networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, December 16, 2017

DAP Johor Retak Menunggu Belah!!Fitnah MB @KhaledNordin Gagal!!!

4 comments

DAP JOHOR TERDESAK ALIH ISU FITNAH.

Terdesaknya DAP Johor pada ketika ini cuba mengalihkan pandangan rakyat Johor terhadap salah laku yang sedang mereka hadapi.

Ia susulan bloger pro-pembangkang, Milosuam dan ADUN DAP Senai, Wong Shu Qi telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan meyebarkan maklumat palsu serta telah memfitnah YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Penyebaran maklumat palsu yang didalangi oleh Pakatan Harapan Johor itu bagi mengaitkan Menteri Besar Johor dalam satu kes hartanah yang masih dalam siasatan pihak SPRM.

Penahan tersebut jelas satu tindakan tegas yang patut dilaksanakan ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap Menteri Besar Johor itu merupakan satu tuduhan yang melampau dan berniat jahat.

Melihat kepada keadaan ini, Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Makhluk Asing Kluang, Liew Chin Tong hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memerangkap dan memperbodohkan diri beliau sendiri.

Beliau mendakwa bahawa kebocoran maklumat palsu tersebut adalah kerja orang UMNO sendiri yang mahu menjatuhkan kepimpinan Khaled Nordin.

“Sekiranya Khaled disingkirkan oleh Umno, setidaknya beliau boleh berbangga di hadapan rakyat jika beliau dilihat sebagai pemimpin yang jujur,” kata Liew kepada Malaysiakini.

Persoalannya, bukankah orang pertama yang membuat tuduhan palsu tersebut ialah Wong Shu Qi, ADUN Senai daripada DAP.

Malah, Shu Qi individu yang begitu lantang menghentam Khaled Nordin dengan mengguna pakai dokumen palsu tersebut di sidang DUN Johor.

Sejak bila Wong Shuq Qi jadi ahli UMNO? Wanita UMNO cawangan mana Shu Qi ni?!

Kedua, bloger yang ditahan ialah Yusof Al-Siddique Suratman, atau lebih dikenali sebagai Milosuam. Sejak bila bloger tersebut ialah milik UMNO.

Malah beberapa jam selepas bloger tersebut memuat naik dokumen palsu tersebut, ia pantas dijadikan bahan rujukan oleh Shu Qi bagi memfitnah Khaled Nordin.

Lebih bacul, pembangkang Johor hanya pandai menggunakan imuniti di sidang DUN Johor berbanding berani menyatakan tuduhan serta mengemukakan bukti sahih di luar dewan.

Tindakan Chin Tong ini sebenarnya cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap wajah sebenar pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah semata-mata.

Ia juga sekadar mencari publisiti murahan bagi menyelamatkan hayat politik beliau sebagai Pengerusi DAP Johor. 

Nasihat kami kepada Chin Tong.

Pertama, seharusnya beliau yang perlu berhati-hati kerana ramai pemimpin DAP Johor yang sedang berusaha menyingkirkan beliau kerana menumpang kerusi di Johor.

Kedua, nikmatilah sisa-sisa berbaki ini sebagai wakil rakyat di Kluang. 

Yakin dan percayalah, akan bangkit anak muda Johor yang akan memerangi habis-habisan calon makhluk asing seperti Chin Tong yang mempergunakan rakyat di negeri Johor sebagai kepentingan politik semata-mata.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Penubuhan IMAMS Beri Banyak Manfaat Buat Jemaah Umrah..

0 comments

Riuh sekejap media sosial agen-agen pakatan pro DAP membalun kerajaan kononnya menyusahkan rakyat untuk mengerjakan umrah..

Kekecohan rakyat pro DAP ini mempertikaikan 2 perkara iaitu :

1) Rakyat yang hendak mengerjakan umrah terpaksa membayar GST RM 5.10 untuk sistem Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) ..

2) Operasi IMAMS ini terdapat orang kafir yang menguruskan jemaah umrah..

Untuk kedua-dua persoalan ini kami ingin jawab tetapi terlebih dahulu kami ingin terangkan apa yang penting sangat IMAMS ini sampai kerajaan perlu laksanakan..

Umum mengetahui kita hendak menghadapi PRU 14 jadi kerajaan perlu mengurangkan isu yanh boleh membuatkan rakyat marah..

Tapi kenapa kerajaan buat juga?

Kerajaan pimpinan DS Najib Razak lebih rela membuat keputusan tidak popular asalkan ia memberi kebaikan kepada rakyat..

Jadi apa kelebihan yang rakyat dapat melalui IMAMS??

Umum mengetahui bahawa kes penipuan jemaah umrah kerap berlaku yang mana syarikat travel agensi mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan walaupun terpaksa menjual agama..

Statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 diTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)..

Sebab itu IMAMS diperkenalkan bagi melindungi bakal jrmaah umrah..

Kemudian kami ingin menjawab persoalan mengenai GST RM 5.10..apalah sangat GST RM 5.10 tu jika hendak dibandingkan dengan keselamatan anda membuat ibadah dan yang penting tidak ditipu..

1) Caj IMAMS adalah rm45 
2) Caj insuran takaful umrah rm40

Jumlah = 85 +6%(5.10) =rm 90.10
Nilai GST hanyalah rm5.10 untuk IMAMS dan insuran (RM85)

Apalah sangat RM 45 untuk memastikan anda tidak ditipu dan RM 40 untuk perlindungan Insurans..GST RM 5.10 tidak patutlah anda hendak bising kerana duit itu akan digunakan untuk rakyat juga nanti..kenapa anda tidan mahu pertikaikan keuntungan Syarikat Pelancong yang mengaut keuntungan lingkungan 30% daripada kos mengerjakan umrah?jika GST untuk rakyat..keuntungan travel agensi untuk kompeni..

Mengenai persoalan orang kafir uruskan IMAMS..ia telah dijawab oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang mana menafikan penglibatan dalam urusan syarikat IMAMS adalah orang beragama Islam..

Jadi jangan kerana nama anda terus percaya..ambil iktibar dari kes Rafizi yang tersalah tuduh Rahman Dahlan adik beradik dengan Raslan Dahla  kerana nama sama..

Orang kita ni acah-acah peka..tapi DAP yang kafir tu dijilat..syarikat penerbangan milik bukan Islam..tapi tang ni nak jadi Islam sejati...


SISTEM IMAMS : RM40 UNTUK INSURAN DAN RM45 UNTUK KHIDMAT PENGURUSAN BAGI MENGELAKKAN RAKYAT TERUS DITIPU AGEN UMRAH PALSU

1.Banyak yang mengeluh bila mendengar tentang Sistem Imams yang digunakan untuk UMRAH dicaj sehingga RM90.10 (termasuk gst) bila pengumuman dibuat pagi tadi. Malah ada yang dah mula menyiarkan sewaktu sebelum pc dijalankan. 

2. Penipuan demi penipuan umrah yang berlaku melibatkan ribuan jemaah yang terkandas dan kerugian jutaan ringgit menyebabkan kami Melalui Majlis Kawal Selia Umrah kami memutuskan untuk melakukan penambahaikan bagi sistem pengurusan Jemaah Umrah ini. Ianya merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia secara total yang menutup ruang-ruang penipuan pakej Umrah di sepanjang nilai rantaian pengendalian Umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej Umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.
( statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 dibTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) )

3. Untuk itu, pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.

4.Malah Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan Sistem IMAMS ini. Mulai 15 Disember 2017, Sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

5. Pelaksanaan sistem IMAMS ini akan mengatasi dan menutup ruang-ruang penipuan di dalam rantaian pelaksanaan pakej Umrah daripada terus berlaku melalui pengwujudan:

i. pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendalian pakej Umrah di Malaysia;

ii. platfom memohon kelulusan pakej Umrah dan iklan oleh Kementerian sebelum ianya dipasarkan kepada orang awam;

iii. integrasi pangkalan data pendaftaran Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi pelancongan berlesen;

iiii. pemberian akses kepada semua pihak berkepentingan khususnya Kementerian dan jemaah itu sendiri dengan maklumat secara langsung untuk menyemak status semasa tempahan mereka; dan

v. notifikasi pengemaskinian maklumat secara berkala setiap pelaksanaan tempahan item di dalam pakej Umrah terutamanya tempahan berkaitan penerbangan, penginapan, permohonan Visa Umrah dan insurans takaful jemaah yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelancongan.

6. Pelaksanaan sistem IMAMS ini  melibatkan caj pada kadar RM45/jemaah. Kadar tersebut adalah yang paling rendah di dunia berbanding negara-negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamanya dalam menguruskan jemaah Umrah seperti di Jordan, Mesir dan Sudan. Sistem IMAMS ini juga adalah komprehensif, bersepadu dan juga bersesuaian (compatible) dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehkannya dihubungkan secara terus khususnya dengan sistem Kementerian Luar Negeri Arab Saudi bagi permohonan Visa Umrah.

7. sistem IMAMS ini dapat memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful Umrah dengan perlindungan insurans. Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada agensi pelancongan bagi jemaah kendaliannya pada kadar premium yang munasabah iaitu RM40/jemaah. Kadar ini adalah terendah di pasaran bagi skim takaful perjalanan yang komprehensif dan memenuhi kehendak Kementerian. 
(Kalau sekiranya ada travel agent mempunyai pihak insurans yang boleh menawarkan dengan harga yang lebih murah TETAPI PERLINDUNGAN YANG SAMA ATAU PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK, maka mereka boleh usulkan dengan pihak kementerian untuk kelulusan.) antara coverage Insurans Takaful ini ialah
1. perlindungan sewaktu  kemalangan diri termasuk khairat kematian.
2.Perlindungan sewaktu kesulitan perjalanan( kehilangan bagasi/ barang peribadi)
3.Perlindungan Perubatan
4.Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.
5.Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang bukan disebabkan visa ditolak.

Secara rumusannya, caj keseluruhan yang terlibat bagi penggunaan sistem IMAMS ini dan perlu dimasukkan ke dalam harga pakej Umrah sedia ada bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM90.10 (termasuk GST RM5.10).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melaksanakan inisiatif ini di bawah payung Majlis Kawal Selia Umrah dalam pelaksanaan LKU dan penggunaan Sistem IMAMS pada hari ini dapat menambah baik pengendalian industri Umrah dan seterusnya membanteras sebarang manipulasi dan penipuan pakej-pakej Umrah demi menjaga kepentingan agama, negara dan umat Islam di Malaysia.

Mohon kongsikan buat semua sahabat dan saudara-mara.

Terima kasih

Mas Ermieyati Samsudin 
Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah 
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Friday, December 15, 2017

Pakatan Meludah Muka Sendiri Bila Mengutuk Amerika & China!!!

0 comments

Sikap buruk pakatoon!!

Najib jalinkan kerjasama ekonomi dengan Amerika..Depa kata Najib tak guna kerjasama dengan pro Israel!!!

Tapi..bila Kes 1MDB DOJ..dari Amerikalah kitab utama pakatoon percaya bulat-bulat tanpa was-was..

Itu Amerika..


Ni China pulak..

BN jalinkan kerjasama dengan parti politik memerintah China...depa kata BN kerjasama dengan komunis China..

Kerajaan tarik pelabur datang Malaysia depa kata nak jual negara..

Tapi..bila kerajaan negeri Selangor pergi China jalinkan kerjasama ekonomi depa kata bagus untuk sektor ekonomi..hilang dah tuduhan jual negara..hilang dah tuduhan kerjasama negae komunis!!!

Aku nak cakap satu je..KEPALA BAPAK KAU!!SEMUA KAU KATA BETUL...TANG KITA SEMUA SALAH!!!

Guan Eng Jangan Gabrah!!Kalau Anak Jantan Hadapi SPRM!!Belajar Dari Kes Tan Sri Annuar Musa!!

0 comments
Artikel penuh DI SINI

Baru-baru ini, Mantan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa telah diputuskan pihak pendakwaraya yang beliau tidak bersalah (SINI)

Pembebasan Tan Sri Annuar Musa ini bukanlah sebab beliau orang UMNO dan bukan juga beliau orang BN..ini kerana pendakwa raya tidak menemui apa-apa keraguan iaitu bukti tidak mencukup untuk mendakwa beliau..

Jadi Tan Sri tidak bersalah dalam kes tajaan TRW oleh UniKL..Lim Guan Eng kena belajar sesuatu daripada Tan Sri Annuar Musa..

Menjadi seorang lelaki sejati dan tidak bacul menyalahkan semua orang dan akta dalam kes melibatkan dirinya..kami berpegang kepada prinsip selagi mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan maka anda belum bererti bersalah..

Tidak perlu menjadi cacing kepanasan..menyalahkan orang lain dalam kes anda sendiri..tidak usah mengheret semua orang dalam kes anda..jadilah seorang anak jantan!!jangan memalukan keturunan LIM!!

Tan Sri Annuar Musa sebagai anak jantan berbangsa Melayu hadir sendiri ke SPRM untuk memberi kerjasama..buat apa hendak takut jika diri tu tidak bersalah..

Jadi nasihat kami buat Guan Eng..berilah kerjasama kepada pihak SPRM!!

Tidak perlulah bermain politik mengutuk badan kehakiman negara kerana..ini kerana Mahkamah Persekutuan bahwa Seksyen 62 Akta Pencegahan Rasuab Malaysia 2009 yang mengkehendaki tertuduh memfailkan pembelaan sebelum perbicaraan adalah sah..

Nasihat kami Guan Eng perlu menyerahkan dokumen atau penyata pembelaan kepada pihak pendakwa sebelum perbocaraan kes rasuahnya yang melibatkan pembelian rumah banglo di bawah harga pasara..

Kalau dilihat kes Tan Sri Annuar Musa dan Guan Eng ia hampir serupa iaitu berkaitan rasuah tajaan dan seorang lagi berkaitan rasuah pembelian rumah bawah harga pasaran..

Inilah sikap pembangkang..jika mereka gabra maka mereka akan mengheret semua pihak termasuk UMNO dan memainkan sentimen kononnya mahkamah Malaysia tidam adil..

Hairannya kami belum apa-apa sudah mengalah!!mana pergi kata-kata INIKALILAH KITA LAWAN TETAP LAWAN!!!

KWSP Umum 4 Penambahbaikan Skim & Polisi..

0 comments

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 sebagai antara usaha berterusan KWSP untuk menambahbaik dan memenuhi jangkaan ahli.

Semasa mengumumkan inisiatif penambahbaikan dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha kami untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.”

Penambahbaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 adalah:

1. Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah
Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.

2. Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun
Polisi Pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 dalam polisi terdahulu.

Bagi membantu ahli merancang keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan yang disediakan secara percuma kepada ahli di 18 cawangan seluruh negara.

3. Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun
Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa, telah dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.

4. Melanjutkan Bantuan Kematian dari umur 55 tahun ke 60
Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, kini akan dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur persaraan minimum pada 60 tahun.

Thursday, December 14, 2017

Kementerian Pengangkutan Akan Tubuh Badan Bebas Pantau Kemalangan Darat, Udara & Maritim..

0 comments

Sering terpapar di media massa kes-kes berkaitan kemalangan jalan raya..bermacam kaedah telah dilaksanakan bagi mencegah kemalangan di negara kita..kempen keselamatan jalan raya akan dilaksanakan setiap kali menjelang musim perayaan atau hari penting..

Ini menunjukakn betapa seriusnya kerajaan mencegah kemalangan di negara kita..melalui Kementerian Pengangkutan, Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menubuhkan Majlis Keselamatan Pengangkutan Negara (MKPN)..

MKPN ini berperanan bagi memantau semua aspek keselamatan berkaitan keselamatan jalan raya, rel, aktiviti penerbangan dan maritim..

Menurut DS Liow "badan ini akan menjadi sebuah badan bebas dan berkecuali bagi menyiasat punca bagi mana-mana kemalangan di jalan raya, laut dan juga udara"

Cadangan ini merupakan satu daripada 51 cadangan yang diterima dan sebahagiannya telah dilaksanakan dan selebihnya dalam proses perlaksanaan..

MKPN setakat ini telah diluluskan penubuhannya dan kini dalam proses merangka penggubalan undang-undang berkaita MKPN..

Untuk rekod kadar kehilangan nyawa melibatkan bas adalah 0.6% dan lori sebanyak 3% daripada keseluruhan angka korban di Malaysia dari tahun 2008 hingga September 2017..

Bila dimuktamadkan nanti maka MKPN menjadi salah satu lagi usaha Kementerian Pengangkutan bagi mencegah kemalangan melibatkan darat, udara dan maritim di negara kita..

Biarpun bermacam-maca usaha telah dilaksanakan namun kemalangan terap terjadi..di sini memerlukan usaha berterusan pihak berwajib menjalankan usaha bagi memastikan kes kemalangan dapat dikurangkan..

Pihak kerajaan sentiasa mencari langkah terbaik bagi mengurangkan kes dan risiko kemalangan yang mana mampu meragut nyawa rakyat Malaysia..

Diharapkan usaha MKPN ini mencapai hasrat yang ingin dicapai bagi memantau aspek keselamatan jalan raya, rel, penerbangan dan maritim..ditambah pula ianya merupakan sebuah badan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak..

Tambang Bas Sekolah 2018 - PIBG & Operator Bas Sekolah Perlu Berbincang Tetapkan Harga..

0 comments

Setiap kali sesi persekolahan tahun baru hendak bermula pasti isu berkaitan tambang bas sekolah hangat diperkatakan..

Ura-ura tahun 2018 kadar tambang bas sekolah akan dinaikkan lingkungan RM 10 untuk luar bandar dan RM 20 kawasan bandar..

Perkara ini diakui sendiri oleh Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof yang menyatakan kemungkinan kenaikan tambang bas sekolah ekoran pengusaha terpaksa menampung kos operasi yang tinggi terutama membabitkan kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat..

"Berikutan harga minyak yang tidak menentu pada masa ini, saya menjangkakan akan berlaku sedikit peningkatan harga tambang bas sekolah bagi membolehkan pengusaha bas sekolah mampu menjalankan perkhidmatan"

Mohd Rofik berkata "pengusaha bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos minyak yang tinggi, tetapi kadar semasa baik pulih kenderaan dan alat ganti kenderaan juga dilaporkan meningkat antara 50-80 peratus.

Untuk rekod, GPBSM mempunyai seramai 18,890 ahli diseluruh negara dan jumlah dijangka meningkat kepada 20,000 ahli selepas pembaharuan lesen pada hujung tahun ini.

Ekoran daripada ura-ura kenaikan harga tambang bas sekolah ia telah menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.


Isu berkaitan tambang bas sekolah ini seharusnya dibincangkan di peringkat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)..seharusnya mereka berbincang dengan pengusaha bas sekolah.

Menurut YB Nancy, "Sama ada tambang bas sekolah naik atau tidak, ia bukan keputusan kami, ia adalah keputusan yang ditetapkan oleh kedua pihak itu"

"Tiada subsidi minyak untuk bas sekolah. SPAD pada tahun 2014 telah membuay keputusan bahawa pada tahun 2015 bulan januari akan menghapuskan kadar syiling tambang bas" jelas Nancy

Keputusan ini dibuat bagi menyerahkan pihak PIBG dan pengusaha bas sekolah berbincang untuk penetapan harga melalui perbincangan..

Hal berkaitan tambang bas sekolah ini amat sensitif dan perlunya masyarakat mengetahui kaedah penetapan berdasarkan perbincangan PIBG dan operator Bas Sekolah..

Namun begitu, Pihak SPAD akan tetap memantau keadaan ini..

Wednesday, December 13, 2017

Jangan Jadi Bodoh..Bila Barang Naik Saja Percaya Sebab GST..Padahal Kadar GST Masih Sama Sejak 1 April 2015!!!

0 comments

Rakyat Malaysia ni sebenarnya ramai sangat mudah sangat kena tipu..tarikh GST 1 APRIL 2015 dan kadarnya 6%..ada barang berkadar GST 0%..jadi jika ikutkan logik harga barang akan naik sekali sahaja iaitu ketika pengenalan GST..

Dari tarikh 1 April 2015 bila ada barang naik berkali-kali dan tokey kedai cakap GST ma..yang kau percaya kenapa???..sepatutnya naik sekali..ni naik akhir tahun 2015..tahun 2016 naik lagi..tahun 2017 naik lagi..alasannya GST..walhal kadar GST sama saja dari waktu diperkenalkan...

Ni terbaru harga bawang besar sampai RM 8.50 sekilo..tokey cakap GST..memang kena smash gn aku...sebelum ini aku beli bawang tak delah semahal ni..iaitu selepas tarikh pelaksanaan GST...padan muka dia malu dengan kastemer yg lain..dan yang paling penting bawang tidak dikenakan GST iaitu kadar 0%..

Kenapa xnak cakap bekalan bawang terhad..kau ingat aku ni macai pakatan ke mudah ditipu...macai lainlah..barang naik setiap tahun sampai kiamat pun depa kata pasal GST..padahal GST kekal mcm tu jugak sejak 1 April 2015!!!lepas tu salahkan Najib sampai kiamat..plislah jangan biarkan diri anda dibodohkan!!!

Aku orang BN lah..bijak orangnya!!!!

SPAD Laksanakan Operasi Penguatkuasaan 24 Jam Pada Raya Krismas & Tahun Baru 2018...

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu 24 jam bagi memastikan pergerakan pengangkutan awam sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2018..Operasi berkenaan dirancang pada 22 Disember dan berakhir pada 2 Januari 2018...

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata "Operasi tersebut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya adalah bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu yang melanggar undang-undang."


SPAD akan mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu berupa penyamaran, audit penguatkuasaan terhadap rekod Sistem Kedudukan Global (GPS) kenderaan, rondaan dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar bertutup (CCTV) di Pusat Operasi Lebuh Raya.

"Pegawai penguatkuasaan SPAD akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar serta terminal-terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen, selain memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket,"

Penguatkuasaan ini akan memastikan supaya semua pemain industri mematuhi Kod Amalan Industri SPAD selain mematuhi peraturan keselamatan setiap masa...

SPAD melaksanakan operasi ini supaya pengguna berada dalam keadaan selamat ketika musim puncak..ini amat penting bagi mencegah kemalangan sepanjang waktu berkenaan..

Kami ingin mengucapkan syabas kepada semua pegawai yang terlibat yang mana beroperasi selama 24 jam bagi memastikan perjalanan pengguna berada dalam keadaan selamat..syabas!!anda sanggup meninggalkan anak-anak dan cuti demi berbakti kepada rakyat dan negara...

Tajaan The Red Worrior - Tan Sri Annuar Musa Tidak Bersalah..

0 comments

Mantan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa didapati tidak bersalah oleh pihak pendakwa raya berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Worrior dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL)..

Pihak pendakwa rakyat tidak menemui sebarang unsur yang boleh menyabitkan Tan Sri terhadap penyalahgunakuasa..

Menurut Timbalan Ketua Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit..

"Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar).

"Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya"

Ini bermakna apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa ketika memimpin TRW betul dan tiada sebarang unsur salahgunakuasa..

TRW melalui era kegemilangan suatu masa dahulu di bawah pimpinan Tan Sri..

Tan Sri Annuar Musa digelar bapa transformasi Pasukan Bola Sepak Kelantan sebaik sahaja memimpin pasukan Kelantan sejak 2007..Kelantan mencapai pencapaian hebat pada tahun 2012 apabils menjuarai tiga piala (Liga Super,Piala Malaysia dan Piala FA)..

Semoga era kegemilangan TRW kembali!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA