selangor Tidak Prihatin Masalah Rakyat..

0 comments


Baru-baru ni Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar dengan bongkaknya menolak tawaran dari kerajaan Negeri Sembilan untuk membekalkan air terawat kepada rakyat Selangor...


Untuk pengetahuan semua, tawaran ini telah disuarakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang amat prihatin terhadap masalah air yang menghantui rakyat Selangor..Oleh kerana menteri besar Selangor, Si Khalid tidak pandai menyelesaikan masalah air ini...Menteri besar negeri lain pula yang 'alert' masalah air yang menyusahkan rakyat Selangor...

Nak diharapkan Khalid Ibrahim memang tak boleh pakai..asik-asik nak struktur semula...bila dah gagal tuding pihak lain pula yang khianat...dari dulu sampai sekarang tak ada satu pun hasil yang berjaya dibuktikan kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah air..paling tidak pun mereka beri alasan mahu Struktur semula...

Pasti korang tertanya-tanyakan macam mana Negeri Sembilan boleh mampu tawarkan air kat negeri Selangor...

Sebenarnya, Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan BN sedang dalam proses pembinaan Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi yang dijangka siap akhir tahun ini atau paling lewat pun awal tahun 2014...

Tengok macam mana BN mentadbir...projek empangan dan loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi berjalan lancar..kalaulah Pakatan mentadbir negeri Sembilan..aku yakin dan pasti projek Empangan dan Loji Rawatan air takkan berlangsung..mereka akan guna alasan yang sama macam Selangor iaitu mahu "menstruktur semula air..."

Di Selangor.. jangankan Empangan...Loji Rawatan Air Langgat 2 pun dibatalkan... memang kesian nasib rakyat negeri Selangor diperintah oleh siluncai yang tak tahu langsung mentadbir...

Kalaulah BN memerintah Selangor..sudah pasti Selangor pun akan menawarkan air mentah yang sudah dirawat ke negeri-negeri lain...

Inilah padahnya jika pilih kerajaan yang hanya tahu main sandiwara politik...air keperluan asas rakyat pun hendak dipolitikkan...beri air percuma RM 11 sebulan..tapi rakyat hidup sengsara...pandai berjanji bahawa 100% rakyat negeri Selangor akan dapat air percuma..tapi sebenarnya tak semua dapat...

Rakyat sengsara...Khalid hidup senang lenang..masalah rakyat pergilah mampus...

Mereka yang memerintah..kerajaan Negeri Sembilan pula yang prihatin...tu belum masuk lagi duit kerajaan Pusat yang sudah dilaburkan untuk projek mitigasi bagi mengatasi masalah air Selangor...

Sehingga setakat ini...Kerajaan Pusat sudah mengeluarkan dana sebanyak RM 720 juta untuk menampung masalah air Selangor atas kebebalan kerajaan pakatan mentadbir...RM 600 Juta disuntik bagi menjalankan pelan mitigasi dan RM 120 juta untuk membaiki infrsastruktur air di Selangor..

Bantuan tu pun KERAjaan Khalid tak bersyukur..malah mereka fitnah lagi kata kerajaan Pusat nak selamatkan SYABAS..apalah nak jadi dengan mereka ni..bodoh sombong sangat!!!

HE : Kalau dari dulu lagi Projek Langat 2 ni dijalankan di Selangor...masuk tahun 2014 pasti sudah siap...tak perlulah kerajaan Pusat keluarkan dana RM 720 Juta untuk bantu rakyat Selangor..

Tanggungjawab Sosial #Felda Bukan Bukti FELDA Nak Bakrup!!!

0 comments

Beruntung sangat dah jadi golongan peneroka ni...hidup sekarang ini serba serbi lengkap...bila aku kata peneroka hidup serba serbi lengkap maka puak MACAI akan mengelupur ibarat syaitan yang kepanasan...

1) Dapat info kesedaran tentang kanser payudara secara percuma...Dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (Makna) mereka menjangkakan akan mengadakan 24 program kesedaran dan saringan bergerak di Felda terpilih...

2) Mana-mana golongan peneroka yang rabun dan mempunyai masalah penglihatan, akan dapat bantuan cermin mata dan penjagaan kesihatan..

3) Bagi yang melanjutkan pengajian , FELDA akan memberi bantuan ta kiralah IPTA ke IPTS..setakat ni 40 orang setiap tahun diberi bantuan..bagi yang tak dapat tajaan usah risau kerana mereka akan dibantu...

4) Membuka peluang kepada rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran ke Kolej Yayasan FELDA..setakat ni sudah ada 4 kampus iaitu kempus di Mempaga, Bentong...Serting N9... Bandar Prak dan Pusat Latihan bahasa Inggeri di Kelana Jaya...ni pun ada Macai masih lagi percaya yang FELDA tak guna..sedih aku lihat...kalau tak guna kenapa ada Yayasan..ni membuktikan FELDA sekarang ini sudah tersangat maju ke hadapan..

5) FELDA Travel turut memberi bantuan kepada jemaah haji berupa barangan keperluan dan vitamin bagi menambahkan keselesaan mereka di tanah suci..bantuan ni untuk semua jemaah..tak kiralah Macai ke haper...yang penting Islam..

6) Mana-mana peneroka yang mengalami kecacatan dari lahir atau terlibat dengan kemalangan, Felda akan memberi bantuan anggota palsu serta kerusi roda..pergh!!!macam ni ke ada MACAI kata FELDA nak bankrup...adoiyai!!! 

HE : Selebihnya korang lihatlah sendiri...setiap hari aku berdoa supaya semua macai ni dibukakan pintu hati untuk bersyukur dan berterima kasih...tapi masih ramai yang tak sedar...sedih!!

Wednesday, March 27, 2013

VIDEO Perebutan Kerusi Pakatan Haram...Lucu WEY!!!

1 comments

Pakatan haram dan kerusi memang berpisah tidak...kalau tak gila kerusi bukan pakatanlah....haha...jom saksikan Video Perebutan Kerusi Pakatan oleh Bangkang Dari Longkang!!!haha




Parlimen Gelang Patah

Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!

Parlimen Bagan Serai

Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.

Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?

Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?

DUN Changkat Jering

YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.

DUN di Kedah

Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....

Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...

Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Dipetik dari SINI

JOM BACA!!! Kisah Tun Daim Yang Anda PERLU TAHU!!!!

0 comments
Sejak tahun 1966, Tun Daim pernah dipelawa untuk terjun ke dunia politik. Tetapi beliau menolak. Hanya pada tahun 1980, beliau bersetuju menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984. Kepakaran beliau sangat dikagumi. Khidmat nasihat beliau khususnya dalam bidang ekonomi amat didahagakan.

Sekalipun mendapat kepercayaan dalam urus tadbir negara, tetapi Tun Daim bukanlah insan yang gemar berkecimpung dalam dunia politik. Beliau lebih suka menjadi pemerhati dan menumpukan kepada perniagaan beliau (beliau sememangnya seorang ahli perniagaan sebelum menyertai dunia politik). 

Pada 1991, Tun Daim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana berasakan ekonomi negara sudah mantap dan tidak memerlukan nasihat beliau. Tetapi pada 1999, Tun Daim terpaksa menjawat semula jawatan Menteri Kewangan akibat krisis kewangan negara.

Urus tadbir Menteri Kewangan sebelum itu nyata mengecewakan. Tindakan yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan hanyalah dengan mendapatkan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia). Tindakan ini tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir, Tun Daim dan barisan kabinet kerana bakal menjerat negara. Akhirnya Tun Daim terpaksa memegang semula kerusi Menteri Kewangan bagi memulihkan ekonomi negara.

Apabila ada yang memperlekeh Tun Daim atas kenyataan beliau bahawa DSAI bukan calon yang sesuai sebagai Perdana Menteri, saya tertanya-tanya, tahukah mereka siapa Tun Daim? Sudahkah mereka mengikuti perjalanan hidup seorang Tun Daim? Kata mereka orang tua ini tidak sedar diri, dibayar untuk bercakap, bodoh, dan sebagainya. Biadabnya mereka mengutuk orang tua ini. Tun Daim tidak perlukan suapan kroni untuk menjadi kaya. Beliau memang sudah kaya sebelum menyertai dunia politik lagi.

Jika benarlah orang tua ini kemaruk kuasa, mengapa pada tahun 1966 beliau menolak menjadi ahli politik? Mengapa pada tahun 1991 beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan? Mengapa pada tahun 2001 beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan sekali lagi? Beliau selalu menolak untuk berada terlalu lama dalam dunia politik dan hanya menerima jawatan sebagai Menteri Kewangan buat kali kedua setelah memikirkan kemaslahatan rakyat dan negara yang ketika itu berdepan dengan masalah ekonomi yang kritikal.

Kepada orang ramai khususnya anak muda berdarah panas yang terlalu taksub dengan politik, jika tidak kenal orang tua ini, janganlah dimaki keji. Orang tua ini terlalu besar jasanya!

*artikel di atas adalah pandangan peribadi seorang guru...



Adik Che Liyana Pelajar Cemerlang STPM 2012 Ikon Baru #WargaFelda...

0 comments

Biarpun sudah beberapa hari keputusan peperiksaan STPM keluar, kejayaan adik Che Liyana Izzati Che Rozali yang mendapat 5 A (4.00) dalam STPM telah memberi satu sinar baru kepada warga Felda yang lain bahawa anak FELDA juga mampu meraih kejayaan dalam pelajaran...

Adik Che Liyana merupakan anak guru di Felda Jengka 3 dan merupakan cucu peneroka FELDA telah menjadi ikon baru kepada warga FELDA untuk berjaya dalam pelajaran...

Rahsia kejayaannya ialah memberi sepenuh tumpuan ketika di dalam kelas di samping membuat banyak latihan selepas belajar...Adik Che Liyana menyatakan hasrat bahawa beliau lebih berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan...

Aku nak ucapkan tahniah kepada adik Che Liyana..adik Che Liyana menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan adalah pilhan yang tepat...institusi perguruan amat memerlukan pelajar cemerlang seperti adik...

Apa yang kita dapat melalui kejayaan adik Che Liyana ini adalah usaha berterusan tanpa mengharapkan sesuatu kejayaan datang bergolek...sebagai khalifah di bumi Allah ini kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu...

Aku harap anak-anak FELDA tidak mudah terpengaruh dengan agenda jahat yang dibawa oleh ANAK yang cuba meracuni minda peneroka FELDA dengan menyogok berita-berita yang bersifat subversif...kata macam-macam tentang FELDA...jangan percaya wahai anak bangsa FELDA...

HE : Percayalah tidak akan ada kejayaan tanpa usaha...dari buang masa dengar ceramah ANAK baik duduk rumah buka buku..betul tak? Adik Che Liyana dan Mazlan Aliman..mana yang lebih bagus dijadikan IKON?pilihan ditangan anda...

PANAS!!!12 #ManifestorBukanJanji PR Telah Dilaksanakan BN

0 comments

1. Rafizi sekali lagi dengan rasa tidak malu telah menuduh DS Najib meniru idea Pakatan Pembangkang.

2. Namun begitu, Rafizi sebagai salah seorang daripada 13 orang yang bertanggung jawab merekabentuk Manifesto Pakatan yang boleh dikategorikan sebagai fiksyen itu tidak sedar bahawa 12 Janji Manifesto tersebut telahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.


3. Rafizi lagi tidak tahu malu menjanjikan perkara yang sudahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

4. Muslihat Rafizi adalah untuk mendapatkan kredit percuma seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang apabila lebuhraya yang dibina Barisan Nasional didakwa hasil usaha DAP!

5. Berikut adalah 12 Janji Manifesto Rakyat yang telah menciplak usaha Barisan Nasional!














6. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!



DIPETIK DARI BLOG TRUTH VACCINE

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA